BAB 17

Romance Completed 6651

2013 ( SEKARANG)

“Sayang!!” panggilan si suami mengejutkan Amirah dari terus mengingati masa lalu.

“Ya, abang. Kenapa?”

“Jauh sayang mengelamun. Kan abang dah ada kat sini. Sayang ingat siapa lagi?” Amirah menggeleng kepala, tidak habis-habis dengan cemburu suaminya.

“Sayang teringat masa dulu-dulu. Masa abang suruh sayang mengorat abang.Haha.” Amirah ketawa dengan kata-katanya sendiri. Begitu juga Aariz.

“Alah, sekejap je sayang ngorat abang. Lepas tu, sayang merajuk. Jadi abang jugaklah yang berusaha gigih memujuk pujaan hati. Susah pulak tu nak pujuk!” Amirah mencubit lengan suaminya.

“Sakit hati tau tak tengok orang yang kita suka dah ada tunang!”

“Suka je ke? Sayang dengan cinta tak?” sakat Aariz.

“ Sekali lah tu.” Amirah menjeling geram ke arah Aariz. Jeling-jeling manja sebenarnya.

“Cuba lah sebut. Abang nak dengar. Bukan selalu sayang ucap kalimah tu.” Amirah memandang suami. Betul juga kata-kata Aariz itu, bukan selalu dia ucapkan ‘I love you’ kepada suaminya. Malu! Masa akad nikah dahulu pun dia pitam apabila Aariz mengucup ubun-ubunnya.

Bukan seperti Aariz yang selalu mengucapkan kata-kata romantis kepada dirinya. Boleh dikatakan setiap masa mereka bersama pasti bibir Aariz mengeluarkan kata-kata romantis dengan lembut dan penuh menggoda.

“Emm….” Dijeling sekilas ke arah Aariz. Aariz mengangguk.

“ Sayang…Cintakan abang!” terus sahaja dia menyembankan mukanya ke dada suaminya. Aariz tergelak kecil dengan kelakuan Amirah. Masih malu-malu seperti dahulu walaupun sudah 3 tahun mereka melayari bahtera bersama.

“I love you more, sayang…” Aariz mengeratkan lagi pelukan. Amirah pula seperti biasa, akan membalas pelukan si suami.

“Sayang…” Dia tersenyum, pasti suaminya hendak sesuatu kalau dah bergesel-gesel macam kucing jantan ni.

“Ya, abangku sayang.” Amirah menolak perlahan tangan suaminya yang sudah bergerak nakal di badannya. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas bahu Aariz.

“Abang nak anak boleh?” bisik Aariz romantis. Soalan Aariz kedengaran nakal sahaja di telinga Amirah.

“Lah! Kan kita dah ada hero-hero kita, Hazman Aariz dan Hazwan Aariz. Bukan anak ke tu?” ujar Amirah walaupun dia tahu maksud sebenar suaminya.

“Tu hero-hero kita. Abang nak cinderella kita pulak.” Amirah tersenyum. Tubuh Amirah dicempung dan dibawa masuk ke dalam bilik. Mereka saling berpandangan dengan penuh rasa cinta.

“Abang semakin kacak lah. Lebih handsome daripada Aaron Aziz dah.” Puji Amirah.

“Dari dulu lagi abang kacak dan tentunya kacak daripada lelaki singapura tu. Sebab….abang adalah Aariz Azwan. Bukan Aaron Aziz.” Amirah tergelak manja.

“Ya, abang bukan Aaron Aziz tetapi Aariz Azwan, suami sayang.” balas Amirah. Aariz hanya senyum.

Sliding door ditolak dengan kaki dan menarik kain langsir menutupi sliding door dan serta-merta menjadikan bilik itu gelap. Perlahan-lahan Aariz mendekati katil dan meletakkan Amirah di atas katil.

“Kali ni kita namakan anak kita Aisya Humaira.” Bisik Aariz. Amirah tergelak. Macam-macam lah suaminya ini. Belum tentu dia akan mengandung dan kalaupun mengandung belum tentu perempuan. Apa-apa pun dia tetap berdoa agar rumah tangga mereka diberkati sampai ke akhir hayat dan mendapat anak yang soleh dan solehah.

4th ANNIVERSARY SITI AMIRAH HUMAIRA ? AARIZ AZWAN

Amirah mengeluh. Sudah berpuluh-puluh kali dia mendail nombor suaminya tapi satu pun tidak diangkat. Naik lenguh jari jemarinya menekan papan kekunci handphonenya.

“Mana abang pergi ni? Dah lewat sangat ni…” gumam Amirah sambil mata melirik ke arah jam dinding. Jarun jam sudah melepasi angka 12 malam tetapi kelibat suaminya belum kelihatan.

Pergi kemana suaminya itu? Tak kan dipejabat lagi kut? Tak pernah Aariz macam ni, dia langsung tidak dihubungi. Biasanya, selalu call walaupun hanya untuk memberitahu yang suaminya sudah tiba di pejabat. Dan suaminya akan pulang makan tengah hari tapi tidak hari ni.

Amirah gundah. Bermacam-macam andaian yang dibuat. Nombor Aariz sekali lagi didail dan seperti tadi, tidak diangkat.

“Mummy….” Amirah berpaling dan tersenyum.

“Ya, kenapa sayang?” Amirah mengusap rambut kedua-dua anaknya. Hazwan Aariz dan Hazman Aariz memegang tangan mummy mereka.

“Daddy mana, mummy?” tanya Hazman. Amirah tersenyum kelat mendengar pertanyaan anak sulungnya.

“Daddy belum balik lagi…Daddy ada kerja lagi lah tu.” Jawab Amirah sambil menyedapkan hatinya juga. Hazman hanya mengangguk.

“Angah nak daddy…” Hazwan merengek nakkan daddynya.

“Kejap lagi daddy balik ya, sayang.” Pujuk Amirah.

“Angah nak daddy!” Amirah mendukung Hazwan. Sememangnya Hazwan lebih manja dengan Aariz berbandingnya dan Hazman pula lebih manja dengannya.

“Angah jangan nangis ya? Kejap lagi daddy balik lah tu. Jom tidur dengan along.” Pujuk si abang pula. Amirah meletakkan Hazwan semula dan Hazman terus menarik tangan adiknya.

Amirah hanya memerhati anak-anaknya meniti tangga ke tingkat atas. Mujurlah si abang agak matang berbanding si adik walaupun umur mereka sama. Amirah yang ingin mendail nombor suaminya semula tapi niatnya terbatal apabila terdengar enjen kereta milik Aariz.

Terus pintu utama dibuka dan disitu kelihatan Aariz melangkah ke arahnya sambil tersenyum walaupun kelihatan letih.

“Hai, sayang….Kenapa belum tidur lagi ni?” tanya Aariz dan kemudian mengucup ubun-ubun isterinya selepas Amirah mencium tangannya.

Amirah tidak terus menjawab. Tangannya mencapai briefcase dan coat Aariz dan diletakkan di atas sofa.

“Tunggu abang. Kenapa abang balik lambat? Banyak kerja ya?” Aariz senyum dan mengangguk. Tali leher yang sudah berada di dalam poket dikeluarkan dan dihulurkan kepada Amirah.

“Hero-hero abang dah tidur?”

“Emm… tadi diorang terbangun, angah merengek nak abang.”

“Along dengan angah tidur dalam bilik diorang kan?” Tanya Aariz sambil senyum. Terangkat kening Amirah melihat senyuman suaminya itu. Senyuman nakal aje.

“Iya…kenapa bang?”

“Kalau macam tu, jom!” Aariz menarik lengan Amirah. Apabila melihat Amirah lambat-lambat sahaja terus dia mencepung tubuh genit itu.

“Isy! Apa abang ni?” Amirah merangkul leher Aariz. Nasib baik dia tidak jatuh tadi. Aariz hanya diam dan kaki terus dihala ke bilik. Amirah membalas renungan Aariz.

Pintu bilik dikunci dan dibawa Amirah ke katil. Diletakkan Amirah di atas katil berhati-hati. Amirah hanya diam dan membiarkan saja setiap perilaku suaminya. Aariz membuka butang bajunya dan meleraikan dari tubuh. Dirangkul tubuh Amirah dan bibirnya mengulas lembut setiap inci muka isterinya. Dari dahi turun ke mata, pipi dan beralih pula ke hidung mancung Amirah. Dan kemudian dengan lembut Aariz menjamah bibir seksi itu.

Baru sahaja Aariz ingin bertindah lebih jauh tetapi ketukan di pintu menganggu tindakannya. Dia mendengus geram dan melarikan tubuhnya dari tubuh Amirah. Amirah ketawa melihat muka kecewa Aariz.

“Mummy….”

“Ya, sayang. Kejap.” Amirah membuka pintu apabila mendengar suara anak-anaknya diluar pintu bilik. Aariz yang bersandar di kepala katil hanya memerhati.

“Nak tidur dengan mummy…” Amirah senyum mendengar rengetan Hazman dan Hazwan. Kedua-dua tangan anaknya dipimpin ke dalam bilik.

“Daddy!” Amirah menggeleng kepala melihat Hazwan berlari-lari anak mendapatkan daddynya.

“Hai, hero daddy. Kenapa belum tidur lagi ni?” kepala hazwan diusap dengan lembut sambil matanya melirik ke arah isterinya yang sudah mendukung Hazman ke katil.

“Nak tidur dengan daddy….”

“Ololo anak daddy. Meh sini hero-hero daddy. Mummy hero daddy pun mari sini jugak.” Ujar Aariz sambil menarik tangan isterinya. Amirah ketawa.

“Sweetnya abang buat macam tu.”

“Along dengan angah, tidur kat tengah-tengah ni ya?” ajak Amirah sambil menepuk bantal di tengah-tengah katil saiz king itu. Hazman dan Hazwan hanya menurut dan mula merebahkan badan.

“Goodnight, mummy. Goodnight daddy.” Ucap Hazman sambil mencium kedua-dua belah pipi mummy dan daddynya. Hazwan juga berbuat demikian.

“Goodnight, sayang.” Balas Amirah lalu mencium dahi anak-anaknya.

“Goodnight, hero-hero daddy.” Balas Aariz pula dan mencium dahi Hazman dan Hazwan. Amirah menarik selimut menutupi badan anak-anaknya. Cepat benar dua beradik itu lena. Kemudian dia memandang suaminya yang sedang merenungnya.

“Kacau lah hero-hero daddy ni. Tak bagi chance langsung daddy dia nak memanja dengan mummy diorang.” Ujar Aariz membuatkan Amirah tertawa tapi perlahan. Takut Hazman dan Hazwan terjaga.

“Biarlah bang. Bila lagi diorang nak memanja dengan kita kalau bukan malam. Abang kerja, sayang pun kerja. Kesian anak-anak.” Balas Amirah. Kepala Hazman dan Hazwan diusap dan sebelah tangannya pula digenggam oleh suaminya.

“Apa kata sayang berhenti kerja? Ala…gaji abang cukup aje nak tanggung sayang, along, angah dan anak-anak akan datang.”

“Abang….kan sayang dah cakap. Dah lama sayang nak jadi pensyarah. Tak kan sayang nak lepas macam tu aje kerjaya sayang? Memang betul gaji abang sebagai arkitek mampu tanggung sayang dengan anak-anak tetapi kan kalau sayang kerja ekonomi kita lebih kukuh? Gaji sayang tu boleh lah bantu abang.”

“Yalah, yalah…Abang bukan suruh sayang berhenti kerja, cadangan aje tadi.” Aariz mencium tangan Amirah.

“Sayang….”

“Ya, bang.”

“Tidur bawah jom.” Amirah membulatkan matanya sambil memandang Aariz yang tersengih nakal.

“Isy, apa lah abang ni. Tak baik tahu tak? Kan anak-anak kita ada ni.” Ujar Amirah sambil mencubit lengan suaminya. Nakal tak sudah!

“Ala….diorang lena sangat tu. Tak kan bangun selagi matahari tak keluar.” Balas Aariz pula. Lengan yang dicubit tadi digosok. Pedihnya…

“Tak senonoh lah abang ni! Dibuatnya diorang bangun, kan tak elok.” Amirah menggeleng kepala. Parah suaminya ni.

“Yalah, yalah… Tapi esok janji tau?”

“Abang ni…” Amirah mengetap bibir.

“Aik? Merahnya muka isteri abang ni.” Usik Aariz.

“Hish! Tidur lah!” marah Amirah sambil merebahkan badan. Aariz ketawa kemudian turut merebahkan badan. Lega. Hilang lenguh-lenguh di badan.

“Ops, lupa.” Aariz turut bangun apabila Amirah bangun.

“Lupa apa, yang?”

“Goodnight, handsome.” Ucap Amirah dan mencium pipi Aariz. Aariz senyum. Ditarik lengan Amirah supaya muka isterinya dekat dengannya.

“Goodnight, sweetheart.”

“Abang!!” Amirah menyentuh pipinya yang terasa panas. Malu apabila suaminya bertindak mengucup bibirnya.

“Sweet dream, sayang. Mimpi abang ya..” ujar Aariz lalu merebahkan badannya semula. Walaupun mata sudah tertutup tetapi bibir tetap tersenyum.

Amirah mengiring ke arah anaknya. Tangan melingkar badan Hazman dan Hazwan. Aariz turut melakukan perkara yang sama. Tangannya diletakkan di atas tangan isterinya. Mereka terlelap dalam senyuman ditemani Hazman Aariz dan Hazwan Aariz dalam pelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience