Adam memulakan cerita bagaimana dia mengenali inspektor Amna sebelum kejadian membantu menyamar menjadi boyfriend sewaktu orang datang merisik Amna
Flashback
Adam:Saya nak serah diri
Inspektor Amna:Nak serah diri sebab apa ye?
Adam:Sebab mengedar dadah
Inspektor Amna:Boleh saya tahu kumpulan apa yang awak join untuk mengedar dadah ni ye ?
Adam:Dragon King
Inspektor Amna:Okay awak akan direman beberapa hari sementara kami melakukan siasatan, boleh serahkan awak punya wallet,phone dan dadah jika awak masih ada
Adam:Ohhh saya dah lama tak mengedar dadah jadi benda tu tiada pada saya
Inspektor Amna:Okay baik,boleh la serahkan apa yang saya minta tadi dan boleh masuk ke penjara didalam
Adam:Boleh saya jumpa kawan2 saya sekejap untuk memberitahu hal ini?
Inspektor Saiful:Takpe biar saya yang panggil mereka
Adam:Okay baik terima kasih
Tanpa membalas ucapan Adam inspektor Saiful pon keluar dan mencari kelibat kawan2 Adam, apabila ternampak beberapa orang yang ada di perkarangan balai polis itu dia pon menegurnya
inspektor Saiful:Maaf menganggu ni kawan2 Adam Ke?
Fahim:Hah ye
Inspektor Saiful:Jom ikut saya masuk ke balai,Adam nak jumpa kamu semua
Anas:Baik tuan
Mereka semua masuk kedalam dan tanpa membuang masa satu-satu Adam memeluk mereka lalu berkata
Adam: Tolong jaga mak aku, insyaallah jumpa lagi beberapa tahun akan datang
Naqib:Ye kitorg akan jaga mak kau
Anas:Semoga terus kuat aku tahu kau dah buat keputusan yang betul
Adam:Kirim salam semua ye nanti
Fahim:Okay baik
Danial: Kitorg gerak dulu Dam
Adam:Okay baik
Sekali lagi mereka berpelukan bersama dan mereka pon membawa haluan masing2.Harini semua sahabat-sahabat Adam mengambil cuti untuk memberi sokongan kepada Adam supaya terus kuat dengan ujian yang dia hadapi.Sebelum sesi berpelukan di balai polis berlaku sesi berpelukan di rumah orang tua telah dilakukan dahulu.
Bukan tidak mahu dibawa sekali ibu Adam ke balai polis tapi risau akan menganggu proses serah diri. Dirumah orang tua tadi pon Salwa seperti tidak ingin melepaskan Adam pergi,dia redha dengan keputusan yang Adam buat namun terselit kerisauan dalam hatinya, setelah dipujuk baru dia melepaskan Adam untuk teruskan dengan keputusan yang dah Adam buat.
Kini sahabat2 Adam pon sudah kembali ke rumah sewa mereka dan Adam pon sudah berada didalam penjara di balai polis itu selepas dia menukar baju yang telah disediakan.Setelah 4 hari Adam didalam penjara,dia dipanggil untuk disoal siasat.Setelah soal siasat sekesai, kes akan dibawa dan dibicarakan di mahkamah Kuala Lumpur.
Pada hari isnin kes Adam dibicarakan, dia didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara Selama 6 tahun di penjara Kajang dan sebatan sebanyak 2 kali.Kini Adam diiringi beberapa orang pegawai polis untuk ke truck yang disediakan untuk dibawa ke penjara Kajang.
Seketika di perkarangan Mahkamah
Salwa:Anak ibu jaga diri elok2 kat penjara tu nak.(Kata salwa sambil mengusap muka Adam )
Adam:Ye ibu, ibu jangan macamni izinkan orang pergi, insyaallah kalau ada rezeki kita berjumpa ye
Salwa tidak bercakap apa-apa lalu memeluk anaknya yang ada di depannya,Adam hanya mampu mengalirkan air mata tidak membalas pelukan ibunya kerana tangannya masih bergari dan ada dua orang pegawai polis yang sedang menjaganya.
Adam:Ibu insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi ye.(Adam berkata lalu dia mencium kedua pipi dan dahi ibunya ,pelukan dari ibunya masih belum dilepaskan sehingga terpaksa dileraikan oleh seorang pegawai polis wanita.
ASP Nur Syuhada:Maaf puan tolong beri kerjasama,kita tak boleh berlama-lama disini, saya harap puan redha dengan ujian ini.( Kata Syuhada sambil menarik Salwa supaya melepaskan Adam,Salwa hanya mengganguk dan ikutkan sahaja arahan ASP Nur Syuhada itu.
Adam:Korang,bonda,Mak jah tolong jaga ibu ye, insyaallah ada rezeki kita berjumpa lagi, Assalamualaikum
Yang lain: Waalaikumusalam insyaallah
Setelah itu Adam pon dibawa naik ke truck lantas truck pon bergerak ke tempat yang dituju, dari dalam truck Adam pandang sahaja mereka yang berada di perkarangan mahkamah itu.
Fahim:Menarik jalan cerita kau ni
dia macam sambil2 bertugas ambil peluang
Adam: Hahaha ( Suara Fahim kembalikan Adam di alam realiti)
Fahim:Okay teruskan lepastu apa jadi lepas kau dah masuk penjara kat Kajang tu?
Adam:Dalam 12 bulan aku berada di penjara kajang tu, aku ingat lagi dia melawat aku kat hospital sebab dapat pengajaran dari senior, senang cerita kena belasah
Fahim:Okay teruskan
Flashback balik
Adam membuka mata setelah dia pengsan kerana dibelasah oleh 3 banduan senior, dia memerhatikan sekeliling bilik itu,siling putih ada kipas dan lampu,juga dia perasan dari ekor matanya ada seseorang yang sedang tidur dalam keadaan duduk. Adam ingin mengejutkan seseorang yang sedang tidur itu namun dia tidak sedar tangannya digari dan gari itu diletakkan di penghadang katil disebelah kanannya.Tindakan itu menyebabkan seseorang yang tidur itu terjaga.
Isnpektor Amna:Eh awak dah bangun
Adam:Inspektor buat apa datang sini?
Inspektor Amna:Saja nak melawat
Adam:Saya bukan siapa-siapa pon inspektor nak melawat bagai masa sakit lain la saya ni vvip ke apa,saya banduan je inspektor
Inspektor:Tak salah pon kan nak melawat
Adam:Memang tak salah nak melawat tapi tak pernah dibuat orang, inspektor polis melawat banduan (Adam tersenyum sambil berkata-kata)
Inspektor Amna:Yang tak pernah dibuat orang tula kita buat
Adam:Yela inspektor kalau boleh melawat semua banduan, jangan melawat saya seorang je
Inspektor Amna:Sebelum awak masuk penjara kajang itu ada je saya melawat banduan yang lain
Adam:Ya-Ya je inspektor ni
Sedang rancak mereka berborak tiba-tiba masuk seorang lelaki merupakan seorang warden di penjara kajang termasuk la Adam, juga merupakan kawan abang sulung Amna iaitu Zulkarnain.
Cik Hadi:Dah bangun Adam? lama jugak awak pengsan
Adam:Baru je Cik Hadi, berapa lama saya pengsan?
Cik Hadi:4 hari
Adam:Ohhh
Cik Hadi: Selamat pagi inspektor Amna, (Hadi berkata sambil memdambik hormat kepada Amna )
Inspektor Amna:Ish abang ni tak perlu la nak tabik hormat sangat, lagipon umur abang lagi tua dari saya, jadi saya yang perlu hormatkan abang
Cik Hadi:Baik la Amna
Adam:Cik Hadi dengan inspektor Amna ni kenal ke ?
Cik Hadi:Kenal ,lagipon abang sulung Amna ni kawan saya
Adam:Ohhh ada orang dalam patutla senang je nak jumpa banduan macam saya ni, hah dah alang2 tu, betul ke cik Hadi inspektor Amna ni selalu melawat banduan kat penjara tu?
(Sebelum Hadi menjawab soalan Adam, dia sempat memandang ke arah Amna yang seakan-akan meminta pertolongan supaya berkerjasama dengannya)
Cik Hadi:Betul la tu tapi takdela selalu sangat,jarang-jarang,kalau dia ada kes berdekatan sini dia datang la melawat
Adam:Habis kalau datang melawat tu memang pilih random ke macammana?
Cik Hadi:Kalau ada orang yang dia kenal atau orang yang dia suka dia datangla melawat, walaupun jauh dia sanggup datang
Adam:Pelik la perangai inspektor ni
(Adam berkata sambil memandang Amna, Amna tidak membalas apa-apa hanya tersenyum seperti kerang busuk )
Fahim:Okay lepastu
Adam:Kan aku kata tadi si Amna ni suka melawat banduan,aku ingat yang kat hospital tu dia cakap main-main rupanya dia melawat betul-betul weyh
Fahim:Eh Serius la?
Adam:Ya Setiap tahun weyh dia melawat aku,lepastu dalam setahun tu 3 kali jugakla dia datang,
dia siap sambut raya lagi dengan aku ngan kawan aku,cuma tahun aku nak keluar tu je dia tak datang tapi aku tak kisah pon
Fahim:Macam nak bagi hint yang dia suka kau je?
Adam:Mengarut la dia inspektor kot ,aku ni banduan je,dia boleh dapat lagi baik dari aku
Fahim:Kalau orang dah suka apa salahnya
Adam:Ehh kau ni penentu jodoh orang pulak,mana kau tahu dia suka aku,entah-entah dia buat tu untuk saja-saja hilangkan rasa bosan
Fahim:Hmm okay fine
END OF FLASHBACK
Share this novel