BAB 1

Romance Completed 6651

Bismillah…Hidup ini penuh dengan suka duka. Mula-mula bersama keluarga, lepas tu dengan kawan, lepas tu dengan teman istimewa, lepas tu dengan tunang dan hinggalah ke destinasi seterusnya. Alam rumah tangga. Ya, betul tu. Begitu juga Amirah.

Rasa baru je semalam mama menghantar Amirah pergi tadika. Dan rasa baru je tadi papa ajar Amirah naik basikal bersama roda tambahan. Namun semuanya sudah bertahun-tahun berlalu. Sekarang Amirah sudah berumur 28 tahun.

Amirah seorang pengajar di sebuah University of Nottingham Malaysia, seorang anak bongsu kepada pasangan Encik Faidil dan Puan Umirah, seorang adik bongsu kepada 3 orang abang. Amir, Amirul dan Amin. Dan juga seorang… Isteri dan ibu.

Amirah yang sedang memandang taman landskap hasil seni suaminya sendiri tersenyum. Tersenyum apabila mengingati suami tercinta dan anak-anak tersayang. Dari tersenyum, meletus ketawa kecil. Lucu apabila mengenangkan usaha dia memikat suaminya ketika dahulu.

“Sayang ketawakan apa tu? Hmm..” saat itu juga dia merasa tangan sasa milik suaminya melingkar dipinggangnya. Dagunya diletakkan di atas bahu kanan Amirah.

“Teringatkan jejaka yang sayang ‘usha’ dulu….”balas Amirah bersembunyi.

“Hah? Sayang…sayang cakap betul-betul.” Tubuh Amirah dipalingkan mengadap tubuhnya.

“Betul lah ni!” bersungguh-sungguh Amirah mengiakan. Amirah senyum sembunyi. Lucu melihat muka suaminya yang sudah masam mengalahkan asam jawa.

“Siapa lelaki tu?” tidak dapat tahan lagi Amirah terus melepaskan ketawa apabila mendengar suaminya bertanya dengan nada cemburu. Amirah meletakkan jari telunjuknya dibibir dan membuat seolah-olah sedang membayangkan imej seseorang.

“Emm…Dia handsome, tinggi, badan pun tough, kulit kuning langsat, seorang arkitek dan….” Dijeling sekilas ke arah suaminya yang sudah mengerutkan dahi.

“Dan dia suka pakai cap!” dilihat suaminya sudah tersenyum nakal. Cepat betul moodnya berubah.

“Aik? Macam kenal je?” Amirah ketawa lagi dan memandang semula ke arah taman landskap. Sekali lagi pinggang Amirah dirangkul. Amirah tersenyum dan terus senyum. Kelakuan si suami hanya dibiarkan kerana saat ini, dia ingin mengulas semula kenangan lama…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience