BAB 8

Romance Completed 6651

“Jadi dia suruh kau tackle dia, macam tu?” Amirah mengangguk menjawab pertanyaan Aira.

“ Gila! Nampak gentleman si Aariz tu tapi tak rupanya !!” Aira menggeleng kepala beberapa kali.

“Siti Amirah Humaira. Kau ni dah diibaratkan perigi mencari timba tahu tak? Sepatutnya Aariz lah yang tackle kau. Kalau setakat tanya kau suka dia tak, okeylah lagi. Straight forward, lagi gentleman. Tapi ni siap suruh kau tackle dia lagi, kerja gila namanya tu!” bidas Aira.

“ Dah dia cakap kalau aku suka dia, tackle dia sampai dia jatuh hati kat aku. Jadi ni lah yang aku tengah usahakan.” Balas Amirah tak mahu mengalah.

“Irah,Irah…Hantu mana lah yang merasuk kau ni.” Keluh Aira sambil menggeleng. Amirah hanya membuat muka selamba.

Aira memandang Amirah yang sedang membalut kotak yang diisi sehelai baju kemeja bewarna purple dan tali leher bewarna putih. Siap letak dengan kad pink pulak tu! Ada wangi-wagian lagi. Macam kad nikah pun ada jugak.

“Kau rasa dia suka tak baju kemeja yang aku beli ni?” tanya Amirah.

“Entah.” Balas Aira pendek.

“Kau ni..macam tak suka je aku dengan dia. Ke kau suka dia?” duga Amirah. Aira mencubit pinggang Amirah membuatkan dia terjerit.

“Apa kau ni? Sakit tau!” Amirah menggosok pinggangnya yang terasa pedih.

“Mulut kau tu celupar sangat kenapa? Boleh pulak kau cakap aku suka mamat tu.Hei! Tak ingin aku! Aku dah ada Badrul, buat apa aku cari yang lain. Cari penyakit namanya tu. Badrul lagi handsomelah daripada kembar Aaron Aziz kau tu!” bidas Aira lalu melarikan diri. Tahu dirinya akan dikerjakan Amirah, jadi sebelum apa-apa baik buka langkah seribu!

“Aira!! Mari sini kau!” Amirah bangun dan mengejar Aira. Tak lari mana pun sebenarnya, hanya mengilingi set sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu.

“Stop-stop!!” Aira mengangkat tangan tanda mengalah dan merebahkan diri di atas sofa. Begitu juga Amirah.

“Kau ni punya pasal. Tak pasal-pasal ‘tawaf’ sofa pulak kita malam ni. Badan aku ni pun dah berpeluh.” Ujar Amirah tercungap-cungap mencari oksigen.

“Ala..Sekali-sekala, apa salahnya? Kira jogging lah ni. Pagi esok dah tak payah nak jogging. Boleh bangun lewat sikit.”

“Banyaklah kau. Ingat bersenam ni buat sekali saja ke, lepas tu tak payah buat? Huh! Tahu sangat perangai kau, malas bangun pagi time weekend. Sebab tulah semakin ‘tembam’.” Gurau Amirah. Aira yang mendengar terus bangun. Cermin besar yang ada kat ruang tamu itu dipandang sambil menilik dirinya.

“Weh, betul ke aku semakin tembam ni? Aduh! Kenapa aku tak perasan ni?” Amirah menutup mulut, menahan ketawa.

“Ha’ah, semakin tembam aku tengok kau sekarang. Kau jangan Aira, nanti kesian Badrul. Macam mana dia nak ‘angkut’ kau kalau kau berat? Kan terbalik pulak, kau pulak yang ‘angkut’ Badrul. Haha” melihat Amirah yang sudah ketawa terbahak-bahak membuat Aira sedar yang dirinya dipermainkan.

“Kau tipu aku kan, Irah?” Aira mencapai bantal kecil dan dilemparkan ke arah Amirah.

‘Yes! Tepat-tepat landing atas muka kau Amirah. Nasib lah.’ Sorak Aira dalam hati apabila bantal kecil yang dilempar betul-betul mengena muka Amirah.

Ketawa Amirah serta-merta berhenti. Aira yang sedang tersengih sambil melangkah beberapa tapak kebelakang diberi sebuah jelingan tajam. Dia bangun dan apabila setapak Aira mengundur diri, setapak jugaklah dia mara ke hadapan.

“Hehe. Peace.” Ujar Aira sambil membuat gaya kedamaian sebelum berlari ke kamar tidurnya yang berada di tingkat atas.

“Nur Aira Mohd Nordin!!” jerit Amirah bergema di rumah teres 2 tingkat itu. Manakala Aira yang berada di dalam kamar tidur sudah terguling-guling di atas katil sambil ketawa tak henti. Sampai meleleh air mata dibuatnya.

“Nasib kau lah, Amirah Humaira.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience