PERTUNANGAN

Other Series 10752

Di hari sabtu yang indah, wakil daripada pihak Adam datang untuk meminang si gadis cantik yang bernama Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri, sesampainya di luar rumah Amna, ayah Man,mak Jah,Aina mastura mak angkat Adam dan Adam memberi salam lantas Rafi' selaku tuan rumah menjawab salam itu lalu menjemput masuk ke dalam rumah lalu mereka pon masuk kecuali Adam yang diarah untuk tunggu diluar bagi menghormati perbincangan dan majlis pertunangan itu

Rafi':Duduk dulu makcik pakcik (ucap Rafi' sambil menunjuk ke arah sofa yang ada di ruang tamu itu)

Setelah tetamu yang ada selesai duduk Rafi' bersuara

Rafi':Saya minta diri dulu ye,nak beritahu Ummi rombongan meminang dah sampai

Mak Jah:Baik la nak

Tanpa membuang masa Rafi' pon berlalu ke dapur

Rafi':Ummi rombongan meminang dari pihak Adam dah sampai

Hazirah:Okay baik,beritahu bang long dan bang ngah kamu,Ummi keluar dulu

Rafi':Baik Ummi

Hazirah:Amna kamu tunggu dulu kat dapur ni nanti bila dipanggil baru keluar ( Hazirah lalu keluar dengan membawa dulang yang berisi air teo panas dan sedikit kuih muih yang dibeli tadi

Amna:Baik Ummi

Hazirah:Nanti jemput minum ye air atas meja ni, ada sikit kuih-muih tu
boleh jamah sekali

Mak jah:Okay baik Zirah

Setelah semua ada di ruang tamu itu perbincangan pon dimulakan

Ayah Man:Okay pertama kali nama pakcik Lutfirrahman boleh panggil Man atau ayah Man la ye, pakcik wakil dari pihak Adam ,tujuan datang ni nak memetik bunga di taman, ini cincin dan sedikit cendera hati, kalau kata pinangan ini diterima insyaallah kita boleh teruskan dengan perbincangan seterusnya ( ucap ayah Man sambil memberikan sebentuk cincin dan set tupperware yang telah dijadikan hamper

Zulkarnain:Maaf saya menyampuk ye ayah Man,bunga ditaman tu yang mana ye ? sebab kami ada dua bunga dalam rumah ni, hah yang seorang ni nama Hazirah dan seorang lagi nama Amna tapi dia tiada disini, jadi yang mana satu jadi idaman pihak tuan
(Kata Zulkarnain sambil menunjuk ke arah Umminya, Hazirah yang mendengar itu terus mencubit lengan anak lelakinya yang sulung,lantas Zulkarnain mengaduh kesakitan akibat cubitan itu

Ayah Man:Ohhh pihak kami diberitahu nama pasangannya Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri

Rafi':Ohhh nasib baik yang bernama Amna yang dipilh kalau Hazirah yang menjadi pilihan hati pihak ayah Man ,tahu-tahu dapat ayah tiri muda pulak

Semua yang ada di ruang tamu itu tergelak kecil mendengar ucapan yang keluar dari mulut Rafi'

Rafi':Saya bergurau je ye pakcik makcik ,mari kita teruskan dengan perbincangan tadi, jadi macammana ummi?

Hazirah:Soal pinangan ni kena la tanya tuan badan sendiri,nanti main terima je tuan badan pulak yang taknak, sekejap saya bincang dengan dia

Mak Jah:betul tu,okay baik sila-sila

Hazirah pon bangun dan berlalu ke dapur untuk bertanya kepada Amna tentang pinangan yang baru diterima itu.

Sementara menunggu Hazirah berbincang dengan Amna,tetamu yang ada itu menjamah sedikit kuih dan teo panas yang disediakan, Adam yang berada di luar rumah turut diberikan.

Hazirah:Ini pihak Adam ada hantar rombongan meminang nak terima ke tak ?

Amna:Ish ummi ni mestila terima (kata Amna sambil tersenyum)

Hazirah:Manala tahu kamu ubah fikiran ke ?

Amna:Ada-ada jela Ummi ni, tak ubah fikiran pon

Hazirah:Ok la kalau kamu cakap macamtu, ni hantaran kamu nak berapa ribu? Mas kahwin ? kejap lagi nak bincang jugak perkara ni jd Ummi tanya kamu awal-awal

Amna:Untuk hantaran adik tak minta banyak pon ummi 2000 pon dah cukup,kalau mas kahwin pulak terserah pada Adam dia nak bagi berapa dan apa,kalau mas kahwin Adam nak ikut nilai yang telah ditetapkan setiap negeri tu pon adik ok je, apa-apa terserah pada Adam Kalau dia nak tambah apa-apa.

Hazirah:Biar betul kamu ni Amna 2 ribu je kamu minta hantaran,kalau makcik-makcik bawang tahu ni,dia bantah permintaan kamu ni, paling minimum 10 ribu tau

Amna:Ummi kenapa kita perlu ikut orang lain,hantaran sampai 10 ribu keatas, kan baik kalau kita simpan duit tu untuk kehidupan selepas kahwin, lagi satu kalau letak hantaran tinggi-tinggi kan dah menyusahkan pihak lelaki, tak perlu pon ummi nak letak nilai hantaran tu beradasarkan kelayakan yang kita ada, setiap manusia tu ada sifat kebaikan dan keburukannya tersendiri, jadi kita sendiri yang kena saling melengkapi,betul kan ?

Hazirah:Betul apa yang adik cakap tu,terima kasih sebab sedarkan ummi,yela ummi asyik fikir kata-kata orang sampai tak fikir kalau minta hantaran tinggi-tinggi tak ke nanti menyusahkan Adam, yela bukan la nak kata Adam tu tak boleh nak berusaha nak dapatkan 10 ribu tu tapi yela 10 ribu tu agak tinggi nilai untuk orang macam Adam,tambahan pulak dia buat 2-3 kerja

Amna:Sama-sama Ummi kalau boleh,adik ingat taknak buat majlis sanding just buat majlis nikah lepastu buat makan-makan sikit je

Hazirah:Tak apa yang tu kita bincang nanti, jomla kita keluar, lama pulak tetamu yang ada tu tunggu kita berbincang

Amna:Okay baik ummi

Hazirah dan Amna pon keluar dari dapur lalu Amna terus ke meja makan untuk bersalam dengan Mak Jah dan mak angkat Adam iaitu Aina mastura

Amna:Assalamualaikum makcik pakcik ( Amna bersuara lembut lalu menyalam tangan mak Jah dan Aina mastura)

Aina mastura: Waalaikumusalam ini ke bakal tunang Adam, cantik orangnya,sopan je

Amna:Hah ye makcik, eh tak ada la makcik saya pon biasa-biasa je

Aina Mastura:Eh tak perlu la panggil makcik kita nak jadi family dah tak lama lagi, panggil je bonda

Mak Jah:Hah betul tu Amna,kamu boleh panggil makcik Mak Jah je ye

Amna:Okay baik bonda,baik Mak jah
(Kata Amna sambil tersenyum)

Mak jah:Eh Zirah sorry la ye hiraukan kamu,makan pon tak tunggu kamu, anak kamu si Amna ni cantik sangat sampai teruja nak berbual dengan dia

Hazirah:Eh tak apa saya tak terasa pon,eh makan jela sementara menunggu kami berbincang tu, tiada masalah pon

Amna yang mendengar apa yang dikatakan oleh Mak Jah hanya tersenyum sambil pipinya memerah manakala ayah Man yang turut berada disitu hanya melihat situasi itu.Selepas menjamah sikit kuih muih dan teo panas yang disediakan, perbincangan yang tertangguh tadi diteruskan.

Mak Jah:Apa jawapan anak kamu Zirah tentang pinangan dari pihak kami tadi?

Hazirah:Alhamdulilah pinangan diterima

Yang lain:Alhamdulilah

Ayah Man:Baik kalau macamtu marila kita bincang tentang hantaran,mas kahwin dan lain-lain, bagi pihak Zirah hantaran nak berapa ribu ?

Hazirah:Setelah dibincang tadi Amna nak 2000 je hantaran

Mak Jah:Eh biar betul anak kamu Zirah,2000 je dia minta?

Hazirah:Ye betul Jah,katanya taknak susahkan Adam kalau letak hantaran tinggi-tinggi tapi dia kata terserah pada Adam kalau nak tambah nilai hantaran tu

Aina Mastura:Ya Allah baik betul hati anak kamu Zirah,bertuah Adam dapat si Amna

Hazirah:Alhamdulilah

Ayah Man:Ok la kalau Amna dah kata begitu,mas kahwin pula?

Hazirah:Sama la jugak ayah Man, dia terserah pada Adam nak bagi berapa atau ada apa-apa yang Adam nak tambah dia setuju je, kalau boleh dia nak buat majlis nikah je tak perlu sanding

Aina Mastura:Ya Allah betul ke ni Zirah, rupanya ada lagi ye perempuan yang limited macamni?

Hazirah:Betul Ina,dia kata nanti nikah tu buat kat dewan lepastu buat makan-makan sikit,ada Ina cumanya susah nak jumpa la (kata Hazirah sambil tersenyum kecil )

Ayah Man:Alhamdulilah kalau begitu, sebenarnya sanding itu hanya adat melayu sahaja yang wajib itu nikah dan mas kahwin sahaja,balas-balas dulang tu tiada pon tak apa,seeloknya duit tu kita guna untuk kehidupan selepas berkahwin

Mak Jah:Bagaimana dengan tempoh pertunangan?

Hazirah:Amna kata tadi tak ada tempoh pon, kalau lagi cepat lagi bagus pernikahan tu dibuat

Aina Mastura:Amboi dah tak sabar ke budak berdua ni

Ayah Man:Tak apa la orang kata benda baik jangan ditangguhkan, Adam pon ada kata yang duit untuk buat persiapan semua dah ada jadi tinggal jalankan je

Mak Jah:Ok la kalau macamtu dah boleh dah panggil Amna tu,nak sarungkan cincin tanda dah lock

Hazirah lalu bangun memanggil Amna didapur manakala Khadijah bangun menuju ke tempat yang dihias ala kadar bagi sesi menyarungkan cincin itu.Adam diluar dipanggil bagi menyertai sesi bergambar,setelah semuanya selesai mereka bercadang untuk berangkat pulang, sebelum pulang Hazirah membalas pemberian dari pihak Ayah Man tadi dengan sebakul buah.Majlis pertunangan itu diakhiri dengan bersalam -salaman dan berpeluk-pelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience