Series
954
Luna masuk wad di hospital.
Mak Wiyah dan Pak Teh datang melawat Luna.
“Tita, kenapa boleh jadi macam ni?” Tanya Mak Wiyah.
Luna menceritakan apa yang terjadi.
“Ya Allah sampai macam tu sekali Dato dan Datin sanggup buat, apa salah anak kita bang?” Mak Wiyah menangis melihat keadaan Luna.
Doktor yang merawat Luna datang ke arah Pak Teh, Mak Wiyah dan Luna.
“Siapa keluarga Luna Safiya?”
“Kami mak ayah Luna, anak saya macam mana dokter? Okay ka?”
“Saya dokter yang merawat Luna,Suami dia mana?” Tanya Doktor.
“Suami dia ada kerja kat luaq negara, kenapa ya?” Balas Tita.
“Macam ni sebenarnya... Saya nak minta kalau boleh Puan Luna tidak stress dan tidak membuat kerja berat-berat, sebab dia sedang di peringkat awal, so kena elakkan la.”
“Sat doktor.. saya tak paham la, peringkat awal apa?” Tanya Mak Wiyah.
“Ohh... semua tak tahu lagi ke? Sebenarnya Puan Luna sudah hamil 4 minggu.”
Tita, Mak Wiyah dan Pak Teh memberi wajah yang terkejut dan teruja.
“Alhamdulillah, bukan kami ja taktau, tuan punya badan pun taktau jugak.” Kata Pak Teh.
“Oh ye ke, tu la saya cadangkan jangan sesekali bagi Puan Luna stress, sebab ia boleh effect anak dalam kandungan, lagi pun Puan Luna masih dalam peringkat awal kandungan , so kena banyak rest la.” Kata Doktor.
“Terima kasih doktor na.” Kata Tita.
“Saya minta diri dulu ye.” Doktor berlalu pergi.
Luna tersedar dan cuba bangun.
“Ehh ehh... hang tidoq naa, jangan bangun, jaga hati yang hang bawak tu.” Kata Tita.
“Hati apa hang ni?” Luna mengerutkan dahinya.
“Kakak oiii! Hang mengandung la!” Jelas Mak Wiyah.
Luna terkejut dengan wajah yang gembira.
“Betoi ka mak kak mengandung?”
“Betoi la, baru 4 minggu, dokter kata hang tak boleh angkat benda berat-berat, yang paling penting hang jangan stress naa.”
Luna terdiam kerana teringatkan suaminya Mika. Dan tiba-tiba air matanya mengalir.
Mak Wiyah datang memeluk Luna.
“Kak sabaq naa, kak kena kuat walau apa pun jadi, kak kena percayakan Mika, mak percaya yang dia takkan buat lagutu.”
Luna terusan menangis.
Setelah sebulan Mika meninggalkan Luna tanpa khabar. Luna membuat keputusan untuk menghubungi peguam peribadi suaminya Tuan Hafiz.
“Hello assalamualaikum, Tuan Hafiz ka bercakap?”
“Ya saya.”
“Saya Luna Safiya isteri kepada Mr. Mikael Nasution, saya nak buat laporan yang suami saya dah tak balik lebih sebulan semenjak dia ke Shanghai.”
“Oh, itu saya tahu Puan, macam ni puan, saya pun ada perkara nak bincang dengan puan, boleh kita berjumpa?”
“Boleh, tapi saya ada dekat kampung saya Kedah.”
“Takpe, kalau macam tu, puan send location dekat whatsapp esok saya datang ke rumah puan.”
“Okay la kalau macam tu, kita jumpa esok na.”
Keesokkan harinya...
Tuan Hafiz datang ke rumah dengan seorang lelaki.
“Assalamualaikum Puan Luna.”
“Waalaikumsalam.”
“Saya Hafiz peguam kepada Mr. Mika, dan ini Yusri lelaki upahan Mr. Mika untuk memantau keadaan puan.”
“Jemput la masuk Tuan.”
Tuan Hafiz dan Yusri masuk untuk menceritakan apa yang sedang berlaku.
“Begini puan, saya diarah untuk menyiasat mengenai keluarga Dato Thom ni, untuk pengetahuan Puan, Mr. Mika iaitu suami puan bukan anak kandung kepada Dato Thom dan Datin Delaila. Sebenarnya Mr. Mika ini adalah anak yatim yang diambil dari Rumah Anak-anak Yatim di Selangor dan dijaga oleh Dato dan Datin. Nama bapa kepada Mr.Mika ditukar secara haram oleh Dato, mengikut undang-undang jabatan pendaftaran, nama bapa anak yatim akan kekal dan tidak boleh diubah mana-mana penjaga. Dan kami dapati, Dato dan Datin juga telah melakukan rasuah ke atas pertukaran nama tersebut dan pecah amanah dalam syarikat sendiri. Jadi, kami cuba untuk mencari bukti untuk mendakwa kesalahan yang Dato dan Datin lakukan.”
“Ohh... jadi sekarang ni, apa yang perlu saya buat?” Tanya Luna.
“Kalau puan nak tahu, Mr. Mika seorang yang sangat bijak dan berhati mulia. Mr. Mika telah mengupah Yusri untuk memantau keadaan Puan, kerana kami dapati Datin Delaila ada merancang untuk menjatuhkan puan ataupun dalam makna lain, untuk pisahkan puan dengan suami puan. Oleh itu, Mr. Mika telah menukarkan semua aset beliau ke atas nama puan serta nama syarikat yang beliau usahakan secara rahsia turut ditukarkan dari MNH Sdn Bhd ke MLS Sdn Bhd.”
“Sat apa yang MNH dan MLS?” Tanya Luna.
“Itu adalah nama syarikat herba yang Mr. Mika usahakan sendiri tanpa diketahui keluarganya, MNH stand for Mikael Nasution Herbs dan ditukarkan menjadi MLS iaitu Mikael Luna Safiya Sdn Bhd. Untuk pengetahuan puan, syarikat Dato Thom di Shanghai akan dijual akibat pemegang saham yang tidak lagi percayakan prestasi CEO disana iaitu Cik Nuha Lee, jadi Puan sebagai CEO MLS Sdn Bhd perlu beli share tersebut bagi mengembalikan shareholder syarikat tersebut.”
“So maknanya saya perlu ke Shanghai untuk bantu Dato dan sekaligus mencari bukti untuk sabitkan kesalahan Dato dan Datin.”
“Yes, exactly puan, saya takkan biar puan pergi berseorangan sebaiknya puan perlu berteman.”
“Tapi macam mana keadaan suami saya?”
“Puan jangan risau, mereka takkan buat apa-apa pada Mr Mika, yang penting plan kita perlu menjadi. Sekarang ini, Mr. Mika sedang mengumpul bukti untuk sabitkan mereka, cuma puan perlu jalankan plan ini, saya dan Yusri akan ikut sekali.”
“Okay baik, saya akan buat semua ni demi suami saya. Tapi Tuan, saya nak bagitau la, lately ni saya selalu kena ikut dengan seseorang yang saya tak kenai, even saya dekat kolej pun dia ada.”
“Sebenarnya itu Yusri, dia la yang memantau puan selama ni, dia kan spy kepada Mr. Mika.”
“Ohh okay saya baru tau.”
“Kalau macam tu esok saya akan dapatkan pengesahan dari pegawai PDRM untuk memantau keadaan kita sewaktu disana.” Kata Tuan Hafiz.
“Saya tertanya-tanya, kenapa Dato dan Datin bagi harta ni semua dekat Mika? Sedangkan depa tau yang Mika bukan anak kandung depa.”
Tanya Luna.
“Untuk pengetahuan puan lagi, Dato dan Datin terlibat dalam kes jenayah langgar lari sepasang suami isteri, dan suami isteri itu adalah ibu bapa kandung Mr. Mika, Dato dan Datin sebenarnya menumpang atas harta ibu bapa Mr. Mika. Hakikatnya mereka orang bersederhana je, tidak kaya, pangkat Dato dan Datin pun dibeli.”
“Astaghfirullah, kiranya Dato dan Datin merampas harta ibu bapa Mika la ya? Tapi Mr. Mika tau ka yang pasai kes langgar lari tu? Entah-entah dia berdendam ka?”
“Mr. Mika dah tahu semua tentang ni, sebab tu dia suruh saya siasat, jangan risau, Mr. Mika tak pernah berdendam cuma dia taknak terlibat dengan orang yang salah. Dia just nak orang yang bersalah terima hukuman, even Dato dan Datin tu dah jaga dia.”
“Ohh.. banyak juga yang suami saya berahsia dengan saya, saya jadi pening dengan kehidupan dia, tapi takpa, saya akan buat demi suami saya.”
“Baik la macam tu, kalau ada apa- apa esok saya akan update dekat puan.”
“Baik la tuan, saya akan bawak 2 orang kawan saya.”
“Saya minta diri dulu ya, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Luna menceritakan semua ini kepada abang Adam dan Tita, dia mengajak Luna dan Adam untuk temannya ke Shanghai.
Keesokkan harinya...
Luna, Tita dan Adam pergi ke Mall untuk membeli barang.
Tiba-tiba Luna mendapat call dari nombor private. Luna menjawab.
“Hello sayang.” Rupanya Mika.
“Hello.. abang ka ni?”
“Abang tak boleh lama-lama ni, takut diorang dengar, esok sayang akan ke Shanghai bersama Tuan Hafiz dan Yus kan, so abang nak sayang tolong hati-hati.”
Luna menangis mendengar suara suaminya.
“Baik abang... Luna nak bagi tau abang satu perkara ni..”
“Apa dia sayang?”
“Luna pregnant 1 bulan lebih dah.” Sambil mengesat air matanya.”
“Alhamdulillah, sayang janji dengan abang ya, jaga kandungan sayang baik-baik, setia dengan abang, and jangan percaya sesiapa selain abang.”
“Baik abang, Luna selalu setia dengan abang.”
“Abang pergi dulu assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Luna meletak panggilannya.
“Mika call ke?” Tanya abang Adam.
“Haa, esok kita kena pi Shanghai, dia suruh Luna hati-hati.”
“Takpa Luna, lagi pun aku, abang Adam, Tuan Hafiz dan Yusri ada ja dengan hang, kami akan cuba protect hang.”kata Tita.
Luna memeluk Tita dengan erat.
Keesokkan harinya..
Tuan Hafiz dan Yusri tunggu Luna di depan rumahnya.
Luna, Tita dan Adam sedang bersalaman dengan Pakteh dan Mak Wiyah.
“Kak! Ingat pesan mak, hati-hati dekat mana-mana pun, nak pi mana ajak Tita teman, hang kena ingat, hang sekarang dah ada yang menentang, lagi satu jaga anak tu.” Mak Wiyah peluk anaknya.
“Adam, Pak Teh harap hang boleh tengokkan Luna la noo, tolong jaga dia dekat sana, Pak Teh risau kalau jadi apa-apa kat dia.”
“Baik Pak Teh.” Balas Adam.
“Kak pi dulu noo, mak abah tolong doakan Luna berjaya dalam plan ni noo.”
Mereka terus bergerak ke airport.
Di airport...
“Okay semua penbayaran tiket saya dah settle, sekarang ni, saya nak Puan berhati-hati, sebab saya dapat tahu, Datin Delaila mengupah orang untuk siasat puan.”
“Baik Tuan, saya harap plan kita berjaya la noo.” Balas Luna.
“Insyaallah.”
“Ehh Tita, aku nak pi kedai kat situ sat, nak beli ayaq, tiba-tiba dahaga pulak.”
“Nak aku teman tak?”
“Eh takpa la dekat ja kat situ, hang nak ayaq apa-apa tak?”
“Hmm takmau la, hang beli ja la aku ayaq mineral.”
Luna menjeling Tita yang mengusiknya.
Luna berjalan menuju ke kedai di airport untuk membeli air.
Setelah beberapa jam menunggu ketibaan flight. Mereka semua sudah dalam perjalanan ke Shanghai.
Sampai di sana, Tuan Hafiz membawa Luna dan kawannya ke sebuah Hotel untuk menginap.
Malam hari, kesemua mereka berkumpul di restoran untuk berbincang tentang perjumpaan Luna dan Dato.
Di syarikat Dato Thom...
Dato Thom pergi ke bilik Mika untuk berbincang tentang penjualan saham mereka kepada sebuah syarikat kepunyaan anak Tan Sri Khalid yang Datin Delaila cadangkan, sekaligus membincangkan tentang perkahwinan anak Tan Sri Khalid iaitu Khaira Rania dan Mika.
“Mika.. you dah bincang dengan Khaira tentang penjualan saham and your wedding event?” Tanya Dato kepada Mika.
“Dah pa, Mika dah bincang, esok Khaira dan Tan Sri Khalid akan datang, dan esok jugak, Mika akan buat PC tentang share holder explanation and penerusan perkahwinan dengan CEO K.J.C Sdn Bhd.” Jelas Mika.
“Okay.. good! Papa dan mama nak kan yang terbaik untuk Mika, papa tahu, Mika takkan bahagia dengan perempuan kampung tu.”
“Mika buat semua ni sebab Mika sayangkan Luna.”
“Whatever!”
Mika telah merancangkan sesuatu untuk mensabitkan Dato dan Datin ke atas kesalahannya.
Mika telah berpakat dengan CEO K.J.C agar tidak meneruskan tentang perancangan Datin Delaila untuk mengahwini Khaira, selain itu, dia telah merancang tentang pertemuan Luna dan Dato dan Datin di PC esok. Esok Mika akan terangkan semua tentang kegiatan bapa dan ibu angkatnya. Mika telah menyerahkan bukti bergambar, video dan lain-lain kepada pihak polis malaysia yang mengikuti Luna dari awal.
Hari keesokkan yang paling ditunggu Luna.
Luna dan semua kawan-kawannya turun di lobby untuk perbincangan terakhir.
“Okay guys, saya dah dapat arahan dari PDRM supaya kita ready, sebab kita takut ada yang bertindak ganas. Puan Luna akan pergi dengan saya, Tita dan Adam. Yang lain stand by di belakang untuk kita serkap Dato dan Datin.”
Jelas Tuan Hafiz.
“So maknanya saya perlu berdepan dengan orang yang nak hancurkan saya..” kata Luna sambil memegang perutnya yang membuncit sedikit.
“Ye puan, puan perlu berhati-hati dengan mereka, setelah saya baca report penjualan saham syarikat itu, puan boleh terus dengan plan yang kita rancang haritu.”
Luna mengangguk faham.
Mereka semua sudah dalam perjalanan ke PC.
Di PC...
Semua wartawan sedang menunggu di bilik sidang media.
Mika, Dato, Datin dan Nuha masuk ke bilik sidang media untuk memulakan Press Conference.
Mika mengambil Microfon dan berucap.
“Hai assalamualaikum dan salam sejahtera, tujuan saya membuat PC hari ni adalah untuk menjelaskan tentang isu yang baru melanda syarikat Dato Thom Nasution. Sedia kita maklum, baru ini syarikat kami telah mengalami kerugian besar dan telah menyebabkan isu penjualan syarikat atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, syarikat kami mengeluarkan notis untuk menjual saham kepada salah seorang CEO. Dan saya akan memaklumkan tentang penerusan perkahwinan saya dengan CEO tersebut sebentar nanti.”
Luna dan semua pihak telah bersedia di luar bilik.
“Baiklah, kini masanya saya mengumumkan, CEO yang akan bekerjasama dengan syarikat kami untuk membantu masalah kewangan serta yang akan saya meneruskan perkahwinan dengan beliau, silakan masuk Puan Luna Safiya Binti Che Puteh.” Jelas Mika dalam PC.
Dato, Datin dan Nuha terkejut kerana apa yang mereka tahu, CEO yang akan bekerjasama dengan mereka adalah CEO K.J.C Sdn Bhd iaitu Khaira Rania Tan Sri Khalid.
Luna masuk diiiringi Tita, Tuan Hafiz, Yusri dan Adam.
Wartawan mengambil gambar Luna.
“Yess, she’s my wife.” Kata Mika.
Mika terus pergi mendekati isterinya.
“Mika!!! Apa semua ni?” You permainkan kita orang? Mana Khaira?” Tanya Datin.
“Heyy! Mika! I know what you want to do, i dah expect semua ni akan berlaku, yang memang tak sedar diri ya, Dato dan Datin kutip you bagi you kesenangan, macam ni you balas?” Tanya Nuha.
Dato dan Datin cuba menahan Nuha untuk bercakap tentang rahsia ini, namun Mika lebih tahu dari awal.
“Okay hadirin sekalian, semua boleh duduk.” Arah Mika.
“Tuan Hafiz silakan.” Arah Luna kepada Tuan Hafiz untuk membaca laporan.
“Salam sejahtera, saya Hafiz Mohamad peguam peribadi kepada Encik Mikael Nasution Bin Malik Fredine ingin memaklumkan tentang laporan pembelian saham dari syarikat yang mengalami masalah kewangan. Dalam laporan ini, MLS Sdn Bhd adalah syarikat yang berdaftar dan telah beroperasi sejak 10 tahun lalu, MLS Sdn Bhd yang dulunya beroperasi sebagai MNH Sdn Bhd yang dulu pengusahanya adalah Encik Mikael Nasution. Kini telah ditukar ke atas nama isterinya Puan Luna Safiya.” Jelas Tuan Hafiz.
“Boleh terangkan apa maksud MLS?” Tanya salah seorang wartawan.
“Mikael Luna Safiya.” Balas Mika.
Nuha dan Datin memberi riak wajah yang terkejut.
“Boleh saya tahu, bukankah nama Mr. Mika adalah Mikael Nasution Bin Thom Gresution?” Tanya salah seorang wartawan.
“Para hadirin, untuk pengetahuan anda, saya adalah anak angkat kepada Dato Thom Gresution dan Datin Delaila, saya dikutip oleh mereka di rumah anak-anak yatim di selangor.”
Jelas Mika.
“Mika.. apa semua ni? Ehh perempuan aku tahu ini semua angkara kau kan, kau siapa? Yang layak membuat penjualan saham adalah aku.” Tegas Dato.
“Tuan Thom Gresution, dalam akta pembelian dan penjualan saham ada menyatakan, penjual saham berhak ke atas mana-mana individu yang mahu menjual saham dan kepada sesiapa untuk membeli saham itu, tuan tak boleh kata lagutu.” Kata Luna.
“Ehh perempuan, kau hormat sikit ye, Dato ye bukan tuan!” Sibuk Nuha.
“Buat apa kalau pangkat itu dibeli secara haram cik Nuha? Untuk pengetahuan Tuan Thom dan Puan Delaila, saya ada bukti untuk sabitkan kesalahan jenayah tuan dan puan kerana langgar lari ke atas sepasang suami isteri iaitu ibu bapa kepada Mr. Mika, rasuah dalam penukaran nama Mr. Mika, penyelewengan harta syarikat dan pecah amanah terhadap harta Mr. Mika.” Balas Luna.
Tuan Thom dan Puan Delaila menjadi celaru dan tidak menentu arah selepas Luna berucap.
“Heyy perempuan, kau tak payah nak ugut aku la!” Jerit Puan Delaila.
Pasukan PDRM masuk ke dalam bilik dan terus menahan Puan Delaila dan Tuan Thom.
Nuha berjalan dan menghampiri Luna kemudian dia mengunci leher Luna dengan lengannya sambil mengacukan sebilah pisau ke arah leher Luna.
“Nuha!!! Jangan buat perkara bodoh la.” Jerit Mika.
Keadaan menjadi huru-hara.
“Kalau aku tak dapat apa yang aku nak! Luna pun takkan dapat apa yang dia nak!” Jerit Nuha.
“Jangan bergerak, lepaskan pisau tu.” jerit salah seorang anggota PDRM.
Luna menangis terisak-isak melihat apa yang berlaku di dengannya.
“Bunuh aku Nuha! Bunuh aku!” Jerit Luna.
“Kau nak mati yee.” Sambil ketawa.
Belum sempat Nuha mengangkat pisau , Nuha ditembak oleh salah seorang anggota Polis.
Nuha terjatuh dan rebah.
Luna berlari memeluk Mika dengan ketakutan.
Anggota polis menghubungi ambulan.
Share this novel