Series
954
Waktu nak tidur, Luna berpakai baju tidur bagi mengambil perhatian Mika. Dia mengikut pesanan Mak Wiyah.
“Nampak seksi ka aku ni?” Sambil membelek baju yang dipakainya.
“Aku akan ikut apa yang mak pesan dekat aku.”
Tiba-tiba Luna terdengar pintu rumah dibuka. Tandanya Mika dan Pak Teh sudah pulang dari masjid.
Luna berlari dan baring atas katil, dia membetulkan bajunya untuk menampakkan dia seksi di mata Mika.
“Assalamualaikum sayang.”
“Waalaikumsalam abang.” Sambil menyelak lengan bajunya.
“Dah kenapa ni?” Tanya Mika.
“Tak dak apa aih, abang mesti letihkan, Luna urut abang naa.”
Mika duduk atas katil dan membiarkan Luna memicit bahunya.
“Abang.. sebenarnya Luna tak kisah kalau mengandung awai, sebab orang kata kalau kita dok merancang, memang takkan dapat, so better kita buat ja.” Jelas Luna.
“Maksud sayang?”
“Haishh.. abang ni lambat tangkap la, mai sini Luna ajaq.” Luna terus menolak badan Mika baring ke katil.
“Apa ni sayang?” Sambil menolak selimut yang di selimut itu.
“Diam, Luna nak ajaq abang la ni.”
“Kot iya pun tutup la lampu dulu, orang dengar nanti.”
“Takmau, takmau, tak payah tutup lampu.”
Kedua-dua mereka ketawa kecil.
Keesokkan harinya...
“Sayang cepat la nanti lambat ke kelas.” Pekik Mika.
“Haa sat sat.”
Luna dan Mika salam Mak Wiyah dan terus ke kolej.
Sampai di kolej Luna salam suaminya di dalam kereta.
“Bye abang, Luna masuk dulu no.” Kata Luna sambil keluar kereta.
“Yaa, jap lagi abang ambil sayang dekat sini tau.”
“Yaa, ya, bawak kereta elok-elok na.”
“Sayang... i love you.”
“I love you to, muahh.”
Luna lambai kepada Mika.
Tiba-tiba kawan kolejnya Ayu datang berlari ke arahnya sambil menjerit.
“Lunaaaa!!!”
“Hang ni awat dok terjerit-jerit!.”
“Sapa hantaq hang tadi tu? Siap bagi flying kiss bagai.”
Luna gagap untuk menjawab.
“Aaaa... suami aku.”
“Laa ya ka, sapa? Aku kenai ka? Orang mana?”
“Aku pi dulu noo, satgi lambat.” Luna cuba untuk lari dari Ayu tapi Ayu menarik tangannya.
“Hang tak jawab pun sapa dia?”
“Okay.. nama dia Mika dia seorang pengusaha tanaman herba, okay bye.”
Luna berlari lagi tapi Ayu menarik tangannya semula.
“Sat.. mana hang dapat dia?” Tanya Ayu.
“Hello, aku tak caqi dia na, dia yang caqi aku, hang ingat aku pakai baju kurung bodoh-bodoh ni takda orang nak ka.”
“Amboii, berlagak noo hang, tadi aku tak sempat tengok muka dia, agak-agak hang , ada tak muka dia serupa dengan dia ni? Handsome baqhang.” Sambil menunjukkan majalah yang menunjukkan muka depan suami Luna.
Luna melihat majalah itu dengan tajam sambil berkata dalam hati.
“Haa sudah, dia minat dekat laki aku pulak! Aku takkan bagi Ayu jumpa dengan laki aku, i will make sure it does’nt work!”
“Okay la ayu, aku pi dulu noo, lagi satu aku rasa hang takkan jumpa dia ni kot sebab aku tengok mesti dia dah berpunya, okay bye.”
Luna berjalan menuju ke lif.
“Cemburu la tu.” Kata Ayu.
Selesai kelas. Luna berjalan hendak naik lif dan tiba-tiba ada orang tariknya ke belakang.
Rupanya orang itu adalah Datin Delaila ibu mertua Luna. Luna ingin bersalam tapi Datin tidak menghulurkan tangan.
“Heyy Luna, aku nak ingatkan kau ye, kau jangan ingat aku happy bagi kau bahagia dengan anak aku! Aku takkan biarkan kau bahagia dengan Mika, dan kau perlu jauhkan diri kau dengan anak aku, orang macam kau ni tahu nak mengikis harta orang macam aku, so i’m just want to warn you, sila tolong jauhkan diri kau dari anak aku, kalau tak nasib kau habis ye, satu family kau aku kerjakan.” Kata Datin.
“So selama ni Datin tak restu hubungan kami?” Tanya Luna dengan wajah yang pelik.
“Yes, aku just berlakon je untuk buat anak aku happy, dan kalau kau nak tahu, aku ada plan yang baik untuk anak aku, so kau kena start jauhkan diri kau dengan dia.”
“Saya rasa datin kena pi check hati datin tu, jangan terlalu busuk hati untuk pandang orang macam saya lagutu, saya ni ada maruah tau datin, jangan sesekali datin pijak maruah saya dengan harta yang datin ada.” Luna berkata dengan geram.
Ketika Luna dan Datin sedang bergelut.
Mika ada di situ sambil merakam apa yang datin dan Luna bercakap.
Selepas datin selesai bercakap dengan Luna, datin pergi meninggalkan Luna.
Luna terus berjalan menuju ke depan kolej.
Mika datang dari belakang Luna.
“Hai sayang..” berpura-pura tiada apa terjadi.
“Hai abang.. abang dari mana ni?”
“Abang pergi cari Luna la, risau la lambat sangat.”
Luna senyum, lalu Mika membuka pintu kereta untuk Luna. Dan Luna terus masuk.
“Sayang dari tadi senyap je, ada apa-apa ke?” Tanya Mika.
“Aarr... takda apa la, Luna penat sikit tadi lecturer suruh angkat kotak tadi.”
“Ohh ya ka, okay-okay.”
Sampai di rumah Luna turun dari kereta berjalan bersama Mika masuk ke dalam rumah.
Telefon Mika berbunyi. Dan Mika menjawab panggilannya.
“Hello Pa.”
“Hello Mika, papa ada urgent case ni you kena datang Shanghai esok.”
“Hahh? Kenapa pulak?”
“Cawangan kita di Shanghai dah nak kena jual dah semenjak Nuha ambi alih syarikat kita dekat sini.”
“Tapi pa, Mika ada shooting minggu depan.”
“Hey dalam keadaan macam ni pun you nak pentingkan shooting. Papa taknak tahu semua tu,family is more important than that. Papa tahu esok you ambil flight datang ke sini.” Dato meletak panggilannya.
Mika menjadi serba salah untuk memberitahu kepada Luna.
“Kenapa Bang? Awat papa call?” Tanya Luna.
“Abang kena pergi Shanghai esok, business family abang down, so papa suruh abang settle kan.” Jelas Mika sambil berasa bersalah.
“Takpa la.. abang pi la, lagi pun papa perlukan abang kan, pi ja la, jangan risau pasai Luna, Luna okay ja. Kalau pasai kelas tu Tita boleh hantaq Luna.” Kata Luna.
“Abang minta maaf ye sayang, habis kerja abang terus balik sini..abang janji, abang nak sayang janji dengan abang sesuatu, tolong setia dengan abang, tunggu abang tau, lagi satu, kalau sayang dengar berita apa-apa dekat akhbar ke apa pun jangan percaya, percaya abang sorang je.” Sambil menggenggam tangan Luna.
“Kenapa ni abang? Kenapa abang perlu cakap macam ni dekat Luna? Abang nak tinggal Luna ka?” Sambil mengalirkan air mata.
“Tak sayang, sayang sentiasa dalam hati abang, abang dapat rasa ada orang nak menentang hubungan kita.” Sambil mengesat air mata isterinya.
Luna tidak berkata apa-apa, kerana sebak dengan kata-kata suaminya.
Mika membawa Luna ke dalam bilik dan mengambil satu beg.
“Dalam ni ada semua properties abang, gran tanah, kunci rumah. Dan lagi satu dalam buku hitam ni ada nombor telefon peguam peribadi abang, if dalam masa 1 bulan abang tak balik, please cepat-cepat call Tuan Hafiz.”
Luna mengangguk faham sambil pipinya dibasahi air mata.
Mika mengambil bagasi dan mengisi baju-bajunya. Kemudian Mika call Adam untuk hantarnya ke airport.
Dalam kereta...
Mika mengupah seorang spy untuk memerhati dan menjaga isterinya Luna ketika berada di luar, tapi dia tidak memberitahu Luna.
Keesokkanya...
“Mak! Luna nak pi dah ni kelas.” Sambil menyarung kasutnya.
“Ha sat! Hang pi dengan sapa ni?” Lari Mak Wiyah bersalam dengan Luna.
“Kak pi dengan Tita, dia tolong hantaq.”
“Haa.. hang pi elok-elok naa.”
Luna menggalas begnya terus menuju ke kereta Luna.
Dalam kereta...
“Luna hang okay dak ni?” Tanya Tita kerana melihat kawannya yang diam dari tadi.
“Aku tak paham.. kenapa Dato dengan Datin tak suka aku? Kenapa depa perlu berlakon depan anak depa? Kan senang reject aku awai-awai.”
“Ishhh... hang tak boleh kata lagutu Luna oi, Allah dah takdirkan yang hang tu akan bersama dengan Mika.”
“Aku tau... tapi aku masih tak paham, awat semua orang kaya macam ni?” Balas Luna sambil menangis.
“Laa jangan la menangis weyy, hang kena kuat Luna, hang dah lupa ka takeline kita orang utaqa, la ni hang ikut apa yang Mika habaq, jangan buat apa yang dia tak suruh buat.”
“Aku rindu dia.. macam mana aku nak belajaq kalau otak aku ni asyik pikiaq pasai dia ja.”
“Lunaa.. jangan la macam ni, aku tau mesti Mika ada plan, sebab tu dia tak bagi hang call dia apa semua , dia cuma suruh hang tunggu dan setia dengan dia.”
“Entah la Tita, kadang-kadang, aku dapat rasa yang dia ada sesuatu dia rahsiakan dari aku.”
“Sekali lagi hang cakap macam ni, aku lempang hang naa, hang jangan dok bersangka buruk kat laki hang, syurga hang dekat mana la ni?”
“Dekat suami aku la.”
“Tau takpa! Dah diam!”
Luna diam menutup mulutnya dengan tangan.
Sampai di kolej Luna turun dari kereta dan berjalan ke lif.
Luna dapat merasa ada seseorang mengikutnya dari belakang, tapi bila ditoleh, tiada siapa. Luna terus ke kelas dengan perasaan yang pelik.
Selesai kelas Luna menunggu Tita di depan kolej. Sekali lagi Luna ada perasan ada seseorang sedang mengintainya. Tapi dia tidak tahu siapa.
Beberapa minit kemudian. Tita sampai, dan Luna terus masuk ke dalam kereta.
“Hang pasaipa Luna? Dok intai-intai kat luaq?”
“Wehh, aku rasakan, ada orang dok ikut aku la, hang tau dak tadi, masa aku nak masuk kelas, aku dapat rasa orang dok intai aku, tapi aku taktau sapa.” Jelas Luna.
“Entah-entah... hantu ka?”
“Ishhh.. bukan la! Ni memang 100% manusia, tapi aku tak dapat tau sapa.”
“Ishh.. dah la tu, perasaan hang ja tu, ni jom kita pi pantai, pekena ais kacang dengan rojak Pak Din.”
“Wuuu.. baguih cadangan hang tu, perut aku dok bunyi dari tadi, saja la takmau habaq kat hang.” Sambil tersengih.
“Hang mengandung ka?”
“Kepala otak hang! Hang ingat buat-buat teruih lekat.” Sambil menjeling.
“Mana la nak tau, tengok gaya macam mengidam.”
Luna menjeling sahaja.
Sampai di pantai...
Luna berjalan di persisiran pantai.
“Wehh! Aku pi beli rojak sat na, hang tunggu sini.” Kata Tita.
Luna berjalan sambil memegang kasutnya takut basah.
Tiba-tiba telefon Luna berbunyi tanda ada mesej masuk. Luna check siapa penghantarnya. Tetapi tiada nama. Luna membuka mesej tersebut. Luna terkejut dan menangis apabila mendapat gambar dan kad jemputan kahwin Mika dan Nuha.
Tita datang membawa rojak kepada Luna.
“Wehh naah! Sat awat hang menangis ni?”
Luna menunjukkan mesej yang dihantar melalui whatsapp kepada Tita.
“Astaghfirullahhalazim.. Luna hang jangan percaya dengan semua ni! Hang tak ingat ka Mika kata apa dekat hang! Jangan percaya sapa-sapa, percaya dia sorang ja.”
Luna tiba-tiba rebah dan pengsan ke tanah.
Tita menjerit meminta tolong.
Share this novel