BEBAS

Other Series 10749

Adam keluar melalui pintu kecil yang ada di penjara kajang itu.Dari jauh sudah terlihat sebuah kereta sedang menunggu kedatangan Adam di perkarangan yang telah disediakan oleh pihak penjara untuk para pelawat.

Setelah masuk kedalam kereta, Fahim menanyakan khabar kepada Adam. Macammana keadaan kau dalam penjara ,ok ke?.Adam tersenyum kecil sebelum menjawab pertanyaan Fahim.Alhamdulilah aku ok je, macamni la keadaan aku masih sama cuma kena buli sikit-sikit dengan senior tu biasala, tapi tidak seteruk dulu sehingga menyebabkan kematian.Fahim hanya angguk sebagai tanda membalas jawapan yang Adam berikan.

Kini mereka menuju tempat yang dituju iaitu Cheras Perdana dimana terletaknya rumah sewa Fahim dan sahabat2 lama mereka .Seketika suasana senyap menyelubungi mereka didalam kereta, hanya bunyi radio sahaja kedengaran. Dalam perjalanan Adam melihat bangunan pencakar langit yang kian pesat membangun.

Adam memecahkan suasana senyap tadi dengan memberi komen tentang pembangunan yang telah dilakukan.Cheras sekarang dah lain, dulu kalau mall kat sini memang jarang mendapat tarikan terutama dalam kalangan anak muda,kata Adam kepada Fahim.

Ye,kalau kau nak tahu bukan setakat mall je tapi tempat-tempat lepak yg ada food truck macam di Setapak&Ampang pon dah ada disini, bukan itu je pusat internet juga sudah ditambah di seluruh Malaysia,kalau dulu amat jarang untuk dijumpai.Setelah kerajaan bertukar ahli segalanya ditambahbaikan. Adam hanya angguk setelah mendengar kata-kata Fahim.

Seketika di rumah sewa, masing-masing tidak sabar untuk menyambut kepulangan Adam.
Mereka membuat persiapan seperti hendak menyambut hari lahir seseorang,sedangkan ini hanyalah kepulangan seseorang dari tirai besi yang pada harini sudah tiba masa untuk dibebaskan.

Belon yang berbentuk huruf
dijadikan satu ayat iaitu "WELCOME BACK SAHABAT " lalu dilekatkan di dinding di ruang tamu,makanan dan minuman juga turut terhidang diatas meja.Majlis ini boleh juga dikatakan sebagai majlis reunion kerana semua yang ada di dalam rumah itu merupakan sahabat mereka.

Kini Adam dan Fahim telah sampai di rumah sewa yang terletak di Cheras Perdana. Sebelum masuk ke dalam rumah Fahim sempat menghantar pesanan kepada yang lain untuk bersiap sedia.Selepas Adam buka je pintu rumah lantas kedengaran suara jeritan "welcome back bro" daripada mereka yang berada didalam rumah,lalu terjadi la sesi berpelukan,melepaskan rindu di hadapan pintu rumah itu.

Selepas makan dan solat asar bersama,mereka berkumpul di ruang tamu sambil berborak. Lepasni apa yang kau nak buat?tanya Naqib kepada Adam. Insyaallah aku ingat nak meniaga dan focus review free aku tu.Kau taknak sambung belajar ke? tanya Anas pula kepada Adam,tengokla macammana insyaallah kalau ada duit lebih aku sambung la, kalau tak aku focus meniaga dan review tu je. Ok la kalau kau kata macamtu. Jawab Anas sebagai membalas jawapan yang Adam berikan.

Kini mereka berada di meja makan baru sahaja selesai makan malam.Sesi berborak petang tadi belum habis disambung pula pada malamnya. Kalau berborak atau lepak tiada kudapan memang tak sah mereka ni. Adam harini kitorang kasi kau peluang untuk rehat,tapi esok breakfast kau masak eh, kitorang rindu masakan kau. Kata Irfan kepada Adam sambil menayang sengih seperti kerang busuk.Adam tersenyum kecil lalu berkata boleh kepada permintaan Irfan itu.

Jam menunjukkan pukul 1:30 pagi, masing-masing sudah mengantuk dan mengambil keputusan untuk tidur.Disebabkan esok hari ahad jadi berpeluang la mereka untuk tidur lewat.Lepas berborak tadi mereka sempat bermain game bersama sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas, tambahan pula Adam baru keluar dari penjara jadi mereka perlu mengajar Adam untuk menggunakan teknologi modern yang semakin pesat dipasarkan.

Pada pagi itu Adam menyediakan sarapan untuk mereka seperti permintaan Irfan malam semalam. Mi yang telah siap digoreng di letakkan didalam mangkuk lalu dihidangkan di atas meja yang berada di dapur ,selain mi goreng terdapat juga roti bakar dan milo panas ,disertakan juga sapuan untuk roti bakar seperti mentega, susu pekat, peanut butter dan kaya. Maklumla tak semua orang boleh menelan makanan berat pada waktu pagi-pagi begini jadi terdapatla dua hidangan pada pagi itu.

Selesai mereka bersarapan, Adam bertanya kepada Khairul " kau boleh potongkan rambut aku Rul?"mendengar sahaja pertanyaan itu Khairul terus menjawab boleh lalu bertanya kepada Adam,potongan apa yang dia mahukan.
Nak potongan macammana?lalu Adam menjawab potongan macam biasa taper fade.
tanpa membuang masa Khairul mengambil peralatan perguntingan rambutnya dan mula memotong rambut Adam. Masing-Masing sudah faham dengan perangai Adam yang mementingkan kekemasan buat dirinya, sudah tentu Adam sedang rimas dengan penampilan dirinya saat ini setelah keluar dari penjara.

Mujurla Khairul menyambung pelajaran didalam bidang perguntingan rambut dapatla Adam menggunting rambutnya sekaligus Khairul dapat menajamkan skil perguntingan rambut yang dia miliki. Maklumla bak kata orang kalau belajar sahaja tapi tidak mempraktikkan apa yang dipelajari hasilnya tidak akan nampak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience