Bab 1

Drama Series 954

Bunyi loceng jam di atas meja membuatkan Luna terjaga dari tidur. Lantas bangun dari katilnya yang agak usang itu dan menggapai kain tualanya yang disangkut belakang pintu biliknya. Luna keluar dari biliknya dan memandang ke arah jam dinding, kelihatan jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Selepas selesai mandi Luna menunaikan solat subuh. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab terhadap agama. Luna termenung di tepi tingkap biliknya dan melihat ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di luar. Mak Wiyah terpandang anaknya yang sedang termenung di tingkap lalu, Mak Wiyah menyapa anak daranya dengan loghat utaranya,”kakak oii... hang ni dok termenung macam kucing hilang anak pasaipa?, cuba hang mai tolong aku ni haa, menyapu ka, menyakar sampah ka, ada la faedah sikit, ni dak dok termenung hang dok dapat apa?. Luna menjawab dengan mulutnya yang muncung “kakak bosan la mak, dok rumah ja, kakak nak pi kerja cari duit, mak pon tau kan kita ni bukan orang senang, takkan nak harap abah ja dok kerja, dari kakak dok saja ni baik kakak pi cari kerja boleh la ringankan beban abah sikit.” Mak Wiyah pon menjawab,”Kakak... mak tak kata pun mak tak bagi hang kerja, mak nak hang rehat dulu, hang tu kan baru ja lepas ambik keputusan SPM hang, jadi mak takmau hang ‘stress’ kan kepala otak hang.”. “Kakak okay ja mak oii, kalau ikutkan, sekarang jugak kak nak pi kerja!”
Pon! Pon! Pon!... Bunyi hon datang dari sebuah kereta Honda Civic berwarna putih yang menuju ke rumah Mak Wiyah. Luna berlari keluar rumah untuk melihat siapakah pemandu disebalik kereta itu. Kereta itu berhenti dihadapan rumah Mak Wiyah. Mak Wiyah dan Luna mengerutkan dahi dengan wajah yang ingin tahu siapakah pemilik kereta Honda Civic putih itu.” Mak... sejak bila abah beli kereta?” Tanya Luna kepada ibunya, “Kepala otak hang! Abah hang tak mampu aih beli kereta mewah ni!” Balas Mak Wiyah kepada Luna.
Pintu kereta itu pun dibuka, kemudian keluar seorang gadis kenalan kampung Luna, Luna dan Mak Wiyah memberi wajah yang terkejut kepada kawan sekampung Luna yang sedang menetap di Kuala Lumpur itu. Luna menjerit kepada kawannya Atitah.”Atitahhhh!!!” Luna terus berlari dengan kegembiraan dan terus memeluk kawannya itu. Atitah berkata “Aku rindu hang wehh Luna oii!!” Sambil memeluk erat dan menjerit. Mak Wiyah datang menghampiri mereka berdua. “Amboiii!! Tita.. Luna ja ka hang ingat?”. Atitah melepaskan pelukan Luna dan memeluk Mak Wiyah pula.”Tentu la ingat Mak Wiyah.. makin muda nohh Luna Mak hang ni.” Luna berkata “Tengok la mak sapa.” Mak Wiyah menyampuk “Ehh... ada-ada ja hang ni Tita... bila hang balik mai sini ?” Atitah menjawab”Baru ja sampai subuh tadi, saja balik mai sebab tengah cuti ni”.”ohh..” serentak Luna dan Mak Wiyah menjawab. Luna mencuit Atitah untuk bertanya “Tita... kereta sapa hang bawak balik ni ?” Atitah pun senyum tersengih-sengih, “Kereta aku la... ni ayah aku hadiahkan kat aku masa birthday aku tahun lepas.” Luna dan Mak Wiyah mengangguk faham lalu Mak Wiyah mengajak Atitah masuk ke dalam rumah.
Selepas selesai memasak dan makan. Mak Wiyah,Luna dan Atitah berada di ruang tamu. Atitah membuka ceritanya “Ni Mak Wiyah.. Luna.. sebenarnya Tita mai ni kan, ada offer kat hang Luna oii.” Luna dan Mak Wiyah terdiam dan wajah tertanya-tanya. “Offer apa?” Tanya Mak Wiyah kepada Atitah. “Macam ni Mak Wiyah... Tita ingat, Tita nak ajak Luna dok kat KL kerja dengan Tita dekat sana.. Ya la.. tengok Luna bukan dok buat apa pun kat rumah, lagi pun dekat sana, gaji mahal Mak Wiyah.” Luna dengan wajah yang teruja menyampuk “Aku setuju Tita.. Hat ni aku setuju!” Mak Wiyah pandang Luna dengan wajah kurang ‘confident’.
“Mak Wiyah bukan tak bagi dia pi Tita oii... tapi Mak Wiyah risau la kat dia... Hang tau kan Luna sorang la anak Mak Wiyah, takda sapa dah.” Luna membuat mulutnya yang muncung. “Alaaa.. Mak Wiyah, takyah risau aihh, Tita Ada kat sana, lagi pon Tita dok sorang kat sana, tu yang bosan.” Kata Atitah kepada Mak Wiyah.
Kedengaran bunyi motor yang datang menghampiri rumah Mak Wiyah. “Haa... tu Pak Teh hang balik dah, satgi kita tanya dia, kalau dia okay, Mak Wiyah okay ja.” Pak Teh masuk ke dalam rumah lalu duduk sebelah Mak Wiyah. Luna dan Atitah bangun dan bersalam dengan Pak Teh. “Ni abang.. Kami nak bincang dengan abang sikit ni.” Pak Teh pun bertanya “apa yang hangpa nak bincang, nampak macam serius ja?” Atitah pun bercerita tentang pendapatnya. “Kakak betoi ka nak cari kerja? Betoi ka Kakak nak ikut Tita?” Pak Teh bertanya pada Luna. “Betoi abah, Kak memang nak cari kerja, sambil tu boleh Kak cari duit kumpul untuk sambung belajaq nanti ka.” Luna menjawab dengan muka yang merayu. Akhirnya, Pak Teh mengizinkan Luna bekerja di KL. “Hangpa nak pi sana bila?” Tanya Pak Teh kepada Atitah. “Esok la Pak Teh, sebab Tita cuti hari ni ja.” Atitah menjawab soalan Pak Teh. “Ohh, okay-okay, haaa.. kak! Tunggu apa lagi, pi la kemaih barang nak pi esok.” Kata Pak Teh Kepada Luna. “Yahooo” Luna bangun melompat dan terus ke bilik.
“Amboii dia seronok nohh” kata Mak Wiyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience