BAB 14

Romance Completed 6651

“Irah! Amirah!” Jerit Aira sambil mengetuk kuat pintu kamar Amirah dengan bertalu-talu. Amirah yang baru keluar dari bilik air mendengus. Terus dia membuka pintu seluas-luasnya.

“Kau kenapa??” belum pun sempat Amirah menghembur amarahnya, Aira terlebih dahulu menarik lengannya. Terkial-kial dia melangkah mengekori Aira.

“Kenapa Aira?” Aira hanya diam dan terus menarik Amirah menuju ke arah pintu utama.

“Kau perlu tengok ni. Aku jamin kau terkejut beruk.” Ujar Aira. sambil memegang tombol pintu. Amirah cuba mentafsir kata-kata Aira namun gagal. Tidak dapat dia teka.

“Cuba kau tengok ni.” Sejurus itu Aira membuka pintu seluas-luasnya. Terlopong Amirah, matanya membulat besar.

“Apakah ?” laju kakinya melangkah ke luar rumah dan memandang sekeliling.

“Apa semua ni Aira?”

“Bukan aku!” balas Aira pantas.

“Kenapa rumah kita penuh dengan bunga ni?” terjerit sedikit Amirah. Aira mendekati Amirah dengan berhati-hati supaya tidak terpijak bunga-bunga Ros merah yang bertaburan di halaman rumah mereka. Sayang kalau terpijak, cantik-cantik belaka bunga Ros merah itu. Tatkala itu, matanya terpandang sesuatu di celah-celah timbunan bunga Ros laju sahaja tangannya mencapai. Sepucuk surat.

“Amirah…” Amirah berpaling. Memandang Aira seketika sebelum matanya terarah pada tangan Aira. Huluran Aira disambut. Dia mencium surat itu sekejap, wangi. Ada bau Ros.

Buat Cinta Pertamaku, Siti Amirah Humaira Bt Faidil…

Abang tahu, tentu Humaira terkejutkan tengok rumah Humaira penuh dengan bunga Ros. Abang ada terbaca satu artikel yang menyatakan perempuan suka kejutan. And I hope it’s surprise for you.Abang nak minta maaf dengan Amirah.Abang tahu abang silap kerana telah mempermainkan Amirah sebegitu sekali.Abang menyesal sangat.Sebenarnya,abang sukakan Amirah.Suka sangat-sangat.Sebab tu lah abang suruh Amirah tackle abang,sebab abang takut dan malu nak memulakan.Abang nak Amirah je.Abang nak Amirah selamanya.Can you accept me back? Abang mengaku,abang memang dah ada Bella.Tapi hidup abang tak lengkap tanpa Amirah.I felt lonely without you.I am nothing if you are not beside me.I know,my fault is too big for you but I beg you..Please forgive me because without you,I feel like I’m dying.

Maaf sebab bunga-bunga kat depan rumah Amirah ni,Amirah terpaksa kutip dengan Aira.Abang nak Amirah tahu,kasih dan sayang abang kepada Amirah seharum dan semerah bunga ros ni.Abang harap Amirah sanggup menyimpan semua bunga ros ini sebagai tanda cinta abang kepada Amirah.Kalau Amirah sudi maafkan abang,abang harap Amirah call abang selepas ini.Abang sentiasa menunggu panggilan daripada Amirah sedari Amirah mula menjauhkan diri daripada abang.Amirah tau tak ? Betapa abang terseksa ketika itu,menantikan panggilan daripada Amirah.Amirah..abang nak Amirah tahu yang abang sebenarnya CINTAKAN Amirah sangat-sangat ! No one can ever replace you in my heart !.

Yang Mencintaimu,

Aariz Azwan.

Amirah tergamam. Aira yang juga membaca surat itu sudah terlopong. Perlahan-lahan Amirah melipat semula surat itu. Wajah terkejut Aira dipandang.

“Aku rasa Aariz ni dah kemaruk cinta dengan kau. Cara dia ni macam dia nak menduakan Bella. Aku rasa Bella dia nak, kau pun dia nak!” Aira menggeleng kepala, tidak percaya sebegini rupa Aariz menyintai Amirah sampai sanggup menduakan Bella.

“Parah, parah!! Memang kemaruk poligami agaknya lelaki ni. Belum nikah lagi dengan Bella dah ada niat nak tambah sorang. Yang sedihnya, kaulah orang yang ‘bertuah’ tu!” tambah Aira sambil menggosok belakang Amirah yang sudah mengalirkan air mata.

“Kau nak call dia atau tidak?” tanya Aira walaupun dia sudah tahu jawapannya. Amirah menggeleng.

“Tak nak…aku tak nak jadi perosak hubungan orang lain. Dia dah ada Bella..Aku tak nak, Ira…Aku tak nak!” balas Amirah beremosi.

“Ya, ya.. Aku tahu. Kau sabar ya?” pujuk Aira. Dia memimpin Amirah masuk ke dalam rumah semula. Bunga-bunga Ros yang bertaburan di halaman rumah dibiarkan.

Seminggu selepas itu….

“Irah, jom teman aku pergi Jusco. Barang-barang alat solek aku banyak dah habis.”pinta Aira ketika Amirah sedang mengadap laptop. Amirah berpaling dan berfikir sejenak.

“Okey, lagipun tak silap aku barang-barang dapur pun banyak yang dah habis.”

“Hah, kalau macam tu jomlah! Aku pergi tukar baju kejap.”balas Aira.

“Aku nak buat list barang yang perlu dibeli dulu, lepas tu baru tukar baju. Kau tunggu ya?”

“No problem.” Aira berlalu ke kamarnya, manakala Amirah melangkah ke arah dapur.

Selesai menyenaraikan barangan dapur yang perlu dibeli dan tukar baju, Amirah menapak ke dalam kereta Aira dimana Aira sedang menunggunya. Ketika dia masuk, Aira sedang bercakap di talian.

“Ira ada dalam kereta ni. Nak pergi Jusco dengan Amirah. Bard kat mana tu? Hah, kat rumah lagi? Laa, kan dah pukul 10 ni, kenapa tak pergi kerja lagi?Oh, macam tu. Okeylah Bard, Ira dah nak gerak ni. Okey, okey. I will. You too. Bye.”

“Amboi! Belum kahwin dah kena buat report ke nak pergi mana, dengan siapa, lama mana.” Ujar Amirah mengusik.

“Ish, mana ada! Kebetulan Bard call tadi. Dia cakap dia ambil cuti hari ni, nak ambil mama dan papa dia kat airport. Baru balik dari Bali katanya.” Balas Amirah sambil menghidupkan enjin kereta.

“Romantiknya Aunty Lia dengan Uncle Malek. Honeymoon kat Bali tu.”

“Mesti Bard pun romantik macam mama papa diorang kan?”

“Eh, mestilah!” jawab Aira membuatkan mereka sama-sama ketawa.

“Kita pergi Popular,jom.”ajak Amirah setelah mereka selesai membeli barangan dapur dan alat-alat solek Aira.

“Jom, jom. Banyak ni novel yang aku nak beli.” Balas Aira.

“Barang-barang ni?”

“Kita letak dalam kereta dulu.Lepas tu, baru kita pergi Popular.” Amirah mengangguk. Mereka menuju ke tempat parking kereta. Langkah Amirah terhenti ketika melalui Secret Recipe. Dia menggosok matanya beberapa kali.

“Irah, jomlah!” Amirah tersentak. Terus memandang Aira yang sudah beberapa tapak di hadapannya.

“Kau kenapa?” tanya Aira apabila Amirah sudah berada di tepinya.

“Err…Tak, tak ada apa-apa.” Amirah berpaling semula sebelum meneruskan langkah.

‘Salah orang kut.’ Gumam Amirah. Amirah dan Aira meletakkan barang yang dibeli tadi ke dalam boot kereta. Ketika memasuki pasar raya itu semula, Aira menarik tangan Amirah supaya berhenti.

“Kenapa? Kau ada nak singgah mana-mana ke?” tanya Amirah pelik lantas dibalas dengan gelengan.

“Irah, cuba kau tengok kat sana tu.” Amirah memandang ke arah yang ditunding oleh Aira. Bella!

“Bukan ke tu Bella, tunangnya Aariz? Siapa lelaki sebelah dia tu?” Amirah hanya mendiamkan diri, tidak mahu membalas. Tumpuannya kini lebih kepada Bella yang sedang memeluk mesra lengan lelaki yang berada di sisinya dan yang pasti lelaki tu bukan Aariz!

“Kawan dia kut?” ujar Amirah perlahan namun masih didengari Aira.

‘Jadi aku tak salah tengok lah tadi? Memang dia betul-betul Bellah, tunang Aariz.’desis Amirah.

“Kawan? Kawan apa macam tu, sampai berpeluk sakan, bergelak ketawa. Tapi kan, lelaki tu pun handsome juga ya? Macam mat salleh pulak.” Bidas Aira. Amirah mengiyakan. Memang lelaki yang bersama Bella itu handsome dan yang paling penting rambut dia blonde! Nampak gaya macam bukan orang sini.

“Tegur, jom!” Amirah membulatkan matanya apabila Aira sudah membuka langkah. Terus tangan Aira ditarik.

“Kau jangan nak buat kerja gila,ya? Biarlah dia, urusan dia. Kita ambil peduli pasal kita sudah.”

“Lah, tegur je kut.”

“Tak payah!”

“Ala, jomlah. Manalah tahu dia pun main kayu tiga macam Aariz. Memang padan sangatlah tu dengan Aariz. Sama-sama playboy dan playgirl !” sini Aira. Amirah terdiam. Dia tersedar semula apabila Aira sudah mendekati pasangan dua sejoli itu. Terus Amirah berlari anak mendapatkan Aira.

“Hai!” sapa Aira sewaktu Amirah sudah berdiri disisinya. Bella dan lelaki itu berpaling. Berubah wajah Bella tetapi tidak lelaki itu. Malah lelaki berambut blonde itu melemparkan senyuman.

“Hello!” balas lelaki berambut blonde itu. Dilihat Bella hanya tersenyum pahit.

“Tak silap I, you ni Bella kan?” tanya Aira berpura-pura ingin kepastian. Bella mengangguk.

“Masih ingat kita orang?”

“Of course lah I ingat… you both ni kan friendsnya Badrul dengan Aariz.” Balas Bella. Aira terangguk-angguk dan memandang sekilas ke arah Amirah yang sedari tadi mendiamkan diri.

“Tapi I bukan setakat friend tau dengan Badrul…”

“Ya, I tahu dia tunang kesayangan you.” Seloroh Aira disambung Bella. Mereka ketawa dan Amirah dengan lelaki yang bersama Bella itu hanya tersenyum.

“Ehem! Yang kat sebelah you ni siapa?”

“Err…ni Andrew.” Pendek sahaja jawapan Bella.

“Kawannya Bella ya?” Aira dan Amirah berpandangan. Mat salleh cakap melayu woo!! Desis Aira dengan Amirah.

“Eh, boleh cakap melayu?” tanya Amirah polos. Andrew ketawa.

“Yes. I tinggal kat sini dari kecil lagi. Lahir je kat London tapi membesar kat Malaysia.” Terang Andrew.

“Oh, I Aira dan yang ni pula Amirah.”

“Nice to meet you, girls.” Balas Andrew dan Amirah dengan Aira mengangguk.

“Aariz tak ikut sekali ke?” serkap Aira. Bella terkedu.

“Why?” celah Andrew.

“Err…kami ingat tunang Bella ikut sekali.” Belum pun Aira bersuara, Amirah pula mencelah.

“Tunang?!!” tanya Andrew dengan nada terkejut. Sekarang ini, semua mata tertumpu kepada Bella. Bella menggigit bibir.

“Err…I…I akan terangkan. You both duduk lah dulu.” Gugup Bella. Amirah dan Aira hanya menurut. Dilabuhkan punggung di hadapan Bella dan Andrew. Suasana hening seketika, hanya kedengaran bunyi bising dari pelanggan Secret Recipe Jusco. Bella menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan.

“Sebenarnya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience