BAB 9

Romance Completed 6663

“Humaira buat apa kat sini?” tanya Aariz.Sungguh dia terkejut melihat Amirah yang tercongok dihadapannya sambil bibir tak lekang dengan sebuah senyuman.

Amirah hanya mengangkat kening. Dia menutup pintu dan berjalan ke arah Aariz yang masih terkejut akan kehadirannya di pejabat Aariz. Pagi tadi dia call Aariz tapi tak diangkat jadi dia call Badrul. Badrul cakap Aariz ada kat pejabat.

Mula-mula dia pelik jugak lah Aariz ada kat pejabat tapi setelah Badrul menyatakan yang Aariz ada kerja yang masih belum diselesaikan dipejabat, terus dia membuang perasaan itu. Amirah meminta alamat tempat Aariz dan membuat keputusan untuk surprise kan Aariz.

“Rajinnya abang. Hujung minggu macam ni pun sanggup pergi pejabat. Boleh saya duduk?”

“Err…duduk lah.” Balas Aariz tergagap-gagap.

“Abang terkejut eh sampai tergagap-gagap dibuatnya? Hihi.” teka Amirah sambil duduk di hadapan Aariz. Beg kertas sederahana besar diletakkan di atas meja yang memisahkan dia dan Aariz.

“Saya nak bagi sesuatu kat abang. Nah, ambik lah. Special for my Aaron Aziz.” Amirah ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Aariz tersenyum kelat. Sesekali matanya melirik ke arah pintu yang tertutup rapat.

“Senyap je abang dari tadi..Tak suka ya saya datang sini?” Amirah sedikit terasa hati dengan Aariz yang diam bagai tak suka akan kehadirannya.Belum sempat Aariz membalas, pintu dibuka dari arah luar.

“Sayang…kenapa you lambat sangat? Kata sekejap je. Lama tau I tunggu you dalam kereta.”

Amirah terbangun dengan kehadiran perempuan cantik yang berpakaian agak seksi. Persis seorang model, dengan bentuk tubuh badan yang cantik, rambut panjang yang berikal keperangan dan berpakain dress sikat paras paha dan terdedah di bahagian bahu.

Tapi bukan itu yang membuatkan Amirah terbangun. Tetapi kerana panggilan ‘sayang’ kepada Aariz.

“Bella, kan I suruh you tunggu dalam kereta.” Ujar Aariz. Bella berjalan mendekati Aariz. Badannya dilentokkan dan digeselkan pada tubuh Aariz. Tidak berkelip mata Amirah melihatnya.

“You lambat sangat, jadi I naik lah.” Balas Bella.Kemudian dia memandang Amirah.

“Ni siapa you?”tanya Bella. Aariz menarik nafas panjang. Lidahnya kelu untuk bertutur.

“Bella, ni Amirah Humaira, kawan tunangnya Badrul. Dan Humaira, ni Bella…” Aariz tidak meneruskan ayatnya. Amirah menghulurkan tangan dan Bella menyambut. Amirah tersenyum kelat, Aariz tak kenalkan dia sebagai kawan dia tapi sebagai kawan Aira.

“Hai, I Bella, tunang Aariz.” Amirah terasa hatinya dihiris-hiris dengan pisau tajam. Dia cuba mengawal riak mukanya.

“Oh, nice to meet you. Bertuah Aariz dapat tunang macam awak, cantik!”

“Haha.Thanks. I kerja sebagai model. You?”

“Belajar lagi.”

“Sama umur dengan Aira lah ni?” Amirah mengangguk.

“Awak pernah jumpa dengan Aira?”

“Tak. Aariz yang cakap tunangnya Badrul nama Aira.” Beritahu Bella.

“Oh..”

“Tak apalah. Saya mintak diri dulu ya.” Amirah mencapai tas tangannya dan bersalam semula dengan Bella.

“Bye.” Ujar Bella sambil melambai ke arahnya. Amirah membalas. Sempat juga dia melihat Bella cuba mencium pipi Aariz semasa dia hendak menutup pintu. Terus dia berlari ke arah lif dan keluar dari bangunan itu. Air mata laju merembas keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience