Series
954
Keadaan yang bising di set penggambaran membuatkan ramai orang datang melihat krew-krew dan para pelakon bersedia untuk melancarkan shooting untuk hari ini. Mika tiba di set shooting tepat pada masanya. Mika membawa baju dan menyerahkan kepada krew terbabit. Sambil duduk dan breakfast di bawah payung. Mika membaca skrip untuk refresh balik dialog yang dah dibaca. Selesai pergambaran pada jam 3 petang, Mika membuat keputusan untuk pulang berehat di hotel. Sampai di hotel, Mika rebahkan badannya yang ternyata penat di atas katil. Tiba-tiba Mika terasa lapar. Mika membuat pesanan makanan melalui telefon hotel.
“Hello, Chef Dani bercakap.”
“Hello Chef, saya Mr. Mika .. saya nak order makanan, tolong hantarkan dalam bilik saya thank you.”
“Baik Mr. Mika.”
Luna berjalan kehadapan reception kaunter, tiba-tiba Chef Dani panggil.
“Luna... awak tolong hantarkan makanan ini ke bilik 1051.”
“Okay baik Chef.”
Luna menolak troli makanan naik lif ke tingkat 6.
Sampai ke bilik, Luna menekan loceng bilik.
“Hello, food service here.”
Pintu dibuka, Mika sekali lagi terpaku melihat Luna yang menghantar makanan ke biliknya.
“Sila masuk.” Kata Mika.
Luna menolak troli masuk ke dalam bilik.
“Encik nak saya letak makanan ni dekat mana?”
Tanya Luna.
“Awak letak dekat meja luar dekat balkoni.”
“Okay baik Encik.”
Mika berkata dalam hati.
“Something wrong la perempuan ni, asal dia taknak bergambar dengan aku? Takkan dia tak kenal aku kot.”
“Encik... saya dah letak makanan encik dekat meja balkoni, kalau tak dak apa-apa, saya keluaq dulu noo.”
“Ehhh... nanti!”
Luna berhenti berjalan dengar panggilan Mika.
“Yaa.. ada apa-apa ka encik?”
“Hmmm.. nama awak siapa ya?”
“Nama saya Luna, saya ada buat salah ka dekat encik? Encik jangan la adukan apa-apa dekat boss saya, saya dah la baru kerja, niat saya mai KL nak cari kerja encik, saya minta maaf sangat kalau saya ada salah dengan encik.” Dengan laju Dan kuat Luna bercakap.
“Shhhh!” Mika meletakkan jari telunjuknya hadapan bibir Luna.
Luna terdiam terpaku.
“Takde ape la, saja saya tanya.”
“Awak tak kenal saya eh?”
“Kenal encik?”
“Yaa, saya la.”
“Tak pun, ehh haaa saya ingat.. encik yang saya hantar makanan kat luar hotel tu kan , yang pakai jaket hitam tu kan.” Jawab dengan confident.
“Haa ye la tu, saya la.”
Mika berkata dalam hati.
“Pelik la perempuan ni, dia tak kenal aku langsung, ni kalau perempuan lain, dah bergambar dengan aku, dia ni lain dari yang lain la .”
“Okay encik, kalau tak dak apa-apa saya pi dulu noo, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Luna keluar meninggalkan Mika seorang di dalam biliknya.
Sambil berjalan Luna berkata dalam hati.
“Awat dengan dia tu? Pelik ja... dok tak duduk tanya nama aku? Dia nak buat apa dengan nama aku? Ya allah lindungilah nama aku dari dianiaya oleh sesiapa sahaja. Amin ya rabbal al-amin.” Ucap Luna.
Selesai makan, Mika bersiap untuk bersiar-siar di luar Hotel. Mika keluar dari lif dan duduk di sofa kawasan lobby.
Tiba-tiba terdengar seperti ada pertengkaran berlaku di restoran hotel.
“Kau memang dasar perempuan kampung kan! Aku minta lain, lain yang kau bawa!” Jerit tetamu hotel itu kepada Luna.
Mika berlari untuk melihat apa yang berlaku.
“Minta maaf Puan... saya cuma buat apa yang disuruh ja..” kata Luna.
“Excuse me.. call me Datin ye... i tak nak tahu apa pun alasan you, now i nak you minta maaf betul-betul!” Kata Datin yang kerek.
Mika berdiri di pintu restoran dan melihat Datin mencurah air ke muka Luna.
Luna tersentak dan mukanya menjadi kemerahan akibat menanggung malu dan sakit hati.
“Saya akan lapor pada HR tentang layanan awak kepada saya.” Kata Datin lagi.
Kemudian Datin mengambil beg tangannya dan terus keluar dari restoran itu.
Luna mengesat air di wajahnya dan mengangkat makanan itu semula bawa ke bilik masakkan.
Mika mengekori Luna dari belakang.
Kemudian Luna keluar dari bilik masakkan dan menuju ke balkoni di luar hotel sambil menangis.
Mika sekali lagi mengekori Luna.
Luna berlari ke punjuru balkoni dan duduk di kerusi makan. Tangannya tidak terhenti mengesat air yang dicurahkan Datin sebentar tadi. Luna menangis sambil berkata.
“Apa salah aku? Aku cuma mai sini nak cari rezeki, nak cari duit nak bantu keluarga aku, aku tau aku ni bukan orang senang, tapi aku ada maruah la!” Luna bercakap seorang diri.
Mika dibelakang mencuri dengar apa yang dikatakan Luna.
Luna teresak-esak sambil tangannya menutupi keseluruhan mukanya.
“Awak okay?” Tanya Mika kepada Luna.
Luna terkejut dan mengalih pandangannya ke belakang sambil mengesat air matanya.
“Aaaa... saya okay la..” menjawab dengan tergagap.
“Saya nampak apa yang jadi tadi dekat awak.”
Kata Mika dengan senyumannya yang senget.
“Saya tak paham la, kenapa orang kaya semua macam tu ha? Kalau ya pun saya salah, dia tak perlu hina saya macam tu, saya pun manusia ,ada maruah diri.” Balas Luna.
Mika menarik kerusi dan duduk menghadap Luna. Dia mengeluarkan tuala kecil dari poketnya dan menghulur kepada Luna.
“Nahhh... lap baju and tudung awak yang basah tu,tanggapan awak dekat orang kaya tu salah sebenarnya, tak semua orang kaya sama perangai, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.. kalau macam makcik tadi tu, mungkin dia ada masalah lain, dalam masa yang sama, awak tersilap hantar makanan, maybe dia geram dan terus dia lepaskan dekat awak.” Kata Mika.
“Tapi encik, dia tak boleh buat lagutu, bukannya salah saya yang bawak mai makanan tu, orang dalam suruh saya bawak, saya just ikut ja arahan depa. Lagi pun, dia sepatutnya bersikap profesional sebagai Datin, bukannya serang orang macam makcik-makcik bawang!” Bidas Luna.
Mika ketawa mendengar apa yang dikatakan Luna.
“Kenapa encik gelak, saya bukannya pelawak antarabangsa.”
“Awak ni sesuai jadi pembaca berita atau wartawan, mulut tu dari tadi macam bertih jagung saya dengar.”
Datang seorang FO ke arah meja yang Luna dan Mika duduk.
“Mr. Mika... ada panggilan untuk Mr. Mika.”
“Ohh okay terima kasih.” Mika bangun dan pergi ke kaunter reception.
“Ehh Luna... kau buat apa dengan Mr. Mika? Ni asal baju kau basah?”
“Hahh? Mr. Mika tu sapa? Ohh tadi ada makcik mana entah tumpahkan ayaq kat aku!”
“Ehh... kau takkan tak kenal dia tu sape?” Jawab Ika.
“Mana la aku kenai Ika oii... aku pun baru ja kerja sini.”
“Ishhh... sah kau ni tak tengok TV.. kalau kau nak tahu dia tu la pelakon yang menjadi kegilaan ramai wanita-wanita di malaysia ni!”
“Hahh? Serius la wehh, aku tak kenai pun, boleh la tahan sebab rupa tu ada, by the way aku tengok TV naa, tapi aku taktau pulak yang dia tu pelakon.. apa entah nama dia?”
“Nama dia Mikael Nasution Bin Thom Gresution.”
“Perghh! Nama dia awat pelik sangat, bapak dia bukak pusat tusyen ka?”
Ika tergelak terbahak-bahak.
“Amboii mengata orang, nama kau pun sama je pelik, setahu aku Luna tu jenama pensel warna je.” Sindir Ika.
“At least nama aku takdanya nak babitkan tusyen, Mr. Mika tu ada darah campuran ka?.” Bidas Luna.
“Haahh... atuk dia orang British kalau kau nak tahu, tapi ibu dia orang malaysia je.”
“Ohh i see.. ehh dah la aku nak pi sambung kerja , sat lagi Encik Mazlan nampak kata aku mengulat pulak.”
“Ye laa Luna oii.”
Luna bangun dan terus menyambung kerjanya.
Share this novel