BAB 2- Buta

Thriller Completed 8352

Bagi gangguan di alam nyata, benda ni dulu tak terjadi pun, cuma sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi. Bayangkan, aku tetiba berubah jadi orang yang kuat berangan. Kalau orang bercakap dengan aku, aku boleh berangan entah ke mana. Sebenarnye aku dengar apa yang orang tu cakap cuma aku tak boleh nak fokus. Kesannye aku jadi pelupa.
Kadang-kadang orang baru je suruh aku buat sesuatu tapi aku dah tak ingat apa yang die suruh. Yang menakutkan, rakan serumah aku pernah nampak aku bercakap sorang-sorang dengan bantal peluk. Boleh pula aku berangan bantal peluk tu bini aku.
Nau’zubillah, entah apa yang peluk waktu tu tak tahulah.

Dalam hati aku ni macam ada dua suara, satu ke arah kebaikan dan satu ke arah kemungkaran. Apabila aku duduk sendirian, ade je benda-benda aku fikir yang bukan-bukan. Alhamdulillah aku tak pernah pula buat benda bodoh setakat ni.

Kadangkala sendi-sendi aku ni rasa macam lemah je, badan rasa tak larat. Pernah jugak benda mengerikan berlaku kat aku, contohnya nampak lembaga, rasa diperhatikan dan rasa macam ade orang melintas di sekeliling aku. Malam pula aku asyik rasa panas je.
Mula-mula aku tak perasan sebab aku rasa panas tu normal la, orang lain pun panas. Tapi lepas berubat baru aku perasan, selama ni aku panas tapi aku tak pnah berpeluh pun. Aku pernah nampak rakan rumah aku, tetibe je angkat tangan masa tengah tidur.
Masa tu aku tak tidur lagi, memang seramlah. Ada juga kadang-kadang aku jadi seram tak tentu pasal, sampai jadi gelisah. Aku pernah suarakan kat keluarga aku pasal hal ni tapi takkan nak mengadu setiap kali pun. Nanti nampak macam aku pengecut sangat pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience