BAB 15

Romance Completed 6651

Amirah sedang termenung semasa Aira baru pulang dari bertemu Badrul. Kepala digelengkan melihat Amirah yang menjadi keliru sejak akhir-akhir ni. Aira melabuhkan punggung disebelah Amirah.

Amirah tersentak tatkala ada tangan yang menyentuh pahanya. Terus dia memandang Aira yang sudah berada disebelah. Dia memandang pelik ke arah Aira.

“Eh, sejak bila pula kau duduk sebelah aku ni?”

“Baru je..” Amirah mengangguk. Dia memandang kaca televisyen yang terpasang tapi fikirannya melayang ke arah lain.

“Sebenarnya…semua ni rancangan Aariz.” Amirah berpandangan dengan Aira.

“ Rancangan Aariz?” tanya Amirah menginginkan kepastian. Bella mengangguk.

“Keesokan selepas dinner kat rumah aunty Lia tu, Aariz call I. Dia minta I tolong dia buat you cemburu. Mula-mula I berat hati sebab takut kekasih I ni marah.” Bella memandang Andrew yang sedang melihatnya.

“Tapi selepas Aariz terangkan, baru I setuju. Lagipun I tahu, walaupun dari dulu Aariz digilai perempuan tapi Aariz tak melayan. Bila I tanya dia cakap dah ada someone special. Dan malam dimana Aariz pinta I tolong dia tulah baru I tahu yang someone special for him is you, Amirah.” Amirah terkedu. Dirinya ingin bersuara tetapi suaranya tidak terkeluar.

“Dan bi…I am sorry, okey? You know right that I just love you, baby..” Bella memegang tangan Andrew. Andrew yang mulanya kelihatan berfikir mula tersenyum sambil mengangguk.

“It’s okey and yes, I know you love me, baby. But I love you more.” Balas Andrew. Tangan Bella digenggam dan dibawa ke bibir. Aira berpaling ke arah lain.

“ So…hubungan you dengan Aariz dan Badrul sebenarnya?” tanya Aira apabila melihat temannya sudah tidak terkata. Bella ketawa.

“Cousin…”

“Really?” Aira memandang Bella dan Bella hanya mengangguk. Dalam hatinya sudah terbit rasa marah akan tunangnya yang sembunyikan semua ini daripanya.

“Tapi jangan cakap cakap kat Aariz tau yang I kasi tahu you both pasal rancangan tak jadi dia ni ya?” ujar Bella sedikit merayu. Serentak Amirah dan Aira mengangguk.

“Promise!”

“Macam mana?” Amirah tersedar dari lamunanya. Terpinga-pinga dia dengan soalan Aira.

“Apa dia?” Aira menggeleng kepala.

“Aariz Azwan.” Amirah terdiam.

“Tak sangka ya rupa-rupanya semua ini hanya lakonan. Pandai betul Aariz merancang.”

“ Habis tu kau nak diamkan diri sahaja ke?” sambung Aira lagi. Amirah memandang Aira.

“Kau nak suruh aku buat apa?” terbit senyuman nakal di bibir Aira.

“ Aku dah banyak dosa dengan dia. Mengumpat dan menyumpah seranah dia sebab aku ingat dia nak permainkan kau. Tapi aku tak rasa nak minta maaf dengan dia. Aku nak dia berterus terang dengan kau dulu. Apa kata kita balas balik?”

“Macam mana?” Aira hanya diam tetapi bibirnya sudah mengukir senyuman herot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience