LUAH PERASAAN

Other Series 10752

Pada hari yang sama lepas solat isyak Amna menghantar message kepada Adam.

Amna:Assalamualaikum awak

Adam:Waalaikumusalam,aik baru petang tadi jumpa takkan dah rindu ? ( Adam membalas message sekali dengan emoji menutup mulut sambil blushing)

Amna:Bukan la saja nak jumpa esok tapi kita berdua je

Adam:Hah rindu la tu kan,tak puas ke jumpa harini?(kini Adam membalas message itu sekali dengan emoji monyet yang menutup matanya bagi menandakan ia malu dengan keadaan itu)

Amna:Mana ada dia ni,saya ada perkara nak bincang lepastu nak beli barang sikit esok

Adam:perkara?macam penting je,tak boleh bincang dalamni ke

Amna:Boleh je tapi feel dia lain, saya nak dengar jawapan tu dari mulut awak sendiri,kalau dalamni nanti main-main

Adam:Woahh macam penting sangat je ni

Amna:Hah ye penting,tunggu la esok ye saya bagitahu

Adam:Okay esok nak jumpa dekat mana, pukul berapa?

Amna:Jumpa kat kedai makan yang 15 minit tu je boleh sampai dalam pukul 8

Adam:Okay awak jumpa esok,nak kena minta izin ummi dengan abang la kan ?

Amna:Ye kena minta izin,macam tak biasa pulak

Adam:Ketiga-tiga abang kena bagitahu ke?

Amna:ye buat-buat taktahu pulak

Adam:Haih malasnya

Amna:Nak keluar kena la minta izin

Adam:Eleh padahal dia yang ajak kita keluar

Amna:Minta jela izin banyak cakap pulak

Adam:Baik la tuan puteri

Amna hanya membalas emoji gelak
Manakala Adam menghantar message kepada ummi dan abang-abang Amna.Itulah rutinnya setiap kali hendak keluar dengan Amna,hal ini disebabkan Amna seorang yang bongsu,juga merupakan salah satu pesanan daripada arwah walid mereka untuk sentiasa menjaga ummi dan Amna
ketika dia tiada nanti.Bagi memudahkan urusannya untuk menghantar message Adam mencipta satu group di whatssap untuk dia dan abang-abang Amna, manakala ummi dia hanya pm sahaja.

Brother Brother Ku (BBK)

Zulkarnain:Group apa ni?

Syarif:Bila masa pulak aku masuk group ni?

Rafi':Tujuan group ni untuk apa eh?

Adam: Assalamualaikum guys tujuan group ni dicipta supaya senang aku nak minta izin korang kalau nak keluar dengan Amna,nak update apa-apa supaya takla aku susah nak pm seorang-seorang.
Okay direct je la nak minta izin keluar dengan Amna esok

Syarif:Aik petang tadi tak puas ke berjumpa ?

Adam:Masalahnya adik kamu bertiga yang ajak keluar

Zulkarnain:Okay nak pergi mana?

Adam:Pergi makan dekat kedai Habib depan tu lepastu teman dia beli barang sikit

Rafi': Bang long macammana ?

Zulkarnain:Okay boleh nanti macam biasa la update

Adam:Okay tq, baik bang long

Zulkarnain:Welcome

Syarif:Jaga adik aku elok-elok

Adam:Baik bang ngah

Rafi':Just hati-hati, dah keluar jangan balik lambat sangat

Adam:Baik ucu

Pada keesokan paginya

Adam: Im aku tak sempat masak breakfast, nanti kau bagitahu dorang sekali eh

Fahim:Nak pergi mana?

Adam:Keluar dengan Amna

Fahim:Aik semalam tak puas jumpa ke?

Adam:Nanti aku cerita,gerak dulu

Fahim:Okay bye hati-hati

Adam:Okay

Seketika di rumah Amna

Amna:Ummi adik gerak dulu ye

Ummi Hazirah:Okay baik-baik, jalan kaki ke bawak kereta?

Amna:Jalan kaki je ummi,nak pergi kedai Habib depan tu je,nanti pergi beli barang baru bawak kereta

Ummi Hazirah:Okay kirim salam Adam

Amna:Okay baik ,ummi nak apa-apa ke ?nanti adik belikan

Ummi Hazirah:Ummi tak kisah beli je apa-apa,kalau tak beli pon takpe, ummi seorang ni makan apa yang ada je

Amna:Okay baik ummi

Amna menyalam dan mencium tangan umminya lalu dia memulakan langkah ke kedai Habib. Disebabkan lorong rumahnya dan rumah Adam hanya selang tiga baris, di pertengahan jalan dia bertembung dengan Adam,lalu mereka pon melangkah bersama ke kedai Habib yang lagi beberapa meter dihadapan. Mereka berdua mengambil tempat yang tersorok sedikit supaya ketika mereka berbincang nanti tiada sebarang gangguan.pesanan yang tadi diambil pon sudah sampai lalu mereka pon memulakan perbualan.

Adam:Awak kata ada perkara penting nak bincang, apa dia?

Amna: Sebenarnya perkara ni dah lama saya simpan cuma sekarang rasanya baru nak terluah

Adam:Okay teruskan

Amna: Sebenarnya saya suka awak

Adam terkedu dengan kenyataan yang Amna keluarkan,dia menyedut airnya sedikit untuk menenangkan dirinya lalu dia bersuara

Adam:Awak serius ke ni?

Amna:Serius

Adam:Sejak bila ?

Amna:Sejak yang awak serah diri tu tapi masatu saya mampu anggap kawan je sebab pada masa itu saya masih tunangan orang, jadi macammana reject or accept ?

Adam: Sorry la saya terpaksa reject sebab saya rasa awak lagi layak dapat yang lebih baik daripada saya

Amna:Tapi saya takkan berputus asa Adam

Adam:Saya fikir untuk masa depan awak, saya taknak orang mengata awak dan family,awak pon tahu saya bekas banduan, saya taknak awak tersiksa bila hidup dengan saya nanti.

Amna:Tapi kita boleh susah senang sama-sama kan,saya akan sentiasa support awak

Adam:Memang boleh tapi tu kata awak macammana dengan ummi dan abang-abang awak,mesti mereka nak yang terbaik untuk awak,dan mesti mereka nak yang setaraf dengan awak untuk jadi suami awak

Amna:Kita boleh bincang pasal ni dengan mereka

Adam:Insyaallah, sorry sebab reject tadi takde niat pon nak sakitkan hati awak

Amna:it's okay tak ada apa saya faham,hmm makan la

Adam:Okay

Mereka berdua pon makan dengan masing-masing mendiamkan diri, tak berapa minit lepastu tiba-tiba purse Amna jatuh ke bawah meja,tanpa membuang masa Amna pon menunduk untuk mengambilnya
Ketika dia mengangkat kepalanya terasa ada tangan yang menghalang dibawah meja supaya kepalanya tidak terkena meja itu.
Selepas Amna mengeluarkan kepalanya dari bawah meja dia perasan Adam berada disebelah dan tangan yang menghalang tu adalah tangan Adam.

Amna:Hah tq (Kata Amna sambil tersenyum )

Adam:Welcome, ohh saja je buat sebab abang-abang awak suruh jaga adik dia ni (Adam berkata lalu kembali ke tempat duduknya )

Amna:Lepasni teman saya beli barang

Adam:Okay, nak pergi tandas jap eh

Amna:Okay

Adam kata saja mahu pergi ke tandas tapi sebaliknya dia pergi ke kaunter bayaran untuk membayar bilnya dan juga Amna,kerana dia tahu sekejap lagi pasti ada perebutan ketika mahu membayar jadi baik dia amik langkah awal supaya tidak berlaku.Setibanya di meja mereka semula Adam bertanya kepada Amna.

Adam:Dah sudah ke?

Amna:Dah

Adam:Jom la awak nak beli barang kan ?

Amna:Jom hah ye, saya nak bayar

Adam:okay ( Adam berkata sambil menyimpan senyum sementara Amna berlalu ke kaunter bayaran)

Sambil berjalan Amna pelik kerana biasanya akan ada perebutan antara dia dan Adam ketika hendak membayar tapi kalini Adam nampak santai sahaja, tanpa memikirkan lagi dia terus sahaja ke kaunter untuk melakukan bayaran.

Amna:Uncle nak bayar untuk meja no 12 ye

Uncle mamak:Ohh meja 12 sudah bayar

Amna:Sudah bayar?

Uncle mamak:Hah ye,itu budak lelaki sudah bayar

Amna:Ohh okay uncle

Amna bergerak ke arah Adam semula, sesampainya dia terus mencubit pinggang Adam menyebabkan Adam mengaduh sakit

Adam:Aduh sakit la awak,kenapa cubit-cubit ni

Amna:Kenapa tak bagitahu dah bayar, taktahu pon ?

Adam:Hahaha saja je,ohh tadi masa pergi tandas,dah alang-alang tu terus bayar sekali

Amna:Saja je kan ?

Adam hanya tersenyum seperti kerang busuk lalu mereka pon bergerak ke rumah Amna untuk menaiki kereta dan bergerak ke tempat seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience