BAB 11

Romance Completed 6651

“Bard, dengar tak apa yang Ira cakap ni?” Aira bersuara geram apabila tunangnya mendiamkan diri.

“Dengar, sayang…” balas Badrul dicelah dengan gurauan. Aira menarik muncung.

“Bard kasilah ‘flying kick’ kat Aariz Azwan tu. Ajar sikit lelaki macam tu.” Suruh Aira. Badrul melepaskan keluhan.

“Tak baik macam tu. Lagipun, kalau setakat flying kick si Aariz tu, buat apa? Baik Bard kasi ‘flying kiss’ kat tunang Bard yang comel ni.” Ditekan sedikit perkataan ‘flying kiss’ itu. Cepat-cepat Badrul mengelak apabila tangan Aira mula bergerak nak cubit lengannya.

“Orang cakap betul-betul ni, dia main-main pulak.”

“Eh, Bard tak main lah. Kan Bard tengah bercakap dengan Ira ni.” Badrul tersengih, suka melihat wajah Aira apabila dia ‘membuli’.

Aira menjegilkan matanya sebelum mencapai tas tangannnya. Baru sahaja dia berkira-kira mahu beredar, Badrul terlebih dahulu meraih lengannya yang dibaluti dengan blaus lengan panjang.

“Ira….Jangan macam ni. Bard gurau je. Okey, my bad. I’m sorry ya, sayang?” pujuk Badrul. Aira senyum sembunyi.

‘Tahu takut! Tu aku baru acah aja tu.’ Gumam Aira dalam hati. Aira duduk semula, begitu juga Badrul.

“Macam mana?” kening Badrul terangkat dengan pertanyaan Aira. Aira yang faham Badrul tidak dapat menangkap maksudnya mengherotkan sedikit bibirnya.

“Tak kan nak biarkan sepupu awak tu? Kalau Bard tak nak buat apa-apa, biar Ira saja lah yang pergi kasi tumbukan percuma kat batang hidung si kembar Aaron Aziz tu.” Badrul ketawa, lucu mendengar Aira menggelarkan Aariz Azwan kembarnya Aaron Aziz.

“Tak payah lah masuk urusan mereka.Baik kita bincang hal kita ni. Tempat honeymoon kita belum ditetapkan lagi ni. Bard dah tak sabar nak honeymoon..” dalih Badrul.

“Bard jangan nak mengada-ngada ya? Bab honeymoon kita tu lain cerita, sekarang ni cerita Aariz Azwan dengan Amirah Humaira.”

“InsyaAllah, kalau diorang ada jodoh, tak kemananya. Dan kalau tak ada pun, tentu Allah nak bagi yang lebih baik dekat Aariz dan Amirah. Jangan risau ya, sayang?”pujuk Badrul. Aira melepaskan keluhan sambil mengganguk perlahan-lahan.

“Eh, Badrul! Tak sangka pulak jumpa you kat sini.” Suara yang menyapa Badrul mengejutkan mereka. Terangkat sebelah kening Aira apabila perempuan di depan matanya yang berpakaian seksi menyapa Badrul.

“Ha’ah lah. Lama tak jumpa, hari tu keluarga I buat makan you tak datang.” Balas Badrul. Dia memandang ke arah Aira yang sedang memandangnya dengan pandangan ‘membunuh’.

“Sorry, I ada show time tu. Tak dapat dielakkan. Yang sebelah you ni, mesti Aira kan?” Badrul hanya mengangguk. Aira bersalam dengan Bella walaupun dia agak tak selesa dengan kehadirannya.

“I, Bella. Oh, ni kiranya you berdua tengah dating lah ni?” teka Bella.

“Ya, tengah dating lah ni.” Balas Badrul sambil ketawa. Aira menjeling sekilas.

‘Amboi! Suka betul dia.’ Kutuk Aira dalam hati, sesaat kemudian dia tersedar.

‘Eh! Dia cakap nama dia Bella tadi kan? Tak kan lah…’

“Badrul, Aira… I pulang dulu ya? I ada kerja yang perlu diselesaikan, malam ni ada show pulak.” Ujar Bella. Aira tersentak.

“Hah, okey lah. I pun nak ‘sambung’ dating I dengan Aira jugak ni.”gurau Badrul.Bella ketawa.

“Okey, I balik dulu. You sambunglah dating you tu.Bye..” Badrul mengangguk sambil mengangkat sebelah tangan. Tanda membalas lambaian Bella. Badrul memandang semula tunangnya yang sudah mengerutkan dahi.

“Fikir apa tu sampai bercantum kening tu?”

“Bukan ke, Bella tu tunangnya Aariz?” tanya Aira. Badrul terdiam. Dia melepaskan keluhan. Rasa tak sanggup untuk terus berbohong dengan orang yang dia cintai, tapi dia terpaksa.

“Emm…betul lah tu.” Jawab Badrul.

“Eee..kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tidak boleh Ira cakap kat dia yang tunangnya nak main kayu tiga!”

“Dan satu lagi, apa maksud Bard yang dia tak datang ke rumah?” tanya Aira curiga. Badrul menelan air liur, kesat.

“Dia…dia kan tunang Aariz, mestilah mama pun jemput dia juga.”jawab Badrul gugup. Aira memandang Badrul, cuba mencari kebenaran.

“Betul!” jawab Badrul yakin walaupun ianya hanya pembohongan.

“Okey, tak apa. Tapi!! Kalau Ira dapat tahu sesuatu yang Bard cuba sembunyikan,kita tunda tarikh nikah kita!” ugut Aira. Badrul tersentak, tidak menyangka sampai begitu sekali Aira nekad.

“Jom lah. Dah petang ni, kesian pulak Amirah duk sorang-sorang kat rumah.”

“Err..Ira pergi dulu ya? Bard nak pergi toilet kejap. Nah, kunci kereta.” Dalih Badrul sambil menghulurkan kunci kereta Toyota Camry nya.

“Okey.” Sebaik sahaja Aira berlalu, Badrul terus mengeluarkan handphone nya dan mendail nombor handphone Aariz.

“Riz!! Aku rasa baik kau selesaikan rancangan kau tu. Aku dah tak sanggup nak menipu Aira. Dia pun dah mula curiga tu. Siap ugut nak tunda majlis akad nikah kita orang lagi.” Gesa Badrul tanpa memberis salam atau sapaan.

“Ya lah, kau ni pun, mintak tolong sikit pun tak boleh.” Rungut Aariz.

“Bukan tak boleh. Tapi kalau melibatkan pembohongan dengan Aira memang aku tak sanggup. Dia curiga pun dah ugut aku nak tunda tarikh nikah kita orang. Kalau dia tahu, mahunya Aira batalkan terus. Kebulur aku, Riz!!”

“Huh! Plan A pun tak menjadi. Kau tahu tak, Humaira dah tak call atau sms aku sejak hari tu. Aku yang tengah pening ni!! Kena berginjak ke plan B! Dan kau kena tolong aku. Last?”

“Okey, ni last aku tolong kau. Kalau tak menjadi jugak, pandai-pandailah kau. ‘Bijak’ sangat nak buat dia cemburu. Last-last kau jugak merana.” sinis Badrul.

“Dah lah. Kesian Aira tunggu aku lama. Apa-apa call.” Selepas memberi salam, talian dimatikan. Dia membayar minuman yang diorder dan tanpa membuang masa Badrul terus melangkah ke tempat parking kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience