Bab 16

Drama Series 954

Setelah selesai kes, semua pulang ke rumah masing-masing. Kini Tuan Thom dan Puan Delaila dipenjara selama 20 tahun atas kesalahan mereka lakukan. Nuha meninggal dunia, kami dapati, Nuha adalah anak kandung kepada Thom dan Delaila. Dia berpura untuk mengikis harta Mika selama ini.
Setelah 8 bulan...
Luna didapati mengandung anak perempuan. Dan kini Luna sedang sarat mengandung, Mika pula berhenti berlakon dan meneruskan usahanya membangkitkan semula syarikat Tuan Thom yang dah dibeli itu. Sementara Pak Teh mengurus kilang pengurusan herba. Mak Wiyah sibuk dengan persediaan menerima cucunya tidak lama lagi.
Tita dan Adam selamat bernikah, dan kini Tita disahkan mengandung 2 minggu.

Di rumah..
“Makk! Ohh Mak! Kak nak asam, tolong ambik sat dalam peti ais tu.” jerit Luna yang sedang baring di atas sofa.
“Sat sat!.” Mak Wiyah membawa asam.
“Hamboii hang, dah jadi anak raja noo.” Perli Mak Wiyah.
“Kak kan mengandung, mak tak kesian ka? Lagi pun bukan selalu nak boleh makan asam, nanti dah mengandung, dah nak kena pantang,”
“Banyak la hang.” Mak Wiyah pergi ke dapur untuk sambung kerja rumahnya.
Sekali lagi Luna menjerit memanggil Mak Wiyah.
“Makkk!!! Makkk!! Cepat makk!!”
“Hang nak apa lagi la kak oiii, aku penat la naik tangga turun tangga.”
“Ayaq apa yang keluaqq ni makkk????? Putih lain macam jaa kak tengok.” Tunjuk Luna kepada Mak Wiyah.
Mak Wiyah merenung air yang ada dilantai itu dengan lama.
“Mak kain kak basahh laa.” Kata Luna.
“Kakkkk oiii!!!!! Ni ayaq ketuban hang laaa , hang dah nak bersalin niiii!” Mak Wiyah menjadi kalut.
Luna turut kalut dan menjerit.
Satu rumah itu huru - hara dengan dua beranak ni.
Mak Wiyah call menantunya Mika.
“Hallo, hallo Mika! Ni bini hang dah nak beranak dahh, cepat balikk!”
“Biar betul mak? Jap jap Mika balik sekarang.”

Luna selamat melahirkan bayi perempuan.
“Ni hangpa dah ada nama ka?” Tanya Pak Teh.
“Haa dah ada dah abah oii.” Kata Luna.
“Apa nama dia?” Tanya Mak Wiyah.
“Nur Mutiara Nasution Binti Mikael Nasution.”
“Amboii, kekalkan legasi nasution ka?” Tanya Pak Teh.
“Itu sememangnya.” Balas Mika.
“Hurmm... lepaih ni aku dah tak boleh panggil hang Luna la.” Kata Tita kepada Luna.
“Awat pulak?” Tanya Luna.
“Haa la lepaih ni aku kena panggil hang Mrs. Nasution la.”
Semua ketawa melihat gelagat 2 sahabat ini.
Mereka semua bahagia melihat cahaya mata yang baru lahir itu.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience