Pada pagi hari jumaat yang barakah
Adam bangun dengan wajah yang ceria dan bersemangat kerana pada harini lahirla seorang putera yang diberi nama Muhammad Adam Tamimi Bin Muhammad Syazwi.Walaupun diluarannya nampak seperti dia ceria dan bersemangat tapi di sudut hatinya terasa sedikit hampa kerana tiada seorang pon dalam kalangan sahabatnya mengucapkan ucapan selamat ulangtahun kepadanya.
Kebiasaannya tepat saja pukul 12 malam masing-masing sudah bersedia dengan tepung untuk dibaling kepada si mangsa, jika tidak dengan acara kejar-mengejar dengan tepung,paling tidak pon hanya ucapan,namun perkara itu tidak berlaku kepada Adam, seoklah-oklah tiada apa berlaku pada harini,namun Adam diamkan sahaja perkara itu kerana semasa dia didalam penjara dia sudah biasa dengan perkara itu,pada hari kelahirannya tiada siapa yang sambut dan memberikan ucapan selamat hari lahir,kalau ada pon orang-orang yang mengenalinya sahaja.
Walaupun begitu Adam tetap bersyukur kerana ada juga yang ingat tarikh kelahirannya dan memberikan ucapan antaranya insan yang bernama Khadijah dan Aina Mastura. Khadijah merupakan tuan untuk rumah anak yatim yang berada di Cheras dimana dirumah anak yatim itula Adam selalu memberikan sedekah & bantuan seperti barang makanan, pakaian, peralatan sekolah dan banyak lagi. Khadijah juga menjadi tempat luahan Adam dan sahabatnya jika ada masalah. Ini kerana mereka mempunyai nasib yang lebih kurang sama. Aina Mastura pula merupakan mak angkat kepada Adam yang selamani banyak membantu ibu Adam iaitu Salwa tatkala dua beranak ini dalam kesusahan.
Tidak lupa juga kepada fans dan subscriber yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya serta doa yang baik-baik untuk dirinya. Sungguh Adam tidak sangka mereka masih ingat perkara seperti ini walaupun dia sudah lama menyepi dan mereka masih boleh menerima kehadirannya semula setelah apa yang telah terjadi. Sungguh dia amat bersyukur dengan pemberian yang Allah berikan.
Beralih kepada perancangan sahabat-sahabat Adam yang berada didalam bilik sebelum mereka turun untuk sarapan bersama. Naqib memulakan perbualan.
Naqib:Weyh korang ingat eh plan kita macammana,kalau Adam tanya apa-apa berkenaan harini, seorang jawab , yang lain kena pandai cover jugak, macammana onz tak onz ?
4 orang selebihnya :Onz
Naqib:Rul tadi kau ada tolong sekejap Adam kat dapur kan,dia ada tanya apa-apa ke?takpon ada tak reaction dia bila kita tak wish birthday dia
Khairul:Dia takde tanya apa-apa pon tapi nampak la muka ceria lain macam dia tu, reaction dia tu macam nak tanya tapi dia diam je
Naqib:Ohh ok la kalau macamtu, jomla turun makan,lama pulak Adam tunggu nanti
Yang lain:Okay
Selesai perbincangan itu mereka pon turun untuk bersarapan bersama-sama.
Danial: Morning Adam ,breakfast apa kita harini?
Adam:Nasi goreng dan teh o
Fahim:Wahhh sedapnya nasi goreng
Naqib:Dah siap ke semua? sorry la tak dapat tolong kau siapkan sarapan
Adam:Ohh dah siap dah,takpe boleh je aku buat sorang,nak tolong dialu-alukan hehe
Anas:Ohh ok jomla duduk makan sama-sama
Mereka semua mengambil tempat masing-masing di meja makan
lantas menadah tangan untuk membaca doa dan mengaamiinkannya.Sambil makan mereka berbual.
Fahim: Harini 17 haribulan kan
Danial:Hah ye,kenapa?
Fahim:Aku hampir lupa harini ada photoshoot orang nikah
Danial:Pukul brp?
Fahim:9-12Am macamtu
Anas:Jangan lupa pulak solat jumaat
Fahim:Insyaallah kalau habis awal aku pergila masjid
Anas:Okay
Setelah habis makan mereka bersiap untuk ke tempat kerja, ada yang keluar awal ada yang lambat sedikit, maklumla waktu masuk kerja setiap pada mereka tidak sama.
Disebabkan harini hari jumaat dan kedai Adam tutup pada hari jumaat,sabtu,ahad dan public holiday jadi dia bercadang untuk mengemas rumah, membuat, menyunting video, dan jika ada kelapangan dia ingin membuat live di TikTok.
Selesai sahaja mengemas rumah, Adam membuat live di TikTok, kebetulan kawan tiktoknya Nawawi membuat live jadi tanpa
membuang masa Adam merequest untuk masuk ke dalam live kawannya itu.
Nawawi: Hai long time no see brother
Adam: Hahaha ni aku dah munculkan diri la ni
Nawawi:Kau apa khabar,apa perkembangan sekarang?
Adam: Alhamdulilah sihat je, sekarang aku mulakan balik bisnes aku yang dulu tu dekat Jalan tun Razak
Nawawi:Ohhh yang makanan korea
tu kan
Adam:Hah ye
Sedang leka Adam dan Nawawi berborak di dalam live, kedengaran orang memberi salam disertakan dengan bunyi loceng dirumah itu menandakan ada orang diluar,Adam meminta izin sebentar untuk melihat gerangan siapa yang berada diluar.
Adam:Awi aku tgk Jap orang kat luar
Nawawi: okay
Sementara Adam melihat siapa yang datang diluar rumah, Nawawi membaca komen daripada follower Adam yang kebanyakannya memberi ucapan Selamat Hari Lahir kepada Adam. Beberapa minit kemudian Adam masuk dengan membawa 3 bungkusan plastik dari 2 restoran yang berlainan yang dihantar oleh 2 orang rider dari grab food.Setelah Adam meletakkan beg kertas itu diatas meja makan, dia masuk kembali ke dalam live Nawawi yang dibiarkan tadi.
Nawawi yang sudah tahu harini merupakan hari kelahiran Adam,terus memberi ucapan Selamat Hari Lahir kepada sahabat tiktoknya itu.
Nawawi: Happy Birthday bro,may Allah bless you semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu, sorry eh lupa pulak harini hari lahir kau
Adam:Tq untuk doa ,eh takpe2
Nawawi:Ohhh tadi tu fans bagi la tu
Adam:Hah ye
Nawawi: Dorang tahu eh alamat rumah kau?
Adam: Aku bagi la, biasanya aku bagi kat dm ig je,kalau kat tiktok ni susah la nak tengok sebab notification tu dia sekalikan semua,kalau kat ig kan dia asing jadi senang sikit nak check
Nawawi:Kau tak takut eh kalau orang salah gunakan alamat yang kau bagi ni, aku bukan nak doa yang tak baik tapi zaman sekarang ni sihir pon boleh online
Adam:Takut jugak tapi apa-apa aku mampu berdoa lepastu serahkan pada Allah jela,nak buat macammana dah ada fans,kita pon hargai la apa usaha dorang,yela tanpa dorang jugak aku takkan ada kat sini
Nawawi:Untunglerr ada fans
Adam: Hahahaha suatu hari nanti kau akan ada fans jugak macam aku.Hah korang pergi follow Nawawi ni,tu dah pin dah kat comment,takpon tekan je kat profile atas
Nawawi:Eh kau ni aku gurau je
Adam:Eh takpe aku nak kau merasa ada fans jugak
Nawawi:Buat susah2 je apa2 pon thanks
Adam:Takde hal la bro, welcome
Nawawi:Okay la aku end dulu la ada kerja skit nak buat
Adam: ohhh okay
Adam:Eh korang aku nak buat video ni,nak end ke biar je,yela nnt kena banned kalau sebut apps lain
Yana: jangan end
User 48886 : takyah end
Fitri:Biar je dam
Qowi: jangan end
Farr: jangan end
Nurr:Biar jee
Adam:Okay sbb ramai yang minta takyah end, aku tak end tapi aku mute skjap la nak buat video, okay ?
User 000876590:okay
Nurr:okay
Joker:okay
Hanim:Okay
Yani:okay
Tanpa membuang masa Adam mutekan sekejap livenya lalu membuat video
Adam:Hai guys welcome back to my YouTube channel, okay harini aku nak unboxing hadiah yang orang bagi kat aku dan ada beberapa makanan dan minuman yang orang bg td dari segala apps penghantaran makanan yg ada di Malaysia ni.Okay kita mulakan dgn makanan minuman ni dulu la, yg barang korang hantar melalui postage tu kita unboxing nanti.
Adam: Okay first dari nasi kandar pelita, wahhh tak buka lagi pon dah bau,okay jom kita buka, wahhh ada ayam goreng dgn sotong sambal,Tq eh yg bagi nnti aq makan,sorry sbb tadi baru breakfast kenyang lagi jadi aku makan nanti
Adam: Okay next kita ada roti jala, lepastu ada sertakan sekali kad ucapan. ( Selamat Hari Lahir Adam yang ke 26, Semoga dimurahkan rezeki, Semoga tercapai segala yang dikehendaki, daripada Abg Madi rakan niaga mu.
Adam: Tq Abang Madi
Adam: Okay next kita ada air milo ais dan sedikit kuih muih, dia bg karipap,kuih seri muka, kuih kochi dan lepat pisang. Ohh baru saya perasan kat plastik ni ada stickers note yang bertulis ucapan. (Selamat Hari Lahir abang Adam, kuat semangat jangan fikir apa org kata yang penting kita tahu niat kita baik. daripada adik Najihah )
Adam:Terima kasih dik untuk kata-kata tu dan Milo ais dan kuih-kuih yang awak bagi ni, susah-susah je, apa2 pon tq sekali lg.
( Adam pause sekejap recording yang dibuat untuk memberi tumpuan sekejap kepada live )
Fatiha: Wahh bestlerr dapat nasi kandar
Kak Ros: akk yg tgk ni pon dah meleleh air liur
Qowi: Sedapnya nasi kandar
Yani: Alhamdulilah rezeki
Adam: Alhamdulilah rezeki orang bagi,saya sebenarnya tadi dah meleleh air liur jugak tapi nasib baik masih kenyang lagi sbb breakfast kalau tak dah ngap dah td
manusia biasa: Wahh budak pon turut bagi Adam makanan, apa2 pon budak tu mmg matang daripada usia, siap selitkan kata2 semangat
Adam: Alhamdulilah saya tak sangka budak pon ada tgk video saya
Adam: Sorry eh kalau yang mana komen saya tak sempat baca tu,laju sangat tak sempat baca,ok la nak sambung buat video jap.
Adam: Okay next daripada secret recipe, Wahhh Kek Coklat, Happy Birthday Adam turn 26,Tq eh yang bagi walaupun saya takthu siapa.
Adam:Okay seterusnya daripada Starbucks, ada air mocha frappuccino dgn sandwich Ayam teriyaki. Happy birthday Adam yang ke 26 semoga murah rezeki selalu. Aamiin Tq utk doa, lawak la korg ni,korg suruh abg rider tu tulis eh kat bungkusan ni, apa2 pon tq again.
( Adam berhenti membuat recording video YouTube dan melayan followernya yg ada di live TikTok)
Adam:Tq yang wish,Tq yang bg gift kalau ada yg dalam live ni ada yg bagi makanan,minuman dan brg yang saya belum buka tu tq sangat2 ye,saya sangat hargai walaupun saya dah lama menyepi saya ada hal yang tahu je tahu,Tq sbb masih stay dan support saya. Sejujurnya saya sangat bersyukur yang mana masih stay,saya kenal ni follower2 lama saya antaranya Kak Ros,Qowi,Yani,joker dan ramai lagi yang saya perasan ada dalam ni.Tq jugak follower yang baru support saya , Alhamdulilah baru 2 3 bulan saya buat acc tiktok yang baru dah 6000 lebih follower saya.
Adam:Ok la guys nak end dulu aku nak sambung buat video Yt, lepastu nanti nak siap2 gi solat jumaat,yang laki dalamni jangan lupa prgi solat jumaat, yang nak subscribe Yt tu blh tekan link kat bio,okay bye assalamualaikum.
Adam menhentikan live nya di TikTok lalu menyambung membuat video unboxing.Setelah siap membuat recording video untuk YouTube, Adam bersiap untuk menunaikan solat jumaat.
Tq yang masih menunggu cerita ini yela bagi sesetengah orang mungkin dah anggap cerita ini takkan diupdate lagi sbb dah bbrp bulan tak update chapter baru kan.Saya busy kerja dalam masa yang sama saya memikir ayat untuk dirangka supaya anda semua tidak bosan untuk membaca cerita saya, Sorry dan enjoy your reading
Share this novel