SOAL JAWAB

Other Series 10734

Ketika hendak masuk kedalam rumah, telefon Adam tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk lantas Amna bertanyakan kepada Adam.

Amna: siapa yang call?

Adam:kawan yang call,maaf ye semua saya jawab call sekejap, nanti saya masuk

Syarif: Risau sangat dengan boyfriend dia,takut ada perempuan lain la tu call

Amna:Eeee sibuk la bang ngah ni.(jawab Amna sambil mencubit tangan abangnya.Yang lain hanya memerhati sahaja gelagat mereka berdua.

Syarif:Sakit la dik

Amna: Padan muka.(Amna terus masuk kedalam rumah setelah berkata kepada abang keduanya. Mereka yang lain turut sama masuk sementara menunggu Adam habis menjawab panggilan telefon nya.

Seketika di situasi Adam

Fahim:Hello Assalamualaikum,kau kat mana?kata pergi jogging,ni dah tengahari tak balik-balik lagi?

Adam: Waalaikumusalam, haish satu-satu la, aku kat klinik ni,tadi ada seorang budak ni kena langgar lari,takde sapa tolong dia jadi aku tolong la hantarkan dia ke klinik

Fahim:Ohh ni bila kau balik?

Adam: Tengokla macammana sebab aku tengah tunggu budak ni amik ubat

Fahim:Ohh ok kunci rumah ada kat kau ke?kalau ada aku nak gi amik

Adam:Ohh kunci rumah aku ada letak kat dalam kasut.(Adam menghantar gambar kasut yang didalamnya ada segugus kunci kepada Fahim melalui aplikasi whatssap.Fahim hanya membalas okay untuk gambar yang Adam hantar.)

Setelah panggilan tamat Adam masuk kedalam rumah,dia disambut oleh Rafi' iaitu abang ketiga Amna.Hazirah saja menyuruh anak ketiganya itu menunggu Adam,risau pula dia Adam tidak tahu dimana terletaknya dapur dirumah ini.
Mereka berdua pon berjalan ke meja makan.Setelah sampai di meja makan Adam berfikir dimana dia mahu duduk, dalam hati sudah berkata "takkan nak duduk sebelah Amna pulak,nanti dikata nak berkepit je pulak dengan Amna".
Rafi' yang perasan akan keadaan itu bertanya kepada Adam.

Rafi':Eh Adam kenapa tak duduk lagi?

Adam hanya menggaru kepala yang tidak gatal lalu Rafi' meneruskan kata-katanya

Rafi'':Ala duduk je sebelah Amna tu kitorang ok je

Adam:Oh ok baik bang

Rafi':Eh tak perlu la berabang-abang dengan aku lagipon kita setahun je beza

Adam: ohh ok baik (lalu Adam pon duduk dikerusi kosong yang ada disebelah Amna

Setelah doa makan dibaca,mereka pon menjamu selera.Setelah selesai makan mereka berbual sebentar sementara menunggu Amna dan Hazirah selesaikan urusan didapur. Sebenarnya perbualan ini lebih kepada soal-menyoal.Sudah menjadi rutin abang-abang Amna untuk menyoal dengan siapa Amna berkawan dan bercinta terutamanya lelaki, perempuan ada jugak yang kena tetapi difokuskan kepada lelaki.

Hal ini kerana mereka bertiga taknak Amna berkawan dengan orang yang salah tidak kira lelaki mahupun perempuan.Kalau berkawan je sudah disoal siasat apa lagi teman hidup Amna. Ini juga sudah menjadi tanggungjawab mereka bertiga setelah pemergian Walid mereka beberapa tahun yang lalu.Mereka mulakan perbualan dengan memperkenalkan diri masing-masing, maklumla tadi hanya Khalidah dan Arsyad sahaja yang sempat berbual dengan Adam.Zulkarnain selaku abang sulung Amna memulakan.

Zulkarnain :Nama aku Zulkarnain boleh panggil aku bang Zul atau bang long pon boleh,kalau kau selesa nak panggil, yang ini pulak Izdihar Syarif, boleh panggil nama dan bang ngah, ikut kau la ye mana kau selesa,yang ni pulak Rafi' Mukhtar, sama jugak la macam aku cakap tadi boleh panggil mana-mana yang kau rasa selesa

Adam: Okay baik bang

Zulkarnain sebagai abang sulung memang nampak tegas dan garang tetapi kalau sudah kenal betul-betul dia seorang peramah sebenarnya. Perbualan diteruskan lagi.

Zulkarnain: Aku nak tanya ni betul ke dah kenal Amna beberapa minggu ?

Adam: Ohhh sebenarnya bang kami baru je kenal,kira tak sampai sehari pon kami kenal. (Adam bercakap jujur walaupun sebentar tadi hatinya tertanya-tanya antara mahu jujur atau teruskan perancangan yang sedang berlaku)

Syarif:Eh bukan tadi kata dekat pakcik Arsyad dah beberapa minggu kenal Amna

Adam: Ohh maaf bang sebab tu dalam plan saya ngan Amna jadi saya terpaksa cakap jugak

Zulkarnain:Ohh jadi ini rancangan Amna la ye ?

Adam:Hah ye bang

(Mereka teruskan perbualan walaupun sebenarnya mereka terkejut dengan pengakuan Adam itu). Sementara disituasi Amna dan Hazirah yang berada didapur yang dari tadi hanya memasang telinga dari jauh perbualan yang sedang berjalan.

Hazirah:Kenapa adik nampak risau je ni?

Amna:Mana tak risaunya ummi sebab adik tak bagitahu pon kat Adam yang abang-abang akan soal jawab dia macamni

Hazirah:La kenapa tak bagitahu?

Amna:Hmm sebenarnya ummi ,adik baru je kenal Adam, dia sebenarnya duduk dekat-dekat sini jugak tapi dulu adik kenal dia gitu-gitu je, taktahu pon nama sekadar kenal muka je

Hazirah:Berani eh adik minta tolong dengan orang yang baru kenal ?

Amna:Hmm sorry ummi

Tiba-tiba nama Amna dipanggil oleh Zulkarnain.Nur Amna Tasnim, apabila tiada sahutan dari adiknya itu, Zulkarnain memanggil kembali nama itu, tetap sama tiada sahutan, kini Zulkarnain memanggil adiknya dengan nama penuh berbintikan nama walid mereka "Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri". Kini barula sahutan itu disahut oleh adiknya. Bukannya tadi Amna tidak mahu menyahut tetapi dia sedang gelisah dan memikirkan jawapan apa yang hendak diberikan jikalau abang- abangnya tahu dia menipu dan merancang semua ni.

Ye abang long.Jawab Amna, mendengarkan itu Zulkarnain menyuruh adik bongsunya itu turut serta dalam perbualan mereka. Sini ke ruang tamu bang long nak tanya sesuatu ni.Baik bang long, hah sekejap.Jawab Amna dengan permintaan abang sulungnya. Seketika Hazirah menyampuk.

Hazirah: Tu bang long kamu dah panggil tu pergi cepat

Amna: Ala ibu takkan adik seorang kena pergi,ummi temankanla jugak,adik takut la, dah ada Adam seganla adik

Hazirah:Ohh masa buat taktahu pulak takut,masa buat tak terfikir pulak ?

(Belum sempat Amna menjawab pertanyaan umminya Zulkarnain memanggil dan bertanya kepadanya)

Zulkarnain:Adik apa lama sangat tu?minta keluar datang ke ruang tamu ni je,bukan suruh buat apa pun, tak baik buat orang menunggu

Amna:Hah sekejap bang long

( Kini Syarif yang menyampuk dalam perbualan itu)

Syarif: Aik tadi dah minta sekejap ni nak sekejap lagi,berapa banyak adik nak sekejap ni?

Amna hanya mendiamkan diri, Hazirah pula yang bersuara

Hazirah:Dah pergila orang dah tunggu tu,pergi dulu nanti ummi menyusul

Amna:Betul eh ummi?

Hazirah: Ye (jawab Hazirah sambil menolak badan anaknya supaya bergerak ke ruang tamu

Setelah nampak kelibat Amna di ruang tamu itu Zulkarnain menyuruh adiknya duduk berhadapan mereka bertiga.Amna tanpa membantah mengikut sahaja arahan abang sulungnya. Zulkarnain memulakan pertanyaan nya kepada Amna.

Zulkarnain: Okay tadi bang long ada tanya Adam tentang rancangan adik ni, jadi bang long nak tahu sebab apa adik buat rancangan ni?

Amna: Sebenarnya bila adik tahu yang keluarga Muaz nak datang masuk merisik memang adik sebenarnya dah tolak permintaan dia,tapi ummi,pakcik Arsyad ngan cik Ida suruh bagi peluang kat Muaz, ok adik pon terima cadangan tu tapi lepastu adik bincang pulak dengan Muaz,adik dah cakap awal-awal yang adik takde perasaan dengan dia,adik anggap dia sebagai kawan biasa je tapi dia tak boleh terima perkara tu.

Zulkarnain: okay lepastu

Amna: Dia suruh adik bawak orang yang adik suka bila dia datang masuk merisik harini,adik pun setuju dengan cadangan tu walaupun masatu adik buntu nak minta tolong sapa

Rafi': Jadi macammana boleh jadi rancangan ni?

Amna:Last minute ucu itupon kitorang terserempak kat taman, jadi adik minta la tolong Adam

Zulkarnain:Kat taman, adik buat apa Adam buat apa?

Adam: Saya jogging bang pagi tadi

Amna:Adik singgah jap taman cari ketenangan yela nak memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi

Zulkarnain :Jap tadi Adam kata jogging kan kenapa berkemeja bagai ni? Ohh kelas kau dik pergi jogging pakai kemeja ngan seluar jeans

Kini mereka semua tergelak mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Zulkarnain

Adam: Ohh sebelum kami datang rumah ni singgah mall jap beli baju ngan seluar, tu berkemeja bagai ni

Rafi' : Wahhh kau main eh perancangan kau dik, patutla bila tanya dah sampai belum, macam-macam sebabnya rupanya sempat kau merancang benda ni

Amna hanya ketawa sambil menutup mulutnya

Syarif:Eh Jap tadi Muaz kata suruh bawak orang yang adik suka kan, maknanya adik suka Adam la kan, ha kantoi

Amna: Abang ngah ni kitorang kenal pon tak sampai sehari lagi,takdenya nak suka-suka

Syarif: Eleh sekarang boleh la cakap macamtu nanti lama-lama sangkut

Hazirah: Ala biarlah dorang ni nak suka sama suka bang ngah oii, lagipun Adam macam tak berpunya lagi.(Hazirah menyampuk perbualan anak-anaknya, tadi dia hanya berada didapur kini dia ke ruang tamu setelah merasakan perbualan itu sedikit reda.Hazirah turut membawa air untuk mereka walaupun tadi mereka semua baru sahaja selesai makan tengahari).

Mendengar sahaja umminya berkata begitu Amna cepat-cepat memotong kata-kata umminya

Amna:Ummi ni main cakap sahaja macamtu, entah-entah Adam ni dah berpunya

Hazirah:Ye ke Adam dah berpunya ke?

Adam: Hehehe belum makcik

Hazirah:Uish bagus sangat la, hah dengar tu adik dia belum berpunya ada chance la

Amna:Eee ummi ni (Amna dan Adam masing-masing memblushing apabila diusik begitu,manakala yang lain hanya tertawa mendengarkan itu.

Perbualan tamat apabila Hazirah mempelawa Adam untuk minum air yang sedia terhidang. Adam minum air yang dihidang oleh Hazirah bagi menghilangkan rasa blushingnya. Selesai sahaja meminum air Adam meminta diri untuk pulang

Adam:Maaf semua kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri untuk pulang dulu ye

Hazirah: Taknak solat dulu kat sini ke ?dah masuk waktu zohor ni

Adam:Maaf makcik disebabkan pagi tadi saya berjogging jadi saya solat kat rumah jela, cuma nak pinjam tandas je nak tukar pakaian

Hazirah: tukar pakaian?

Adam: Hah ye makcik nanti kawan saya pelik pulak,balik jogging tiba-tiba berkemeja dengan seluar jeans

Hazirah:Ohh ye makcik lupa,boleh-boleh (lantas Hazirah menunjukkan dimana terletaknya tandas di rumah itu )

Setelah Adam selesai menukar pakaiannya,Hazirah dan yang lain menghantar Adam ke muka pintu manakala Amna berjalan bersama Adam ke arah kereta.Hazirah mengucap terima kasih kepada Adam kerana sudi menolong Amna.Adam membalas sama-sama lalu mereka semua berpisah dan membuat haluan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience