BAB 3

Romance Completed 6663

Amirah menongkat kepala dengan tangan. Fikirannya jauh melayang, tapi jasatnya masih berada di café tersebut. Sekejap-sekejap dia tersenyum, kemudian menggigit bibir dan sekejap-sekejap mata dijulingkan ke atas.

“Hoi!!” sergah Aira. Hampir sahaja muka Amirah menghempap meja café. Aira yang membuat muka tak bersalah dijeling.

“Kau ni…Nasib baik muka aku tak jatuh kena meja ni. Kalau kena kan tak pasal-pasal benjol pulak dahi aku.”

“Kau tu hah jauh termenung. Aku dah duduk depan kau pun kau tak perasan. Dah sampai mana dah? Shah Alam?” sekali lagi Amirah menjeling.

“Dalam banyak-banyak tempat yang ada kat dalam dunia ni, kat situ juga lah kau sebut ya.”Aira ketawa. Memang dia sengaja menyebut Shah Alam.

“Ala…Abang ‘Aaron Aziz’ kau kan tinggal kat situ. Manalah tahu kau dah sampai dah kat sana.”

“Banyaklah kau.”

“Tapi kan…Kenapa muka dia mirip dengan Aaron Aziz ya? Artis-artis Malaysia semuanya aku tak minat kecuali Aaron Aziz. Yang aku minatnya artis-artis Jepun. Tapi kenapa muka dia mesti mirip dengan satu-satunya pelakon Malaysia yang aku minat ni?”beritahu Amirah.

“ ‘Dia’ tu siapa?” usik Aira.

“Aariz Azwan lah.” Jawab Amirah geram.

“Jodoh kau dengan dia lah kut.”

“Macam kau cakap, kau lebih suka artis Jepun berbanding artis Malaysia. Dan hanya Aaron Aziz artis Malaysia yang kau suka. Mungkin Allah titipkan jodoh kau dengan orang yang mukanya mirip Aaron Aziz. And of course bukan yang mirip artis Jepun. Kalau tidak memang aku gelakkan kau tujuh keturunan lah.Hihi.” ejek Aira.

“Kenapa pulak?” tanya Amirah tidak puas hati.

“Yalah, orang Jepun bukan handsome pun. Sekali tengok, lelaki dengan perempuan muka sama saja. Dah lah bahasa dia bunyi macam kasar sikit.” Amirah yang mendengar ejekan dari mulut Aira mengetap bibir.

“Amboi, sedapnya kau mengata negara yang aku kagum ya! Eh, negara dia lebih maju dari negara kita tau. Tu, kereta Honda City yang kau pakai tu, buatan Jepun tau! Dulu kau pakai kereta Pesona kau merungut. Bunyi sanalah, bunyi sinilah. Kena servis sanalah, servis sinilah. Sejak kau pakai Honda City tak ada lah pulak aku dengar kau merungut. Malah, jadi kereta kesayangan kau adalah.”

“Aku bukan tak kagum negara dimana tempat aku dilahirkan ni. Malah aku bersyukur menjadi rakyat sini. Tak ada perang-perangan, aman je negara Malaysia ni. Yang aku kagum dengan negara Jepun sebab teknologi dia, artis-artis kat sana, cerita-cerita yang dia buat, peraturan negara dia dan masyarakat dia.” Terang Amirah panjang lebar.

“Yalah, yalah.” Dengan malas Aira balas. Tidak terkata dengan ‘hujah’ Amirah tadi.

“Eh, esok kita pergi rumah Badrul tau. Ada buat makan sikit kat rumah dia.” Ajak Aira.

“Buat makan? Kenapa? Sempena kau dengan Badrul nak menikah ke?” tanya Amirah.

“Ish! Bukan lah. Kan minggu lepas dah buat. Yang ni sempena menyambut kepulangan Aariz.” Terang Aira.

“Balik dari mana?”

“Kau ni…Kan Badrul dah bagitahu kau semalam. Aariz kan dulu belajar kat UK. Badrul cakap minggu depan dia dah start kerja. Jadi arkitek.”

“Ooo…”balas Amirah pendek sambil mengangguk kepala.

“Ingat tu. Esok jangan pulak tiba-tiba kau cakap ada hal kat uni.”

“Yalah..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience