Series
954
Hari untuk beli barang hantaran...
Luna turun ke dapur kerana Mak Wiyah panggil sarapan.
“Kakak! Kakak! Mai turun menyoqokk oii!”
“Haa sat sat...” balas Luna.
Luna mengenakan tudungnya di hadapan cermin.
Luna terkejut melihat Mika sarapan sekali dengan Mak Wiyah dan Pak Teh.
“Ni awat encik ada kat sini?” Tanya Luna.
“Abah ajak dia menyoqok sekali, dah hari ni hampa dua nak pi beli barang hantaran kan.” Kata Pak Teh.
“Bilanya? Tak habaq apa pun..”
“Kan saya dah whatsapp awak semalam, takkan dah lupa kot.” Balas Mika.
“Semalam saya tidoq awai, takdan nak tengok.”
“Dah! Dah! Makan lekaih sat lagi hangpa kalut pulak dengan baju lagi.”
“Laaa... hari tu mak kata baju, mak nak jahitkan.” Kata Luna.
“Saya yang tak kasi mak jahit, kesian la kat mak, dengan banyak kerja rumah lagi, kita pergi beli je jap lagi.” Kata Mika.
“Awak yang encik nak kena membaziaq haa? Tu baju tunang tu! Awat yang pi beli kain mahaii?”
“Salah ke saya beli untuk bakal isteri saya sendiri.” Kata Mika.
“Haishhh! Luna oii! Awat yang dok panggil Mika tu encik, la ni dia bukan boss hang dah, dia bakal suami hang kan Mika.”
“Haa betul cakap mak, panggil la sayang ke, abang ke?”
“Ehh dakk, panggil cinta hati..” balas Mak Wiyah.
“Okay-okay, nanti Luna practice naa.”
Selepas selesai Luna dan Mika bergerak ke Mall berdekatan.
Sedang mereka berdua berjalan, mereka terserempak dengan kawan lama Mika.
“Ehh... Mika!”
Mika dan Luna menoleh ke belakang.
“Ehh.. Nuha.. you buat apa dekat sini?” Tanya Mika.
“I ada meeting dekat sini, then terserempak dengan you, ni siapa? PA you ehh? Nahh PA you angkat barang i ni.”
Luna berasa geram, tapi dia dapat mengawal geramnya.
“Ehh tak, dia bukan PA i.. dia bakal isteri i.” Balas Mika.
“Ohhh, i see, kenapa perempuan macam ni you pilih, i tak sangka you punya taste dah tukar.” Balas Nuha.
“Nuha... perempuan yang lain tak sama macam dia, haa anway, this is Luna Safiya my future wife, and sayang this is Nuha Lee kawan lama abang dekat Shanghai dulu.”
“Assalamualaikum Cik Nuha.” Balas Luna.
“Waalaikumsalam, okay la Mika, i got to go, so next time kita boleh pergi chill-chill, if you free just give me your call, ok bye.”
Luna menjeling ke arah Nuha.
“Awat yang dia tergedik-gedik sangat?” Tanya Luna.
“Dah la, jom kita pergi kedai sana.” Balas Mika.
Selesai pergi beli barang hantaran.
Luna dan Mika ke satu butik berdekatan untuk tempah baju pengantin.
Selesai ke butik.
Luna dan Mika balik ke rumah.
Kelihatan Mak Wiyah dan Pak Teh sedang berborak di beranda luar rumah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.. dah beli ka semua?”
“Haa dah beli dah...”
“Ni Mika.. mak nak tanya la, sempat ka hang nak tempah baju tu, kenduri hangpa tinggai seminggu ja lagi.” Tanya Mak Wiyah.
“Insyaallah sempat mak, Mika dah bagitau kat diorang majlis tu bila.”
“Haa baguih la, abah dah settle khemah, meja apa semua dengan Pak Su hang.” Balas Pak Teh.
“Heyy kak! Awat hang dok senyap dari tadi? Ada apa-apa hang lupa nak beli ka?”
“Ehh dak aih... semua cukup kan husband kan.”
Balas Luna. Mika menunjukkan reaksi pelik.
“Awat yang kak panggil Mika husband.” Tanya Pak Teh.
“Haa la Mika kan bakal suami kak, kak panggil la dia husband, and dia panggil la kak wife, sweetkan mak.” Kata Luan sambil ketawa kecil.
Mak memberi reaksi wajah yang pelik.
“Haa abah.. Mika ingat, abah berhenti la kerja dengan Pak Ayob tu, Mika nak abah kerja dengan Mika.” Kata Mika.
“Ehh.. kerja apa husband nak bagi kat abah? Driver ka? Takkan krew kat set plak?” Kata Luna.
“Ishh awak ni, ke situ pulak, saya nak abah jadi pengurus tanaman herba saya tu la, memandangkan nanti saya sibuk dengan shooting, so kalau ada abah, boleh la tengokkan semua tu, lagi pun abah tahukan tentang pengurusan tanaman ni.”
“Ohh... ikut la, Luna tak kisah, janji abah ada kerja.” Kata Luna.
“Betoi ka Mika.. tapi tempat tu dekat mana? Kalau jauh jenuh jugak abah nak ulang alik pi naik motor.” Tanya abah.
“Dekat Perak, tapi abah jangan risau, kerja abah melawat dan mengurus sahaja, abah akan ada pembantu dekat sana, esok Mika bawak abah untuk tunjukkan kawasan dekat situ, pasal transport jangan risau, Mika ingat nak belikan abah kereta, nanti senang la abah nak ulang alik.”
“Uishhh... tak payah la kot Mika, abah takmau orang pandang abah dok kikis harta menantu abah.” Balas Pak Teh.
“Tak apa, abah takyah la nak risau, mulut orang tak boleh tutup, so kita ni move on je, kalau nak dengar cakap orang sampai bila pun tak maju.”
“Wuu... awak ni boleh jadi motivater dah noo.” Balas Luna.
“Ye la, motivater awak ke syurga.” Balas Mika.
“Luna dapat rasa la...”
“Rasa apa?”
“Rasa kehangatan cinta kita semakin membara.” Balas Luna.
“Wuuuuu..... terpanah dalam kalbu abang ni.” Balas Mika.
Pak Teh dan Mak Wiyah tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
Hari yang perkahwinan Luna dan Mika.
Setelah selesai Majlis Akad Nikah dan bersanding. Luna dan Mika ke meja makan untuk menjamu selera.
“Miss Luna dah ready ke untuk honeymoon esok?” Tanya Mika.
“Hahh? Tak habaq pun kata nak pi esok? Nak pi dekat mana?”
“Abang nak bawa sayang pergi bulan.”
“Ishh... takmau la, cliche ja ke bulan, apa kata kita pi matahari pulak.”
“Miss Luna tak panas ke dekat sana nanti?”
“Takkan panas matahari tu as long as teman syurga saya ada sebelah.” Balas Luna.
Mika menarik tangan Luna kerana tidak sabar.
“Haishh... sabaq makan dulu.” Sambil tersenyum lebar.
Selepas makan, Luna dan Mika ada photoshoot di pantai bersama krew-krew lain.
Sedang bergambar, Mika disapa oleh seorang lelaki merupakan manager Mika.
“Hai assalamualaikum Mikael Nasution, tahniah atas perkahwinan kau.”
Luna seakan kenal dengan Adam, rupanya Adam adalah kawan sekolah Luna dan Tita.
“Abang Adam?” Luna menegur.
“Luna Safiya?” Tegur Adam.
“Ya la, ni Luna la, wahhh makin segak dia, sat sat.. abang kenai ka abang Adam?” Tanya Luna kepada Mika.
“Ye la, Adam ni manager abang, ni macam mana Luna kenal Adam?” Tanya Mika.
“Kalau kau nak tahu, Luna ni dulu junior aku time sekolah menengah, lepas tu habis sekolah, aku ikut family pindah KL, so jarang la aku nak balik kampung.” Jelas Adam.
“Gilaa tak kenaii, sat awat yang cakap KL? Loghat utaqa abang mana pi? Duk KL sampai lupa utaqa noo.” Perli Luna.
“Isshh.. takde la, abang adam tak lupa pun utara, lagi-lagi Luna, abang tak pernah lupa, tahniah Luna, dah jadi isteri boss abang ye, tak sangka dunia ni kecil.” Kata Adam.
Tita datang ke arah Luna dan Mika.
“Weii Luna.. aku pi duk sana sat naa, panaih la kat sini.” Kata Tita.
“Tita ke ni? Ya Allah ingatkan sape la, dah cantik dah.” Tegur Adam kepada Tita.
“Abang Adam ka? Buat apa kat sini, amboii dia pun lebih kurang elok sekarang.”
“Kalau hang nak tau Tita, abang Adam ni manager pada Mika.” Jelas Luna.
“Laa ya ka... dunia ni kecik noo.. takpa la, aku dok sana sat na, panaih ni pening kepala satgi.”
Luna dan Mika terus bergambar.
Keesokkan hari...
Luna dan Mika berada di sebuah resort untuk berbulan madu. Mereka berdua masuk dalam bilik.
“Wahh... abang cantiknya bilik ni..” Luna dengan ekspresi wajahnya yang teruja.
“Haa kan....” Sambil duduk di sofa.
“Sayang.. jom kita pergi makan.”
“Ya tuhan, abang tadi bukan ka kita dah breakfast?”
“Tu breakfast, sekarang dah nak masuk waktu lunch... sayang, meh duduk atas abang ni.”
“Hahh? Nak buat apa duduk ataih abang?”
“Nak romantik la.” Kata Mika.
“Boleh... tutup mata dulu..”
Mika menutup mata.
“Pejam naa jangan buka...” Luna mengambil bantal tidur atas katil dan meletakkan atas peha Mika.
“Romantik masa lapaq mana boleh abang..”
Luna duduk di atas katil.
“Kalau tak boleh makan, abang makan sayang.”
Mika membuka mata dan memegang bantal yang diletakkan atas pehanya.
Luna tergelak terbahak-bahak.
Mika bangun dan duduk menghadapa Luna.
“Sayang..”
“Yaa abang..”
“Nanti kalau kita ada anak kan.. abang nak 20 orang boleh?”
“Uishhh 20 orang?... tak payah.. Luna bagi abang 50 orang biaq boleh buat satu team tentera darat.” Perli Luna.
“Betul ke ni?”
“Luna lawak ja la... yang penting Luna akan berusaha menjadi yang terbaik untuk abang.”
“Awww so sweet my wife.. jom?”
Luna menutup badannya dengan kedua-dua tangan.
“Tengok tu, gelojoh sungguh la perangai.”
“Bukan maksud abang macam tu, sayang pergi ambil wuduk, abang nak imamkan sayang.”
“Alhamdulillah.” Luna mengAminkan.
“Baikkan abang.. suami siapa?”
“Suami saya la.” Balas Luna.
Setelah solat, Luna dan Mika keluar ke pasar malam.
Luna ternampak tudung selendang yang cantik
“Akak.. berapa ni?” Tanya Luna kepada akak yang duduk di kerusi roda itu.
“Yang ni Rm20 ringgit sehelai dik.”
“Tudia... mahainya, takleh murah lagi ka kak? Hari tu saya beli macam ni baru Rm12.” Balas Luna.
“Tak boleh dik, ni pun akak ambik berapa ringgit je untung.”
Luna berbisik kepada Mika.
“Abang... tak payah beli la, kak ni juai mahai la, Luna rasa kat depan tu ada lagi hat murah.” Luna menarik tangan Mika, tapi Mika menarik semula dan berbisik.
“Sayang... beli je la dekat akak ni, sayang tak tengok ke keadaan akak ni, kesian dekat dia.”
Luna melihat akak tu semula, dan Memilih tudung yang dia mahu.
“Okay... Luna nak warna pink hat ni.” Sambil ambil tudung itu.
“Haa akak bagi yang ni la.” Kata Luna.
“Berapa ye kak?” Tanya Mika.
“Rm20 je dik.”
Mika keluarkan dompetnya dan menghulurkan duit Rm50 kepada akak itu.
“Dik.. takde duit kecil ke? Akak takde kecil la..”
Tanya akak tu.
“Takpe kak, lebih tu saya sedekah.”
“Ehh.. betul ke ni dik? Untung la awak dapat suami macam ni.” Balas akak.
“Haa suami saya memang baik.”
Selepas semalaman duduk di resort untuk honeymoon. Mika dan Luna pulang ke kampung.
Keesokkan paginya.
“Lunaa! Mikaa! Mai makan oii.” Jerit Mak Wiyah yang berada di meja makan.
“Haa sat.. sat..” balas Luna.
Mika dan Luna terus ke meja makan untuk makan bersama Abah dan Mak.
“Ni hang ni lepaih kahwin awat yang baloq nak tolong aku?” Tanya Mak.
“Ishh mak ni... mana kak baloq, kak baru ja habih honeymoon, bagi la chance sikit.”
Balas Luna.
Mika ketawa kecil sambil menunjukkan ibu jarinya tanda memerli Luna kena marah.
“Ishh Wiyah oii, kot iya pun bagi la dia makan dulu kesian depa lapaq, ha ni Mika.. abah nak tanya ni, bila abah boleh mula kerja? Abah dah berhenti kerja dengan Pak Ayob hang tu.” tanya Abah.
“Ohh... pasal tu abah takyah risau, Mika rasa esok abah dah boleh kerja, sebab petang ni kita pergi ambil kereta yang hari tu abah pilih, diorang dah call kata dah siap, so japgi kita pergi ambil la.” Balas Mika.
“Uishh... bilanya abah dengan abang pi? Kenapa Luna taktau pun?” Tanya Luna.
“Laa kan hari tu selepas abang dan abah pergi melewat kebun lepas balik tu abang singgah la pergi tengok kereta.”
“Ohh...” jawab Luna dan Mak Wiyah.
“Abah.. mak.. Mika ingat japgi Mika nak bawak Luna pergi register kolej dia dekat-dekat sini je, sebab course yang dia minta tu takda dekat area pekan, lagi pun dekat, boleh je Mika nak hantar pergi balik.”
“Uishhh.. awat Luna taktau pun yang abang nak registerkan untuk Luna.”
“Saja nak suprisekan..” kata Mika.
“Banyak la abang punya surprise.”
Tiba-tiba Tita datang dari pintu belakang.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Jawab sekeluarga.
“Ni Tita nak bagitau ni, Tita dah nak balik KL ni
“Pi la balik.” Kata Mak Wiyah.
“Amboii Mak Wiyah, tau la baru dapat menantu, takkan dah nak lupa Tita.” Balas Tita dengan mulut muncung.
“Ehh, dak aihh, aku main-main ja.” Sambil Mak Wiyah ketawa kecil.
“Tapi... tak boleh balik pulak la.” Kata Tita.
“Awatnya?” Tanya Luna.
“Ada orang mai masuk minang tadi.”
“Hahh?” Sekeluarga terkejut dengan apa yang Tita cakap.
“Sapa?” Tanya Mak Wiyah.
“Abang Adam!” Jawab Tita.
Semua memberi reaksi terkejut.
“Adam anak Pak Long Yahya tu ka?” Tanya Mak Wiyah lagi.
“Haa laa Mak Wiyah.”
“Alhamdulillah laa... ehh sat bukan dulu dia dok syok dekat Luna ka?” Kata Mak Wiyah.
“Ishhh mak ni... benda lama toksah la ungkit.
Muka Mika menjadi lain.
“Itu Tita taktau Mak Wiyah, yang Tita tau, lagi 6 bulan jangan lupa mai kenduri Tita na.”
Semua membuat muka yang terkejut.
“Wuihhhh... Tita bagitau apa nak buat, nanti Pak Teh dengan Mak Wiyah pi tolong.” Kata Pak Teh.
“Haa... insyaallah, nanti apa-apa Tita bagitau lain noo..”
Selesai makan. Mika membawa Luna ke kolej untuk pendaftaran.
“Ohhh... tak kasi tahu abang pun dulu couple dengan Adam..” perli Mika kepada Luna dalam kereta.
“Mana ada la.. kami tak couple la.. abang Adam hang syok kat Luna.. Luna hanya anggap dia macam abang kandung Luna ja.” Balas Luna.
“Ye la tu...”
“Tapikan abang.. abang Adam tu sweet jugak noo.. takdak angin, takdak ribut, tiba-tiba hantaq rombongan minang Tita. Semua laki memang sama noo.. Luna teringat waktu abang hantaq cincin dekat Luna.”
“Ehh... abang lain ye, abang tak sama macam Adam.. ada orang tu jual mahal waktu abang syok dekat dia.” Perli Mika.
“Ehh... time tu, Luna ingat abang main-main, tu yang jual mahal, lagi pun jual mahal itukan lebih baguih,elak maksiat.” Balas Luna.
“Okay-okay, sayang menang.”
Selesai daftar, Luna dan Mika kembali ke rumah. Mika memanggil Pak Teh untuk mengambil keretanya. Tinggal Luna dan Mak Wiyah di rumah.
“Mak! Luna nak minta pendapat mak ni.. macam mana nak jadi isteri yang terbaik untuk suami?”
“Memandangkan hang dah tanya, mak pun nak habaq kat hang la, isteri yang baik, hang kena patuh apa yang suami hang cakap dan yang paling penting hang kena jaga hati suami hang, jangan biaq dia sakit hati, sebab ni bahaya untuk kita, nanti dia buat hal pi caqi betina lain, mampuih hang kak oii.” Kata Mak Wiyah.
“Lepaih tu , apa yang patut kak buat mak nak bagi laki kak tak cari betina lain.”
Mak Wiyah melihat mata Luna dengan tajam.
“Hang kena bagi anak dekat dia la!”
Luna buat muka terkejut.
“Bagi anak!!! Mak ni buat lawak tahun bila ni? 2015 punya lawak ka?”
“Kepala otak hang lawak, betoi la hang kena bagi Mika anak.” Balas Mak Wiyah.
“Takda ka nasihat lain mak boleh bagi, kak dok belajaq mak oii, lagi pun umuq kak baqu 19, bukan kak tau nak urus bab anak ni.”
“Hang tak payah bagi alasan naa, benda hang boleh belajaq, ni mak rasa hang kena tukaq sikit fesyen bila hang tidoq.”
“Awat pulak?”
“Hang ubah bagi dia terliuq tengok hang, macam mak dok buat kat abah hang dulu-dulu.”
“Macam la kak pernah tengok.”
“Ni la aku nak habaq dekat hang ni.”
“Ohh ha okay-okay.”
Rancak Mak Wiyah memberi nasihat kepada Luna.
Tiba-tiba hon kereta di bunyi.
Mak Wiyah dan Luna keluar rumah dan melihat Pak Teh dengan kereta barunya.
“Cayalah abah, cantik kereta noo.” Kata Luna.
“Lepas ni hangpa nak pi mana, bagitau abah bawak hangpa semua.” Balas Pak Teh sambil tersengih-sengih.
“Tengok la menanti sapa yang beli?” Kata Mak Wiyah.
“Menantu saya la.” Balas Pak Teh.
“Suami kak naa.” Balas Luna.
Mika tersenyum lebar melihat telatah tiga beranak.
Share this novel