JAWAPAN

Other Series 10752

Beberapa bulan telah berlalu selepas perbincangan dan solat istikarah yang dilakukan oleh Adam,kini dia yakin dengan jawapan yang dia temui iaitu memang Amna adalah jodoh untuknya dan kini masanya untuk dia menerima lamaran Amna. Adam merancang untuk memberi kejutan kepada Amna sekaligus melamar Amna untuk menjadi isterinya.

Group BBK

Adam: Assalamualaikum abang-abang ku

Zulkarnain, Syarif, Rafi' : Waalaikumusalam

Zulkarnain:Ada apa?

Adam:Aku nak buat kejutan untuk Amna sekaligus melamar dia jadi isteri aku

Rafi':Apa rancangan kau?

Adam:Aku akan buat kejutan tu dekat sebuah restoran kiranya korang makan malam disitu,lepas korang makan,aku datang dengan pakai maskot,aku luah la kat dia sekaligus melamar dia

Zulkarnain:Okay Gudluck

Adam:Tq bang long

Pada hari kejadian

Selesai mereka makan tiba-tiba datang seseorang yang memakai maskot bear ke arah Amna sambil memegang kertas

Kertas 1:Hai Assalamualaikum nama awak Amna ?

Amna: Waalaikumusalam hah ye saya

Kertas 2: Saya mungkin seseorang  yang awak tunggu sebelumni cuma selamani saya tolak lamaran tu 

Amna:Okay

Kertas 3:Tapi setelah saya membuat solat istikarah dan saya menemui jawapan,ternyata awak memang tercipta untuk saya

Amna:Okay teruskan (ucap Amna sambil tersenyum)

Kertas 4:Jujurla sebelumni saya juga mempunyai perasaan terhadap awak, cuma saya perlukan masa untuk menerima semua ni, tambahan pula perkara ini bukan perkara yang boleh dibuat main

Kertas 5:Betul la kata orang kalau dah jodoh takkan ke mana, sejauh mana saya mengelak kalau dah kata awak memang tercipta untuk saya akhirnya akan bersama juga, last but not least izinkan saya?

Amna:Izinkan apa?

Adam membuka kepala maskot itu lalu berkata Izinkan saya menjadi suamimu serta bakal ayah untuk  anak-anak kita ( ucap Adam lalu dia melutut didepan Amna sambil memegang kotak cincin sebagai tanda melamar )

Perasaan Amna ketika ini bercampur baur, ada teruja, menangis kegembiraan, terkejut dan perasaan lainnya, tanpa membuang masa dia mengambil kotak cincin itu walaupun keputusan belum diberi, ini kerana dia masih ingat adat melayu ketika melamar dalam masa yang sama dia taknak Adam melutut terlalu lama dihadapan nya. Tanpa membuang masa Amna bertanya kepada abang-abangnya dan umminya.

Amna:Ummi, bang long,bang ngah,Ucu macammana ? nak terima je ke atau nak ikut adat kena datang rumah merisik baru terima

Ummi:Terima je kat sini

Amna:Betul ke ni ummi?

Zulkarnain:Betul terima je kat sini, nanti pihak Adam datang meminang je tak perlu merisik

Amna:Betul ke?Bila tu?( Kata Amna lalu memandang ke arah Adam)

Adam:Beberapa minggu dari harini

Amna:Beberapa minggu sempat ke nak buat persiapan?

Adam:Sempat ,buat yang simple je, tak perlu dulang balas dulang ,bawak cincin dan sedikit pemberian je wahai Āmāra hr̥daẏēra bhālabāsā (cinta hatiku)

Amna:Okay faham,bahasa apa yang awak cakap tu?maksud ?

Adam:Bahasa bangla maksudnya cinta hatiku

Amna tergelak sedikit lalu berkata

Amna:Belajar dari kawan bangla tepi jalan ke?

Adam:Hah belajar dari diaorang,sempat pulak aku nak tanya seorang-seorang, belajar kat google translate la sayangku

Amna:Awak nak samakan saya dengan bangla ke ni?

Adam:Bukan, tapi sebab nak kelainan tu guna bahasa bangla, kalau macam sayang, cinta, baby itu semua dah banyak orang guna jadi tak special

Amna:Apa-apa jela awak ni macam tak ada bahasa lain nak guna kalau nak special pon

Adam hanya gelak besar manakala yang lain hanya tersenyum melihat gelagat mereka

Amna:Ujian untuk jadi suami adik tu dah buat ke?

Syarif:Dah bulan lepas

Amna:Tak bagitahu pon, lepas ke ?

Adam:Eh tengok orang la,lepas okay

Kalau nak keluar dengan Amna pon perlu minta izin dan update,apa lagi mahu jadi suami kepada Amna sudah semestinya kena ada ujian

FLASHBACK

Zulkarnain:Okay kita berada di rumah ini selama sebulan untuk menajalani ujian sebelum kau menjadi seorang suami untuk insan yang bernama Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri

Syarif:Ujian ini berdasarkan rutin harian kau, buat je apa yang kau selalu buat termasuk kerja kau dan dari situ kami akan menilai kau ni layak ke tak untuk Amna

Rafi':Ujian akan bermula esok pagi, good luck

Adam:Okay baik faham, tq bang long,bang ngah dan Ucu

Bang long,bang ngah,Ucu :welcome

Pada keesokan paginya bermula la ujiannya,dimulakan dengan bangun pada pukul 5:15Am lalu dia ke tandas untuk menggosok gigi dan mencuci muka seterusnya dia menunaikan solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat. Selesai menunaikan kedua-dua solat itu dia berzikir sementara menunggu waktu subuh masuk,lagi berapa minit sebelum waktu subuh masuk Adam menunaikan solat sunat sebelum subuh.Itula rutinnya di penjara dulu lalu rutin itu diteruskan apabila dia sudah keluar penjara.

Rutinnya diteruskan dengan membaca Al-Quran setelah itu dia ke bilik air untuk mandi serta bersiap untuk membuka gerainya yang terletak di Jalan Tun Razak Cheras.Gerai Adam beroperasi daripada pukul 7pagi sehingga pukul 6 petang. Terdapat makanan lain juga yang dijual di kedai Adam kebanyakannya dari kejiranan disitu. Disebabkan gerai itu dijaga dia seorang, pada pukul 2:30-3:30 petang dia tutup sebentar untuk menunaikan solat zohor dan pergi makan dan berehat .Pada pukul 5:30 petang dia mula mengemas gerainya dan tepat pukul 6 petang Adam balik ke rumah.Setelah sampai di rumah Adam terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke surau untuk menunaikan solat maghrib dan isyak.

Itulah rutin Adam dan sahabat -sahabatnya ketika ada masa terluang mereka akan solat berjemaah di masjid atau surau bersama jemaah yang lain.Setelah balik dari surau Adam akan meneruskan salah satu rutinnya antara bersukan,membuat live TikTok, membuat review atau video dan melepak bersama sahabat- sahabatnya.Setelah selesai semua aktivitinya Adam akan tidur dan pada keesokan paginya rutin itu akan diulang setiap hari,jika ada masa tambahan Adam akan melawat rumah anak Yatim yang terletak di Taman Permai Cheras.

Dia juga turut melakukan kerja lain selain berniaga.Tiga minggu pon sudah berlalu dan Adam masih menajalani ujian bersama abang-abang Amna.Sepanjang 3 minggu itu ada kerja rumah yang dia buat juga, antaranya memasak,mengemas rumah dan membasuh baju. Pada pagi ini mereka berempat sempat berasarapan bersama selepas sarapan itu mereka berbual sebentar.

Zulkarnain:Okay sepanjang 3 minggu lebih kau menajalani ujian bersama kami, harini kita dah boleh balik

Adam:Eh bukan tempoh ujian ni sebulan?ada lagi 8 hari ni

Syarif:Ye memang sebulan tapi kau anggap la dah lepas ujian ni lagi 8 hari tu kitaorang halal je la

Adam:Lulus? Maknanya aku lulus la ujian ni?( kata Adam dengan riak tanda tanya dan teruja)

Rafi':Ye lulus,sepanjang 3 minggu lebih kitaorang perhatikan kau,aku yakin kau boleh jaga adik aku dengan baik

Adam:Terima kasih bang long,bang ngah,ucu (ucap Adam dengan nada teruja sambil menyalam ketiga-tiga tangan abang Amna)

Zulkarnain, Syarif, Rafi':Sama-sama

Syarif:Dah jangan nak lebih-lebih, nanti kemaskan barang kau lepastu kita boleh gerak

Adam:Baik bang ngah

END OF FLASHBACK

Selepas mereka berbual di restoran itu mereka pon pulang ke rumah masing-masing

Sorry lambat sikit update author busy beberapa hari ni, enjoy your reading,tq sebab sanggup tunggu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience