Bab 8

Drama Series 954

Luna turun dan menuju ke lobby, tiba-tiba Encik Mazlan panggil.
“Luna... datang sini kejap!”
Luna tergamam dan berkata dalam hati.
“Apa pulak la salah aku buat kali ni.”
“Ya Encik Mazlan, ada apa?”
“Saya nak awak balik pukul 3 pagi jap lagi ye.”
Luna terus menggaru kepalanya.
“Aaa... Encik Mazlan.. bukan saya balik pukul 7 ka? Kenapa saya kena balik pukul 3 satgi ?”
“First of all, saya nak minta maaf sangat-sangat dekat awak yang saya terpaksa lucutkan jawatan awak, bukan sebab awak ada buat salah. Prestasi kerja awak okay, saya suka, tapi saya terpaksa atas sebab yang tak dapat dielakkan, saya minta maaf sangat.”
“Tapi Encik Mazlan... saya baru kerja kan..” dengan muka yang sedih.
“Ye itu saya tau, saya pun kalau boleh tak nak lepaskan awak tapi keadaan tak mengizinkan saya. Percaya la , awak akan bertemu dengan masa depan awak nanti.”
Luna menundukkan diri dengan rasa kesal dan pelik kenapa dia dilucutkan jawatan.
“Yupp Luna!” Encik Mazlan memanggil.
“Ya Encik Mazlan, nak tarik saya balik ka?”
“Ehh, tak saya nak bagi tahu , kejap lagi awak nak balik pukul 3, ada seseorang suruh awak tunggu depan lobby. And saya tak dapat dedahkan identiti orang tu. Tentang gaji jangan risau nanti saya akan bank in kan ke akaun awak.”
“Ohh okay baik encik.”
“Pstttt! Luna! Betul ke apa yang aku dengar ni?” Bad memanggil.
“Hmmm.. hang dah dengaq kan, aku pun pelik la kenapa benda boleh jadi macam ni.”
“Entah.. entah.. ada orang nak sabotaj kau tak?”
“Sabotaj! Sapa la yang nak sabotaj aku, aku ni bukan ada apa pun, kawan aku hangpa dengan housemate aku sorang tu ja, mai celah mana pulak musuh oii?” Muka meraung.
Luna mengemas barang di lockernya dengan muka yang tidak gembira. Luna menghulurkan uniform dan kunci locker kepada Bad dan Ika.
“Luna lepas ni, kita orang akan selalu rindu kau, rindu nak dengar mulut bertih jagung kau, rindu dengan telatah kau.”
“Hmmm... insyaallah ada masa nanti, aku mai melawat hangpa naa, hangpa dua jaga diri elok-elok naa. Aku balik dulu naa, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Jawab Bad dan Ika.
Luna berjalan keluar dan duduk di atas tangga.
“Mananya orang yang nak jumpa aku? Sapa dia? Aku kenai ka? Macam mana dia boleh kenai aku?”
Pon! Ponnnn! Bunyi hon dari sebuah kereta BMW bewarna hitam. Luna termelatah.
“Ohh mak hang!... sapa pulak dok hon ni.”
Luna memandang ke kiri dan kanan tapi tiada orang, kemudian dia cuba memandang pemandu kereta itu tapi sayang, cermin kereta gelap.
Cermin kereta itu dibuka. Kelihatan Mika sedang ketawa terbahak- bahak.
“Luna! Meh sini masuk.” Kata Mika.
Luna membuat muka yang pelik.
“Ehh... Encik Mika, takpa encik , saya dok tunggu orang ni, sebab boss kata ada orang nak jumpa saya.”
“Saya la orang yang nak jumpa awak tu.”
Luna membuat muka yang tidak yakin.
“Apa bukti yang menyatakan encik la orang yang nak jumpa saya?”
“Bukti dia jawatan awak kena lucutkan.”
Luna pun membuat muka yang slamber dan membuka pintu kereta dan masuk.
“Mana Encik tau yang saya kena buang kerja?”
“Hehehe... kejap lgi saya cerita. Jom teman saya makan jap?”
“Ehh... encik dah 3 pagi ni, kedai makan tak buka la encik.”
“Alaaa... alasan, banyak la kedai buka.. awak sebenarnya cari alasan untuk elak keluar makan dengan saya kan?” Mika mengangkat kening sebelah kanannya.
“Ehhh... mana ada, saya okay ja, tapi saya teman encik sat ja na, pastu saya nak balik, lagi pun tak maneh la saya duk lama-lama dengan encik, nanti boleh menimbulkan fitnah.”
“Apa-apa je la Luna Safiya.”
Luna semakin pelik dengan kelakuan Mika yang serba tahu tentang dirinya.
Di kedai makanana segera. Luna menegur Mika yang memakai kaca mata hitam.
“Sat.. sat.. awat encik pakai spek mata hitam gelap-gelap ni?” Sambil menutup pintu kereta.
“Laa.. awak dah lupa ke saya ni siapa?”
“Ohh.. faham.. faham..”
“Dah.. dah.. banyak tanya pulak, balik lambat baru tahu.”
“Okay encik.. okay..”
Berdua mereka berjalan menuju ke kaunter untuk order makanan.
“Hai, selamat datang.. nak makan sini ke take away ?” Tanya cashier.
“Makan sini.” Jawab Mika.
“Awak nak ape?” Tanya Mika kepada Luna.
“Ehh.. kan encik ajak saya teman, so saya teman ja la, encik yang lapaq bukan saya.” Luna mengerutkan dahinya.
“Takkan makan seorang, awak makan la sekali.”
“Ehh.. takpa kot, lagi pun saya tak banyak duit.”
“Order je saya belanja.”
“Serius ka ni encik? Kalau macam tu saya ikut encik ja, saya taktau nak makan apa, saya tak biasa makan, benda ni.” Sengih Luna.
“Okay.. cik bagi saya Set Big Mac 2 set ye.”
“Okay semuanya Rm35.”
“Tudia.. awat mahai sangat kat sini encik? Ni last saya mai makan, cekik darah sungguh la.”
“Apa-apa je la, mulut banyak ye awak.” Senyum Mika.
Tiba-tiba datang seorang pekerja disitu yang mengenal Mika.
“Ehh... abang ni bukan Mikael Nasution ke?”
“Ha.. dia la!” Luna menyampuk.
Mika menjeling ke arah Luna.
Pekerja disitu berpeluang bergambar dengan Mika.
Luna dan Mika duduk di meja di sudut kedai itu.
“Mulut awak tu memang tak boleh diam ehh?” Tanya Mika.
“Sorry la, mana la saya tau yang encik tak mau orang tau yang encik tu artis.”
Mika membuka bungkusan burger itu, lalu Luna menampar tangan Mika.
“Doanya mana? Encik islam kan ?”
Mika menadah kedua-dua tangannya dan membaca doa dengan muka yang redha.
“Luna... saya nak tanya awak sikit la kan, awak ni memang tak minat artis ke? Takkan awak takde admirer dekat mana-mana artis?”
“Ehh... gila takda... ada la, tapi saya just minat la takda la sampai admirer bersungguh-sungguh sampai jumpa artis tu nak lompat terkinja-kinja macam monyet.”
“Sape artis tu ?”
“Ada la, mana boleh bagitau, it’s my privacy okay.”
“Okay...” Mika mengangkat kedua-dua keningnya.
“Eh! Encik Mika kata nak cerita dekat saya pasai yang lucutan jawatan saya tu? Encik Mika tau ka sapa yang sabotaj saya ?”
“Haa tahu...”
“Sapa ?”
“Saya la orang yang lucutkan jawatan awak.”
Luna berhenti mengunyah burger. Lalu bangun dari tempat duduknya dan ingin memukul Mika.
“Ishhhh! Kenapa encik sanggup buat camtu lat saya! Apa salah say kat encik !” Dengan nada yang marah.
“Ehhh.. awak duduk dulu, dengar dulu apa yang saya nak explain kat awak.” Mika cuba menenangkan Luna.
Luna duduk semula dengan muka yang masam.
“Rileks, awak jangan la marah-marah, macam ni , kan saya ada offer tentang job tu, so saya nak awak kerja dengan saya sebagai PA dan dalam masa yang sama, saya akan recommend kan awak dekat penerbit drama as a extra. Sebab tu saya tanya esok awak free ke tidak.”
Luna sambung makan burgernya yang tak habis tu.
“Ohh i see, kiranya encik memang tak salah orang la ni? Memang encik kesian kan saya atau encik nampak potensi saya sebab tu encik pilih saya?”
“Yaa... sebab saya percaya, awak boleh pergi jauh dalam bidang ini.”
“Ohh.. okay faham.”
“So awak free kan esok ?”
“Yaa 24 hours free untuk boss”
“Wuu... banyak tu 24 hours untuk saya!”
“Ehh dak... masa kerja ja naa.” Sambil sengih.
“So esok saya akan datang rumah awak pukul 9 ye, saya nak bawa awak kat somewhere.”
“Okat boss” mengangguk faham.
Mika mengambil tisu.
“Luna.. awak diam kejap.”
Mika mengesat sos yang terlekat di atas bibir Luna.
“Makan pun comot.”
Luna terkaku seketika.
Selepas makan, Mika menghantar Luna ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience