BAB 18

Romance Completed 6651

Tidur Amirah terganggu dengan bunyi pintu ditutup di bawah. Terasa berat mata untuk buka kerana semalam dia tidur lewat. Jam dikerling, sudah pukul 6:40 pagi. Dia menoleh ke sebelah. Anak-anaknya masih tidur, tetapi tiada suaminya disitu.

Dengan perlahan-lahan Amirah turun dari katil dan menghampiri tingkap biliknya. Kain langsir diselak sedikit. Kelihatan Aariz yang lengkap berpakaian pejabat baru memasuki dalam perut kereta dan keluar dari perkarangan rumah. Amirah pelik. Kemana suaminya pergi awal pagi-pagi macam ni? Tak kan pejabat kut….

Amirah mengeluh. Semenjak kebelakangan ini suaminya berlakuan pelik. Dia menoleh ke arah anak-anaknya yang masih lena. Disitu dia ternampak kertas kecil yang ditampal pada cermin meja solek. Terus dia melangkah ke situ dan diambil kertas kecil itu. Tulisan suaminya.

Goodmorning sweetheart.

Sayang….Abang kena pergi kerja dulu. Banyak sangat kerja yang ada kat pejabat tu. Sorry ya, yang. Sayang jangan risau, abang dah breakfast dah.

Nanti malam karang, sayang jangan masak tau! Kita dinner kat luar, hero-hero abang kita minta tolong mama dengan papa jaga dulu. Pakai cantik-cantik tau! Bye sayang. Jangan nakal-nakal.

I love you.

~Suamimu yang kacak~

Amirah senyum dan menyimpan kertas itu di dalam laci meja solek. Tangan mencapai handphonenya. Ditaip mesej kepada suaminya.

Kenapa tak nak bawa anak-anak sekali?

Seketika kemudian handphonenya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Terus dia menekan butang hijau apabila nama suaminya yang terpapar.

“Sayang….”

“Abang…..”

“Sayang ni, boleh lah kita pergi dinner berdua aje. Hazman dengan Hazwan kita tinggal kat rumah mama. Boleh ya?”

“Kesian lah anak-anak….”

“Alah, bolehlah…Boleh ya, yang?” Amirah ketawa kecil. Lucu apabila suaminya merengek seperti anak kecil.

“Abang ni…macam Hazwan lah. Merengek aje.”

“Sayang….”

“Yalah, yalah. Bolehnya…”

“Thank you, sayang. I love you. Pukul 6 abang datang ambil anak-anak letak kat rumah mama. Lepas tu kita pergi dinner kul 8. Sayang pakai cantik-cantik tau!”

“Okey, boss!”

“Good girl. Okeylah, sayang. Abang nak sambung buat kerja. Banyak lagi kerja nak disiapkan ni.”

“Okey. Bye, bang. Assalamualaikum.”

“Take care, yang. Jangan nakal-nakal. I love you and I will miss you. Bye. Waalaikummussalam.”

Amirah meletakkan semula handphonenya di atas meja. Kain tuala dicapai dan mula menapak ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan menunaikan rukun islam yang kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience