BAB 13 – Lubang Jarum

Thriller Completed 8345

Namun bagi Pak Kadir yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Faridah, dia sudah tahu sememangnya Faridah telah terkena sihir. Memang sah Faridah terkena sihir Lubang Jarum. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dilaknati agama,” kata Pak Kadir kepada Pak Ghani yang duduk disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Kadir, mereka yang mengamalkan ilmu ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja. Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama.

Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian. Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Kadir, dia sedar bahawa Faridah telah terkena ilmu sihir oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Faridah pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Jalil seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya.

Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya. Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Faridah dan Jalil dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Faridah mengandung.

Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Ghani dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Faridah semakin hari semakin membesar. Lalu Faridah dipukul dan dihalau oleh Pak Ghani kerana dia beranggapan Faridah telah mencemarkan nama baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience