BAB 11 – Dengki

Thriller Completed 8345

Malam itu baru lah aku tahu bahawa memang benar restoran aku di sihir dan paling memeranjat kan aku rakan Pak Ali telah menemui sesuatu barang yang aneh yang dijadikan sihir untuk menutup mata para pelanggan aku agar mereka tidak dapat melihat kedai aku di buka.

Dengan ikhtiar berubat dan dengan IzinNya, restoran aku kembali pulih dan beroperasi seperti biasa,namun dekat seminggu juga aku tidak melihat kelibat Aziz.

Dijadikan cerita anak Aziz datang menemui aku.

"Pak Cik, saya nak minta maaf bagi pihak ayah saya, ayah saya telah cerita kan segala nya pada saya bahawa dia telah berbuat jahat pada perniagaan Pakcik,"begitu lah kata-kata dari anak Aziz.

Maka tahu lah aku kini yang menghantar sihir pada kedai aku adalah rakan dalam perniagaan juga, memang tak aku sangka Aziz tergamak melakukan hal yang sebegitu teruk.

Anak Aziz memberitahu aku yang ayah nya jatuh sakit secara tiba-tiba dan sebagai manusia biasa juga aku datang menziarahi Aziz yang sedang sakit kuat ketika itu untuk menyampai kan kemaafan kepada nya. Sejak dari itu juga restoran Aziz ditutup, mana kala aku tetap menerus kan perniagaan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience