Series
954
Sampai di set pergambaran. Luna dan Mika turun dari kereta.
“Encik... sini ka tempat encik shooting?”
“Yee.. sini la, kenapa?”
“Oh tak dak apa aihh, cantik tempat ni.” Tersengih-sengih.
“Luna awak ambil baju saya then awak bagi dekat Lola.” Terus pergi berjumpa Director.
Luna tidak sempat menanyakan siapa Lola.
Lantas Luna mengambil baju dalam kereta dan pergi ke kawasan set pergambaran.
Luna ternampak seorang perempuan yang duduk di meja solekan.
“Assalamualaikum kak.” Luna memberi salam.
“Waalaikumsalam.”
“Minta maaf la mengganggu, saya ni PA baru kepada Encik Mika, dia suruh bagi baju ni dekat Lola, kak tau ka sapa Lola?”
“Ohh... jap Mika hired PA, setahu i la dia ada manager dia si Adam tu. By the way, nama i Betty, make up artis, you cari Lola ada dekat sana, jaga wardrobe.”
“Saya taktau pulak dia ada manager, tapi dia yang ambik saya kerja, takpa la kak, saya pi letak baju dulu noo.” Luna terus pergi.
Luna pergi ke seorang lelaki yang menjaga wardrobe. Luna berkata dalam hati.
“Ehh... takkan dia ni nama Lola, bukan nama Lola tu perempuan ka? Takpa la aku tanya tengok, takut salah satgi naya ja.”
Luna menghampiri lelaki itu.
“Haii abang, ni baju Encik Mika.” Sambil menghulurkan baju.
“Hello... you ni siapa panggil i abang? Nama i Lola, you ni siapa?”
“Ohh.. Lola.. saya PA baru Encik Mika, dia suruh bagi baju ni dekat Lola.”
“Okay thank you.. by the way, cantik dress you. Baru kerja ke? Mana Adam manager Mika?”
“Haa... saya baru start kerja hari ni. Saya tak kenai pulak manager Encik Mika.”
Lalu Mika dari jauh memanggil Luna yang sedang berborak dengan Lola.
“Luna! Luna!”
“Ehh... tu Encik Mika dah panggil, saya pi dulu noo.”
“Okay.” Senyum Lola.
Luna berjalan laju ke Mika dan seorang lelaki.
“Ya encik.. ada apa?”
“Haa... saya kenalkan ini penerbit drama yang saya akan shooting ni Dato Bazli, Dato this is my new PA Luna Safiya.”
“Hai Luna nice to meet you, cantik dressing you.” Puji Dato Bazli.
“Hai Dato.. nice to meet you to, terima kasih Dato, saya biasa-biasa ja.”
“Jadi dia la yang kamu nak saya jadikan extra ke Mika?” Tanya Dato kepada Bazli.
“Yup Dato... saya rasa why not kita bagi peluang dekat dia sebab saya yakin dia boleh pegang apa-apa watak, lagi-lagi kalau scene yang sedih, sebab dia ni kuat emosi.” Perli Mika.
Luna menjeling ke arah Mika.
Dato ketawa kecil mendengar kata-kata Mika.
“Okay nanti kalau ada job or saya perlukan extra saya akan bagi tahu you la sebab drama ni dah penuh untuk extra, so insyaallah saya akan panggil untuk next project.”
“Okay Dato.” Ujar Mika.
Luna senyum sahaja.
Dato mengarahkan krew-krew stand by untuk shooting.
Luna dan Mika berjalan ke meja makanan.
“Awak nak makan ambil la, takyah nak malu-malu, lagi pun awak bertugas sebagai PA saya.”
Kata Mika.
“Ya ya.. satgi saya ambik sendiri.”
Mika mengambil nasi mee goreng di atas meja makanan itu lalu duduk menghadap Luna.
“Nah...” Mika menghulurkan suapan mee goreng kepada Luna.
“Ehh... saya takmau lagi encik, kan tadi saya dah makan dekat kedai encik, saya kenyang lagi ni.” Sambil mengelak dari Mika.
“Saya cakap makan, makan la, saya boss awak kan, so dengar cakap saya.”
Luna dengan muka yang pasrah dan geram melihat kelaku Mika, menerima suapan Mika.
“Amboiii... bersuap pulak... Girlfriend kau ke Mika?” Tegur Kak Hani yang bertugas sebagai Food Service.
“Ehh... takde la bukan Girlfriend.” Kata Mika.
Luna yang menarik nafas yang lega.
“Tapi..... my future wife.” Sambil berlalu pergi ke wardrobe.
Luna memberi reaksi wajah yang terkejut.
“Ehh dak! Dak! Saya PA dia ja kak.” Jelas Luna.
“Ye ke.. dah tu kenapa Mika kata awak tu future wife dia?” Sambil memerli.
“Dia.. dia.. memang lagutu, suka melawak.” Sambil sengih dan gagap.
“Ye la tu.. eh lupa nak kenalkan diri, nama akak Hani, panggil Kak Hani je, akak sebagai Food Service kat sini, nak makan datang je la.”
“Ohh, nama saya Luna, PA baru Mr. Mika. Baru ja kerja hari ni.”
“Oh... selamat datang ke dunia hiburan lakonan.” Kata Kak Hani.
“Terima kasih Kak Hani, saya pun taktau sangat la kerja-kerja kat sini, baru nak belajaq kenai.”
“Haa.. takpe nanti lama-lama awak kenal semua krew-krew kat sini, Luna ni orang utara ke?”
“Haa saya orang utara, mai sini nak cari kerja, nak bantu keluarga.”
“Bagus Luna, anak yang berjasa. Umur Luna berapa? Duduk seorang je ke kat sini?”
“Umur saya 19 tahun, duduk dengan kawan dekat sini.”
“Uishhh! Muda lagi la Luna ni, kenapa tak sambung belajar?”
“Arrr... saya ni mai dari keluarga yang susah kak, sebab tu saya mai nak cari duit, pastu ada duit nanti saya nak sambung belajaq.”
“Haa... bagus! Bagus! Akak pun faham situasi Luna, sebab akak pun dari orang susah juga, tapi alhamdulillah berkat usaha dan doa mak dan ayah akak, akak boleh sampai ke tahap ni.”
“Tu la kan kak, mak dengan abah luna selalu pesan, jangan putuih doa kat Allah, sebab doa yang tak putus tu la Allah akan Makbulkan.”
“Haa betul tu.”
Setelah selesai pergambaran, dan semua krew-krew mengemas untuk balik.
Mika datang ke keretanya dan melihat Luna yang tidur di dalam kereta.
Mika masuk dan menutup pintu keretanya, saat itu Luna terjaga dari tidur.
“Encik... kita dah habis ka?”
“Haa.. dah habis... seronoknya tengok awak tidur ye.” Perli Mika.
“Sorry encik, saya pening kepala sikit tadi, tu yang saya rest dekat dalam kereta.”
“Ye la, nak saya bawak pegi klinik?”
“Ehh takpa encik, saya okay ja, sikit ja, saya minta maaf kalau encik anggap saya curi tulang.”
“Takde apa la, saya okay je, lagi pun awak pening kepala kan, awak tidur la ,kejap lagi kalau sampai saya kejut.”
Luna pun letakkan kepalanya semula dan sambung tidur.
Keesokkannya Luna bangun dari tidur. Dia pelik kerana dia ada dalam bilik.
Luna bangun dari katil dan terus mencari Tita.
“Tita! Tita! Tita!.”
“Woii! Awat aku ada dekat depan ni.”
Tita sedang menonton TV.
Luna turun dan pergi ke Tita.
“Weii! Semalam aku bukan tidoq dalam kereta Encik Mika ka?”
“Hurmmm... tu la hang, tidoq mati sangat..”
“Awatnya?” Tanya Luna.
“Encik Mika yang angkat hang bawak naik atas.”
Luna terkejut beruk.
“Hahhhhh!!!! Awat dia angkat? Awat hang tak kejut aku?” Menggelabah Luna.
“Ni! Aku kejut hang sampai jiran tempit aku kata aku bising hang tak bangun, last kali, Encik Mika la angkat hang.” Ujar Tita.
“Weii! Dia angkat ja kan.. takda bukak tudung ka atau buat apa-apa kat aku kan..?”
“Takdak aihh, aku yang bukak tudung hang, pastu dia tumpang solat sat kat bawah teruih dia balik.”
“Selamat..” Luna menarik nafas lega, dan memegang dadanya.
“Tapikan Luna... aku rasa kan, Mika tu suka kt hang la.”
Luna melihat Tita dengan mata yang tajam.
“Apa hang dok merepek pagi-pagi ni, aku dengan dia sekadar majikan dan pekerja tau dak, lagi pun taraf dia dengan aku berbeza kalau hang nak tau.”
“Hello Miss Luna! La ni cinta bukan kira taraf ka, pangkat ka, darjat ka, janji 2 hati saling mencintai.”
“Apa-apa ja la...”
Telefon Luna bunyi. Ring! Ring! Ring!
Luna melihat nama tertera ‘Encik Mika’.
Luna menjawab panggilan telefon.
“Hello assalamualaikum Encik Mika.”
“Waalaikumsalam Miss Luna, nyenyak tidur?”
“Encik Mika ada apa call saya?”
“Jawab dulu soalan saya.”
“Yaa, nyenyak ja.. siap mimpi lagi!”
Mika ketawa kecil.
“Mimpikan siapa? Mimpi saya eh?”
“Ehh mana ada, saya mimpi ada seekoq beruk angkat saya.” Perli Luna.
“Elehh.. orang dah tolong dia bukan nak ucap terima kasih, kalau ikutkan nak je saya bawak awak tidur kat hotel, nasib Tita ada time tu, kalau dia keluar ke kan, saya nak bawak awak tidur hotel dengan saya.”
Luna mengerutkan dahinya.
“Dah tak payah nak merepek, encik ada apa call saya?”
“Ni.. saya nak inform yang hari ni awak tak payah ikut saya pergi shooting sebab Dato cancel shooting hari ni dan saya dah add awak dalam grup Director, so apa-apa awak boleh check scene saya bila then awak kena inform dekat saya.”
“Alhamdulillah, maknanya saya cuti la and boleh rest dekat rumah.” Dengan wajah yang excited.
“Ehh hello Miss Luna, awak tak cuti, saya je cuti, so hari ni awak kena teman saya.”
“Pi mana pulak encik? Saya ni ingat baru la nak rest nak tengok TV, lagi pun banyak kerja rumah ni.”
“Awak kerja dengan siapa eh?” Sindir Mika.
“Ishh! Ya la, sat saya nak pi siap.”
“Hehehe, good dalam pukul 12 saya pegi ambil awak.”
“Yaa , ok bye assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Luna naik atas untuk bersiap.
Selepas bersiap Luna turun ke bawah.
“Luna! Mika dah tunggu hang kat luaq.” Kata Tita.
“Haa okay-okay, ni hang nak apa-apa ka? Aku nak beli?” Tanya Luna.
“Ehh takpa-takpa, sat lagi aku nak keluaq pi photoshoot.”
“Haa baik, aku pi dulu noo, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Luna keluar dari pintu dan menutup pintu pagar.
Luna membuka pintu kereta dan masuk.
Mika memandang Luna dengan lama.
“Kenapa encik tengok saya? Ada yang tak kena ka?”
“Kenapa? Salah ke saya tengok PA saya yang cantik ni.”
“Thanks encik atas pujian, dah sekarang encik boleh gerakkan kereta kot.”
Mika terus masukkan gear dan meneruskan perjalanan.
“Encik nak pi mana ni? Saya tanya dari semalam lagi, encik tak habaq pun.”
“Saya nak bawak awak pegi ke suatu tempat di mana waktu saya free dari shooting.”
“Okay, jauh ka dari sini? Dekat mana?”
“Yee... jauh sangat... jauh dalam hati saya.” Sambil senyum senget.
“Ehhh! Sat sat sat.” Sambil pegang dada.
“Tak sampai la pikat line encik.” Sambil geleng kepala. Kata Luna.
“Cewahhh tak sampai.. padahal dalam hati tu mesti cair dah.” Kata Mika.
“Hello excuse me! Hanya seorang ja boleh bagi saya cayaq..”
“Siapa?”
“My future husband.”
Mika mengangkat kening sebelah kanannya.
Setelah beberapa minit. Mereka telah sampai ke suatu tempat yang penuh dengan tanaman pokok-pokok.
“Kita dekat mana ni encik?”
“Kita ada dekat Mall!” Perli Mika.
Luna membuat muka yang masam.
“Kita dekat kebun saya, selain shooting, saya juga ada buat bisness herba dari tanaman-tanaman pokok macam Durian belanda, pokok Belalai Gajah.”
“So apa fungsinya encik bawak saya mai sini?”
“Kan awak nak tahu semua tentang saya, awak dah lupa siapa awak?”
“Ohh ya ya , sorry encik. Kiranya encik ada business sendiri la?”
“Yaa.. kalau awak tengok yang hujung tu, kilang saya, diorang buat pemprosesan herba-herba yang kering then yang sebelah sana kilang saya jugak, diorang buat pembungkusan herba-herba seperti daun belalai gajah ni, saya buat uncang teh, dia bagus untuk kanser.”
“Wowwww.. sat.. encik ni Owner kepada MNH Sdn Bhd la yang keluaqkan barang-barang herba tu?”
“Yess, i am.”
Luna membuat muka terkejut.
“Tak payah la nak terkejut sangat, ini rahsia tau, tak ada siapa tahu saya buat business ni, awak salah seorang yang saya percaya.”
“Ehh takkan family encik taktau?”
“Even family saya pun tak tahu, sebenarnya banyak lagi awak tak tahu tentang saya. Dah jom.” Sambil menuju ke arah kereta.
“Ehh encik nak balik dah ka? Mai sini tak sampai 10 minit dah nak balik?”
“Ye la, awak nak tidur sini ke? Kalau taknak balik takpe saya balik sorang.” Mika terus masuk tanpa pedulikan Luna.
“Ehh encik.. sat sat tunggu saya.” Terus berlari masuk ke dalam kereta.
Mika terus ke suatu Mall.
“Encik kata nak balik?” Tanya Luna.
“Awak ni, kalau sehari tak diam boleh mati ke? Mulut tu dari tadi PotPet! PotPet!”
“Kalau encik nak tau, orang utaqa ni mulut banyak, so kami memang takkan boleh senyap walau seminit, kecuali masa tidoq ja.”
Sambil berborak sambil berjalan ke pintu Mall.
“Encik nak beli apa mai sini?” Tanya Luna.
“Miss Luna.. saya lapar, dan saya nak makan, saya dari tadi tak breakfast.”
“Haa baguih la tu, saya pun tak makan lagi, nasib encik ingatkan saya.”
Mika membuat muka yang redha.
Sampai satu restoran, mereka duduk di tempat yang mereka pilih.
“Encik jangan habaq restoran ni encik punya naa.” Perli Luna.
“Kenapa kalau saya punya?”
“Ha la satgi jenuh saya nak kena bayaq hutang saya.”
“Tak la, ni bukan restoran saya.” Balas Mika.
“Waitter?” Mika memanggil pelayan.
“Yes, encik nak makan apa?” Tanya pelayan.
“Bagi saya Spagetti Carbonara dan Ice Lemon Tea.” Kata Mika.
“Cik nak makan apa?” Tanya pelayan kepada Luna.
“Aaaaa... hmmm... bagi sama macam dia la.” Sambil menunjuk Mika.
“Okay thank you.” Pelayan terus pergi.
“Kenapa awak tiru apa yang saya order?”
“Encik ni.. saya mana tau apa menu dekat sini, awat depa tak bagi buku menu? Mana saya atau apa yang ada jual kat sini.” Balas Luna.
“Ohh... patut la gagap nak order tadi.” Sambil ketawa kecil.
“Amboiii perli saya nampak.” Luna membuat muka masam.
“Hahahaha! Ehh awak tahu tak, awak kalau buat muka macam tu saling tak tumpah macam orang tahan kentut.” Perli Mika lagi.
Luna terus berpaling ke lain dan merajuk.
Makanan telah sampai. Luna memandang sahaja makanan itu.
“Ehh kenapa awak tengok je makanan tu? Boleh kenyang ke?” Tanya Mika.
Luna menjeling Mika dan terus mengalihkan mukanya ke tempat lain.
Kemudian Mika menghulurkan suapan spagetti itu ke arah mulut Mika.
Luna memandang Mika dengan pelik.
“Nahh... makan cepat..”
Luna memandang Mika dengan serius.
“Cepat laa...” ujar Mika.
Luna makan suapan yang dihulur Mika.
Tiba-tiba... ada 5 wartawan datang ke meja mereka dan mengambil gambar serta bertanya soalan-soalan sulit.
“Mr. Mika, saya Fia dari majalah Panas Sensasi,betul ke ini bakal isteri Mr. Mika?” Tanya wartawan sambil tanya kepada Mika.
Luna menutup mukanya.
Mika bangun dan menjawab soalan wartawan itu.
“Yaa.. dia bakal isteri saya.” Terus Mika menarik tangan Luna dan melindungi wajah Luna serta berlari ke arah parking dan masuk ke dalam kereta. Mika terus memandu keretanya keluar dari Mall.
Luna terdiam dari tadi selepas diserang wartawan.
Share this novel