Series
954
Selesai sarapan pagi, Luna, Mak Wiyah dan Pak Teh menunggu kehadiran Tita. Dari jauh kedengaran bunyi hon yang kuat. Pon! Pon! Ponnnnnnn! Kereta kepunyaan Tita menghampiri rumah Mak Wiyah. “Assalamualaikum.” Tegur Tita.
“Waalaikumsalam.” Jawab ketiga-tiga beranak.
“Wahhh Tita... awat aku tengok hang makin cantik, hang makan apa?” Tanya Luna.
Tita tersengih-sengih menjawab “Takda makan apa aihh, aku kan kerja model, so kena la nampak cantik selalu.” Kata Tita.
“Amboii kelas hang noo, kereta ada , rumah
Ada, kerja pon hebat noo,” kata Luna.
“Ishhh.. dah la cepat satgi kita lambat sampai dan lagi noo perli aku.” Dengan mulut muncung.
“Melawak jaa.” Kata Luna.
Pak Teh dan Mak Wiyah tersengih-sengih melihat gelagat dua sahabat ni.
“Kakak.. hang ingat naa dok sana jaga diri elok-elok, jaga adab tu , mulut hang pon jaga , jangan dok celupaq pulak depan orang naa.” Pesan Mak Wiyah kepada anaknya.
“Baik mak, kak ingat pesan mak , mak jangan risau naa , mak dengan abah jaga kesihatan tu , jangan dok buat kerja berat sangat.”
“Tita... Pak Teh harap hang boleh tengok sama anak Pak Teh ni, kalau dia nak pi mana- mana hang pi dengan dia , Pak Teh tak harap kat dia , sat lagi dia sesat jenuh nak cari , KL tu dah la besaq.” Kata Pak Teh kepada Tita.
“Yaa baik Pak Teh, Tita akan selalu jaga dia , Pak Teh dengan Mak Wiyah Tok sah dok risau noo.” Jawab Tita.
Luna terus menggapai tangan ibunya untuk bersalam dan berpelukan. Mak Wiyah mengalirkan air matanya tanpa tersedar. Luna mengesat air mata ibunya. Kemudian Luna bersalam pula dengan ayahnya. Sewaktu bersalam, Pak Teh menghulurkan wang berjumlah Rm100 kepada anak daranya, Luna turut mengalirkan air matanya dan memeluk ibu dan ayahnya. “Kak janji , kak akan balas jasa mak dengan abah naa , itu janji kak.” Sambil teresak-esak. Lalu kereta milik Tita bergerak meninggalkan kawasan kampung, lambaian kedua-dua ibu bapa Luna semakin hilang.
Setelah beberapa jam, akhirnya Luna dan Tita sampai ke Kuala Lumpur, dari dalam kereta, Luna rasa terpegun melihat kecantikkan bandar itu. “Wehh Tita, cantiknya KL ni... bangunan dia tinggi-tinggi noo.” Kata Luna Kepada Tita.
Tita senyum sinis. Tita memberhentikan keretanya dihadapan sebuah restoran. “Luna..Luna..ohh Luna!” Tita kejutkan Luna yang tertidur. “Kita dah sampai ka Tita?” Tanya Luna sambil mengeliat. “Ehh.. belum lagi, aku nak bawak hang pi makan la, aku lapaq ni tadi
pagi takdan nak breakfast, mak aku keluaq pi mana entah dengan pak aku.” Kata Tita.
“Ohh.. cantik jugak , aku pun tengah lapaq.” Balas Luna.
Kedua-dua sahabat ini turun dari kereta dan terus mendapatkan tempat duduk.
Selepas membuat order makanan, Luna masih lagi memerhati suasana tempat seperti orang kuno. “Wehh.. hang dok tengok-tengok apa?” Tita mencuit tangan Luna.
“Aku terpegun weh, cantik sangat tempat-tempat dekat KL ni.” Kata Luna.
“Apa-apa ja la hang ni.. ni sat lagi, aku nak bawak hang pi interview kerja naa.” Kata Tita.
“Wehh hang biaq betoi, awainya aku kena kerja!” Mata terbeliak dan menelan air liur.
“Ehh dak aihh, pi interview dulu, esok baru masuk kerja, aku paham aihh gadis yang bernama Luna Safiya Binti Che Puteh ni takkan pernah untuk ready bila buat sesuatu kerja.”
Perli Tita kepada Luna.
“Amboii hang perli nampak.. bagi la sat aku hirup udara dekat KL ni.” Kata Luna.
Setelah selesai makan, Luna mengeluarkan wang untuk membayar makanan. “Ni hang nak buat apa?” Tanya Tita.
“Aku nak bayaq la, awat kat sini makan free ka?” Balas Luna.
“Ishhh.. hang simpan sekarang duit hang tu dalam bag, biaq aku bayaq.” Kata Tita.
“Wahh.. hang belanja ka ? Terima kasih la Tita, tu yang sampai la ni aku sayang hang.” Luna memberi senyuman sinis.
“Ya la tu, dah hang pi tunggu kat kereta satgi aku pi.” Balas Tita.
Setelah interview, Luna diterima bekerja di sebuah Hotel lima bintang di Damansara. Tita terus memandu pulang ke rumahnya. Sampai di depan rumah , Tita mengambil alarm untuk membuka pagar pintu rumahnya. “Wahhhh... pagar tu buka sendiri ka wehh, gila la, macam robot noo, besaqnya weh rumah hang, berani noo hang tinggai sorang kat rumah ni.” Kata Luna, “ishh hang ni... mulut tu jaga noo, hang tak ingat apa mak hang pesan tadi.” Sindir Tita.
Luna terus menampar mulutnya. “Sorry-sorry.”
“Dah la ni toksah dok cakap banyak angkat beg hang naa.” Kata Tita. “Okay madam.” Balas Luna. Tita membuka pintu rumahnya. “Assalamualaikum.” Serentak Luna dan Tita.
“Haaa Luna... sini ruang tamu noo, so hang nak tengok TV ka , baring ka suka hati hang la, pastu sana tu ruang dapur, so lepas ni boleh la hang nak masak kat aku.” Terang Tita kepada Luna. “Amboii besaqnya TV hang , sofa pun empuk baqhang.. haa lepas ni memang aku suka masak” sambil duduk di sofa dan memerli Tita. “Ahahaha... bukan selalu aku dapat rasa masakan hang, lagi pun dapuq gas aku tu bukan berasap pun semenjak dok sini, aku kerja makan kat luaq ja , dah alang- alang hang ada
rajinkan la jari-jemari hang tu untuk masak, barang dapur jangan risau , hang list ja nanti aku beli.” Sambil tersengih- sengih macam kerang busuk. “Hurmm.. ya la.. apa-apa pun aku bersyukur dah hang bagi aku tumpang dok rumah hang, duit sewa nanti aku dapat gaji , aku bayaq noo.” Kata Luna. “Ehh ehh ehh... memandai ja , sapa suruh hang bayaq sewa, aku tak tumpangkan hang pun , rumah aku rumah hang jugak, aku tak sewa pon kat sapa- sapa,so hang tak payah nak gatai bayaq apa-apa kat aku noo.” Balas Tita. “Sebaknya rasa hati aku.. dapat kawan macam hang, terima kasih noo Tita, aku akan ingat jasa hang sampai aku mati.” Kata Luna dengan berwajah sedih.
“Dah dah.. takyah nak berdrama.. jom ikut aku naik ataih, nak tunjuk bilik hang.” Kata Tita. “ Tita.. rumah ni ada berapa bilik?” Tanya Luna.
“Ada 3 bilik, awat kenapa?” Balas Tita.
“Ehh saja tanya.” Kata Luna sambil memijak anak- anak tangga.
“Haa... sini bilik hang noo.” Kata Tita sambil membuka pintu bilik.
“Cantiknya wehh.” Balas Luna sambil membelek satu-satu barang dan terus duduk di atas katil.
“Tapi hang kena sapu sikit la , takut ada habuk ka apa, pastu dalam tandas tu kalau boleh hang cuci sama , aku takut berlumut ka apa , sebab aku tak cuci rumah dah 3 minggu so , takut la ada habuk.” Kata Tita yang berdiri depan pintu bilik. “ okay ja takda masalah, bilik hang tepi tangga tu ka?.” Balas Luna. “Wahh... pandai noo hang teka.. bilik aku yang kat tepi tangga so ada apa- apa mai ja la bilik aku tu.” kata Tita.
“Okay baik.” Balas Luna
“Luna.. satgi malam aku ada kerja tau , so hang duduk sorang- sorang kat rumah, takpa ka?” Tanya Tita.
“Aku okay ja, cuma lampu tu jangan dok off noo, sebab aku takut gelap.” Kata Luna.
“Laaa... masih tak hilang lagi ka tabiat hang tu?” Balas Tita sambil tergelak melihat riak muka Luna.
“Ishhh... perli aku la tu.” kata Luna.
“Haa Luna, jap eh aku ada sesuatu kat hang.”
Tita berlari masuk ke dalam biliknya untuk mengambil sesuatu barang.
“Nahh.. aku nak hang guna telefon ni, nanti jadi apa- apa senang boleh call aku.” Senyum Tita sambil menghulurkan kotak telefonnya kepada Luna.
“Ehh hang... tak payah kot, mahal telefon ni.”
“Lunaaa... hang pakai dulu , nanti dah dapat gaji hang nak beli telefon baru ka apa ka suka hati hang la , tapi sekarang aku nak hang pakai dulu noo.” Balas Tita.
“Okay baik. Thank you tau Tita, hang banyak tolong aku.” Tanpa sedar Luna mengalirkan air mata.
“Dia berdrama dah... adoii,hang ja sahabat yang boleh terima diri aku ni, hat lain semua tolak aku , sebab depa kata aku ni jahat la , pastu pakai seksi la , hurmm, even hang pakai tudung, hang tetap ada dengan aku , yang lain semua malu dapat kawan macam aku.”
Kedua-dua sahabat ini berpelukan.
“Ehh dah la, aku nak mandi apa semua noo ,satgi aku turun pi masak , pastu kita makan sama- sama tau.” Kata Luna.
“Okay Luna Safiya.” Balas Tita.
Share this novel