BAB 19

Romance Completed 6651

Amirah mengeluh. Suaminya buat lagi…. Tadi petang Aariz mengambil Hazman dan Hazwan ke rumah mak mertuanya. Tapi sampai sekarang suaminya tidak pulang. Ditelefon, suaminya menutup handphonenya.

Jam sudah menunjukkan jam 9:25 malam. Sudah satu jam setengah lewat dari masa yang dijanjikan. Amirah memandang dirinya yang dibaluti dress labuh warna unggu dan shawl 2 tone juga bewarna unggu dan hitam.

Amirah mula meniti tangga. Mahu menukar pakaian tetapi deringan handphone mematikan niatnya. Tanpa melihat nama pemanggil, Amirah mengangkat panggilan.

“Hello…” jawab Amirah lemah.

“Sayang, kenapa ni?” Amirah menegakkan badan.

“Sampai hati abang…”

“Eh, kenapa ni? Abang buat apa?” Amirah hanya diam.

“Sayang…. marah sebab abang lambat ya? I am sorry. Kerja abang belum siap lagi tadi, sekarang baru siap. Sayang dah siap kan? Abang dah ada kat luar ni. Sayang turun ya?” Amirah tidak menjawab tetapi dimatikan talian.

Amirah menapak ke arah pintu selepas mengambil beg tangan. Pintu dikunci siap-siap dan melangkah lemah ke arah suaminya yang bersandar di pintu kereta. Dikerling sekilas ke arah Aariz, handsome suaminya. Berpakaian tuxedo lengkap.

Disambur hambar tangan Aariz dan mencium sekilas. Aariz mengenggam erat tangan isterinya apabila Amirah menarik tangannya. Direnung Amirah yang hanya menunduk.

“Sayang….” diangkat dagu Amirah dengan jarinya. Walaupun muka Amirah sudah betul mengadapnya tetapi isterinya melarikan mata ke arah lain.

“Sayang, please don’t be like this. Abang tahu abang salah. I am sorry, babe….” Mohon Aariz tetapi tidak diendahkan Amirah. Amirah menarik tangannya dan terus masuk ke dalam kereta. Aariz mengeluh dan perlahan-lahan menapak ke tempat pemandu.

Dalam kereta, suasana hanya sunyi. Apabila dibuka radio, isterinya menutup. Sedari tadi Amirah memandang ke arah luar tingkap. Dibiarkan dia kesunyian memandu. Aariz memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia tidak betah macam ni.

“Amirah Humaira, isteri abang. Abang betul-betul minta maaf. Please, jangan buat abang macam ni. Abang pun tak sangka sampai lewat macam ni abang siapkan kerja abang.” Pujuk Aariz. Digenggam tangan isterinya dan menciumnya walaupun berkali-kali Amirah cuba menarik.

“Tapi abang boleh call kan? Boleh aje hantar pesanan. Sayang call pun abang off handphone.” Bersuara juga Amirah setelah mendiamkan diri.

“Abang salah. Abang lupa charge handphone abang. Memang salah abang, abang buat sayang tertunggu-tunggu.”

“Bukan tu yang sayang marah!” Amirah bersuara geram. Dipandang suaminya tajam.

“Abang buat sayang risau tahu tak? Abang berubah sejak akhir-akhir ni. Tadi pun, abang cakap abang lupa nak charge handphone. Selama ni walaupun abang tak charge handphone abang, abang tetap call sayang guna telefon pejabat. Abang berubah…”

“Nak tahu kenapa abang berubah sejak akhir-akhir ni?” Aariz mencelah. Apabila Amirah memandangnya,dia senyum dan mengedipkan mata sekali.

Aariz memulakan penjalanan semula. Dibiarkan isterinya tertanya-tanya. Tak apa, Amirah akan tahu juga apabila sampai. Keretanya terus melalui lebuh raya. Hampir 25 minit memandu, akhirnya sampai juga di tempat destinasi.

Aariz keluar dari perut kereta dan dibuka pintu untuk isteri tercinta. Mereka berjalan beriringan dengan Amirah memaut lengan Aariz.

“Buat apa kat sini?”

“Dinner.” Jawab Aariz pendek. Amirah terpegun. Dinner tepi pantai?

Sepanjang perjalanan ke tepi pantai, terdapat lilin di dalam bekas kecil menjadikan jalan menuju ke arah meja yang sudah tersedia. Meja itu pula berada di tengah-tengah kelopok bunga ros yang dijadikan bentuk hati diselangi lilin. Bukan deruan ombak sahaja yang menemani mereka, malah musik intrumental yang romantik juga turut kedengaran menjadikan suasana makan malam itu benar-benar romantis.

“Abang…” seru Amirah apabila tiba-tiba Aariz menghulurkan sekuntum bunga mawar merah.

“Happy 4th anniversary, sayang.” Amirah tersenyum manis dan mengambil bunga itu. Aariz menarik kerusi dan mempersilakan isterinya duduk.

“Terima kasih.” Ucap Amirah seraya duduk dan Aariz juga mengambil tempat di depannya.

“Sayang….sebenarnya, abang lewat tadi sebab sediakan semua ni. Dan abang balik lambat malam tu dan pergi kerja awal pagi sebab abang nak selesaikan semua kerja sebelum…..”

“Sebelum apa?” Aariz menghulurkan sampul surat kepada Amirah dan Amirah mengangkat kening sebelum membukanya.

“Tiket?”

“Ya. Tiket honeymoon kita ke Bali. Hadiah abang untuk sayang.” Aariz memegang erat tangan Amirah dan dikucupnya.

“Abang kena selesaikan semua kerja abang sebelum cuti selama seminggu.”

“Abang, sayang minta maaf. Sayang betul-betul lupa anniversary kita ni. Sayang risau sangat sebab abang berubah akhir-akhir ni sampai lupa.” Amirah memandang Aariz dengan mata berkaca. Berasa bersalah dengan sikap alpanya sedangkan suaminya bertungkus lumus siapkan kerja semata-mata hadiah untuk anniversary mereka.

“It’s okey, sayang. Abang juga salah sebab buat sayang risau.” Ujar Aariz sambil mengelap air mata Amirah.

“Sayang tak ada hadiah nak bagi abang….” ujar Amirah perlahan sambil menunduk.

“Sayang tak bagi hadiah pun tak apa. Janji sayang kena teman abang sepanjang malam ni.” Amirah mengangguk tetapi kemudian dia memegang lengan Aariz.

“Kenapa sayang?”

“Ah, sayang baru ingat. Sayang ada hadiah untuk abang!” ucap Amirah girang.

“Ya, apa dia?”

“Abang teka lah.”

“Jam tangan?” Amirah menggeleng.

“Kasut?”

“Salah!”

“Bagilah hints.”

“Emmm…. Okey, sayang bagi. Hints yang pertama 4 minggu. Hints yang kedua, Hazman dan Hazwan.” Aariz mengerutkan dahi.

“4 minggu… dan Hazman dengan Hazwan?” kepala yang tak gatal digaru. Apa dia yang cuba diberitahu isterinya itu?

“Haah. Cepatlah teka bang.” Gesa Amirah.

“Ha! Abang tahu. 4 minggu lagi Hazman dengan Hazman nak masuk 3 tahun. Kan?” Amirah buat muka cemberut.

“Abang ni…. kan Hazman dengan Hazwan dah masuk 3 tahun 4 bulan.”

“Eh? Dah lebih 3 tahun ya? Hihi. Lupa pulak abang.”

“Sayang bagi satu aje lagi hints. Hadiah sayang ni ada kaitan dengan Aisya Humaira.” Aariz terbangun dari duduknya apabila mendengar nama yang baru keluar dari mulut Amirah. Terus Amirah dihampiri apabila Amirah turut bangun. Kedua-dua belah bahu Amirah dipegang.

“Sayang….pregnant?” bisik Aariz. Amirah merenung Aariz dan mengangguk.

“Ya,bang.”

“Betul?”

“Betul!”

“Yahoo!!” Aariz bersorak riang. Amirah pula hanya ketawa apabali Aariz melompat.

“Sayang… terima kasih! I love you.” Ucap Aariz setelah menarik Amirah ke dalam pelukan.

“Aisya Humaira…” seru Aariz sambil menyentuh perut yang bakal memboyot.

“Abang ni…. Tak tahu lagi sama ada perempuan ke lelaki.”

“Abang harap perempuan.” Amirah hanya diam dan membiarkan Aariz memeluknya semula.

“Abang…. tentu Hazman dengan Hazwan suka kalau tahu ni. Kan best kalau anak-anak ada sekali dinner kita ni.” Aariz melepas pelukan dan memandang Amirah.

“Alah, nanti esok kita cakap lah?”

“Esok? Lah, kan boleh aje cakap lepas kita balik ni.” Balas Amirah hairan. Aariz mendekatkan bibirnya ke telinga Amirah.

“Kita ambil diorang esok. Malam ni hanya abang….dan sayang.” Amirah membulatkan matanya lalu ditampar lengan Aariz.

“Abang ni…..”

“Yalah, yalah… abang gurau aje.Along! Angah!” Amirah terkejut melihat anak-anaknya berlari mendapatkan mereka selepas suaminya menjerit memanggil. Muka Aariz dipandang.

“Abang suruh Aina bawa diorang ke sini. Abang tahu sayang nak celebrate anniversary kita sekali dengan anak-anak kan?” Amirah mencium pipinya.

“Terima kasih abang.” Ujar Amirah kemudian memeluk kedua-dua anak lelakinya.

“Tapi….. nanti kat Bali kita tak bawak anak-anak tau!”

“Ala….”

Makan malam yang sepatutnya berdua kini sudah menjadi berempat. Suasana yang romantis ditemani musik instrumental juga sudah berubah riuh dengan suara anak-anak. Kelopak bunga ros merah yang berbentuk hati tadi sudah bertaburan dikacau oleh Hazman dan Hazwan.

Tetapi semua itu tidak menjadi masalah malah membuatkan Amirah dan Aariz turut gembira dan terciut dengan telatah anak-anak. Tadi Aariz yang lengkap berpakaian tuxedo mula meleraikan coat tuxedo dari tubuh dan lengan baju pula sudah disingsing ke atas. Mereka berempat berkaki ayam sambil bermain kejar-mengejar dan membina istana pasir walaupun di malam hari.

Apabila hari sudah larut malam, kelihatan dua anak kecil yang masih membina istana pasir. Tidak jauh dari situ, berdiri satu pasangan sambil si jejaka memeluk kekasih hatinya dari belakang. Dan perempuan itu membalas pelukan dengan memegang tangan lelaki yang sudah 4 tahun menjadi suami kepadanya dan daddy kepada anak-anaknya.

“Sayang nampak cantik malam ni.”

“Abang pun nampak handsome.”

“ I love you, sayang….”

“Love you too, abang….’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience