BAB 2

Romance Completed 6651

2010( IMBAS KEMBALI )

“ Aira !! ” Aira yang sedang meniarap di atas katil terjatuh dek terkejut dengan suara yang menjerit betul betul di tepi telinganya .

“ Aduh! Sakitnya.” Aira menggosok pinggang belakangnya .

“Haa! Padam muka kau! Aku punyalah panggil kau banyak kali, tapi boleh pulak kau tersengih– sengih depan laptop kau ni ya? Siap meniarap pulak tuh! Ish! Tak senonoh punya anak dara. Tengok dek bakal mak mertua kau ni, ada jugak yang menangis tak ingat dunia.” bebel Amirah sambil mencekak pinggang .

“Kalau ya pun kau nak membebel, tolonglah aku dulu! Sakit pinggang aku ni.” Amirah sambut tangan Aira. Marah pun marah jugak, tapi tak kan dia nak biarkan kawan baiknya pulak. Karang, ada jugak tunangnya Aira ni, Badrul datang serang Amirah. Kecoh dibuatnya.

“Kau yang menjerit mengalahkan bini tarzan ni kenapa?”

“Amboi, mulut! Aku cili kan! Tu hah! Buah hati pengarang jantung, intan payung kau ada kat bawah.”

“Dia tu pun menyusahkan aku je nak memekik nama kau. Tak boleh ke dia terus call kau. Tak payah lah nak ketuk pintu rumah macam datang nak mintak duit sewa rumah!” ujar Amirah. Aira tersengih. Sabar jelah dapat housemate macam mak nenek macam ni. Mak nenek cun! Haha.

“Lorh, kenapa tak cakap awal-awal yang Badrul datang? Isy, kau ni.” Aira melangkah menuju ke tingkat bawah selepas memakai ‘tudung ekspres’.

“Eh, aku pulak!” Amirah mengikut Aira ke bawah tapi bukan dekat Aira dengan Badrul lah. Tapi ke ruang tamu, pintu sengaja dibuka luas-luas. Yalah, Aira dengan Badrul ada kat luar rumah tu jadi kalau Si Bad tu nak cuit-cuit Aira ke boleh lah Amirah pergi karate Si Badrul tu.

“Irah! Sini kejap.” Panggil Aira.

“Apa dia?”

“Marilah sini kejap.” Malas-malas Amirah bangun sebelum menuju ke luar rumah.

“Apa dia? Korang kalau berborak pun tak payah lah nak ajak aku. Tak berminat aku nak dengar perbualan orang bakal jadi suami isteri ni. Aku nak tengok cerita Hana Kimi pun tak senang.” Ujar Amirah.

“Alah kau ni. Asyik dengan cerita jepun kau je. Ni aku nak kenal kan sepupu Badrul, Aariz. Aariz ni housemate saya merangkap bestfriend saya, Amirah.” Amirah berpaling ke arah gerangan yang dimaksudkan Aira. Dan…

Dhoop se nikal ke

Chhaanv se phisal ke

Hum mile jahaan par

Lamha tham gaya

Aasmaan pighal ke

Sheeshe mein dhal ke

Jam gaya to tera

Chehra ban gaya

Duniya bhula ke tumse mila hoon

Nikli hai dil se ye duaa

Rang de tu mohe Gerua

Ranjhe ki dil se hai duaa

Rang de tu mohe gerua

“ Irah, Irah! Amirah!!” jerit Aira kepada Amirah yang tercengang.

“Aaron Aziz.” Spontan nama artis yang berasal dari Singapura tu terkeluar dari mulut Amirah. Aira dan Badrul berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Aariz ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

“Aariz Azwan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience