BAB 16

Romance Completed 6651

Malam itu adiknya Aariz, Aina, Badrul dan Aira mengajaknya keluar dinner. Mula-mula dia malas nak mengikuti mereka tetapi Aina memaksanya ikut sekali. Jadi, untuk mengelakkan adiknya merajuk, diikuti juga kehendak budak manja itu.

“ Humaira…” seru Aariz tatkala matanya terpandang Amirah semasa memasuki Restoran Putera Ayu, Shah Alam.

“Eh! Tu bukan ke kawan abang long?” tanya Aina sambil menunding ke arah Humaira.

“Yalah…..Tadi Amirah ada cakap nak keluar dengan makan dengan kawan. Tak sangka pulak sama restoran.” Tambah Aira. Dijeling sekilas ke arah Aariz yang kaku memandang Humaira.

“Long, kenapa diam je? Marilah tegur…” cadang Aina. Mereka mendekati Humaira yang ralit menekan papan kekunci handphonenya. Bersms mungkin.

“Humaira..” Amirah berpaling. Terus dia berdiri.

“Err…”

“Mana kawan kau Irah?” celah Aira.

“On the way…”

“Aik? Belum sampai?”

“Dia ada hal kerja tadi, tak dapat dielakkan. Tak kisah lah. Tak sampai 15 minit pun aku tunggu dia. Eh, korang pun makan kat sini jugak ke?”

“Ha’ah, kak.” Sampuk Aina. Amirah tersenyum memandang adiknya Aariz.

“Hah! Molek lah sangat tu. Apa kata kita duduk semeja je.” Badrul yang dari tadi hanya diam bersuara.

“Aku okey je…” balas Amirah. Mereka mula mengambil tempat. Aariz duduk di sebelah Aina. Dan juga hadapan Amirah.

“Tak order lagi ke?” Tanya Aira. Amirah menggeleng.

“Aku tunggu kawan aku dulu. Korang order lah dulu.”

“Tak apalah. Kita orang tunggu kawan kau sekali.”

“Assalamualaikum.” Salam yang diberi membuatkan mereka semua berpaling. Kelihatan seorang jejaka berkulit sawo matang dan cermin mata berbingkai putih. Boleh tahan handsome orangnya tapi mana boleh lawan Aariz Azwan. Hihi.

“Waalaikummussalam. Eh, Abang Zaf… Duduk lah.” Jemput Amirah. Zafrul mengambil kerusi dan diletakkan disebelah Amirah. Agak rapat kedudukan mereka.

“Sorry, Irah Abang Zaf lambat. Lama ke tunggu?”

“Tak pun. Abang, kenalkan kawan-kawan Irah. Yang ni Aira, bestfriend merangkap housemate Irah.Ni tunangnya Aira, Badrul. Yang ni pula sepupu Badrul, Aariz dan yang sebelah dia pulak Aina. Adik Aariz.” Terang Amirah satu-satu. Zafrul bersalaman dengan mereka. Aariz pula tidak senang duduk tatkala terdengar Amirah memanggil Zafrul, abang.

“Dan korang, ni Abang Zafrul. Err….ka…” belum pun Amirah menyebut ‘kawan’, Zafrul terlebih dahulu memotong.

“Boyfriend Amirah.” Lancar sahaja mulut Zafrul mengakui yang dia pakwe Amirah. Aariz sudah terlopong manakala yang lain hanya senyum dan ada juga yang mengerling sekilas ke arah Aariz untuk melihat riaksinya.

“Boy…boyfriend?” tanya Aariz. Zafrul memandang Aariz sambil mengangkat kening.

“Ya, kenapa ya?”

“Err…Tak. Tak ada apa-apa. Cuma… Humaira tak pernah cakap pun dia ada boyfriend?”

“Menyibuk je awak ni, Aariz. Saya pun Amirah tak pernah cerita dia ada pakwe. Yang awak busybody sangat ni kenapa?” sinis Aira. Aariz memandang tajam ke arah Aira. Entah apa yang Aira tidak puas hati sangat dengan dia.

“Apa kata kita order dulu? Aina dah lapar ni!” celah Aina apabila menyedari ketegangan yang bakal mencetus di antara abangnya dan juga Aira. Badrul menggamit pelayan.

Seusai memesan, mereka kembali berbual semula. Hanya Aariz yang menjadi pendengar tak bertauliah. Mulutnya terkunci rapat dan matanya pula asyik menjeling ke arah Zafrul dan Amirah.

“Bila nak langsungkan ni?” Aariz tersentak. Terus dia memandang Aira.

“Langsungkan apa?” cepat sahaja Aariz menyampuk. Zafrul senyum.

“Majlis perkahwinan lah.” Jawab Zafrul selamba. Aariz menegakkan badannya. Dipandang Amirah lama, meminta kepastian. Amirah berpaling ke arah lain.

“Kahwin?”

“Kami cadang nak nikah hujung bulan ni.” Ujar Zafrul.

“No way!” Jerit Aariz, ditolak kerusi dengan kasar. Suaranya yang kuat itu menarik mata-mata pelanggang di restoran itu. Terkejut Amirah, Aira, Aina dan Badrul mendengar bantahan Aariz. Zafrul pula tersenyum lebar. Sudah diagak riaksi Aariz.

“Duduk dulu.” Aariz tidak peduli. Dipandang tajam ke arah Zafrul dan Amirah yang hanya menunduk.

“Apa semua ni Humaira?”

“Bukan ke awak suka dengan saya? Dia ni bukan kekasih awak kan? Awak tak kan nikah dengan dia kan? Macam mana lelaki ni boleh jadi kekasih awak kalau dulu awak cuba tackle saya?!” tengking Aariz. Amirah mengangkat muka sebelum bertindak bangun.

“Cakap baik-baik sikit ya!!” ujar Amirah. Mukanya merah menahan malu dan marah. Terasa maruahnya dipijak-pijak dengan kata-kata Aariz.

Orang ramai mula berbisik-bisik dan ada juga yang tersenyum sinis. Yang pasti, mereka menjadi tontonan orang ramai. Zafrul turut bangun apabila melihat keadaan semakin tegang.

“Sabar dulu Aariz. Saya belum habis cakap lagi.”

“Diam kau!!” pelawaan Zafrul dibalas dengan kasar.

“Aariz!” Badrul menarik bahu Aariz.

“Behave yourself!! Kat sini tempat awam.” Bisik Badrul.

“Err…Aina rasa baik kita pergi tempat yang sesuai.” Celah Aina. Terasa mukanya panas, malu sangat-sangat! Kalau lah dia tahu abangnya akan mengamuk macam ni, tak nak dia bawa Aariz pergi kat tempat awam macam ni! Memalukan sungguh.

“Betul cakap Aina tu. Kat sini tak sesuai.” Sokong Aira pula. Aariz terdiam. Dia melihat sekeliling, barulah dia tersedar sudah banyak mata-mata yang memandang.

Amirah menarik Aira meninggalkan restoran itu. Begitu juga mereka yang lain.

“Humaira!” Amirah memekakkan telinga dan melangkah laju menuju ke kereta papanya yang diparking agak jauh dari restoran.

“Siti Amirah Humaira!!” lengan Amirah dipegang kejap.

“What?!”

“Siapa Zafrul?”

“Siapa apa? Zafrul, Zafrul lah! Tak kan saya pulak.” Balas Amirah, sempat pula dia berloyar buruk disaat ini.

“Awak tak kan kahwin dengan dia kan?” Tanya Aariz perlahan.

“Kalau saya kahwin dengan dia pun kenapa?”

“Mana boleh! Awak kan suka saya!!”

“Siapa suka awak? Saya? Hee…Please lah! Tak ada class langsung.” Ejek Amirah. Aariz mencekak pinggang dan membulatkan matanya.

“What?! Awak rabun ya? Saya banyak punya handsome, awak cakap saya tak ada class?” Aariz mengetap bibir. Amirah ketawa mengejek, saja nak sakitkan hati Aariz.

“Hello. Mata saya belum rabun lagi ya. Okeylah, okeylah. Saya bagi awak chance, ada jugak lah handsome ‘sikit-sikit’. Tapi mana boleh lawan Abang Zafrul.” Semakin galak Amirah mengutuk Aariz walaupun semuanya bukan datang dari hati.

Aira yang berada di tengah-tengah Amirah dan Aariz sudah pening. Sekejap dia memandang Amirah apabila Amirah bersuara dan kemudian berpaling ke arah Aariz tatkala lelaki itu membalas. Badrul yang baru tiba bersama Aina menarik lengan tunangnya.

“Hye…” baru sahaja Zafrul ingin mencelah tetapi dihalang oleh Amirah dan Aariz.

“what?!” ujar Amirah dan Aariz serentak. Zafrul mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah.

“Boleh tak dua-dua diam!!” jerit Aira yang sedari tadi hanya melihat pertengkaran sahabatnya. Amirah dan Aariz terdiam.

“Tak boleh ke korang jangan bertengkar kat sini? Dua-dua tak handsome tahu tak! Lagi handsome Badrul daripada Aariz dengan Zafrul.” Ujar Aira membuatkan Badrul tersenyum bangga manakala Amirah dan Aariz sudah menjulingkan mata ke atas. Zafrul hanya senyum.

“Tak kisah lah siapa-siapa pun yang handsome. Tapi saya nak tanya, Aariz suka Amirah ke?” pertanyaan Zafrul menyentakkan Aariz.

“Hah? Err…”

“Suka ke tak?” jerkah Zafrul.

“Suka, suka!!” Aina dengan Aira sudah ketawa. Amirah berpaling ke arah lain, cuba sembunyikan senyuman yang mula terbit di bibir.

“Kalau suka kahwin lah.”

“Hah?”

“Kamu ni Aariz, banyak songeh pulak. Nak kahwin tak dengan Amirah? Kalau tak nak biar saya saja yang kahwin.” Serkap Zafrul.

“Eh, mestilah nak! Tapi tadi…”

“Tipu je…” celah Zafrul.

“Tak kan lah saya nak kahwin dengan anak saudara saya sendiri. Mana boleh. Kamu kahwin lah dengan Amirah ni. Lagipun saya dah ada tunang, dah nak berkahwin dah.” Jelas Zafrul. Yang lain hanya tersengih dan Amirah pula buat-buat bodoh apabila Aariz memandang ke arahnya.

“Jadi, Humaira ni anak saudara Zafrul…Eh, Abang Zafrul?” Zafrul mengangguk.

“Semua ni saya yang rancang.” Beritahu Aira.

“Kenapa?”

“Sebenarnya kita orang dah tahu yang Bella tu bukan tunang awak tetapi sepupu awak. Jadi kita orang nak balas balik apa yang awak buat kat Amirah. So ni lah dia rancangan tu.”

“Dan memang dah berpakat dengan Badrul, Aina dan Abang Zafrul.Eh, bukan.. Ayah Su.” Amirah tersengih. Rasanya dia tidak perlu memanggil Ayah Su nya Abang Zafrul. Memanggil Zafrul dengan panggilan ‘Abang Zafrul’ memang kekok kerana sudah biasa memanggil ‘Ayah Su’.

“Okey, tugas Ayah Su setakat ni je rasanya. Ayah Su pergi dulu ya? Nak pergi jemput Mak Su kamu kat airport.”

“Amboi, Ayah Su! Belum kahwin dah ada ‘Mak Su’?”

“Alah, apa salahnya. Bulan depan jadi Mak Su kamu jugak kan? Okeylah, Ayah Su pergi dulu ya..Korang selesai lah mana yang patut.” Pinta Zafrul dan berlalu ke arah keretanya yang diparking tidak jauh dari kereta Badrul.

“Jadi?” tanya Aariz setelah semuanya hanya mendiamkan diri.

“Apa?”

“Nak tak Humaira kahwin dengan abang?” panggilan ‘abang’ sudah digunakan semula tanpa mempedulikan Badrul, Aira dan Aina.

“Tak romantik langsung lah Abang Long ni… Cincin pun tak ada. Ya pun nak melamar ajak pergi candle light dinner lah dulu.” kutuk Aina. Aariz menjelirkan lidahnya.

“Yang tu selepas Humaira betul-betul setuju. Lepas tu barulah Abang Long melamar secara rasmi.”

“Hah, jawab lah setuju ke tidak?” sampuk Aira. Amirah tersipu-sipu, malu untuk mengiyakan tapi dia nak. Kata orang malu tapi mahu.

“Diam tu tanda setujulah. Kira jadi lah ni ya?” ujar Badrul.

“Kita kahwin bulan depan nak?”

“Hah?!”

*****

“Aku terima nikahnya Siti Amirah Humaira binti Faidil dengan mas kahwinnya RM500.00 tunai.”

Dengan sekali lafaz sahaja Amirah sah menjadi isteri kepada Aariz Azwan. Aariz mendekati isterinya, ehem! Pangkat baru tu. Tangan Amirah dicapai dan mula menyarungkan cincin dan memakaikan gelang tangan di pergelangan tangan isterinya. Amirah mengucup tangan Aariz, lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya.

Aariz tersenyum. Sejuk tangan isterinya. Sebaik sahaja Amirah menyarungkan cincin di jari Aariz, dagu Amirah dipegang lembut supaya dia dapat melihat wajah ayu itu yang sedari tadi menunduk sahaja. Baru sahaja bibirnya ingin mengucup ubun-ubun Amirah terlebih dahulu terkulai. Cepat-cepat Aariz merangkul badan isterinya supaya tidak jatuh.

“Eh, pitam ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience