PERKENALAN

Other Series 10749

Pada pagi rabu, Adam pergi ke taman untuk berjogging di Cheras Indah yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari rumah sewa mereka.Disebabkan 15 minit sahaja mengambil masa untuk sampai ke taman itu,Adam mengambil keputusan untuk berjalan sahaja dari rumah sewa ke taman itu, lalu menyambung jogging di taman.

Sambil jalan Adam membuat senaman regangan untuk memanaskan badan sebelum dia mula jogging.Setelah 30 minit Adam berjogging dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bangku yang disediakan yang menghadap ke tasik. Beberapa meter sebelum Adam sampai di bangku yang disediakan, dia ternampak susuk tubuh seakan dia kenali, dalam hati lantas berkata "eh tu inspektor Amna Tasnim ke ?".
Tanpa berlenggah Adam menuju ke bangku yang diduduki oleh inspektor Amna,lalu menyapa beliau.

Adam:Hai assalamualaikum inspektor Amna

Amna: Hai waalaikumusalam, eh awak dah keluar Adam?

Adam:Hah ye inspektor baru je beberapa minggu

Amna:Eh tak perlu la inspektor-inspektor dengan saya , lagipon kita sama umur, guna bahasa biasa sahaja

Adam:ohh ok baik, saya awak blh la ye?

Amna: blh

Adam:inspektor. (Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya Amna memotong kata-katanya)

Amna:Awak saya

Adam: ohh sorry saya tak terbiasa lagi

Amna: Takpe

Adam: Awak off ke kerja harini?dengan baju seragam polisnya ?

Amna:Hah ye off tapi semalam shift malam sampai ke subuh,lepas subuh terus gerak sini,tu masih pakai baju seragam ni.

Adam:ohh dtg taman ni saja la eh amik angin sebelum balik rumah ?

Amna: Hah ye,ada masalah sebenarnya

Adam: masalah apa?

Amna:Ada orang masuk merisik saya, tapi saya anggap dia sebagai kawan sama-sama membesar je tak lebih daripada tu ,lagi satu saya seberselah nak tolak sebab ibu bapa kami dah macam adik beradik dah. Awak boleh tolong saya?

Adam: Ohh faham, tolong apa tu?

Amna:Berlakon jadi boyfriend saya boleh?

Adam:serius ke ni?

Amna:serius

Adam :Jap kenapa tak bagitahu je dah berpunya, lepastu minta maaf la sebab tolak

Amna: Saya dah bagitahu, ibu bapa dia boleh je terima, orang yang suka saya tu je dia tak percaya, dia nak bukti jugak,boleh eh tolong?

Adam:Ok boleh, tapi saya baru habis jogging ni takpe ke?,yela takut bau peluh ke apa kan,baju ni macam tak sesuai je

Amna:Ok takpe nanti ikut saya ke kereta,nanti saya bagi minyak wangi,lepastu kita pergi beli baju dengan seluar jap, saya taknak la nampak sangat baru rancang

Adam:okay

Mereka berdua pon bergerak ke kereta. Amna menekan punat yang berada di kunci kereta sambil tangannya menghala ke kereta untuk membuka pintu yang berkunci. Amna membuka laci dashboard lalu mengambil minyak wangi lelaki dan diberi kepada Adam. Selesai Adam menyembur minyak wangi yang diberikan,dia memulangkan kembali kepada Amna. Amna sedikit pelik kerana Adam masih lagi berdiri diluar sedangkan dia sudahpun duduk di tempat duduk pemandu dan bersedia untuk bergerak,lantas Amna menanyakan soalan kepada Adam.

Amna:Kenapa tak masuk lagi?

Adam:Ohh takdela dia macam awkward sikit sebab first time naik kereta perempuan yang bawak,hehe

Amna: Haish apa-apa jela awak ni, takpe masuk je

Adam:okay

(Adam masuk kedalam kereta Amna lalu kereta itupon bergerak ke tempat yang dituju. Sambil kereta bergerak mereka berbincang apa yang perlu dilakukan bila tiba dirumah Amna nanti.)

Adam:Nanti apa yang saya perlu buat?

Amna:okay macamni nanti awak tunggu luar dulu,bila saya panggil masuk,baru masuk

Adam:okay

Amna:Nanti dah masukkan awak salam la abang-abang saya dengan ayah dia dan orang yang suka saya tu. Kalau dia tanya dah kenal berapa lama ke apa cakap baru je beberapa minggu kenal

Adam: ohhh awak ada abang ?Ayah awak?

Amna:Hah ye ada 3 org,hmm arwah ayah saya dah meninggal beberapa tahun lepas

Adam:Ohh sorry saya taktahu

Amna :Takpe dah selalu orang tanya,dah biasa

Adam:Ohh okay

Kini mereka berdua telah sampai di rumah Amna. Amna memarking kereta beberapa meter dari rumahnya supaya tidak la ahli keluarga dan tetamu yang ada perasan kehadirannya dan Adam.Tetamu Amna tidak kisah sangat tetapi ahli keluarganya, sudah pasti mereka terkejut akan hal ini.

Amna berjalan ke rumahnya manakala Adam hanya menunggu sahaja di luar kereta dimana terletaknya kereta Amna yang hanya beberapa meter sahaja dari rumah Amna. Sambil membuka kasut Amna memberi salam di depan pintu lalu masuk ke dalam rumah. Ahli keluarga dan tetamu yang ada di ruang tamu rumah itu hanya memandang susuk tubuh Amna berjalan ke arah mereka semua.

"Hah sampai pon kamu" orang pertama yang menegur Amna setelah dia sampai dia ruang tamu, iaitu Hazirah ummi kepada Amna.
Amna tidak berkata apa hanya tangannya yang bergerak menyalam tangan umminya lalu beralih kepada Khalidah untuk menyalam tangan orang tua itu.

Selepas bersalam, cium dan berlaga Pipi, Amna meminta maaf atas kelewatannya tiba dalam perbincangan itu. Khalidah menjawab takpe kerana dia faham akan pekerjaan Amna,tambahan pula Amna masih memakai seragam polis,faham la dia semalam Amna kerja shift malam sehingga subuh dan pagini dia terus balik ke Cheras.

Selesai sesi bersalaman ,Amna duduk bersimpuh disebelah ibunya lantas perbualan kini fokus kepada topik yang telah dibincangkan tadi.
Perbualan dimulakan.

Hazirah:Tadi sebelum kamu sampai ,ummi dan makcik Khalidah dah berbincang,Ummi dengan makcik Khalidah memang dah bersetuju nak jadi besan,cuma kami tunggu keputusan kamu,yela ummi taktahu kamu terima ke tak si Muaz ni. Kata Hazirah kepada Amna

Amna:Maaf ummi ,makcik pakcik,saya tolak sebab saya anggap Muaz ni sebagai kawan sama-sama membesar je,maaf Muaz saya tiada perasaan kat awak,saya anggap awak sebagai kawan sahaja.

Khalidah: Takpe makcik faham nak,dah ada pengganti Im ye ?

Amna sedikit terkejut dengan pertanyaan Khalidah, tanpa berfikir panjang dia angguk sahaja kepalanya sebagai tanda betul. Muaz dan ahli keluarga Amna sedikit terkejut dengan pengakuan itu,tidak pula bagi Khalidah kerana dia dari awal sudah menerima jika Amna sudah ada pengganti bekas tunangnya iaitu Imran Habshi dan tidak menerima Muaz Firdaus anaknya sebagai peneman hidupnya. Hubungan rapat yang terjalin di antara keluarga mereka membolehkan mereka tahu hal yang berlaku.

Apabila suasana terkejut tadi sedikit reda,Muaz bersuara.

Muaz:Yeke dah ada?entah-entah nak mengelak je kan

Arsyad:Muaz kenapa cakap macamtu ? nak buat macammana dah tiba masanya untuk Amna jumpa pengganti Imran, yang kamu tak puashati tu kenapa? Ayah tahu lamaran kamu ditolak tapi kamu kena terima semua ni, ni namanya takdir dari Allah.

Arsyad ayah kepada Muaz Firdaus yang tadi hanya memasang telinga kini bersuara apabila dia merasakan anaknya sudah melampau.Muaz hanya mendiamkan diri setelah mendengar kata-kata ayahnya. Kalau ayahnya sudah bersuara dia memang tidak berani untuk melawan. Arsyad meminta maaf kepada Hazirah kerana sikap anaknya tadi yang membuat perbincangan itu tegang.

Rafi' : Takpe pakcik ,dah tak perlu la kita nak bergaduh lagi tentang ini. Adik yang awak kata dah ada pengganti tu, orangnya ada ke kat sini?, kalau ada ,boleh la abang ,ummi dan yang lain kenal-kenal bakal suami awak tu.(Nadhir selaku abang ketiga kepada Amna,ada saja ideanya supaya suasana yang tegang tadi kembali ceria, walaupun dia tahu Muaz masih tidak berpuas hati dengan pengakuan yang adiknya berikan tadi tapi cukupla suasana yang tegang tadi sudah kembali ceria.

Amna: Ada dia kat luar, adik panggilkan dia jap

Rafi':okay

Kini ahli keluarganya dan Muaz tidak terkejut malah ikutkan sahaja apa yang Amna sudah rancang.

Amna keluar untuk memanggil Adam yang sudah lama berada diluar, kasihan pula dia terhadap Adam kerana terpaksa tunggu di luar ,di tengah panas ini.Dari kejauhan dia sudah nampak kelibat Adam yang tumpang berteduh di bawah pokok yang berada di rumah jirannya. Setelah sampai di hadapan Adam ,Amna mulakan perbualan.

Amna:Awak dah boleh masuk

Adam:hah ok

Kini mereka berjalan kerumah Amna. Amna mendahului masuk kedalam rumah terlebih dahulu lalu diikuti oleh Adam. Salam diberikan oleh Adam saat kaki jejak kedalam rumah lantas dia ke arah Arsyad untuk bersalaman beralih ke Muaz dan abang-abang Amna yang berhadapan dengannya. Adam duduk bersila disebelah Arsyad yang berdekatan dengan pintu rumah lalu dia memperkenalkan diri.

Adam:Nama saya Adam Tamimi boleh panggil saya Adam sahaja

Arsyad: ohhhh segak orangnya, patutla Amna terpikat

Adam: Eh takdela pakcik saya biasa-biasa je

Khalidah: Dah lama ke kenal Amna?

Adam:Tak lama makcik ,baru je beberapa minggu

Amna dan ahli keluarganya melihat sahaja Arsyad dan Khalidah, bertanya itu ini kepada Adam. Perbualan diteruskan.

Arsyad: Ohh lupa pulak nama pakcik Arsyad Hamidi blh panggil pakcik Arsyad sahaja

Khalidah:Nama makcik Khalidah panggil cik Idah je

Adam:Okay baik pakcik makcik

Hazirah:Sudah-Sudah la tu berbual dah masuk makan tengahari ni jom kita makan sama-sama, dah alang-alang ramai ni lagi meriah

Khalidah:Sorry Zirah bukan taknak makan disini tapi kami ni makanan pagi tadi pon masih ada dalam perut ni, lagi satu kami risau anak dara seorang kat rumah tu. Insyaallah lain kali kita makan-makan sekali.

Hazirah:Ok la kalau macamtu,aku bungkuskan je lauk tu,nanti dirumah boleh makan

Khalidah:Hah okay

Selesai makanan diletakkan didalam bekas bertutup,bekas itu beralih tangan dari tangan Hazirah ke tangan Khalidah.Mereka semua menghantar anak beranak itu ke pintu rumah,sekali lagi sesi bersalaman, bercium berlaga pipi berlaku. Hilang sahaja bayangan anak beranak itu Hazirah mengajak Adam untuk turut serta makan tengahari bersama mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience