PERBINCANGAN

Romance Series 10973

Balik daripada beli barang itu Adam bercadang untuk berbincang dan tanya pendapat kepada abang- abang Amna.Setelah selesai dia meletakkan barang di ruang tamu itu,dia pon memulakan perbualan, kebetulan ketiga-tiga abang Amna sedang duduk di ruang tamu itu.

Adam:Weyh korang aku ada nak bincang sesuatu ni

Zulkarnain:Ohh okay dudukla

Syarif:Nak bincang pasal apa

Adam:Pasal aku dengan Amna

Rafi':Ok teruskan

Adam:Tadi Amna ada luah yang dia suka kat aku

Syarif:Lepastu kau tolak ke terima?

Adam:Tolak

Zulkarnain:Kenapa?

Adam:Aku fikir tentang Amna dan keluarga korang, sejujurnya aku bukanla orang yang baik,aku ada kisah silam yang buruk,aku taknak kalau dia bersama aku, dia lagi susah dan aku taknak orang lain mengata keluarga korang sebab terima aku,yela kalau Amna nak kahwin pon mesti korang nak yang setaraf untuk dia kan

Rafi':Kisah silam yang buruk ?apa dia?

Adam:Sejujurnya aku seorang bekas banduan,aku mengedar dadah dan kes aku Amna dan team dia yang jaga

Syarif:Betul la tu apa yang kau cakap tadi tapi kalau dah adik aku sendiri yang pilih kau,kau orang yang beruntung sebab Amna sejak 2 tahun lepas sampai sekarang tak pernah buka hati dia untuk mana-mana lelaki

Zulkarnain:Sepanjang 2 tahun tu ramai je lelaki yang nak bercinta dengan dia tapi dia tolak,dia kata dia tak bersedia lagi nak terima orang baru,aku tak tahu adik aku ada bagitahu kau ke tak dia pernah putus tunang 2 tahun lepas sebab tunang dia meninggal

Adam:Hah ada bagitahu

Rafi':Sebelumni kita orang risau jugak sebab Amna taknak buka hati dia untuk mana-mana lelaki tapi bila dengar apa yang kau cerita ni,lega la sikit,yela buat masa ni kita orang
masih boleh jaga Amna,nanti bila aku dengan Syarif dah kahwin,umur
dah semakin meningkat masa untuk menjaga Amna tu sangat la terhad.

Adam:Ohhh Faham

Syarif:Perasaan kau terhadap Amna macammana ?

Adam:Ada la sikit perasaan suka tu,Amna pon kata dia takkan berputus asa nak dapatkan hati aku

Zulkarnain:Jadi apa keputusan kau ?

Adam:Kalau kata aku terima lamaran Amna tu, korang okay ke ?
Ummi?

Zulkarnain:Kalau untuk kebahagiaan Amna kitorg okay, ummi kau jangan risau nanti aku bincang dengan dia, tapi kau kena ada usaha jugak la untuk berubah

Adam:Insyaallah aku cuba terima

Perbincangan petang itu selesai begitu sahaja lalu Adam pulang ke rumah sewanya.

Danial:Dengar cerita keluar dengan Amna tadi,buat apa je?

Adam:Pergi kedai Habib depan tu lepastu teman dia pergi beli barang,
lepas beli-beli barang semua,lepak rumah dia sekejap

Danial:Ohh okay

Adam:Aku nak minta pendapat korang boleh ?

Fahim:Pendapat apa?

Adam:Tadi Amna ada luah yang dia suka aku, tapi aku reject dia sebab taknak bagi dia apa-apa harapan, korang rasa,aku patut teruskan dengan reject atau macammana?

Azim:Perasaan kau kat dia ada tak?

Adam:Ada la jugak

Irfan:Abang-abang dia macammana? Ummi dia?

Adam:Abang-abang dia ok je kalau untuk kebahagiaan Amna cuma aku kena usaha lebih la ,Ummi dia tak dapat jawapan lagi

Anas:Kalau abang-abang dia dah bagi greenlight, terima jela Amna tu

Adam:Aku bukan apa aku takut masa bercinta ni boleh la dia terima aku ,bila dah kahwin nanti kami lagi susah,takut menjadi ungkitan dan masalah lain pulak yang datang.

Naqib:Apa-apa nanti kau buat la solat istikharah untuk dapatkan jawapan. Perempuan yang mulakan langkah dulu ni sangat limited tau,
sesungguhnya kau lelaki yang sangat beruntung.

Adam: Insyaallah nanti aku buat,Amna pon ada kata dia takkan berputus asa nak dapatkan hati aku

Danial:Takpela apa-apa keputusan kau kita orang akan support (kata Danial sambil menepuk bahu Adam)

Adam:Tq

Danial:Welcome

Di ruang tamu di rumah Amna, selepas solat isyak dan makan malam bersama,mereka duduk bersantai di situ,pada kesempatan ini Zulkarnain mengambil peluang untuk berbincang dengan umminya tentang hal yang dibincangkan bersama Adam pada petang tadi.
Zulkarnain mengambil tangan umminya lalu mengusap lembut tangan itu dan memulakan bicara.

Zulkarnain:Ummi kalau ada anak ummi yang pasangannya mempunyai kisah silam yang buruk,ummi boleh terima orang itu ?

Ummi Hazirah:Siapa yang dah ada calon?Angah?Ucu?( Hazirah berkata sambil memandang kedua anak lelakinya itu)

Syarif:Angah dengan Ucu tak ada calon lagi,tu anak perempuan satu-satu Ummi yang dah ada ( Syarif berkata sambil menunjuk kepada Amna yang duduk disebelah kiri Hazirah)

Hazirah:Siapa?

Amna:Adam Ummi

Hazirah:Ohhh sangkut jugak dengan Adam

Amna:Hehehe ( Amna berkata sambil tersenyum )

Hazirah:Bagi ummi siapa pon yang akan jadi pasangan untuk anak-anak ummi, ummi akan terima walaupun dia ada kisah silam yang buruk yang penting dia ada usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Apa kisah silam buruk Adam ?

Amna:Dia dulu mengedar dadah Ummi sebab mak dia sakit kanser payudara, adik turut berkerjasama jaga kes ni, kumpulan yang dia join tu sekarang masih aktif di Kuala Lumpur dan Selangor, cuma kumpulan dia ni bukan kumpulan yang besar la.

Hazirah:Adam dah tahu yang adik suka dia?

Amna:Dah ummi, adik dah luah kat dia,dia tolak tapi adik faham,dia fikir kalau lepas kahwin adik lagi susah kalau bersama dia lepastu orang akan mengata family kita sebab terima dia jadi suami adik

Hazirah:Ummi setuju dengan tindakan Adam tu tapi takpela dik, nanti buat solat istikharah,kalau dah jodoh takkan kemana

Amna:Baik Ummi

Perbincangan pon tamat disitu, setelah mereka berempat menyalam dan mencium pipi umminya, mereka pon naik ke bilik masing-masing manakala Zulkarnain ,isteri dan anaknya balik ke rumahnya.

Pada pagi esoknya Zulkarnain menghantar message kepada Adam untuk memberitahu jawapan umminya tentang hal yang mereka bincang pada petang semalam.

Zulkarnain:Assalamualaikum Adam

Adam:Waalaikumusalam bang long

Zulkarnain:Semalam aku ada bincang dengan ummi, ummi kata dia terima janji kau ada usaha untuk berubah menjadi yang lebih baik, jadi sekarang ni terpulang kat kau nak terima ke tak adik aku si Amna tu

Adam:Baik bang long,bagi aku masa untuk fikir, nak buat solat istikharah, kalau dah dapat jawapan apa-apa aku bagitahu kau balik

Zulkarnain:Okay la kalau kau cakap macamtu,itu jela nak bagitahu,aku minta diri dulu, assalamualaikum

Adam:Waalaikumusalam bang long

Pada pagi hari jumaat yang hening ketika para manusia yang lainnya masih lagi dibuai mimpi, Adam dan Amna bangun untuk menunaikan solat sunat istikharah bagi mendapatkan jawapan tentang perasaan mereka berdua.

Solat sunat istikharah didirikan bertujuan memohon petunjuk daripada Allah SWT, iaitu dalam membuat sesuatu pilihan yang terbaik. Solat sunat ini selalunya ditunaikan bagi memecah kekeliruan, ketidakpastian ataupun menambah keyakinan dalam membuat pemilihan.

Solat ini juga didirikan demi memohon petunjuk Allah SWT dalam menjalani kehidupan di dunia tanpa tersalah langkah dan matlamat yang tidak diredaiNya.

Cara mendirikan solat sunat istikharah

Niat

“Sahaja aku solat sunat isthikarah dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbir dan berniat dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Dianjurkan membaca surah al-Kafirun.(Boleh digantikan dengan surah yang lain)
5. Rukuk dan iktidal.
6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.
2. Membaca surah al-Fatihah.
3. Dianjurkan membaca surah al-Ikhlas.(Boleh digantikan dengan surah yang lain)
4. Rukuk dan iktidal.
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
6. Membaca doa istikarah ketika sujud akhir;

“Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

7. Duduk tahiyyat akhir.
8. Memberi salam.
9. Baca surah al-Fatihah dan berwirid. Perbanyak istigfar dan memohon keampunan Allah SWT.
10. Membaca doa solat sunat istikharah.

Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.

Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.”

~Solat istikharah boleh ditunaikan dengan dua rakaat atau sehingga 12 rakaat dengan enam kali salam.
Solat sunat istikharah juga boleh dilakukan bila-bila masa tetapi masa terbaik yang disarankan adalah pada tengah malam, iaitu tepatnya di sepertiga malam. Solat ini juga sangat sesuai untuk didirikan semasa berqiyamulaiail.

Solat sunat ini sering didirikan selama tiga atau tujuh hari berturut-turut, dan kecendurungan sesuatu keputusan itu boleh dirasakan melalui gerak hati, mimpi dan sebagainya.

Sesungguhnya istikharah adalah pembantu ketika buntu, sedih, keliru, putus asa. Bahkan, solat ini juga sebagai pertanyaan hambaNya kepada Allah, akan perkara serta penyelesaian yang terbaik di saat tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.

Ini termasuklah dalam bab memilih pasangan, persimpangan memilih kerjaya, ataupun hal-hal lain yang membuatkan kita serba salah. Istikharah juga boleh ditunaikan walaupun sudah ada ketetapan jawapan sendiri, tetapi tetap mahukan keyakinan atas pilihan itu.

Jadi, beristikharahlah untuk menenangkan hati atas setiap apa jua tindakan dan pilihan yang diputuskan, semoga Allah SWT membalas dengan izin dan redaNya, Aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience