BAB 4

Romance Completed 6651

Malam ke esokkannya, Amirah mengenakan dress labuh muslimah bewarna peach dan shawl sedondon. LipIce dicalit dibibir selepas menyapu bedak SilkyGirl dimuka. Walaupun simple tetapi Amirah tetap kelihatan anggun malam itu.

“ Irah! Siap dah ke?” kedengaran suara Aira bertanya di sebalik pintu yang tertutup rapat.

“Siap dah..”balas Amirah sambil membuka pintu. Tak ketinggalan juga beg tangan berjenama Prada yang bewarna peach, hitam dan putih.

“Ya Allah, Amirah! Cantiknya kau..” Aira menghampiri Amirah. Sungguh dia terkejut melihat Amirah, sangat cantik!

Memang dia akui Amirah pandai mengikut fesyen terkini. Tak seperti dia. Amirah lah yang mengajar dia bergaya mengikut fesyen terkini. Kalau tidak tentu dia masih memakai tudung Ariani seperti mula-mula dia masuk uni.

“Cantiklah sangat. Kau pun apa kurang. Aku jamin kalau Badrul tengok kau mesti dia terpegun. Entah-entah malam ni jugak dia heret kau jumpa tok kadi.Haha.” gurau Amirah. Aira menampar lengan Amirah. Merah dibuatnya muka dia.

“Jomlah! Dah pukul 8 malam ni. Badrul pun dah sms dah ni, tanya bila nak datang.”ujar Aira.

“Jom!” mereka beriringan ke arah kereta Honda City milik Aira. Dalam perjalanan macam-macam cerita yang keluar. Sekejap Aira mengusik Amirah tentang Aariz. Sekejap Amirah pula mengusik Aira tentang Badrul.

Kereta diparking dihadapan rumah keluarga Badrul. Beberapa buah kereta juga ada disitu. Mungkin milik saudara-mara Badrul. Sambil keluar dari perut kereta, Aira menghantar pesanan ringkas kepada Badrul menyatakan mereka sudah sampai.

Amirah memandang rumah banglo dua tingkat itu yang terang-benderang. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa gemuruh. Padahal ini bukan kali pertama dia datang ke rumah keluarga Badrul.

“Aira, jom.” Amirah memandang Aira dan Badrul yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Dia tersengih malu sebelum berlari anak.

“Mama, Aira dengan Amirah dah sampai ni!” laung Badrul.

Aira dan Amirah bersalaman dengan saudara-mara perempuan Badrul. Selepas itu muncul pula Puan Delia, mamanya Badrul bersama seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan Puan Delia disebelahnya.Aira terlebih dahulu bersalam dengan mama Badrul. Amirah mencebik dalam diam.

‘ Nak ambik hati bakal mak mertua kata kan.’ Kutuk Amirah.

Amirah bersalam dengan Puan Delia dan diikuti wanita yang berada di sebelahnya. Tanpa diduga wanita itu memeluknya. Amirah terkejut. Begitu juga Aira yang melihatnya.

“Kamu Amirah ya? Siti Amirah Humaira?” tanya wanita itu.

“Err…Ya, saya.”

“ Nama makcik Ramlah, mamanya Aariz. Panggil makcik mama je.”ujar Puan Ramlah. Amirah tercengang. Dia menjeling sekilas ke arah Badrul yang sedang membisikkan sesuatu kepada Aira sambil sesekali dua orang itu menjeling ke arahnya.

“ Ha, semua dah ada kan? Jom kita makan. Lepas tu nak menemu ramah pun boleh. Sekarang ni kita makan dulu.” Celah papa Badrul.

Amirah dan Puan Ramlah orang terakhir yang sampai ke meja makan. Semua orang sudah mengambil tempat. Puan Ramlah mengambil tempat disebelah lelaki yang sudah berusia, suaminya mungkin. Dan hanya satu tempat kosong…disebelah Aariz Azwan! Dalam terpaksa Amirah menarik juga kerusi disebelah Aariz. Muka Aariz langsung dia tidak pandang.

Suasana makan malam itu hanya diriuhkan dengan perbualan saudara-mara Badrul. Amirah dan Aira hanya bersuara apabila ditanya.

“Amirah. Tambah lah udang tu. Mama tengok tak ada lauk pun dalam pinggan Amirah tu.” Tegur Puan Ramlah.

“Eh, ada ni ma..”balas Amirah. Amirah berpaling ke kiri apabila tiba-tiba ada tangan yang meletak udang dalam pinggannya.

Aariz yang tersenyum itu dipandang. Dia membuat isyarat supaya Amirah makan. Amirah melarikan pandangan ke pinggannya. Segan direnung oleh Aariz.

‘Dalam rumah pun nak pakai cap..’ kutuk Amirah. Dari hari pertama dia berjumpa dengan Aariz lagi di atas kepalanya akan ada cap.

“Amboi, belum apa-apa dah tunjuk romantik ya abang long.” Usik perempuan yang manis bertudung. Semua yang ada kat situ ketawa dan mula lah usik-mengusik. Amirah hanya tersenyum malu.

“Kenapa duduk kat luar ni?” tanya Aariz kepada Amirah yang berada di taman bunga Puan Delia.

Amirah senyum sedikit. Selepas makan tadi mereka semua duduk berbual di ruang tamu. Amirah hanya diam dan senyum. Last-last dia meminta izin kepada Puan Delia untuk melihat taman bunga yang ditanam sendiri oleh Puan Delia.

“Saja. Nak tengok taman bunga Aunty Lia ni. Cantik belaka ya bunga-bunga yang ditanam Aunty Lia.” Puji Amirah. Dia tidak sedar bila Aariz mendekatinya. Dia menjarakkan sedikit ruang antara dia dengan Aariz.

“Suka saya tak?”

“Erk!” Amirah terasa seperti tertelan tulang ikan saja. Air liur ditelan.

“Suka saya tak?” ulang Aariz. Wajahnya hanya bersahaja.

‘Aduh! Apahal dia ni straight forward sangat ni ? Dah lah aku tak reti nak tipah tetipu orang ni.’

“Amirah Humaira. Awak suka saya tak?” tanya Aariz lagi. Kali ni mukanya serius.

“Err…su…suka…Suka lah jugak.” Lambat-lambat Amirah balas.

‘Panas! Panas ! Rasa muka aku dah terbakar ni!’

“Kalau awak suka saya, tackle saya.” Ujar Aariz. Amirah yang mendengar sudah terlopong.

“Tac…Tackle awak?”

“Ya, tackle saya. Tackle sampai awak berjaya curi hati saya.”

“Apa awak cakap ni? Jangan nak main-main ya..”

“Saya serius ni! Awak tackle saya sampai awak berjaya curi hati saya. Lepas tu saya akan kejar awak. Bukan untuk ambik hati saya balik, tapi saya nak ambik hati awak pulak.” Terang Aariz. Amirah tercengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience