2 bulan sebelum pernikahan mereka berlangsung Amna dan Adam sibuk membuat persiapan antaranya membuat kad jemputan, menyewa baju untuk pernikahan dan bergambar diluar. Membuat ujian hiv,pergi khusus perkahwinan dan menghantar borang pernikahan.Kalau ikutkan mereka berdua mahu membuat kad jemputan digital sahaja namun apabila memikirkan ada sesetengah jiran yang berusia dan tidak pandai menggunakan telefon jadi mereka bercadang untuk membuat kad jemputan secara fizikal tetapi tidak banyak. Perkahwinan mereka akan datang hanya melakukan perkara yang wajib hanya bernikah dan membuat sedikit jamuan makan,selebihnya mereka berdua fokus kepada sesi pergambaran,disebabkan Adam seorang bekas banduan dan Amna seorang inspektor polis,malah mereka memilih tema itu sebagai tema pergambaran.
Setelah 4 hari bercuti untuk majlis pertunangan dan membuat persiapan perkahwinan, mereka berdua masuk semula ke tempat kerja masing-masing, dimana Adam membuka gerainya yang telah tutup selama 4 hari manakala Amna pula memulakan kerjanya di balai polis yang terletak di Kuala Selangor. Kalau dah bercuti 4 hari adalah mulut yang bertanya-tanya dan mengusik mereka berdua.
(Di situasi Adam )
Adam sedang menyusun barang sebelum kedai di buka, beberapa minit selepas itu datang la 3-4 orang yang berusia dalam lingkungan 40-60, menegur Adam apabila kedainya tidak buka selama 4 hari
Pakcik Murad:Haih Adam berseri nampak muka,ada apa-apa berlaku ke 4 hari ni
Adam:Saya bertunang pakcik
Cik Imah:Ohhh bertunang patutla berseri je muka,senyum pon sampai ke telinga,kenapa tak jemput makcik
Adam:Maaf makcik buat kecil-kecilan je, nanti nikah baru jemput
Pakcik Murad:Ohhh Alhamdulilah,ok la Adam pakcik gerak dulu,nanti nikah jangan lupa jemput
Adam:Baik pakcik
Cik Yah:Ohhh Alhamdulilah la ada jugak yang nak kamu ye, maklumla kamu kan bekas banduan, maafla makcik bukan nak bagi kamu terasa
Pakcik Akob:Eh kamu ni tak baik cakap macamtu, jodoh pertemuan semua tu di tangan Allah, tak kisah la pon siapa dia kalau kata jodoh si budak Adam ni dah sampai Alhamdulilah.Lagi satu jaga sikit mulut awak tu bukan apa saya takut awak yang berdosa.
Cik Yah: ishh abang ni saya cakap je
Pakcik Akob:Apa-apa la awak ni bukan saya tak tahu perangai awak
Adam:Eh pakcik makcik, jangan gaduh dekat sini, Alhamdulilah Allah permudahkan semua.( Walaupun dalam hatinya terasa dengan kata-kata dari makcik2, namun dia diamkan sahaja,mulut orang kan siapa boleh tutup )
Pakcik Akob:Adam kamu hiraukan je kata-kata makcik tu
Adam:Eh pakcik saya tak ada simpan dalam hati pon,lagipon dah biasa orang berkata tentang hal ini
CikYah:Hah abang ,Adam pon kata dia tak terasa pon dengan kata-kata saya
Pakcik Akob tidak menjawab dan meminta diri kepada Adam untuk meninggalkan kedai itu
Pakcik Akob:Pakcik dan makcik gerak dulu ye,terima kasih sebab sudi tumpangkan roti jala pakcik ni kat kedai kamu
Adam:Baik,sama-sama pakcik,hal kecil je pakcik kita saling tolong menolong
Pakcik Akob dan Cik Yah pon bergerak dan meninggalkan Adam berseorangan di kedai itu.
Di situasi Amna)
Asp Nur Syuhada :Dah balik dari bercuti inspektor Amna ni,Aik ada cincin dijari muka berseri je ni ada apa-apa ke yang terjadi?
Belum sempat Amna menjawab Raisha yang ada berdekatan terus menghampiri Amna dan Asp Nur Syuhada lantas tangan Amna ditarik lalu berkata.
Raisha:Eh betul la ada cincin,cantik
cerita la apa yang terjadi ? (Kata Raisha sambil tersenyum, suara Raisha yang kuat itu turut menarik perhatian yang lainnya untuk mendekati )
Amna:tak ada pon,bertunang je
Raisha:What, betul ke ni ?
Amna:Betul la,kenapa tak percaya?
Wahida:Bukan apa tak ada angin tak ada ribut tahu-tahu bertunang je ,selama ni kan payah betul kau nak buka hati untuk lelaki
Farah:Betul-betul,selamani ramai peminat kau,kau je yang tolak Amna, budak-budak konstable tu pon ramai tau yang minat kau ,tapi malangnya kau bukanla seorang perempuan yang mudah dimiliki
Asp Syuhada:Bukan budak konstable tu je tu dia tolak,tu Acp Haziq Arif tu pon dia tolak,puas la orang tu cuba mengorat sampai putus asa la orang tu.
Amna:Apa kata puan jela dengan tuan Haziq,umur beza setahun je
Asp Syuhada:Taknak la saya, sama- sama kerja polis,pusing situ pusing sana muka dia jugak
Amna:Macamtu la jugak saya puan kalau boleh nak pasangan yang bukan polis
Wahida:Jangan tak suka sangat puan nanti jadi suka
Asp Syuhada:Tak adanya la
Raisha:Amna kau taknak tunjuk gambar ke siapa tunang kau?
Amna:Nanti la masa dah nikah aku tunjuk gambar dia
Farah:Dengan kita orang pon nak berahsia ke?
Amna:Tak berahsia,nanti la masa nikah aku tunjuk gambar, tak sabar betul
Farah:Yela-yela
Asp Syuhada:Dah jangan asyik berborak je,sila buat kerja masing-masing
Yang lain:Baik puan
Perbualan pon tamat disitu dan mereka berlalu untuk melakukan kerja masing-masing.
2 minggu sebelum majlis nikah Adam dan Amna berlangsung,ada ujian yang mereka perlu tempuhi, antaranya tentang status Adam sebagai bekas banduan.
Saiful:Korang tahu tak,siapa bakal suami Amna?
Raisha:Siapa?
Saiful:Adam si tiktoker tu,yang dulu team kita pernah jaga kes dia mengedar dadah
Raisha:Biar betul, mana kau tahu?(Raisha bersuara dengan nada terkejut)
Saiful:Kawan aku si Muaz tu,dia kawan membesar Amna,jadi dia tahu la
Raisha:Kau percaya ke si Muaz tu?
Saiful:Percaya,kalau kau tak percaya,nanti kau tanya la Amna sendiri,betul ke tak
Farah,Wahida dan beberapa orang yang menyertai makan tengahari itu hanya mendengar perbualan antara Raisha dan Saiful.Bagi Farah dan Wahida mereka mengetahui Raisha menyimpan rasa suka terhadap Adam,sebab itu dia berasa gusar apabila mendapat tahu bakal suami Amna adalah Adam.Ketika ini Amna tiada kerana dia bekerja pada shift petang.
Nampak je bayang Amna sudah memasuki ruang pejabat,Raisha terus menerpa ke arah Amna dan membawanya ke tempat yang sedikit sembunyi supaya tidak mengganggu orang lain yang masih melakukan kerja, untuk bertanya tentang perkara yang diberitahu Saiful waktu makan tengahari tadi.
Farah,Wahida dan Yana yang perasan akan perkara itu turut mengikuti Amna dan Raisha, kebetulan waktu kerja mereka berempat habis pada waktu yang sama jadi dapat la mereka mendengar perbualan itu,mereka bertiga risau jika Raisha melakukan sesuatu kepada Amna,kerana dari reaksi Raisha nampak sangat dia tidak berpuas hati dengan Amna.
Raisha:Amna aku nak tanya kau ni betul ke bakal suami kau Adam si tiktoker tu?
Amna:Macam mana kau tahu ?(Amna berkata sambil memberi riak terkejut)
Raisha:Saiful bagitahu aku
Amna:Macam mana Saiful boleh tahu hal ni?
Raisha:Si Muaz kawan membesar kau tu yang bagitahu dia
Amna:Ohhh
Raisha:Jadi perkara tu betul la?
Amna:Betul la Adam bakal suami aku
Raisha:Kau kenapa eh,dalam banyak-banyak lelaki yang minat kau, si Adam bekas banduan tu jugak kau nak buat suami
Amna:Jangan hina bakal suami aku sekurang-kurangnya ada orang yang boleh terima dia sebagai seorang bekas banduan
Raisha:Dia tu bekas banduan tau,dan kes dia team kita yang jaga dulu, kau tak takut ke bila dah kahwin nanti dia buat masalah,dan masatu kau jangan pulak nak campur masalah peribadi dengan kerja
Amna:Aku percaya dengan dia,aku tak kisah kau nak cakap apa pon, aku akan tetap teruskan perkahwinan ni
Raisha:Aku bukan apa la aku takut kau bela biawak hidup je nanti
Amna:Macam aku cakap tadi Raisha
Raisha:Terpulang kat kau la Amna,jangan menyesal pulak nanti
Amna:Wait and see Raisha
Raisha hanya tersenyum sinis kepada Amna dan berlalu pergi,dan tanpa Amna ketahui dalam hati Raisha sedang berkata-kata.(Aku ingatkan bila aku cakap macamtu dia boleh rasa tergugat ke apa,lagi percaya dekat Adam tu rupanya malah nak teruskan jugak perkahwinan tu, aduh habis perasaan aku kat Adam macam mana,haish susah jugak macam ni.)
Berita ini juga sudah tersebar di kejiranan Amna dan Adam,sebelum ini yang lain sudah tahu Adam adalah seorang bekas banduan tetapi apabila tahu berita perkahwinan ini ramai la yang mengata.
Share this novel