FLASHBACK
Pada suatu hari Adam ke pasaraya yang terletak di cheras untuk membeli barang untuk kedainya dan beberapa barang yang dipesan oleh Fahim.Setelah mengambil barang yang diperlukan dia ke kaunter untuk melakukan pembayaran, sedang seorang cashier itu scan barang,Adam tiba-tiba bersuara.
Adam:kejap Dik,tak scan semua barang lagi kan?
Cashier:Hah ye
Adam:Cancel boleh tak?wallet hilang pulak,tadi rasanya dah ambil mungkin tertinggal di mana-mana, barang ni biar sini dulu ye,saya pergi ambil wallet jap kat rumah,rumah saya dekat-dekat sini je
Cashier:Ada e-wallet macam shoppe pay ke, grab ke ?
Adam:Alamak dik,phone pon tak ada ni, mungkin saya sendiri lupa nak ambil
Cashier:Ohh ok tak apa la saya cancel je
Adam:Terima kasih ye dik, sorry la menyusahkan
Cashier:Eh tak ada apa la
Belum sempat Adam memulakan langkah beredar dari kaunter pembayaran itu, tiba-tiba Amna yang entah dari mana munculnya datang menghampiri kaunter itu, lalu dia pon bertanya kepada Adam
Amna:Kenapa ni Biy?
Adam yang mendengar itu terkejut namun reaksi mukanya cuba dikawal lalu dia pon menjawab pertanyaan Amna
Adam:Tak ada apa awak,ni phone dengan Wallet tertinggal rasanya,tu minta adik ni cancel dulu barang yang dah scan
Amna:Tadi tak ambil ke?ke ada suruh siapa-siapa pegangkan kejap?
Adam:Tadi rasanya dah ambil tapi sekarang tiada pula
Cashier yang sedang menunggu panggilannya dijawab oleh senior cashier hanya mendengar perbualan antara Adam dan Amna
Amna:Tak apa la biar saya bayarkan dulu, nanti call la Fahim guna phone saya,tanya dia manatahu tertinggal dalam kereta dia
Adam:Eh tak apa la tu kan duit awak
Amna:Tak apa kita kan suami isteri, duit saya,duit awak jugak
Sekali lagi Adam terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Amna namun dia hanya mampu berpura-pura seperti mereka berdua adalah pasangan suami isteri. Tanpa membuang masa Amna
menyuruh cashier itu menyambung scan barang yang belum di scan tadi.
Amna:Dik teruskan scan barang tu nanti saya bayar
Adam:Itu kan duit awak,saya bagi untuk buat belanja awak
Cashier:Maaf kak,bang nak scan jugak ke barang ni?
Amna:Scan je dik tak apa abaikan je suami saya ni
Cashier:Okay baik kak
Tanpa membuang masa cashier itu mengimbas barang yang tadinya belum di imbas.Selepas barang dimasukkan kedalam plastik,plastik itu diserahkan kepada mereka lalu mereka bertiga pon berlalu dari kaunter pembayaran itu.
Melihat Amna yang terus berjalan membuatkan Adam bersuara.
Adam:Eh jap nak pergi mana ni ?kata nak call Fahim
Amna:Pergi kereta saya,yela letak la barang dulu
Adam:Letak tepi ni je
Amna:Panas la kat luar ni ( belum sempat Adam menjawab Amna pon berlalu ke keretanya manakala Adam hanya mampu membuat muka dan berkata dalam hati "kenapa la aku dapat kawan macam Amna ni", lalu dia pon mengikuti Amna ke keretanya.
Sementara menunggu Adam sampai, Amna telah menyuruh Iman Nadhirah iaitu adik Muaz Firdaus untuk duduk di tempat duduk penumpang dibelakang.
Selesai meletakkan barang-barang yang dibeli di dalam bonet kereta, kedua-duanya pon masuk kedalam kereta.Sebenarnya Adam tidak mahu menaiki kereta Amna kerana tidak mahu terkenang budi,tapi melihat ada kereta yang sedang menunggu kereta mereka keluar, nak taknak dia terpaksa naik jugak.
Adam:Memang sengaja kan buat macamni,ni lagi suruh saya duduk depan?
Amna:Mana ada suruh,lagi satu tadi memang ada kereta tunggu kan, awak pon nampak,jadi jangan la buat orang tertunggu-tunggu
Adam:Apa-apa jela awak,pinjam telefonn,terus hantar kat rumah ye jangan nak singgah mana-mana
Amna:Ala saya lapar la awak, singgah makan jap tau
Adam:Okay tapi saya tak nak order apa-apa nanti
Amna:Okay teman je
Adam hanya membalas okay lalu dia menghubungi Fahim.Selesai Adam menghubungi Fahim dia memulangkan kembali telefon Amna yang telah dia pinjam.
Amna:Fahim cakap apa?
Adam:Dia cakap ada kat dia,dia cakap saya suruh pegang masa keluar rumah lepastu saya lupa nak ambil,dia pon busy sampai terlupa nak hantar
Amna:Ohhh Alhamdulilah la nasib baik la ada kat Fahim,kalau tak ada,dah satu hal nak buat ic baru semua
Adam:Hah ye Alhamdulilah
Kini mereka sampai di sebuah restoran,tanpa membuang masa mereka bertiga keluar dari kereta, selepas kereta dikunci mereka bertiga bergerak dan mengambil tempat duduk di dalam restoran itu.Adam hanya bermain telefonnya kerana dia tidak mahu membuat apa-apa pesanan.Namun tanpa Adam sedari Amna membuat pesanan makanan dan minuman untuknya.Setelah beberapa minit menunggu, makanan dan minuman yang dipesan tadi sampai ke meja mereka.Adam sedikit pelik kerana ada tiga makanan dan minuman setahunya dia tidak memesan apa-apa,setelah pekerja restoran itu beredar Adam bertanya kepada Amna.
Adam:Makanan dan minuman lagi satu ni untuk sapa?
Amna:Untuk awakla
Adam:Amna kan saya bagitahu taknak order apa-apa,barang yang tadi tu tak bayar lagi tambah pulak yang ini,Ohh ye nanti bagi no acc
Amna:Eh sapa kata kena bayar, tak perlu bayar apa-apa pon,saya memang nak belanja
Adam:Eh awak jangan la macamni sebersalah saya dibuatnya,barang tadi pon dah 200 lebih
Amna:Ala saja je nak buat pahala, tiada masalah pon kan
Adam:Ye memang tiada masalah tapi lebih baik awak tolong orang yang betul-betul memerlukan macam anak yatim ke,orang yang minta sedekah tu ke
Amna:Tak tadi kan awak tertinggal dompet dan telefon jadi tu saya tolong
Adam:Ye boleh tolong kalau sampai tak bagi saya bayar balik dah kenapa?
Amna:Saja nak bagi awak bersalah tula tolak lamaran cinta kita,saya dah kata saya tak akan berputus asa,jadi terima la ye
Iman Nadhirah hanya mampu melihat drama antara Adam dan Amna, dari pasaraya tadi dia hanya diam, tersenyum dan menerima arahan daripada Amna.
Adam:Ohh ni perancangan awak dengan Fahim la ye?
Amna:Eh sorry sikit tadi awak sendiri yang cakap,awak tertinggal telefon dengan wallet tu kat Fahim kan
Adam:Okay Fine
Amna:Jangan ingat kalau awak minta no acc saya kat orang lain awak boleh dapat semudah itu je, saya dah berpakat dengan semua
Amna hanya tersenyum manakala Adam sudah berubah mukanya seperti riak tidak berpuas hati.
Makanan dan minuman Iman Nadhirah dan Amna Tasnim sudah habis manakala makanan Adam tidak tersentuh langsung,hanya air yang diminum, kemungkinan kerana kahausan atau sekadar untuk meredakan kemarahannya.Tanpa membuang masa Amna membuat pembayaran dan membungkus makanan Adam yang tidak tersentuh itu.
Mereka bertiga bergerak balik ke rumah masing-masing, sesampainya di rumah Adam,Amna membantu Adam mengeluarkan barang dari bonet kereta dan diletakkan didalam perkarangan rumah,selesai mengeluarkan semua barang dia memberi makanan yang dibungkus tadi untuk Adam.
Amna:Ni makanan awak tadi,ambil la
Adam:Eh tak apa la awak, ambil la bagi ummi ke,nak bagi kawan awak tu pon boleh
Amna mengiyakan sahaja,namun tanpa Adam sedari, Amna menyangkut bungkusan itu dipagar ketika Adam sedang sibuk memasukkan barang ke dalam rumah,lalu Amna pon meminta diri untuk beredar.Selesai sahaja memasukkan barang ke dalam rumah, Adam terperasan bungkusan yang dipegang oleh Amna tadi tersangkut dipagar lalu dia pon mengambil bungkusan itu dan hanya mampu tersenyum. Dalam sibuk membantu dia mengangkat barang sempat pula si Amna ni menulis nota dan diletakkan dalam bungkusan itu.
"Jangan lupa makan makanan ni semoga kenyang,semoga sentiasa teringat dekat saya ehek" disertakan dengan emoji jelir lidah.
Ini merupakan salah satu sebab kenapa Adam menerima Amna, bila dia susah Amna selalu ada dengannya tambahan usaha Amna yang selalu buat Adam tersenyum, Amna jugak tidak mengenal erti putus asa untuk mendapatkan hatinya.Usaha Amna itu sampaikan sahabat-sahabat Adam pon menjadi mangsa dan memaksa Adam untuk menerima cintanya.
END OF FLASHBACK
Share this novel