CELEBRATE II

Other Series 10752

Adam ingat sesi pemberian hadiah semalam sudah tamat rupanya disambung pada harini,entah apala yang mereka mahu berikan lagi. Yang semalam pon sudah banyak baginya namun Adam layankan ajerr sahabat-sahabatnya itu.Adam disuruh menutup mata dan matanya ditutup dengan sehelai kain bagi mengelakkan penipuan.

Adam:Korang nak bawa aku gi mana ni?dah la tutup mata,tak boleh ke kalau buka je mata?

Naqib:Ala kau ikut jela,tak boleh nanti tak surprise la

Adam:Yela2

Kini mereka bergerak ke kedai motor Ah Chong yang membekal motor secondhand.Kereta diparking berhadapan kedai tersebut lalu Adam dibawa keluar dan dibawa ke kedai itu dengan bersusah payah dan dalam keadaan matanya masih ditutup dengan sehelai kain. Setelah sampai kini sudah tiba masanya kain yang menutupi mata Adam dibuka. Setelah Adam membuka mata dia terkejut dengan apa yang dilihat, sebuah motor Lc yang berwarna biru gelap berada didepannya.

Adam:Wahhh motor ni untuk aku ke?

Danial:Ye betul untuk kau

Adam:Serius, guna duit sapa utk bayar?

Danial: Kitorg tong2 duit untuk belikan motor untuk kau, walaupun secondhand je aku harap kau suka

Adam:Aku suka terima kasih weyh korang, susah-susah je, aku ingat nak beli dengan hasil titik peluh aku sendiri, tapi tula simpanan belum cukup lagi,tak sangka pulak korang nak belikan untuk aku, insyaallah kalau duit lebih sikit aku bayar balik

Naqib: Sama2,eh tak payah bayar kau anggap je ni hadiah daripada kitorg, kitorg tahu kau tgh struggle kumpul duit sebabtu kitorg tolong sikit2

Adam:Betul ke ni korang?

Anas:Betul tak payah bayar

Adam: Terima kasih banyak2 weyh.
(Ucap Adam sambil air mata mengalir dan semua yang ada disitu dipeluknya tanda dia menghargai pemberian mereka,termasuk Fahim yang si jurukamera )

Khairul:Dah2 jangan nangis lepasni
ada satu lagi surprise untuk kau

Adam:Eh Serius la ada lg,aku ingat ni je,korang ni susah2 je

Khairul: Takde susahkan kitorg pon,macam Naqib cakap tadi anggap je sebagai hadiah, kalau susah pon kita akan tempuhi sama2, bukan sahabat kalau tak susah senang sama2, betulkan?

Adam dan yang lain mengangguk bersetuju dengan apa yang khairul cakapkan

Anas:Okay Jom ke tempat surprise seterusnya, motor ni nanti dia hantar kat rumah

Mereka semua menuju ke kereta dan lagi sekali mata Adam ditutup dengan sehelai kain. Sebenarnya lokasi surprise seterusnya hanyala dirumah sewa mereka tapi mereka saja mahu membuat surprise motor terlebih dahulu. Untuk tidak bagi kantoi salah seorang daripada mereka keluar daripada kereta dengan alasan nak buat confirmation dengan surprise planner padahal ingin membuka Pagar,grill serta sliding door.

manakala yang lain memberi alasan untuk mencari parking terlebih dahulu bagi menjayakan perancangan walaupun pada hakikatnya mereka hanya memandu di beberapa lorong di perumahan itu lalu kembali ke rumah sewa mereka. Setelah semua selesai mereka masuk ke rumah, pada awalnya Adam sudah mengesyaki sesuatu tapi apabila jawapan yang diberikan mereka boleh diterima oleh akal dia ikutkan sahaja kemana mereka membawanya.

Setelah naik turun tangga, mereka berhenti di tempat yang telah ditetapkan. Sebelum kain yang menutupi mata Adam dibuka. Untuk menambah rasa teruja Danial menyuruh Adam terlebih dahulu merasa barangan yang ada dia atas meja.

Danial: Okay depan kau ni ada beg kertas lepastu ada barang dalam tu, aku nak kau keluarkan barang tu,sentuh lepastu cuba teka dan bagitahu kitorg

(Dengan mata tertutup Adam mengeluarkan barang yang ada dalam beg itu, lepas menyentuh barang itu dia bersuara)

Adam:okay aku rasa kotak tak beberapa panjang dan besar sangat maybe kotak sederhana je

Anas:Cuba teka kotak apa?

Adam:Kotak phone mungkin

Naqib:Kamu Yakin

Adam:Tak sure

Danial:Kalau nak tahu betul ke tak dah boleh buka mata

Adam membuka mata lalu reaksi terkejut dan teruja diberikan kepada mereka

Adam:Weyh tak sangka tekaan aku betul,Tq weyh untuk phone ni.
(tanpa membuang masa Adam pon unboxing phone yang dia dapat )

Adam:Ohh siap bagi simcard eh

Naqib:Hah ye di kata kalau beli phone yang berharga Rm1000 dan keatas dapat simcard free

Adam: Phone ni kau nak balik ke Qib ? (Tanya Adam sambil menunjukkan phone yang selamani Naqib pinjamkan kepada Adam semenjak dia keluar daripada penjara

Naqib:Eh takpe amik je

Adam:Biar betul kau ni ?

Naqib:Betul amik je, lagipon nanti senang la kau nak buat 2 3 kerja, kerja kau kn berhubung dgn pelanggan jadi yang phone baru jadikan sebagai phone kerja,yang phone aku tu kau buat sebagai personal la

Adam:Ok tq dohhh Qib,Tq semua utk hadiah semalam dgn harini

Yang lain:Sama2

"SAHABAT ADALAH MEREKA YANG TETAP ADA WALAUPUN SELURUH DUNIA BERKATA KAU TIDAK LAGI BERHARGA"

"SAHABAT SUSAH SENANG SAMA-SAMA, HANYA MATI YANG MEMISAHKAN KITA"

Walaupun hari kelahiran Adam sudah beberapa hari berlalu namun masih ada lagi yang memberikan ucapan selamat hari lahir kepadanya, begitu juga dengan pemberian hadiah yang sampai dirumah sewa mereka.Hal ini termasuk juga dengan Amna yang kali ini baru dia berkesempatan untuk menyambut hari kelahiran Adam. Kini tempoh perkenalan antara Adam dan Amna sudah genap 6 bulan, dan sebab itu perjumpaan ini diadakan memandangkan sebelumni mereka hanya berhubung melalui Telefon sahaja.Tambahan pula mereka berdua busy dengan kerja masing2

Sejak semalam Adam sudah berbincang dengan Fahim tentang plannya untuk berjumpa dengan Amna pada harini.Perbualan di whatssap dimulakan.Maklumla untuk tiada siapa tahu selain Fahim jadi ini jela caranya walaupun mereka berada didalam 1 rumah.

Adam:Assalamualaikum Fahim esok boleh tolong aku tak?

Fahim:Waalaikumusalam,Aik satu rumah pon nak whatssap ke?

Adam:Hehehe Faham2 la ni perkara yang perlu dirahsiakan dengan yang lain

Fahim:Tolong apa tu?

Adam:Esok aku nak jumpa kawan perempuan kat tasik biru kundang tu,kau blh tolong hantarkan?Senang citer kau join aku sekali la

Fahim:Aik sejak bila ada kawan perempuan ni?taktahu pon,tahu2 ada je

Adam:Yang tu nanti aku citer la macammana blh kenal semua,skrg aku nak plan untuk esok

Fahim:Okay aku tuntut eh citer kau tu

Adam:Ye nanti aku bagithu, ok sekarang macamni plannya,esok lepas subuh kita terus gerak, lepastu singgah la mana2 nak beli makanan minuman, nanti kau tolong la cover aku sikit eh

Fahim:Aik kau yang nak keluar aku yang kena cover

Adam:Ala tolong la Fahim sebab kau je yang pandai simpan rahsia

Fahim:Yela2 nak bagi alasan apa ni?

Adam:kau cakap la kau ada kerja photoshoot lepastu nak minta tolong aku

Fahim:Yela2

Adam:Tq Fahim sayang kau ( sekali pakej emoji muah

Fahim:Eeee geli la aku

Adam:Hahaha

Pada pagi hari sabtu selepas subuh Fahim dan Adam bersiap-siap untuk keluar, Khairul yang perasan akan hal itu bertanya kepada mereka berdua.

Khairul:Korang berdua siap2 ni nak pergi mana?

Fahim:Ohhh aku ada photoshoot kat Selangor lepastu ajak Adam sekali nak minta tolong dia sikit

Khairul:Ohh ajak Adam jeke,yang lain taknak ajak?

Fahim:Bukan taknak ajak tapi aku tengok korang macam mengantuk lagi tu taknak kacau,yang lain pon dah sambung tidur kan

Khairul:Hah ye ,okay la nanti jangan lupa kunci grill dengan tarik sliding door

Adam:Okay,nanti breakfast korang bungkus luar je eh takpon order je kalau malas

(Khairul hanya memberikan isyarat okay menggunakan tangan sambil dia menguap lalu naik keatas untuk menyambung tidurnya)

Setelah mengunci grill, enjin kereta di start lalu kereta pon membelah jalanraya.Dalam perjalanan Adam sempat menghantar pesanan kepada Amna.

Adam:Assalamualaikum awak dah siap2 ke?saya dengan kawan saya baru gerak dari cheras

Amna:Waalaikumusalam baru siap ni,Saya dengan kawan saya pon baru nak gerak ni

Adam:Okay, ada masak apa2 ke?

Amna:Takde tapi nanti ingat nak singgah mana-mana beli makanan

Adam:Ohhh kami pon nak singgah jugak nanti,tak pon biar saya jela beli,nanti kalau dua2 bli banyak pulak makanan, kita berempat je

Amna:Ohh ok la kalau macamtu, saya ada bawak teo panas,pinggan cawan semua ada,jumpa kat sana jela,okay la nak gerak ni

Adam:Ohh okay jumpa sana,hati2 bawak kereta

Amna:Okay baik

(Setelah 15 minit senyap menyelubungi mereka berdua, Fahim berdehem lalu memulakan perbualan)

Fahim:Ehem, kata nak bagitahu macammana boleh kenal kawan perempuan kau tu

Adam:Tak sabar2 nak tahu, nak bagitahu la ni,kau ingat tak yang aku ada bagitahu aku ada tolong sorang budak lelaki kena langgar lari tu, yang aku siap bawak budak tu pergi klinik ?

Fahim:Hah ingat kenapa?

Adam:Sebenarnya aku bukan tolong budak tu pon,aku tolong kawan perempuan aku ni nama dia Amna

Fahim:Ohhh dah pandai rahsia eh sekarang

Adam:Eh dari dulu aku berahsia apa, dan kau la penyimpannya

Fahim:Hah yela sambung2, dia minta tolong apa?

Adam:Dia minta tolong aku menyamar jadi boyfriend dia sebab ada orang nak merisik dia tapi dia anggap lelaki tu kawan membesar dia je

Fahim:Ohh macamtu pulak eh,kenapa dia tak tolak je lamaran lelaki tu ?

Adam:Dia dah tolak weyh dia siap bagitahu lagi dia dah ada pengganti Bekas tunang dia

Fahim:Ohhh di dah tunang ?

Adam:Dah cumanya dah jadi bekas sebab tunang dia dah meninggal 2 tahun lepas

Fahim:Ohh ok teruskan

Adam:Bila dia dah bagitahu dia ada pengganti tapi lelaki yang nak merisik dia tu tak percaya, jadi lelaki tu suruh bawak masa dia datang merisik, sebabtu la dia minta tolong aku

Fahim:Okay macammana korang boleh berjumpa?

Adam:Kan aku pergi jogging, masa lalu kat tasik tu, aku nampak la dia duduk kat bangku tengah mengahadap tasik ,aku tengok dia macam ada masalah tu aku tegur dia

Fahim:Ohhh ok Faham , Jap

(Belum sempat Fahim menghabiskan ayatnya Adam dulu memintas percakapannya apabila ternampak sebuah kedai yang menjual nasi lemak di tepi jalan, tanpa menunggu mereka pon berhenti untuk membeli.Sementara menunggu giliran untuk memesan order Adam melihat kuih muih yang turut terjual disitu.)

Adam:Kak kuih ni macammana kira?

Kak kedai:3 biji 90sen dik,

Adam: ohh ok semua kuih kira sama ke?

Kak kedai:Donut 2 seringgit

Tanpa membuang masa Adam pon mengambil kuih yang dia mahu dan dimasukkan kedalam plastik,Antara kuih yang menjadi pilihan Adam ialah karipap sardin,kuih cara berlauk, setiap satu itu dia mengambil 6 biji, sesudah tiba gilirannya dia memesan nasi lemak telur mata 4 bungkus,setelah menunggu beberapa minit nasi lemak pon siap dibungkus dan Adam membuat bayaran lalu dia masuk kedalam kereta.

Fahim:Kau beli apa je?

Adam:Nasi lemak telur mata 4 bungkus lepastu beli kuih karipap sardin dengan cara berlauk

Fahim:Ohhh ok

(Sesekali Adam melihat telefonnya,
Amna baru sahaja menghantar pesanan menyatakan mereka sudah sampai di tempat perjumpaan mereka di tasik biru kundang )

Amna:Assalamualaikum awak saya dah sampai kat tasik biru ni ,awak ada kat mana ?

Adam:Waalaikumusalam saya baru je masuk kawasan kundang ni, insyaallah dalam 15 minit sampai ke tasik biru tu

Amna:Ohhh ok nanti dah sampai bagitahu la

Adam:okay baik

(Sementara menunggu Adam sampai Amna dan kawannya Fitri Yana mencari tempat untuk mereka berkelah ,seterusnya menghampar tikar dan menyusun barang yang mereka bawa, manakala Fahim meneruskan pemanduan sambil menyambung perbualan yang tertunda tadi)

Fahim:Hah sambung borak pasal tadi,aku pelik macammana korang boleh tahu nama masing2 ? Amna tu maybe la dia kenal kau kat ig atau TikTok, kalau kau macammana pulak boleh tahu nama Amna?

Adam:Masa aku serah diri tu,dia tengah jaga kaunter tapi cerita selebihnya nanti aku citer la

Fahim:Okay

Kini Adam dan Fahim sudah sampai
Di tasik biru yang terletak di kundang itu, makanan dan barang lain Adam ambil ,sementara menunggu Fahim mengambil barangnya dan mengunci pintu kereta dia menelefon Amna bertanya dimana mereka berada.

Adam:Hello Assalamualaikum, awak kat mana kitorg dah sampai ni

Amna:Waalaikumusalam kitorg bawah pokok mengahadap ke tasik

Adam:Ok Jap
( Sambil berjalan Adam tidak mematikan panggilan itu)

Adam:pakai baju warna apa?

Amna:Saya dengan kawan saya pakai baju warna pink cair

Adam:Orang tanya dia je

Amna:Halah2 dia ni saja je bagitahu

Adam:Okay dah jumpa

(Adam mematikan panggilan itu lalu menuju ke arah mereka )

Adam:Hai Assalamualaikum

Amna: Waalaikumusalam awak

Adam meletakkan makanan diatas tikar yang telah sedia ada dibentang manakala Fahim meletakkan barangnya berdekatan tempat mereka berkelah, mereka duduk lalu Adam dan Amna memulakan perbualan,Fahim dan Fitri Yana hanya mendengar perbualan Adam dan Amna.

Amna:Tadi nak datang sini jem ke ?

Adam:Tak jem, mungkin masih awal lagi kot, orang pon masih sambung tidur lagi

Amna:Ohhh ok

Adam:Ni harini off la?

Amna:Hah ye off,kedai awak tutup jugak la harini?

Adam:Kedai saya mmg tutup harini

Amna:Hah ye lupa

Dalam rancak mereka berbual Fahim tiba2 berdehem,Adam dan Amna pon berpaling pada Fahim, lalu Fahim pon bersuara

Fahim:Aku dengan kawan Amna ni jadi perhiasan je ke kat sini?

Amna:Eh manatahu nama saya ?

Fahim:Ohhh Adam ada bagitahu dalam kereta tadi

Amna:Ohh takpela saya perkenalkan diri saya lagi sekali, nama saya Amna tasnim boleh panggil Amna je,Ohh ni Fitri Yana boleh panggil Yana. Amna memperkenalkan kawannya yang berada disebelahnya

Fahim:Ohhh Hai Yana,Hai Amna

Yana:Hah hai , Yana bersuara sambil menundukkan wajahnya

Fahim:Okay nama aku Muhammad Fahim Syauqi blh panggil Fahim je atau Im, ni Muhammad Adam Tamimi blh panggil Adam je, maaf la ye kawan saya ni biul sikit takthu kenapa tak reti nak kenalkan diri

Amna:ohhh ok hai Im

Mereka bertiga gelak mengekek manakala Adam memandang tajam ke arah Fahim

Fahim:Rilek la bro aku gurau je macam tak biasa

Adam:Yela

Amna:Dah jomla kita makan, ada beli apa?

Adam:Ohh nasi lemak telur goreng tu empat lepastu ada kuih karipap sardin dengan kuih cara berlauk

Amna:Ohh kitorg ada beli sandwich ni sikit

Adam:Ohh ingat tak beli

Amna:Sebersalah la pulak kitorg bawak air je tu beli la jugak sikit

Fahim:Ala kalau tak habis nanti boleh bawa ke makan tengahari

Adam:Okay

Mereka makan sambil berbual kosong,lepas makan mereka melakukan aktiviti yang berada disitu iaitu berbasikal dan menaiki paddle bot, mereka berempat juga sempat bergambar sebagai satu kenangan yang tak dapat dilupakan untuk hari itu,setelah selesai melakukan aktiviti mereka pulang ke rumah masing2 dan bercadang untuk berjumpa lagi pada hari akan datang jika ada kesempatan.

Here New chapter for you guys, anngap jela ye masa makan2 tu mereka dah nyanyi lagu happy birthday semua, hehehe enjoy your reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience