PECAH RAHSIA

Other Series 10752

Pada pagi sabtu mereka semua tidak keluar pergi ke mana-mana hanya melepak dirumah sahaja.
Sedang mereka melepak Danial meminta untuk meminjam phone Adam sebentar sementara phonenya sedang dicharge,tanpa merisaukan apa-apa Adam memberikan phonennya namun beberapa minit lepas itu dia menyiku Fahim yang berada disebelahnya dan berbisik kepadanya.

Adam:Aku rasa tak lama lagi rahsia kita akan terbongkar

Fahim:Rahsia apa?

Adam:Yang jumpa kawan perempuan aku tu

Fahim:Redha jela,terus terang jela nanti

Adam:Aku lupa pulak dalam phone tu ada gambar kita berempat

Fahim:Alamak habisla dia dah buka kamera,nanti dia buka gallery habisla pecah rahsia

Tak berapa minit kemudian Danial bersuara

Danial:Wahh cantik siapa ni Dam ?

Naqib:Gambar apa tu ?

Danial:Jap korang pegang dulu Adam nanti aku tunjuk sorang2

Naqib dan khairul pon memegang kaki dan tangan Adam sambil Adam meronta-ronta untuk dilepaskan

Adam:Lepasla weyh

Khairul:Jap

Lepas Danial menunjukkan gambar Adam berdua dengan seorang perempuan kepada yang lain,Danial mencari lagi dan menjumpai gambar berempat dimana Fahim turut berada dalam gambar itu lantas tanpa membuang masa Danial berkata pegang Fahim jangan bagi dia lepas,Fahim yang tadinya ingin melarikan diri tidak sempat kerana khairul dan Naqib lebih pantas juga memudahkan keadaan kerana dibantu oleh Irfan dan Azri.Lepas Danial menunjukkan gambar berempat tu Irfan bersuara.

Irfan:Ohhh Fahim dah pandai sekarang

Fahim:Mana ada aku teman Adam je

Khairul:Ohhh masatu kau tipu la kan Him?Kau kata masatu ada shooting rupanya double date

Fahim:Eh mana ada double date aku teman Adam je

Danial:Eleh Ye ke lagi seorang perempuan tu cantik jugak,sopan je tengok,taknak try ke Him?

Fahim:Takde masa

Danial:Eleh jual mahal takpe kita tengok nanti

Fahim:Okay

Danial:Jangan ingat korang boleh terlepas eh,aku nak korang cerita pasal ni, okay Adam jela sebab Fahim teman je kan

Fahim:Ye

Tanpa membuang masa Adam pon menceritakan dua cerita yang pernah dia ceritakan kepada Fahim,setelah selesai itu Anas pon bersuara

Anas:Wahh ini misi nak ambik hati kau balik ke ni?

Adam:Benda tu mustahil la terjadi dia inspektor weyh aku ni bekas banduan,dia nak ke terima aku ?

Anas:Kalau tengok gaya apa yang kau ceritakan tadi dia macam suka kau sebab kau kata tadi setiap tahun kau dalam penjara dia datang melawat ,kalau raya pon sambut sama-sama

Fahim:Kemungkinan masa kau dalam penjara tu dia anggap kau kawan lagi sebab pada masa itu arwah bekas tunang Amna ni masih ada lagi dan bekas tunang dia meninggal 2 tahun lepas jadi mungkin dia rasa tahun ni adalah tahun yang dia dah boleh cari pengganti arwah tunang dia

Irfan:Kemungkinan jugak boleh jadi

Naqib:Takpela kalau kata kau dengan dia ada jodoh kita orang semua support je,kalau kata tiada jodoh dengan dia, takpe bunga bukan sekuntum

Danial:Eh korang ada bercadang nak jumpa lagi ke?

Adam:Ada

Danial:Kita orang nak ikut boleh,nak la jugak kenal-kenal Amna ni

Adam:Okay nanti aku cuba tanya dia,takut dia tak selesa pulak kalau ramai-ramai lelaki

Irfan:Ala kau suruh la dia ajak kawan dia sekali,lagi ramai lagi bagus,manalatahu jumpa jodoh inspektor polis jugak

Khairul:Betul-betul kalau dia segan jugak kita ajak la kawan perempuan kita sekali untuk jumpa

Azri:Nasib baik la kita ni peminat baca Novel dan watppad ada la jugak kawan perempuan

Danial:Nampak kan fungsinya tu

Yang lain :Nampak

Perbualan pon tamat disitu dan Adam menghantar message kepada Amna untuk bertanya bilakah hari dia off untuk berjumpa sekali lagi

Adam:Assalamualaikum awak

Amna:Waalaikumusalam awak, ada apa?

Adam:Next off hari apa?ingat nak ajak jumpa

Amna:Next off hari rabu minggu depan,kebetulan pulak amik cuti 4 hari sebab dah lama tak amik cuti lama sikit

Adam:Ohh okay boleh la jumpa rabu tu cumanya nanti kawan-kawan saya yang lain pon nak join sekali

Amna:Alamak dalam berapa orang tu?kitanya segan orangnya

Adam:Termasuk saya dalam 7 orang la tapi takpe kalau awak segan boleh ajerr nak ajak kawan-kawan awak join sekali

Amna:Okay tengokla macammana kalau kawan saya free

Adam:Ohhh Ok,kalau kawan awak tak dapat join jangan risau kita orang ada kawan perempuan jadi boleh ajak dorang keluar sekali

Amna:Okay baik

Setelah kedua-duanya berbincang dengan rakan masing-masing, mereka pon bersetuju untuk berjumpa di mytown Cheras pada hari rabu.Hari rabu pon sudah tiba mereka memulakan perjumpaan itu dengan menengok wayang, selepas tayangan itu habis mereka bercadang untuk solat dan makan tengahari terlebih dahulu sebelum menyambung aktiviti yang lain.

Selesai menunaikan solat Zohor mereka makan tengahari di food court yang ada di mall itu, kebetulan ada meja panjang kosong yang memuatkan mereka seramai 12 orang tanpa membuang masa terus mereka duduk disitu, mereka duduk sebentar bagi menghilangkan rasa penat berjalan selepas bebera minit barulla masing-masing bergerak untuk
membeli makanan dan minuman.

Selepas semua sudah berkumpul semula dia meja makan itu mereka memperkenalkan diri masing- masing,maklum la tadi mereka mengejar masa untuk menengok wayang,hanya sempat berhai-hai dan membalas senyuman antara masing-masing,jadi pada masa ini la baru sempat untuk memperkenalkan diri.Sambil makan mereka berborak, dalam kalangan kawan-kawan Amna, sudah tentulah Amna yang banyak bercakap kerana yang lain masing-masing malu,hanya menjawab apabila ditanya selebihnya mereka hanya diam.

Amna:Eh Fahim kerja apa?lupa pulak masatu nak tanya

Fahim:Ohh kerja sendiri je photographer ,ada kedai kat Jalan Tun Razak

Amna:Ohh kiranya sama tempat la eh dengan Adam berniaga

Fahim:Hah ye sama tempat, bangunan kedai aku seberang jalan je dengan tempat Adam menjual

Amna:Ohhh

Soalan yang sama ditanya kepada kawan-kawan Adam yang lain begitu juga dengan kawan-kawan Amna.Selepas mereka siap makan salah seorang kawan perempuan Adam bersuara.

Aqilah:Weyh Korang lepasni jom pergi bookstore nak?

Khairul:Kitaorang okay je,korang ok ke? (Tanya Khairul kepada Amna dan kawan-kawannya )

Amna:Ohhh kita orang okay je,ikut je mana-mana korang nak pergi, dorang pon ada je yang minat novel

Adam:Ohhh ok la kalau macamtu kitaorang pon dah lama tak beli
Novel, baca kat apps dengan je

Danial:Ohh ok la kalau macamtu, jom

Mereka semua pon bergerak ke bookstore,setelah sampai mereka membuat haluan masing-masing, yela tidak semua yang datang ke bookstore hanya untuk membeli buku sahaja.

Aqilah:Wahhh ada promosi la boleh borong banyak sikit,hehehe

Irfan:Yelah Aqilah (kata Irfan dengan nada malas melayan)

Aqilah:Eh dia ni buat sakit hati aku je,kalau malas layan takyah bersuara diam je

Beberapa orang yang ada bersama mereka hanya tersenyum melihat gelagat Irfan dan Aqilah

Naqib:Orang kata kalau selalu bergaduh nanti lama-lama jadi suka

Aqilah & Irfan:Tak mungkin perkara tu terjadi ( kedua-duanya berkata serentak)

Adam:Okay kita tengok nanti

Aqilah & Irfan:Diamla korang (berkata serentak lagi )

Ayra:Sweet la korang ni bercakap pon serentak

(Irfan dan Aqilah hanya diam malas melayan usikan dari kawan-kawannya,suasana diam seketika apabila tiada sesiapa yang bersuara,lantas Anas bersuara bagi memecahkan suasana senyap itu

Anas:Weyh terasa bangga la sekejap dari author kat apps novel online je dah jadi penulis ada novel sendiri, walaupun bukan aku punya novel dan aku tak kenal secara mendalam mereka ni semua tapi bangga la jugak sebab author-author ni orang malaysia sendiri

Amna:Bagus la jugak ada apps macamtu sekurang kurangnya kita dapat tahu la rakyat malaysia ni ada bakat menulis sekaligus menyambung generasi yang terdahulu, yela walaupun ada kebaikannya tapi pasti ada jugak keburukannya tapi kita sendiri perlu menilai sendiri perkara tu sama ada buruk ataupun baik

Ayra:Setuju ( Ayra bersuara manakala yang lain hanya mengganguk tanda setuju )

Apabila semuanya dah berkumpul dia satu tempat yang sama Adam bersuara

Adam:Ni korang dah habis cari buku belum ?Kalau dah jomla kita pergi bayar

Ayra:Dah

Mereka yang ada memilih buku pergi membayar dia kaunter bayaran manakala yang lain menunggu dia luar bookstore.
Perjumpaan itu ditamatkan disitu, macam biasa sebelum balik ke rumah masing-masing mereka bergambar dan berswafoto bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience