Series
954
Deringan telefon pintar berjenama Apple itu membuatkan seorang pemuda yang menjadi kegilaan ramai wanita terjaga dari tidurnya. Bunyi seakan mengeluh keluar dari mulutnya. Lalu pemuda yang dikenali sebagai Mikael Nasution menjawab panggilan telefonnya. “Hello, selamat pagi Mr. Mika.”
“Yee, selamat pagi Adam, ada apa kau call aku?” Tanya Mikael kepada pengurusnya.
“Sebenarnya aku nak inform dekat Kau yang Kau ada meeting untuk shooting Drama berepisod tu kejap lagi.” Jawab Adam. “Ehh, kau cakap hari ni jadual aku free!” Tanya Adam dengan dahinya yang berkerut dan muka masam.
“Memey la, tapi aku baru dapat offer ni tadi dari penerbit dia, dengar cerita diorang bayar mahal beb.” Kata Adam dengan suara megah.
“Hmmm.. ye la, kau send location dekat whatsapp, nanti aku pergi.” Kata Mikael.
“Okay beb, jangan lambat tau, ramai lagi pelakon yang datang japgi.” Sindir Adam kepada Mikael.
“Ye la, okay chauu.”
Selepas bersiap, Mikael pon bergegas ke lokasi yang dihantar oleh Adam. Sampai ke lokasi, ramai wartawan menunggu untuk menyerbu pelakon yang menjadi kegilaan ramai itu. Depan wartawan, Mikael menjadi profesional dan bertindak serius lalu memasuki Dewan meeting. Mikael mencari tempat duduk bersebelahan pengurusnya Adam. Beberapa minit kemudian, penerbit untuk Drama berepisod itu Dato Bazli memasuki dewan meeting. Dengan tidak membuang masa, beliau memberi ucapan dan perancangan tentang drama tersebut.
Setelah habis perbincangan tersebut, Mikael dan Adam pergi ke Restoran terdekat untuk berbincang tentang jadual shooting.
“Okay Mika, aku dah dapatkan Hotel yang terdekat dengan lokasi shooting, so gets ready yaa, kau pack barang kau esok, lusa kita jalan.” Kata Adam dengan wajah ‘high confident level’.
“Ehh jap, dekat mana lokasi tu ?” Tanya Mika.
“Dekat Damansara, kenapa kau nak tolak offer ni ke ?.” Jawab Adam.
“Ehh takde la, aku on jer, janji high payment.” Kata Mika.
Hari yang dinanti telah tiba, setelah selesai bersiap dan mengemas, Mika mendapat panggilan dari Adam. “Hello Mika!” Dengan nada yang cemas. “Ehh! Jap-jap-jap asal kau cemas je ni?” Tanya Mika kepada pengurusnya.
“Beb aku minta maaf, aku tak boleh ikut kau pergi shooting drama tu dekat Damansara, aku ada kematian dekat kampung , aku nak minta cuti beb seminggu , nak buat majlis tahlil lagi.” Dengan suara yang terdesak.
“Ohh.. Takziah bro, takpe la , kau send location hotel dengan location shooting je dekat aku, nanti aku pandai-pandai la.” Kata Mika.
“Takpe ke beb, sorry sangat-sangat, aku tak expect pon benda nak jadi, okay japgi aku send dekat kau , pastu aku inform dekat Encik Bahar yang kau pergi seorang je okay.” Kata Adam.
“Okay beb sokay, aku faham situasi kau, takpe aku gerak dulu ye, assalamualaikum.” Kata Mika.
“Ye ye , waalaikumsalam.” Jawab Adam.
Share this novel