Series
954
Tiba-tiba bunyi telefon Luna. Ring! Ring! Ring!. Luna menjawab panggilan.
“Hello Luna, ni betoi ka aku tengok berita ni pasai hang?”
“Hello Tita, berita apa? Aku tak dengaq apa pun?”
“Ni sat lagi lepas hang letak telefon,hang bukak FB, hang tengok heboh pasai hang nak kahwin dengan Mika!”
Luna terdiam dan memandang Mika.
“Haa okay-okay, satgi aku tengok, okay bye.”
Luna meletak panggilan Tita, dan terus buka FB, dia melihat banyak cerita tersebut dikeluarkan.
“Luna! Luna! Awak okay ke?” Tanya Mika.
Luna diam memandang Mika, dan terus menunjukkan berita mengenai mereka.
Mika tersenyum. Luna mengerutkan dahinya.
“Kenapa encik senyum? Encik tak sedaq ka yang encik dan saya dah diviralkan!” Ujar Luna.
“Ye ye, saya tahu, saya minta maaf.. insyaallah, saya akan betulkan semua ini.”
Luna memandang ke luar tingkap.
Sampai di rumah. Luna keluar dari kereta Mika.
“Luna, saya janji, saya akan betulkan keadaan ini.” Kata Mika.
Luna tidak berkata apa-apa.
Selangkah Luna berjalan, tangan Luna ditarik.
“Luna, saya betul-betul cintakan awak.”
Luna melihat Mika dengan air matanya mengalir, lalu melepaskan tangannya dari genggaman Mika, dan terus masuk ke dalam rumah.
Luna bersandar ke pintu sambil menangis.
Ring! Ring! Ring! Bunyi telefon Luna.
“Hello assalamualaikum mak.”
“Waalaikumsalam Kak.. apa dah jadi ni? Betoi ka apa yang mak dengaq orang kampung dok habaq? Hang ada rampas boyfriend orang?”
Luna menjawab sambil menangis.
“Mak.. kak tak buat mak semua tu, semua ni salah paham mak.” Sambil mengesatkan air matanya.
“Takpa-takpa... kak jangan menangis, mak tetap percaya yang anak mak tak buat semua ni, dah-dah kak pi rehat dulu, tenangkan hati.”
Luna meletakkan telefonnya.
Tita turun dari tangga dan menuju ke arah Luna.
“Tita....” sambil Luna menangis dan berlari memeluk Tita.
“Sabaq Luna, aku tau hang kuat, jangan menangis, aku tau bukan salah hang..”
Keesokkan hari...
Luna sedang masak dan termenung di dapur. Tita turun dari atas dan menuju ke dapur.
“Weii Luna, sambal hang hangit oii!” Tegur Tita.
Luna terperanjat dan terus menggapai pan dan terus tuang dalam sinki serta menutup api gas.
“Weii sorry Tita.. aku tadi..”
“Hurmm... hang menangiskan.. teringat pasai berita tu..” ujar Tita.
“Tak dak aiih.. tadi aku potong bawang tu yang mata aku merah sikit.”
“Hurmm.. macam la aku ni baru kenai hang, sat lagi hang ikut aku, aku nak bawak hang pi cari kerja, sebab kawan aku dia nak pakai orang.”
“Weii, aku ni mana la tau nak jadi model.” Balas Luna.
“Aku tak suruh hang jadi model naa, aku suruh hang kerja dekat situ.”
“Ohh okay-okay, Tita satgi hang singgah sat dekat supermarket naa aku nak beli barang sikit.
“Haa okay-okay. Hang tunggu apa lagi, pi la siap lekaih.”
“Nak pi la ni ka?”
“Dak aihh, tahun depan baru hang kerja na.”
“Ishh... tanya sikit nak marah, ABC ka hang ni?”
“ABC tu natang apa pulak?”
“Allah Bagi Cuti.” Luna terus berlari naik ke bilik untuk bersiap.
Tita menjeling sahaja.
Setelah bersiap. Luna dan Tita keluar dari pintu rumah.
“Hang betoi ka nak resign kerja jadi PA Mika?”
“Haa.. aku takmau la kerja dengan dia, nanti lagi banyak berita depa dok sebaq pasai aku.”
Tita pun start enjin keretanya.
Luna sedang menunggu di luar pagar.
Tiba-tiba, wartawan datang serbu dan tanya soalan yang sama kepada Luna. Luna menutup mukanya kerana wartawan mengambil gambar wajahnya.
“Ehh apa ni dok ambil gambaq saya!” Kata Luna.
“Miss Luna.. betul ke miss ni akan berkahwin dengan Mika..?” Tanya wartwan.
Tibanya satu kereta BMW milik Mika.
Mika keluar dari kereta dan melindung Luna serta memasukkan Luna ke dalam keretanya.
Lalu mereka berlalu pergi meninggalkan wartwan.
“Encik buat apa kat sini? Encik kata nak betuikan keadaan? Mana janji encik? La ni saya takmau cakap banyak, saya resign jadi PA encik dan saya nak encik hantaq saya balik! Cepattt!!!”
Luna berleter serta menjerit kepada Mika.
Mika meletakkan jari telunjuknya di bibir Luna menandakan suruh diam.
Luna diam dan tidak berkata apa.
Sampai di restoran milik Mika.
Mika dan Luna saling memandang.
Luna berkata dalam hati.
“Apa la dosa aku sampai kena uji macam ni, yang Encik Mika pun satu, dok senyap ja dari tadi.”
Tiba pelayan menghantar 3 cawan jus oren kepada Luna.
“Awat saya ada 3 ayaq?”
“Awak minum bagi sejuk sikit hati awak tu.”
“Ehh.. saya tak dak masa la untuk semua ni Encik Mika, saya mai sini niat nak cari duit, bukan cari pasai dengan sapa-sapa dekat sini, dan saya takmau bila saya kerja dengan encik saya akan dipandang hina, pastu dok kata saya ni goda Encik Mika, saya memang takda niat langsung.”
“Siapa kata awak kerja dengan saya maknanya awak goda saya?”
“Semalam Encik Mika cakap pasai cinta tu.”
“Luna, saya ikhlas dengan awak, jujur saya kata , pertama kali saya jumpa awak, saya dah tertarik dengan personaliti awak, awak adalah wanita yang lain dari lain, saya tergoda dengan awak dan kalau awak nak tahu, saya dah jatuh cinta dengan awak semenjak saya jumpa awak dekat hotel lagi. Awak adalah wanita yang luar biasa bagi saya.”
“Maaf encik, saya rasa encik dah salah orang, encik salah untuk mencintai seseorang, saya tak boleh terima encik, dunia kita berbeza, encik ramai orang kenal, saya hanya perempuan yang tak matang, yang miskin datang ke sini mencari rezeki demi menyara keluarga saya yang dipandang hina, saya minta maaf.. saya pi dulu.”
Luna bangun dan mengambil beg tangannya,tetapi Mika sempat menggapai tangannya.
“I love you!” Kata Mika.
“Maaf... saya tak dapat balas cinta encik.”
Luna berlalu pergi. Beberapa minit kemudian.
Luna datang semula kepada Mika.
“Awak nak tengok hati saya ke?” Tanya Mika sambil senyum.
“Takdak la.. Encik.. boleh tak kalau saya nak pinjam Rm50 kat encik, dekat saya ada Rm5.. nak naik grab pun tak lepas.”ujar Luna.
“Dekat saya takde cash, takpe saya hantar awak.”
“Sat... ni ayaq sapa nak bayaq?” Tanya Luna.
“Ni kan restoran saya, tak payah bayar.”
Luna dan Mika terus ke tempat Tita.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
“Haa sampai pun.. aikk.. Mika pun ada sekali?” Tanya Tita.
“Dah la, mana kawan hang aku nak jumpa.” Kata Luna.
Datang seorang perempuan.
“Hai Luna.”
“Hai kak.”
“Amboii, bawa boyfriend ke?”
“Ehh takdak la, dia teman ja.” Kata Luna.
Mika berbisik di telinga Luna.
“Yaa, saya teman awak sampai ke syurga.”
Luna berubah wajah.
Selesai perbincangan tentang pekerjaan baru Luna. Luna, Mika dan Tita pergi ke kedai makan.
“So Mika.. macam mana dengan you okay ka? Macam mana dengan drama yang you tengah shooting tu?” Tanya Tita.
“Ohh.. shooting tu pending kejap, sebab Dato Bazli ada emergency case, pastu dengan gossip baru-baru ni lagi so, jadi pending la kejap.” Jawab Mika.
“Ohh.. Luna awat yang hang senyap dari tadi, hang dok risau apa lagi?”
“Aku dok risau mak dengan abah aku kat kampung, mesti depa rimas orang dok tanya pasai aku kat depa.”
Tiba-tiba telefon Luna bunyi.
Luna menjawab panggilan maknya.
“Hello assalamualaikum mak.”
“Waalaikumsalam.”
“Haa.. mak dengan abah sihat ka? Awat call kak?”
“Sihat ja kami ni.. mak nak tanya hang okay ka?”
“Haa kak okay ja, mak toksah risau naa, orang utaqa kena kuat.”
“Haa betui tu, ni kalau boleh mak nak esok hang balik kampung noo.”
“Hahh! Balik kampung? Awat pulak mak?”
“Mak kata balik, balik ja la, ada hal penting dekat sini.”
“Awatnya mak oii, kak ada kerja.”
“Kak... perkara ni hang tak boleh main-main, benda ni ada kena mengena dengan hidup dan mati, kalau hang tak balik , hang menyesal kak oi.”
“Haa pulak, awat yang dok campuq yang hidup dengan mati pulak.”
“Hang tak payah tanya banyak, esok pagi bertolak balik, mak dah habaq kat Tita suruh ambik cuti sekali.”
Luna memandang Tita.
“Haa okay mak.”
Luna menamatkan panggilan telefon.
“Awat yang hang tak habaq mak aku call hang?” Tanya Luna.
“Awatnya, takkan yang tu pun aku nak habaq kat hang, mak hang sendiri nak bagitau hang.”
“Ishh... esok hang tau kan kita kena balik kampung, nasib kerja aku ni fleksibel, boleh buat tang mana aku suka.”
“So maknanya, korang nak balik kampung la ye?” Tanya Mika.
“Yaa.. so 4 atau 5 hari ni saya takdak, tak payah nak mai rumah cari saya naa.” Ujar Luna.
“Okay, saya takkan cari awak dekat rumah, sebab saya tahu yang awak sentiasa dalam hati saya.” Mika senyum kepada Luna.
“Amboii Mika, sakan sungguh bagi pikat line.” Perli Tita.
“Sampai tapi tak penuh la encik..” kata Luna.
“Takpa saya cuba lagi.” Kata Mika.
Share this novel