MENGANDUNG

Other Series 10752

Usia perkahwinan Adam dan Amna sudah memasuki 11 bulan,Amna berasa pelik kerana sudah 2 bulan periodnya tidak datang,selera makannya juga semakin bertambah
,tanpa membuang masa dia pon mengambil keputusan untuk bertanya kepada kakak iparnya iaitu yang bernama Izzah Hazirah. Langkah kaki Amna menuju ke bilik abang sulungnya,kebetulan abangnya yang pertama itu ada balik ke rumah keluarga mereka, pintu diketuk lalu bersuara meminta izin sebelum dia memasuki bilik itu.

Panggilannya disahut oleh kakak iparnya lalu Amna pon masuk dan mendekati kakak iparnya yang sedang berada di tepi katil menidurkan anak pertamanya. Setelah Amna mendekati kakak iparnya,Izzah bertanyakan kepada Amna,apa hajatnya berjumpa dengannya.

Kak Izzah:Hah ye ada apa Amna?

Amna:Tak ada apa kaklong,nak tanya je

Kak Izzah:Tanya apa tu?

Amna:Kalau dah lama tak period dan selera makan bertambah,itu tanda-tanda mengandung ke?

Kak Izzah:Kebiasaannya macamtu la,Amna dah berapa lama tak period?

Amna:2 bulan dah tak datang kaklong

Kak Izzah:Hmm dah buat la ni malam pertama? (Kata Izzah Hazirah kepada adik iparnya sambil menjugkit kening dan membuat senyuman dan muka nakal)

Amna:Haish kaklong ni sudah sudah gaharu bercanda pula ,sudah tahu bertanya pula

Kak Izzah:Okay serius balik,dah buat ujian pregnancy test ?

Amna:Belum kaklong

Kak Izzah:Okay nanti pergi beli lepastu buat la test

Amna:Okay baik ,tapi kaklong diam-diam dulu tau,jangan bagitahu sesiapa dulu

Kak Izzah:Kenapa berita baik kan?

Amna:Tahu,kan tak pasti lagi jadi biarlah jadi rahsia dulu

Kak Izzah:Okay tengokla macammana

Amna hanya membuat muka reda dan pasrah dengan jawapan kakak iparnya, kerana dia kenal sangat perangai kakak iparnya itu,tanpa membuang masa,Amna meminta izin untuk keluar daripada bilik abang sulungnya dan berlalu ke biliknya.Pada malam hari yang sama,selepas solat isyak mereka semua berkumpul di ruang tamu setelah sekian lama tak berkumpul kerana semua sibuk dengan kerja masing-masing,walaupun hanya Rafi' mukhtar yang duduk bersama Hazirah, sunyi rumah itu masih terasa apabila dia keluar pergi bekerja.Pelbagai topik sudah dijadikan topik perbualan,kini tibalah topik kemungkinan Amna Tasnim mengandung dibangkitkan.

Izzah Hazirah:Tak lama lagi bertambahla ahli keluarga kita

Zulkarnain:Awak mengandung lagi ke yang?

Izzah Hazirah:Haish abang ni saya kan baru je 2 minggu habis pantang tak akan la cepat sangat ada isi

Zulkarnain:Manala tahu Allah nak bagi kan

Izzah Hazirah:Tak bukan saya yang mengandung

Zulkarnain:Kalau bukan awak ,siapa
yang mengandung ?

Izzah Hazirah:Siapa je yang dah kahwin dalam rumah ni?

Syarif yang sudah dapat jawapan daripada perbualan kakak ipar dan abang sulungnya, terus menanyakan soalan kepada Amna Tasnim selaku adik bongsunya

Izdihar Syarif:Adik betul ke dah mengandung?

Amna Tasnim:Tak pasti lagi sebab belum buat test lagi

Hazirah:Apa-apa pon alhamdulilah,walaupun tak tahu lagi dah ada isi ke belum,nanti dah ada isi jangan lupa bagitahu kami ye

Amna Tasnim:Baik ummi

Adam:Maknanya kita bakal jadi mama papa la kan Priẏa(sayang)

Amna:Insyaallah Sbāmī(hubby),tapi tak sedap la kalau nak gelarkan mama papa

Adam:Kalau priẏa(sayang) tak suka gelaran tu nanti kita bincang gelaran yang lain okay

Amna:Okay Sbāmī(hubby)

Hazirah:Tak kisah la gelaran apa semua sama je maknanya,ok la ummi pon nak masuk tidur dah,kalau korang nak sambung borak,borak jelah

Adam:Ohhh maaf ummi rasanya tak ada nak sambung borak,kami pon nak balik dah ni

Rafi' mukhtar:Tak tidur sini ke Dam

Adam Tamimi:Hah tak tidur sini ucu esok nak kena buka kedai,barang semua dekat sana

Zulkarnain:Ala esok pagi pon boleh gerak

Adam:Maaf bang long takut tak sempat pulak, maklumla buka pukul 7 pagi

Hazirah:Okay tak apa la kalau macamtu

Adam Tamimi:Okay baik maaf ye ummi,nanti kita berjumpa lagi di lain hari

Hazirah hanya mengganguk lalu mereka semua pon bersalaman dan membuat haluan masing-masing.

Setibanya didalam bilik Adam Tamimi dan Amna Tasnim. Melihatkan muka Amna yang sedikit muram Adam terus menghampiri isterinya dan kedua-dua tangan Amna diambil lalu dia mengusap perlahan tangan Amna sambil bertanya.

Adam:Kenapa ni sayang ada masalah ke?

Amna:Tak ada apa tapi orang terasa sikit dengan kaklong

Adam:Kenapa?

Amna:Kalau ada isi ,ni kan anak first kita,jadi orang nak buat surprise la kat biy,tapi kalau kaklong dah bagi hint dulu tak surprise la

Adam:Ala manjanya isteri biy ni,tak apa la kalau macamtu nanti sayang buat je surprise tu nanti biy buat -buat terkejut,teruja

Amna:Yeay betul ke ni biy ?

Adam:Ye betul my cinta hati,dah la jom tidur

Amna:Ala sayang tak ngantuk lagi la,jom night talk

Adam:Okay nak borak tentang apa ni

Amna:Hah tentang gelaran la biy, sayang nak suruh anak-anak kita panggil mummy la kalau biy panggil daddy,biy setuju?

Adam:Ala taknak la daddy macam manja sangat la sayang,biy nak anak-anak kita nanti panggil biy abi baru la nanti tak ada la malu sangat kalau dipanggil daddy

Amna:Tapi sayang suka panggilan mummy tu

Adam:Ok macamni kalau sayang dia panggil mummy kalau biy dia panggil abi,setuju?

Amna:Tak setuju,anak-anak kita kena panggil biy daddy jugak

Adam:Kenapa sayang?

Amna:Abi tu bunyi dia pon dah sama dengan biy,nanti sayang nak panggil biy dah tak boleh

Adam:Sayang kita kan ada bahasa bangla tu jadi tidak la berebut dengan anak

Amna:Okay hmmm (Amna berpeluk tubuh sambil mukanya menghadap ke arah lain,seolah-olah merajuk kerana cadangannya ditolak oleh Adam.)

Adam yang nampak perubahan muka isterinya,tanpa membuang masa dia terus menjalankan tugasnya,makanan yang bernama nougat diambil didalam laci.

Adam:Alololo merajuk ke bidadari biy ni?

Apabila tiada sahutan daripada Amna,Adam meneruskan perbuatan dan percakapannya, nougat tadi dimasukkan didalam mulut lalu berkata

Adam:Sedapnya makanan ni sayang nak ?

Melihatkan ajakannya tidak berbalas,dia pon teruskan berkata

Adam:Rugi la yang taknak tu,dah la sedap perisa strawberry lagi,orang kata rezeki jangan ditolak,kalau merajuk-merajuk pon makanan mesti didahulukan

Kini kepala Amna sudah menghadap ke Adam yang sedang menikmati gula-gula nougat itu, dalam hatinya dia ingin merasai gula-gula itu namun ego mengusai,Adam yang perasan dari ekor matanya menunggu sahaja Amna untuk menurunkan egonya,kerana dia tahu strawberry itu perisa favorite Amna.

Adam:ishh dah sedap-sedap makan tak sedar pulak nougat ni dah tinggal 1( Adam saja berkata begitu untuk memancing perhatian Amna,
sedangkan didalam laci itu ada banyak lagi,mendengarkan itu tanpa membuang masa Amna pon bersuara)

Amna:Biy nak rasa nougat tu

Adam senyum kemenangan lalu dia pon mengambil beberapa nougat dan beberapa coklat didalam laci itu lalu diberi kepada Amna,mereka diam seketika sambil menikmati nougat dan coklat itu,setelah 10 minit berlalu barula Adam bersuara semula

Adam:Merajuk lagi dengan biy?

Amna:Merajuk sikit

Adam:Tak apa la yang itu nanti kita bincang balik,kita pon tak pasti lagi ada isi lagi ke tak,tapi kan biy ingat semua anak-anak kita nanti biy nak letak nama yang ada At jugak, barula jadi family At

Amna:Sayang pon fikir macamtu,
tapi untuk t susah la nak jumpa nama kalau a tu banyak la

Adam:Tak apa nanti kita cari la jugak nama t tu,barula lain daripada yang lain

Amna:Ikutla biy kalau jumpa alhamdulilah,sayang tak kisah pon kalau nama anak-anak kita nanti tak ada At yang penting maksud nama tu baik-baik

Adam:Okay sayang,dah ngantuk?

Amna:Dah

Adam:Okay jom tidur,baca doa dulu

Amna:Bismikallaahumma ahyaa wa bismika amuutu.

Sorry lambat update, mood menulis tak sampai lagi hehe, lagi satu tak berapa sihat dan ada perkara yang perlu diselesaikan, apa2 pon tq sbb sudi menunggu,enjoy your reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience