MENGAMUK

Romance Series 10973

Kini Adam dan Amna berada didalam kereta bersedia untuk bergerak, sambil kereta bergerak Amna bertanya sesuatu kepada Adam.

Amna:Rumah awak lorong berapa?

Adam:Ohh lorong 7 tapi nanti awak stop kat sebelum masuk lorong tu jela

Amna:Ohh dekat je rumah kita rupanya, kenapa awak malu eh?

Adam:Hah lebih kurang macamtu la , sebab saya bagitahu kawan yang saya tolong budak kena langgar lari tadi, jadi kalau awak hantar depan rumah kena bahan nanti

Amna:Ohh duduk dengan kawan ke?

Adam:Hah ye

Amna:ohhh (kini kereta telah berhenti ditempat yang Adam minta ,Amna bertanya untuk kepastian.) Betul eh berhenti sini je?

Adam: Betul,baju ni awak bawak balik la ye

Amna:Eh kenapa pulak,ambil jela anggap la ni tanda terima kasih sebab tolong saya tadi

Adam:Ohh bukan apa nanti kawan saya pelik pulak, sambil-sambil tolong orang sempat pulak pergi beli baju, ok macamni awak anggap je saya terima baju ni tapi awak simpankan la ye

Amna:Okay la kalau awak cakap macamtu

Adam:Terima kasih la sudi tumpangkan (Adam lalu keluar dari kereta Amna dan menutup pintu )

Amna:Sama-sama (Kereta Amna pon bergerak, Adam hanya memerhati kereta Amna yang baru sahaja bergerak sehingga hilang dari pandangannya selepas itu Adam memulakan langkah ke rumah sewa yang dia duduki

Setelah sampai di depan pintu rumah ,Adam membuka kasut dan masuk kedalam rumah dengan memberi salam, kebetulan Khairul dan Danial yang berada ditangga menegur Adam setelah Adam masuk kedalam rumah, walaupun sejak tadi dari atas tangga mereka sudah nampak kelibat Adam di muka pintu.Sambil menuruni tangga mereka menegur Adam.

Khairul:Aik muka ada banyak seri ada apa-apa berlaku ke?dengar citer tolong budak kena langgar lari tadi?

Adam:Hah ye betul la tu aku tolong budak kena langgar lari tadi

Danial:Ohh patutla muka berseri je,mesti budak perempuan kan kau tolong tu?

Adam:Haish memandai je korang ni,aku tolong budak lelaki la,tapi takdela budak pon ,remaja

Khairul:Yeke?lepastu apa yang berlaku?

Adam:Ye,takde berlaku apa-apa la,aku hantar budak tu balik lepastu aku pon balik la

Danial:La macamtu je ke?budak tu takde ke ajak masuk rumah sekejap ke,kenal-kenal dengan family dia ke?manalatahu boleh sangkut dengan kakak atau adik perempuan dia ke ?

Adam:Hah ni lagi sorang kalau bab perempuan laju je eh, family dia pun takde rumah,yela harini kan hari bekerja,ada la tu hal masing-masing
dah la malas la layan korang baik aku mandi lepastu solat lagi bagus

Danial: Kitorang nak pergi bungkus makanan ni,kau nak apa-apa ke?

Adam:Tak, tadi sebelum balik aku dah makan dengan budak tu

Danial:Ohh ok la kalau macamtu, chaw dulu

Adam:hati-hati

Khairul dan Danial hanya membuat isyarat tangan bentuk okay apabila mendengar Adam berkata begitu

Sementara keadaan di rumah Arsyad dan Khalidah

BUM !

Dari ruang tamu sudah terdengar bunyi hempasan pintu dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan anaknya Muaz Firdaus, Arsyad dan Khalidah sudah faham akan perangai anaknya seorang itu apabila ada benda yang tidak dia puas hati. Iman Nadhirah adik kepada Muaz Firdaus yang datang dari dapur terkejut dengan bunyi yang kuat itu lalu dia keluar dari dapur dan bertanya kepada kedua orang tuanya.

Iman:Kenapa abang tu ma ?

Khalidah:Hmm tak puas hati la dah kak Amna kau tolak lamaran dia

Iman: Hah biar betul Kak Amna tolak lamaran dia?

Arsyad:Nak buat macammana dah Amna tu dah ada pengganti si Imran tu,dia kena terima la

Iman:Betul ke ni ayah, kak Amna dah ada pengganti? dia tak pernah cerita pon kat adik

Arsyad: Ala dia baru je beberapa minggu kenal si Adam tu

Iman:Wahh ayah siap tahu eh nama boyfriend baru kak Amna tu ?
Khalidah:Ala kebetulan kak Amna kamu bawak boyfriend dia pagi tadi,tu sempat kenal-kenal sekejap sebelum balik

Iman:Wahh nanti nak whatssap kak Amna la nak tanya dia pasal ni, ohh patutla abang tu mengamuk, tercabar la tu

Khalidah:Tula nasib baik la tadi balik awal,kalau tak mahu jadi peperangan rumah makcik Hazirah kamu

Arsyad:Dah-dah la tu bersembang kat tengah-tengah ruang tamu tu, saya dah lapar ni,adik masak apa?

Iman:Aik ayah kat rumah makcik Hazirah tadi tak makan ke?

Khalidah:Tak sempat makan ,dah abang kamu mengamuk tu balik awal la ,tapi makcik Hazirah ada bekalkan lauk ni,nanti hidangkan sekali

Iman:Okay baik, adik sempat masak nasi dengan goreng sayur campur je,lauk ingat nak order je tadi

Arsyad:Takpela kalau macamtu tak perlu order ,makan mana yang ada je, Idah awak tolong Iman hidangkan makanan, saya panggil si Muaz tu

Arsyad memulas tombol pintu bilik anak lelakinya namun dia mendapati pintu itu berkunci lalu dia mengetuk pintu itu lantas bersuara.

Arsyad:Muaz buka pintu ni,jom makan sama-sama dibawah, adik dan mama tengah hidangkan tu

Muaz:Hmm ayah,mama,adik makan la dulu nanti bila orang rasa nak makan orang turun la

Arsyad:Ok la kalau macamtu,jangan lama sangat duduk dalam bilik ni, ayah tahu kamu kecewa tapi nak taknak kamu kena terima jugak benda ni

Muaz:Hmm okay baik ayah

Arsyad turun ke ruang makan berseorangan setelah mendengar anaknya berkata begitu, Khalidah yang nampak kelibat suaminya yang telah berada di ruang makan bertanya kepada suaminya

Khalidah:Muaz dia kata apa?

Arsyad:Dia kata nanti dia turun makan, dia suruh kita makan dulu

Khalidah:Jap bang biar saya pulak yang pujuk dia

Arsyad:Tak perlu la awak nak pergi pujuk dia, nanti dia dah sejuk tahula dia keluar dari bilik tu,tadi saya dah pesan kat Muaz tu jangan terkurung je dalam bilik tu

Khalidah:Baik la bang

Arsyad:Dah mari duduk makan, adik dah siap ke tu?

Khalidah hanya mengangguk manakala Iman menjawab pertanyaan ayahnya)

Iman:Dah ayah,ni nak bawak air ni ke meja makan

Sesampai sahaja di meja makan Iman pula yang bertanya dimana keberadaan abangnya

Iman:Eh mana abang?

Arsyad:Ada dalam bilik tu,dia suruh kita makan dulu nanti dia turun makan

Iman:Ohh nak adik pujuk dia ke ?

Arsyad:Tak perlu la, nanti dia dah sejuk tahula dia keluar dari bilik tu

Iman:Okay baik ayah

Kini mereka bertiga makan tengahari bersama dan selepas itu mereka menunaikan kewajipan kepada yang Maha Esa

Sementara ahli keluarganya membuat hal masing-masing,Muaz didalam biliknya melepas amarahnya yang sejak tadi dia tahan.Muaz melepaskan kemarahannya di gambar Amna yang berada ditangannya, seoklah-oklah seperti dia sedang memarahi Amna yang berada dihapannya saat ini.

"KURANG AJAR KAU AMNA BERANI KAU TOLAK LAMARAN AKU LAGI SEKALI EH, DULU MASA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KAU TOLAK LAMARAN AKU,AKU BOLEH TERIMA LAGI,SEBAB AKU FIKIR YANG KITA BERDUA KENA FOCUS BELAJAR DULU,BELAJAR RAJIN-RAJIN LEPASTU DAPAT KERJA BAGUS BARU BOLEH KAHWIN,TAPI SANGKAAN AKU SALAH AKU INGAT KAU BOLEH TERIMA AKU BILA KITA DAH SAMA-SAMA BERJAYA DAN BEKERJA

AKU KECEWA BILA DAPAT TAHU KAU AKAN BERTUNANG DENGAN IMRAN HABSHI,TAPI MASATU AKU MASIH BOLEH BERDIAM LAGI SEBAB IM TU SEPANGKAT DENGAN KAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN AKU YANG HANYA PENGAJAR DI SEBUAH KOLEJ SWASTA, ITUPON TAK BERAPA TERKENAL SANGAT KOLEJ TU.
BILA DAPAT TAHU IM MENINGGAL SEMASA MENJALANKAN TUGAS AKU DAH TEKAD NAK DAPATKAN KAU BALIK TAPI KAU MINTA MASA
SEBAB KAU MASIH TAK BOLEH NAK TERIMA YANG IM DAH MENINGGAL, OK AKU BAGI KAU MASA

BILA AKU DAH BAGI MASA LEPASTU AKU MINTA KEPASTIAN KAU BALIK, TAPI KAU PULAK YANG CAKAP KAU TAKDE PERASAAN KAT AKU,KAU ANGGAP AKU SEBAGAI KAWAN SAMA-SAMA MEMBESAR SAHAJA.KAU TAHU TAK PERSAAN TU BOLEH DIPUPUK,APA SALAHNYA KITA CUBA DULU,NI TAK KAU TERUS TOLAK LAMARAN AKU AND NOW TAHU-TAHU KAU DAH ADA PENGGANTI IM.TAKPE AMNA KAU TOLAK AKU KAN ,KAU TENGOK NANTI APA AKU AKAN BUAT,AKU AKAN SIASAT SIAPA BUDAK SI ADAM TU SAMPAI KAU SANGGUP TOLAK LAMARAN AKU.DULU BOLEH AKU BOLEH MENGALAH AMNA TAPI SEKARANG TAK,AKU SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI DAPATKAN KAU.KALAU AKU TAK DAPAT ORANG LAIN PON TAKKAN DAPAT KAU."

Setelah Muaz puas melepaskan api kemarahannya,dia mencampak gambar Amna ke atas meja lalu dia menghempas tubuhnya ke tilam dan dia pun terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience