Bab 5

Drama Series 954

Jam menunjukkan pukul 5:30, Luna yang tidur itu terjaga dengan tidak sengaja kerana terdengar bunyi pintu ditutup di tingkat bawah rumah. Dia berasa hairan kerana Tita baru hendak pulang pada waktu sebegini. Luna turun dari katilnya dan terus menuju ke bilik air lalu dia terus ke bilik Tita untuk melihat samada Tita sudah pulang atau tidak. “Nurul Atitah! Ohh Nurul Atitah!... hang ada dalam bilik ka dak ni ?” Luna menjerit ke arah pintu bilik Tita. Tiada sahutan dari Tita.
“Aku masuk naa dalam bilik hang ni.” Ugut Luna yang bersangka Tita menyorok. “Okay takp aku masuk ni” Luna membuka pintu tapi sayang keadaan dalam bilik Tita gelap membuatkan dia terhenti seketika. Luna berkata dalam hati “perghh sat aku kena buka lampu , sat lagi aku pengsan jenuh si Tita tu nak angkat.” Tapi sangkaannya tidak tepat kerana Tita tiada dalam biliknya.
“Haa ni mesti ada kat bawah.” Dengan yakinnya Luna membuat andaian.
Lalu Luna turun tangga demi anak tangga Sambil menjerit nama sahabatnya. Kemudian Luna pergi ke dapur tapi tidak ada. Akhir sekali dia ternampak ada seseorang yang tidur atas sofa dan dia adalah Atitah. “Dengan lafaz bismillah-hirohman-nirohhim.. Nurul Atitah Binti Adham !!! Hang bangun lekaihh !!!” Jerit Luna kepada Tita. Tita bangun tapi tidak beberapa sedar “Apa yang hang dok memekik ni Luna oiii... bising la.. aku ngantok nii..” dengan suara yang mengantok. “Aku dah pesan kan semalam, jangan dok balik lambat! Jangan dok balik lambat! Hang balik lambat jugak noo!” Bising Luna. “Aku banyak kerja semalam tu yang baru balik pagi ni, dah la aku nak naik atas sambung tidoq naa, hang nak pi kerja satgi hang kejut aku naa.” Sambil berjalan berpaut bada tangga.
Luna hanya menggeleng kepalanya sahaja .
Selepas bersiap untuk ke tempat kerja.
Luna ke bilik Tita untuk kejutkan tapi melihat keletihan Tita yang tidur mati tu, membuatkan Luna ingin ke tempt kerja berseorangan.
Sampai ke Hotel itu, Luna melapor diri kepada manager Hotel itu iaitu Encik Mazlan, Encik Mazlan membawa Luna melawat ke semua kawasan Hotel dan berkenalan dengan staf Hotel yang lain. Selepas briefing, Encik Mazlan memberi tugasan waitress kepada Luna untuk hari pertama dia bekerja. Luna melaksanakan dengan baik. Luna berjalan menuju ke bilik masakan untuk mengambil makanan dan menghantar kepada tetamu. Luna berjalan di hadapan reception kaunter. Ada salah seorang FO memanggil Luna. “Psttttttt, awakk datang sini jap.” Luna pun pergi ke FO perempuan itu. “Ya.. ada apa kak?” Tanya Luna.
“Awak Luna kan staf baru dekat sini?” Tanya FO.
“Haa... saya baru masuk hari ni.”
“Ohh.. by the way, saya Ika, FO dekat sini.” Sambil menghulur tangan sebagai tanda perkenalan. Luna turut bersalam dengan Ika.
“So kalau ada apa-apa masalah tanya la saya.”
Ika senyum kepada Luna.
“Okay baik ika.”
“Nama awak unik la, saya tak pernah dengar sebelum ni.” Kata Ika.
“Ya ka... terima kasih, bukan selalu saya dapat pujian macam ni, hehehe.” Balas Luna.
“Ahahaha... awak orang utara ye.. sebab loghat awak macam orang utara la.”
“Haa... saya orang utaqa... kampung dekat Kedah, saya mai sini duduk dengan kawan saya, dia kerja modeling kat KL ni.” Balas Luna.
“Ohh... i see.”
Ringggggg !!!!!!
Telefon di kaunter reception berbunyi. Ika menjawab panggilan telefon.
“Hello, receptionist Delight Hotel, boleh saya bantu?”
“Hello, Ika.. tolong panggilkan Luna datang ke Cooking room.”
“Okay baik Chef.” Ika meletak telefon.
“Luna.. Chef Dani suruh awak jumpa dia di cooking room.”
“Okay baik, jumpa lagi ye.”
Luna menuju ke bilik masakkan, dan berjumpa dengan Chef Dani.
“Ya Chef, ada apa nak jumpa saya?”
“Haa... Luna, saya nak minta tolong awak hantar makanan dekat guest VIP kat balkoni luar tu, yang pakai jaket hitam, nama dia Mr. Mika.”
“Ohh.. okay baik Chef.”
Luna membawa 2 pinggan makanan ke luar balkoni.
“Hai, Assalamualaikum Mr.Mika, ini saya ada bawakan makanan yang Mr. Mika order tadi.”
Sambil senyum Luna meletakkan pinggan di atas meja.
Mika memandang Luna tanpa mengenyit matanya.
“Mr. Mika.. Mr. Mika.” Luna melambai tanganya depan mata Mika.
“Ye.. ye.. okay terima kasih.”
“Selamat menjamu selera ya.”
Luna berlalu meninggalkan Mika.
Mika berkata dalam hati.
“Siapa dia tu? Tak nampak pun semalam? Dah kenapa dengan aku ni, macam tak kena je,”
Sambil menggelengkan kepalanya.
Jam menunjukkan pukul 7 petang, masa kerja Luna sudah tamat. Luna mengambil begnya di locker. Kemudian keluar dari pintu hotel, tanpa tersedar dia terlanggar Mika yang ada di luar pintu hotel.
“Ehh sorry encik, saya tak nampak, minta maaf ya.”
“Ohh it’s okay.”
Luna teruskan berjalan meninggalkan kawasan hotel itu.
Mika tertanya-tanya siapa gadis sebentar tadi, dalam hati dia berkata. Kemudian, dengan rasa ingin tahu, dia menuju ke kaunter reception dan bertanya.
“Hai, saya nak tanya, dekat sini ada staf baru masuk ke?”
“Ye Mr. Mika.. ada.. kenapa ye ?”
“Boleh saya tahu nama dia siapa?”
“Nama dia Luna.”
“Ohh.. Luna... okay thanks ya.”
“Your welcome.”
Beberapa jam kemudian, Luna sampai ke rumah. Luna membuka pintu sambil memberi salam.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, awat balik hang tak call aku Luna Safiya oii?” Balas Tita.
“Awatnya? Salah ka aku balik jalan kaki ?”
“Takda la salah, tapi susahkan hati aku, hang tau dak aku risau!”
“Laa... mana aku nak tau, tadi pagi aku nak kejutkan hang tak sampai hati la , Tengok hang dok tidoq kesian la baru balik kerja.”
“Ishh... esok aku pi hantaq hang noo, fullstop.”
“Takyah nak risau aihh, aku okay ja la , tak sesat pon , aku ingat jalan balik.”
“Yala.. wehh Luna, malam ni hang tak payah masak la, aku nak ajak hang pi makan kat luaq , lagi pun kesian kat hang baru balik kerja takkan nak suruh hang masak kan .”
“Baik sungguh la kawan aku sorang ni, Nurul Atitah nak tanya sikit boleh dak?”
“Haa awatnya?” Sambil makan snek.
“Hang dah solat maghrib ka?”
“Aaaaaa..... cuti hari ni...”
“Hang tak payah nak bagi aku banyak alasan naa, hang pi sekarang, sebelum aku naik angin.”
Tita berlari naik tangga sambil ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience