Series
954
Luna terjaga dari tidurnya dan melihat jam pukul 8:30 pagi. Lantas Luna bangun dan mencari Tita. Dia turun tangga demi tangga. Selepas itu, dia nampak seakan Tita sedang membaca surat khabar di ruang tamu dengan mengangkat melindungi mukanya.
“Good Morning Tita! Weh hang tau dak, aku nak cerita dekat hang ni, semalam retis bawak aku pi makan hang tau dak, siap belanja aku, haaa.. hang tak jealous ka?” Sambil menghirup teh yang ada atas meja.
Surat khabar diturunkan.
“Ehh... mestilah jealous, mesti artis tu dah lucutkan jawatan awak kan!” Rupanya Mika.
Luna terus menjerit dan berlari ke dapur.
“Arghhhhh! Encik buat apa dalam rumah saya ni? Mana kawan saya Tita?”
Mika ketawa besar.
Bunyi pintu dibuka.
“Awat ni yang dok terjerit-jerit macam pontianak pagi-pagi ni.” Balas Tita.
“Awat yang hang tak habaq Encik Mika mai.”
“Laa bukan hang kata kat dia yang hang nak keluaq dengan dia ka.”
“Ishh.... la ni hang pi ambik tudung kat aku cepat! Yang encik pun kata pukui 9 awat yang mai awai!”
Tita berlari ke atas mengambil tudung Luna.
“Saja datang awal, kenapa tak boleh ke ? Yang awak tu kenapa minum air saya?”
“Mana la saya tau tu ayaq encik, saya ingat yang dok baca paper tadi kawan saya.”
Tita mengulurkan tudung.
Luna keluar dari menyorok belakang dapur.
Sambil menjeling ke arah Mika.
Luna menarik tangan Tita.
“Haa.. Tita hang kenaikan dia sapa!” Sambil menunjukkan Mika.
“Kenai dah aihh, satu malaysia kenai.”
“Encik ni la housemate saya, kawan dari kecik lagi nama dia...”
Mika menyampuk.
“Nurul Atitah.”
“Ehh... mana encik tau ?”
“Kami biasa photoshoot sama-sama.”
“Ohh patut la bila aku cerita kat hang, hang buat bodoh ja..” balas Luna kepada Tita.
Tita tersengih-sengih.
“Ehh Luna.. cepat la, nanti kita lambat pulak.”
“Oh okay baik, sat na, saya nak pi bersiap dulu no, encik tunggu sat naa.”
Sedang Mika dan Tita rancak berborak.
Mika terdiam kaku, matanya tidak berkedip asyik memandang Luna yang turun dari tangga dengan memakai gaun berwarna merah darah.
“Tita nanti kalau hang nak pi mana-mana update aku tau.” Sambil berjalan ke arah sofa.
“Haa okay baik.”
“Encik Mika... Encik! Ohh Encik!..” lambai Luna depan muka Mika.
“Arrr... yaa yaa.. jom jom la..”
“Amboii Mika... awat yang you tengok Luna sampai nak terkeluaq biji mata tu? Dah berkenan ka..” sindir Tita.
“Eh eh eh... hang tak payah nak buat lawak pagi-pagi ni naa, memang takkan menjadi.” Kata Luna dengan kalut memakai kasut.
“Hmm... ya la.. ni Mika tolong jaga nak baby i ni, jangan bagi dia merayap sorang-sorang sat lagi sesat jenuh nak cari.”
“Alright Tita... i akan pegang tangan dia and takkan lepas.” Usik Mika.
Tita membuat muka terkejut.
“Encik jangan nak buat pasai naa, saya ada silat tau, perhati ja saya toksah dok pegang-pegang.” Balas Luna.
Mika membuat senyuman sengetnya.
Kereta BWM milik Mika hilang dari kawasan rumah.
“Encik Mika.. saya nak tanya awat yang encik gantung baju kat dalam kereta, kat hotel tu dah penuh ka nak gantung?”
“Ohh... saya ada shooting hari ni so saya standy la siap-siap.”
“Aikk... bukan baju depa bagi ka time shooting awat yang kita pulak nak kena bawak baju sendiri?”
“Awak ni pagi-pagi dah buka bertih jagung awak tu ye.”
“Ya la , saya kena tau semua tu, kan saya akan kerja dengan encik, so i should know all that.”
“Akan? Sekarang awak dah mula kerja dengan saya, so lepas ni awak kena dengar cakap saya, apa yang saya suruh, awak kena buat.”
“Ookaayy!” Memerli Mika.
Mika memberhentikan keretanya di slot parking.
Kedua-dua mereka keluar dari kereta.
Luna membuka pintu belakang kereta untuk mengambil baju Mika.
“Ehh! Awak nak buat apa tu?” Tanya Mika.
“Saya nak ambik baju encik la, tadi kan encik kata ada shooting.”
“Bukan sekarang, pukul 12 kejap lagi.”
Luna menutup pintu balik.
“Habis tu sekarang encik nak pi mana?”
“Pergi breakfast dulu la.”
Mika memasukkan tangannya ke dalam poket seluar dan terus berjalan menuju ke sebuah restoran, Luna mengikutnya dibelakang.
Datang seorang pelayan menuju ke tempat duduk Mika dan Luna.
“Hai selamat datang, ini menunya.” Sambil menghulur buku menu makanan.
“Awak nak makan apa?” Tanya Mika kepada Luna.
“Hmmm... bagi saya Tom Yam Seafood dan Nasi Putih, ayaq saya nak Teh O Ais Limau.”
“Okay Mr. Mika?” Tanya pelayan lelaki.
“Bagi saya sama macam dia order tadi.”
“Okay baik.” Pelayan itu pun pergi.
“Awat encik tiru apa yang saya order?” Muka yang pelik.
“Suka hati saya la, kalau awak nak tau tu makanan favourite saya juga.”
“Tu pun saya punya favourite jugak.”
“Ehh.. banyak pulak chemistry kita ye? Awak perasan tak?”
Luna tidak menjawab. Luna berkata dalam hati.
“Sejak bila ada chemistry?” Sambil membuat muka kepelikkan.
Selepas habis makan, Mika bangun keluar dari Restoran dan masuk ke dalam kereta.
Luna perhati kepelikkan Mika. Dia berkata.
“Ni mesti dia nak balas dendam semalam yang dia belanja aku, so hari ni nak suruh aku bayaq la tu, pastu belah macam tu ja.” Muka yang agak bengis.
Luna bangun dan terus ke kaunter pembayaran.
“Abang... berapa ya semua untuk meja dekat sana tu?” Sambil mengeluar purse dan menunjukkan meja yang diduduk mereka.
“Cik tak perlu bayar.” Kata cashier.
“Ehh, kenapa pulak? Makanan free ka kat sini?”
“Sebenarnya ni Restoran kepunyaan Mr. Mika, sebab tu setiap kali dia datang, dia tak perlu bayar.” Sambil senyum kepada Luna.
“Ohh.. patut la saya tengok dia belah macam tu ja.” Sambil sengih.
“Cik... saya nak tanya, cik ni teman wanita Mr. Mika ke?” Tanya cashier.
“Ehh, dak... saya PA dia ja, baru ja bekerja hari ni.” Balas Luna.
“Oh... by the way nama saya Adi, cashier dekat Restoran Teratak Bonda ni.”
“Ohh.. salam perkenalan noo, nama saya Luna.”
Bunyi hon dari kereta Mika. Pon! Pon!
“Aaaa... saya pi dulu noo, boss dah hingaq, nanti ada masa kita sembang lain no... assalamualaikum.” Terus berlari ke kereta.
“Waalaikumsalam.”
Dalam kereta...
“Awat encik tak habaq yang tu Restoran encik?”
Tanya Luna.
“Perlu ke saya bagitahu awak?”
“Perlu la! Penat ja saya tunggu nak pi bayaq, lepas tu, saya ni kan PA encik , so saya kena tau semua tentang encik, lagi satu kan saya dah buat dosa kering kat encik yang saya dah tuduh encik nak balas dendam kat saya pasai encik belanja saya semalam.” Sambil menutup mulutnya.
“Ohh... awak kutuk belakang saya ehh... awak nak resign hari ni ke?” Mika mengugut Luna dengan main-main.
“Aaaa... encik saya minta maaf sangat, saya janji lepas ni saya tak kutuk encik dah, tapi bukan encik ka yang bersalah dalam hal ni?”
“Haii.. awak tak serik lagi... dah tutup kes!”
Luna membuat muka.
Mika terus memandu ke destinasinya.
Mika memasuki ke dalam parking Mall.
“Ehh.. encik nak pi mana pulak? Kata ada shooting? Awat yang suka sangat melengahkan masa? Sat lagi lambat mesti Mr. Director maqah.”
“Sekarang ni siapa PA siapa boss eh?”
“Encik boss, saya PA boss.”
“So awak ikut je la saya nak pergi mana, awak kena dengar cakap saya.” Sambil mendekatkan tubuhnya ke Luna.”
Luna menahan nafas dan memejam mata.
“Dah! Cepat turun, saya kunci awak dalam kereta nanti baru tahu.”
Luna menjelir lidahnya ke Mika tanda sakit hati.
“Jelir la lidah tu, saya cium awak japgi!”
Luna menutup mulutnya.
Mereka berdua terus berjalan memasuki Mall.
“Encik nak cari apa kat sini?”
“Betul awak nak tahu?” Jawab Mika.
“Ya la... macam ni la, saya ni malas nak repeat benda yang sama.. saya nak buat perjanjian dengan encik, semua tentang encik saya perlu tau, encik nak pi mana? Buat apa? Dengan siapa? Dan takkan ada rahsia antara kita, sebab saya ni tak suka benda yang suspen-suspen ni!” Berleter Luna kepada Mika.
“Jap! Jap! Jap! Awak nak tukar jawatan ke ni?”
“Jawatan apa?”
“My future wife.”
“Awat pulak?”
“Ye la semua awak nak tahu tentang saya, pastu taknak ada rahsia antara kita.”
“Ehh hello.. encik toksah dok merepek naa, saya cuma nak tau ja next plan encik.. tu ja.”
“Ye la ye la.. awak ni kalau marah nampak comel je..” sambil sengih.
“Dah takyah nak lebih merepek. Sekarang ni kita nak pi mana?”
“Miss Luna sekarang ni, kita ada dekat Mall, so takkan saya datang nak masak? Mesti la beli dan belah.”
“Ohh... kan senang habaq awai-awai, takyah saya beletiaq kat encik tadi macam berpidato.”
Mika berhenti di sebuah butik pakaian muslimah.
“Luna... meh sini jap.”
“Awat pulak encik berhenti kat sini, encik nak beli kat sapa? Haaa ka encik beli kat buah hati encik.. encik nak pendapat? Saya boleh pilihkan.” Sambil senyum.
“Yaa... saya nak beli untuk buah hati jantung pisang saya.”
Mika mengapai satu gaun muslimah bewarna biru itu.
“Awak pusing belakang jap.” Kata Mika.
“Ehh.. awat saya pulak. Badan saya mana sama dengan buah hati encik.”
“Ehh banyak bunyi pulak... mana awak tahu buah hati saya tak sama size dengan awak? Kalau awak nak tahu bukan size je sama dengan awak, muka pun nak mirip awak.”
“Laa ya ka... maknanya.. saya dah jumpa kembaq saya yang kedua la.”
“Kenapa pulak?”
“Ya la.. kat dunia ni, setiap dari kita akan ada kembaq 7 orang, tak kisah la dia hitam ka, apa ka, janji muka nak sama.”
“Apa-apa je la.” Balas Mika.
Selepas membeli belah. Mika meneruskan perjalanan ke set pergambaran.
Share this novel