BAB 7

Romance Completed 6651

“Apa kejadah kau ajak aku masuk tempat pakaian lelaki ni?” tanya Aira pelik.

Selepas makan tengah hari tadi, Amirah mengajaknya ke Pavilion. Dia hanya mengikut, lagipun sambil-sambil tu bolehlah dia singgah ke kedai buku. Tengok-tengok novel. Sekarang, Amirah mengheretnya ke tempat pakaian lelaki pula.

“Nak beli bajulah. Tak kan nak basuh kereta kau pulak kat sini.” Aira menjulingkan matanya ke atas apabila Amirah berloyar buruk dengannya.

“Ya lah nak beli baju. Tapi untuk siapa? Abang-abang kau? Hai, bini abang-abang kau kan ada. Sejak bila pulak kau baik hati sangat ni? Biasanya kedekut bukan main.”

“Hei! Aku bukan kedekutlah, tapi berjimat-cermat tahu tak? Lagipun aku beli untuk abang aku buat apa? Time hari jadi atau anniversary abang-abang aku baru aku bagi hadiah. Tak ada maknanya nak bagi saja-saja. Perabis pulus aja.”

“Habis tu nak beli kat abah kau? Tempat kita masuk ni bahagian kemeja. Tak silap aku, sejak abah kau pencen guru ni dah tak pakai baju kemeja.”

“Memanglah abah aku tak pakai dah baju kemeja. Tapi ni aku bukan nak beli kat abang-abang, abah atau sepupu-sepapat aku. Tapi untuk Aariz.” Beritahu Amirah akhirnya.

“Hah! Aariz? Kau biar betul Irah?!” tanya Aira sedikit menjerit.

“Syhh. Slow lah sikit, dengar kat orang lah.” Amirah menyiku lengan Aira sambil tersengih malu ke arah pelanggan dan juga pekerja di situ.

“Eh, kau kena explain kat aku ni. Macam mana..”

“Ya, ya. Nanti kat rumah aku bagitahu kau. Sekarang ni, kita pilih dulu baju kemeja yang sesuai dengan ‘kembar’ Aaron Aziz tu.” Pintas Amirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience