BAB 12

Romance Completed 6651

“Assalamualaikum!” salam yang kuat kedengaran diluar rumah menganggu Amirah dan Aira yang menonton cerita Bicara Hati. Mereka menjeling sekilas ke arah jam dinding, jam sudah menunjukkan pukul 9:40 malam. Kemudian mereka saling berpandangan.

“Siapa yang datang malam-malam macam ni?” tanya Aira.

“Entah, mana aku tahu. Badrul kut..” teka Amirah lalu memalingkan muka ke arah televisyen yang masih menayangkan babak antara Tengku Shahran dengan Zahlia. Cepat-cepat Aira menggeleng.

“Bard mana pernah datang malam-malam macam ni.” Kata Aira. Sejerus itu Amirah memandang Aira dengan mata sedikit membulat.

“Habis tu, siapa yang datang?” Amirah dan Aira menelan air liur.

“Assalamualaikum!!” salam kedengaran lagi.

Amirah dan Aira sama-sama bangun dan menghampiri tingkap yang berada di tepi pintu. Aira menyelak sedikit kain langsing dan mengintai. Amirah juga berbuat demikian. Sekali lagi mereka berpandangan dengan riak terkejut.

“Aariz Azwan.” Ujar mereka berdua.Amirah mengintai semula, takut matanya tersalah. Dan jelas kelihatan susuk tubuh Aariz yang santai dengan baju T-shirt Polo dan berseluar jean.

“Pergilah keluar.” Cadang Aira. Lambat-lambat Amirah mengangguk dan memakai tudung sebelum membuka pintu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Aariz yang tersenyum manis. Pagar yang memisahkan mereka, membuatkan Amirah terpaksa mendongok sedikit. Aariz memegang pagar itu.

“Humaira…”

“Ada apa datang malam-malam ni? Tak tahu ke tak manis kalau orang lelaki datang ke rumah perempuan malam-malam? Kan kalau jiran nampak, timbul fitnah pula.” Sempat Amirah memerli Aariz. Aariz hanya senyum.

“Kenapa Irah tak angkat call dan balas mesej abang?” terangkat kening Amirah mendengar Aariz masih menggunakan panggilan ‘abang’ itu.

“Busy.” Jawab Amirah dingin. Aariz senyum kelat, tahu yang Amirah saja buat-buat busy.

“Humaira masih suka kat abang tak?” tanya Aariz. Amirah memandang ke arah lain dan membiarkan soalan Aariz tanpa jawapan.

“Irah…” seru Aariz lemah. Diam Amirah membuatkan dia tidak senang.

“Awak balik lah.” Ujar Amirah sebelum berpaling. Niat di hati mahu melarikan diri daripada Aariz.

“Humaira! Saya belum habis bercakap lagi ni. Kita perlu berbincang!” suara Aariz yang agak kuat membuatkan dia berhenti melangkah.

Selepas itu suasana hening seketika. Amirah ingin melangkah semula tapi tidak jadi kerana bunyi sesuatu yang jatuh kedengaran dibelakangnya. Terus dia berpaling. Mulut terlopong, berbentuk ‘o’ dan mata bundarnya bagaikan hendak terkeluar, itulah riak wajah Amirah yang boleh digambarkan terkejut monyet.

“Awak panjat pagar tu ke?” tanya Amirah sedikit terjerit. Aira yang dari tadi mengintai dicelah kain langsing keluar juga. Dia pun turut terkejut apabila Aariz memanjat pagar rumah sewa mereka. Aariz yang sudah elok ‘landing’ hanya membuat muka tak bersalah sambil terus memandang Amirah. Aira yang berada di sisi Aira langsung tidak dihiraukan.

“Irah…”

“Hei, Aariz! Awak nak apa ni hah datang rumah kami malam-malam ni? Tak malu ke?” celah Aira kasar. Aariz hanya memandang sekilas.

“Humaira, kenapa Irah berhenti tackle Riz.” Tanya Aariz. Hilang sudah panggilan ‘abang’ di hadapan Aira.

“Huh! Tackle konon..Piidahh! Suruh Irah tackle dia tapi tak sedar yang diri awak tu dah ada tunang! Lelaki apa hah, awak ni? Lelaki perasan bagus memang playboy kan? Tak boleh ke awak jadi macam Badrul? Walaupun ramai perempuan di luar sana yang meminati dia tapi tak adalah pulak dia nak curang dengan saya.” Sempat lagi Aira memuji tunangnya. Amirah menyiku lengan Aira, rasanya Aira sudah terlampau. Aariz memandang geram ke arah Aira.

“Aira, boleh biarkan saya bercakap dengan Humaira. Dan boleh tak awak tinggalkan kita orang? Saya nak berbincang dengan Humaira secara privacy. Boleh?” pinta Aariz sinis. Aira menjegilkan matanya.

‘Cis, kurang ajar mamat ni!’ gumam Aira. Baru sahaja mahu membalas tapi Amirah menolak Aira supaya masuk ke dalam rumah. Lagi lah geram Aira dibuatnya.

“Huh! Kau cakap lah dengan mamat ni. Lama-lama kat sini boleh ringan tangan aku dibuatnya.” Ujar Aira sebelum melangkah laju ke dalam rumah. Amirah hanya memandang dan selepas kelibat Aira hilang dia memandang Aariz yang sedari tadi merenungnya.

“Cakap lah.” Ujar Amirah pendek.

“Aariz suka kat Humaira.” Amirah mengangkat muka. Memandang gerangan yang yang baru meluahkan perasaan.

“Awak ada Bella, Riz..”

“Tak..Maksud Riz, ya. Tapi tak lengkap kalau tak ada Siti Amirah Humaira.” Madah Aariz. Amirah mendengus kasar.

“Awak jangan nak mengada-ngada ya? Saya tak nak Bella datang serang saya.” Sejurus itu Amirah berlari masuk ke dalam rumah. Belum sempat pintu ditutup, Aariz terlebih dahulu menahannya. Bila Amirah tolak lagi, lagi kuat dia menahan dengan tangan sasanya.

“Humaira, kejap….auch!!” jeritan Aariz membuatkan Amirah tersentak. Terus dia berhenti menolak dan rupa-rupanya jemari Aariz tersepit di pintu. Terus pintu dibuka seluas-luasnya dan pegang lengan Aariz secara spontan.

“Jari awak dah biru ni! Aira!! Tolong bawa kotak first aid, cepat!” laung Amirah. Amirah yang merasa dirinya dipandang terus mengangkat muka. Dia mengangkat kening, bertanya dalam diam.

Aariz tersengih walaupun tangan kanannya terasa sakit. Dia memandang lengannya yang dipegang kemas oleh Amirah. Amirah menyoroti pandangan Aariz. Terus pegangannya dilepaskan.

‘Aduih! Kenapa aku pergi pegang lengan dia pulak? Buat malu saja.’ Jerit Amirah dalam hati. Kemudian Aira datang dengan kotak first aid ditangan. Mukanya tidak usah diperkatakan, memuncung je bibir tu.

Aariz mendapatkan Amirah yang sudah duduk di atas kerusi batu. Punggung dilabuhkan dihapan Amirah. Amirah diam Cuma tangannya ligat membuat kerja. Mengeluarkan perkakas untuk merawat jemari Aariz yang tersepit tadi. Aariz hanya memerhati, begitu juga Aira yang bersandar di pintu.

“Okey,siap!” Aariz tersentak. Dia melihat tangannya yang sudah berbalut dengan kapas. Kemudian dia memandang Amirah.

“Saya tak pandai nak balut-balut luka ni, jadi saya hanya menggunakan kapas ni dan pelekat ni.” Ujar Amirah sambil menunjukkan perkakas yang digunakan untuk membalut jari Aariz yang terluka.

Selesai mengemas semula, Amirah merura-ura mahu melangkah masuk ke dalam rumah tetapi ditahan oleh Aariz. Aira menegakkan badannya apabila Aariz memegang lengan Amirah. Amirah memandang tajam Aariz dan memberi isyarat supaya melepaskan lengannya. Aariz akur.

“Sorry, my bad.”

“Jangan buat lagi and please… do not chaotic my life.” Balas Amirah.

Aariz terdiam dan hanya terkaku melihat Amirah yang sudah bersedia menutup pintu rumah. Dia mengalihkan pandangan ke arah Aira yang tersenyum puas, lebih tepat lagi tersenyum sinis! Aariz termangu sendiri.

“Did I chaotic her life?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience