BAB 14 – Lubang Jarum

Thriller Completed 8345

Namun begitu Faridah dan Jalil masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Faridah telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Ghani datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Ghani datang, keadaan Faridah sudah teruk.
Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Ghani kerana telah menuduh Faridah tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Faridah dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Faridah kembali kerana iparnya tidak percaya Faridah melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Faridah telah terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Faridah turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Kadir sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Kadir berpendapat, penyakit Faridah itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa.

Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Kadir terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Faridah kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Kadir yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak tiga kali setiap malam selama tiga malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Kadir membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Faridah. Faridah meracau-racau mengatakan
Pak Kadir ingin membunuhnya namun Pak Kadir tidak menghiraukan kata-kata Faridah itu.

Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Faridah. Pada masa itu Faridah meraung sekuat hati. Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama tiga malam berturut-turut.
Dalam proses itu, Faridah meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitan yang dialami oleh Faridah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience