Series
954
Keesokkan harinya...
Luna dan Tita sampai ke kampung halaman mereka. Tita menghantar Luna ke rumahnya.
“Assalamualaikum mak.”
“Waalaikumsalam, haa dah balik pun anak dara aku..”
Luna memeluk dan mencium pipi Mak Wiyah.
“Mana Tita?” Tanya Mak Wiyah.
“Haa.. dia balik rumah dia la, macam la dia takdak rumah.”
“Hishh.. hang ni mulut jaga sikit, dengaq kat dia satgi sentap pulak.”
Luna dan Mak Wiyah duduk di kerusi ruang tamu.
“Haa awatnya mak panggil kak balik kampung? Ada hal apa?”
“Haa.. kot iyaa pun, tunggu la abah hang balik dulu... hang nak ayaq ka mak nak pi buat?”
“La nak tunggu pulak, ni awat tiba-tiba mak nak buat ayaq? Selalu mak yang ligan kak suruh buat ayaq.”
“Dak la... hang kan baru balik, mesti la mak kena layan hang.”
Luna semakin pelik dengan perangai Mak Wiyah.
Kedengaran enjin motor Pak Teh berbunyi diluar rumah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Jawab Luna dan Mak Wiyah. Luna bangun lalu bersalam dengan abahnya.
“Haa, la ni abah dengan mak cerita lekaih benda apa yang ada kena mengena dengan hidup dan mati tu?”
“Macam ni kak... kalau mak dengan abah habaq kat hang ni, harap hang bawak bertenang jangan dok cepat marah na..”
“Habaq apa pun dak gi nak marah apanya.”
“Macam ni kakak.. selepas abah dengan mak dapat tau berita pasai hang tu, abah dan mak ada rasa sedikit kecewa, tapi abah tak marah dekat kak, sebab abah tau kak tak pernah buat lagutu, so nak jadikan cerita, abah dan mak dah setuju untuk bagi hang menikah.”
Luna dengan wajah yang terkejut.
“Hahhhh! Menikah? Sat.. sat.. awat pulak nak kena menikah? Menikah dengan sapa?
“Laa... takkan dia tak bagitau hang langsung, kalau hang nak tau kak oii, hari yang kata hang diviralkan tu, dia mai jumpa mak dengan abah, dia siap jelaskan apa yang dah jadi , sebab tu abah dan mak tak marah, sebab dia berani berhadapn dengan mak dan abah, dia mai nak merisik hang kak oii, siap bagi cincin lagi.”
“Sat.. sat.. awat yang dok cakap belit ni, kak tak paham, sapa yang nak menikah dengan kak?”
“Boss hang la kak oii! Mikael!” Jawab serentak Mak Wiyah dan Pak Teh.
Luna menelan air liurnya.
“Mak harap hang buat keputusan yang bijak la kak, jangan pikiaq pasai hang ja, pikiaq pasai abah dan mak, orang kampung dah heboh yang hang ni bakal bini artis.”
Agak lama Luna termenung dan memikir. Luna terimbas kata yang pernah Mika lafaz untuknya.
Tiba-tiba telefon Luna berbunyi, kelihatan Tita.
“Hello Luna Safiya.”
“Ha awat hang Tita?”
“Wehh! Hang bukak TV9 sekarang!”
“Awatnya?” Tanya Luna.
“Hang jangan tanya banyak! Bukak cepat!” Jerit Tita.
Luna membuka TV, terlihat Mika sedang membuat ‘press conference’.
Wartawan bertanya kepada Mika.
“Mr. Mika.. betulkah Mr. Mika akan berhenti dari bidang lakonan?”
“Tidak, saya akan berhenti untuk seketika sahaja.” Jawab Mika.
“Benarkah ada dakwaan yang menyatakan Mr. Mika akan menamatkan zaman bujang?”
“Ya, saya akan menamatkan zaman bujang saya dalam masa terdekat, dan saya akan jemput ahli keluarga terdekat sahaja.” Jawab Mika.
“Mr. Mika, boleh tak ceritakan sedikit tentang perempuan yang digossipkan dengan Mr. Mika dan benarkah dia adalah bakal isteri Mr. Mika?”
“Ya, she’s name Luna Safiya Binti Che Puteh, dia adalah perempuan yang telah menawan hati saya and i will always love her forever and ever.”
Sekian terima kasih.
Luna tergamam seketika.
“Kak.. hang dah tengokkan apa yang Mika dah buat untuk hang?” Kata Mak Wiyah.
Luna diam dan berkata.
“Mak... abah... kak terima lamaran dia.” Sambil senyum.
“Alhamdulillah.. syukur.” Kata Pak Teh.
“Hari ahad ni confirm naa.” Kata Mak Wiyah.
“Confirm apa?” Tanya Luna.
“Confirm bertunang la.” Kata Mak Wiyah sambil ketawa.
Sekeluarga ketawa dan gembira.
Sehari sebelum bertunang...
Pak Teh, Mak Wiyah dan jiran semua sibuk untuk persiapan pertunangan Luna dan Mika.
Luna berjalan keluar rumahnya, membantu jiran-jiran menyusun meja dan kerusi.
“Kakak! Kakak!” Jerit Mak Wiyah.
“Haa sat sat.” Luna berlari ke dalam rumah dan pergi ke Mak Wiyah.
Mak Wiyah menunjukkan baju pertunangan Luna.
“Eiyy mak, cantiknya.. baju sapa ni?”
“Baju tunang hang la, ni Mika yang beli.”
“Hahh? Awat yang dia membaziaq, ni mesti mahal, pegang kain pun tau dah,”
“Ni mak yang jahit untuk hang naa, kain ni Mika beli, dia suruh mak jahitkan.”
“Ya ka, terima kasih mak, cantik sangat.”
Luna memeluk ibunya dengan erat.
“Ni kak, mak nak tanya hang la, hang nak dekat Mika bukan sebab dia berharta kan?”
“Ishh.. apa mak cakap lagutu, kalau ikutkan kak, kak takmau kat dia, dia yang terhegeh-hegeh dekat kak.”
“Mak bukan apa, mak takmau la hang kahwin dengan dia sebab dia berduit, satgi keluarga dia pandang hina kat keluarga kita.”
“Takda la, kak tak pernah pandang dia camtu, kak ikhlas terima dia, sebab kata-kata dia tu menusuk kalbu kak la.”
“Dalam diam-diam hang ni gatai jugak noo.”
“Hello! Puan Adawiyah,cermat bin selamat sikit na,nak tanya ni anak sapa la?”
“Hang kalau aku perambat hang sat lagi apa pun tak dapat na.” Usik Mak Wiyah.
“Melawak ja pun tak boleh, nanti kak dah pindah rumah sendiri , baru mak nak rindu dekat kak.”
Mak Wiyah memeluk erat anaknya.
“Mak sayang kak dunia akhirat.”
Tiba-tiba telefon bunyi.
“Hello assalamualaikum cinta hati saya.”
“Waalaikumsalam Encik.”
“No encik, encik lepas ni ye.”
“Lepas tu nak panggil apa?”
“Panggil la yang manja-manja sikit, abang ke, sayang ke, baby ke? Sedap sikit.”
Luna berjalan keluar rumah.
“Hurmm... tengok la macam mana, sebab sekarang ni, saya lebih selesa panggil encik.”
“Awak tengok tak time saya buat PC ?”
“Yaa.. saya tengok, encik dah berjaya buat hati saya cayaq.” Kata Luna.
Tiada jawapan dari Mika.
“Hello, encik! Hello.. encik.”
Tiba-tiba Luna mendengar suara dari belakangnya.
“Dan... orang yang buat hati awak cair itulah bakal suami awak.”
Luna toleh ke belakang dan melihat Mika di belakangnya.
“Aiiii... bila sampai ni?” Tanya Luna.
“Dah lama, awak je yang tak perasan.”
“Duduk kat mana?” Tanya Luna.
“Dalam hati awak la.”
Luna senyum tak berhenti.
“Chia! Chia! Chia!” Balas Luna.
“Terima kasih tau.” Kata Mika.
“Sebab?”
“Sebab terima saya?”
“Terima kasih jugak.”kata Luna.
“Sebab?”
“Sebab pilih saya.”
“Dah la! Pegi masuk, orang kalau darah manis tak boleh duduk luar lama-lama tak elok.”
“Ishh... rumah saya, suka hati saya la”
“Masuk japgi serangga gigit jap lagi.”
“Sat la saya nak pandang bakal suami saya ni lama sikit.”
“Alaaa... tak payah la nanti boleh pandang lagi, nanti tak serangga yang gigit, saya gigit awak dulu, sekarang pun boleh tahan ni.”
“Dah! Lagi lama saya dok luaq, lagi merepek encik ni.”
Luna masuk ke dalam rumah sambil sengih.
Hari Pertunangan...
Mak Wiyah dan Pak Teh menyambut tetamu yang datang.
“Wiyah... pi tengok Luna dah siap ka belum?”
Mak Wiyah mengetuk bilik Luna. Tok! Tok!
“Kak! Ohh kak! Hang dah siap ka?”
Luna keluar dari bilik dengan Tita.
“Cantik tak mak?” Tanya Luna.
Mak Wiyah terpegun melihat anaknya yang sangat cantik.
“Haa... cantik noo hang kak... tapi mak lagi cantik noo.”Mak Wiyah sempat memerli.
Mak Wiyah menarik Luna keluar dan duduk di atas pelamin.
Semua jiran-jiran melihat Luna.
“Cantikkan Luna ni...” usik Mak Wiyah lagi.
Selepas beberapa minit kemudian.
Wakil dari keluarga lelaki sudah sampai.
“Wiyah! Mai sini, depa dah sampai.” Pekik Pak Teh.
Luna agak gementar dan teruja.
“Jemput masuk Dato.. Datin..” panggil Mak Wiyah.
Luna tergamam, Luna baru tahu Mika adalah anak orang berada.
“Assalamualaikum, saya perkenalkan diri, saya Dato Thom Gresution dan ini isteri saya Datin Delaila Qasri, kami datang ke mari ada hajat untuk mengikat tali percintaan anak kami Mikael Nasution dan pasangan pilihannya Luna Safiya.”
Ulas Dato Thom.
“Ohh.. ya ya.. saya rasa kan Dato, kita tak payah kot nak buang masa berpantun, kita straight to the point ja la noh.” Kata Pak Teh.
“Haa.. bagus la macam tu, benda baik jangan lengahkan.” Sambil ketawa kecil.
“Kira jadi la noo, meh kita teruskan dengan acara sarung cincin.” Kata Mak Wiyah.
Datin Delaila bangun dan duduk sebelah Luna.
Luna salam dengan Datin, dan terus menyarung cincin ke jari manis Luna.
Tiba-tiba Mika datang dengan berbaju melayu.
“Ehh, awat hang mai Mika?” Tanya Pak Teh.
Mika menjadi malu seketika.
“Saya datang sebab dengar cerita pengantin perempuan cantik sangat.” Senyum senget.
Semua orang ketawa kecil.
Selesai majlis itu, Luna dan Mika bergambar.
“Awak suka?” Tanya Luna.
“Of course! You’re mine now.”
“Ehh... belum lagi, baru mengikat bukan hak awak lagi naa.” Kata Luna.
“Tak kisah la tapi yang pasti awak sentiasa di hati saya.”
“#missioncomplete.” Kata Luna.
“Salah tu #onthewayhusbandandwife.” Balas Mika.
Selesai bergambar. Mika membawa Luna berjumpa dengan keluarganya.
“Pa.. ma.. dah makan?” Tanya Mika.
“Haa.. dah makan...” jawab Dato dan Datin.
“Mika.. Luna congrats for both of you, papa harap hubungan korang kekal ke jannah.” Kata dato.
“Mama pun, mama nak ucapkan terima kasih kepada Luna sebab berjaya menambat hati anak mama sorang ni, yang dah nak tua umurnya tapi still tak ade calon.” Kata datin.
“Alhamdulillah datin, Luna janji Luna akan sentiasa jaga hati Mika, dato dan datin.”
“Ehh... jangan la panggil dato and datin, call mama and papa la , orang cakap practice make perfect.” Ujar datin.
“Baik mama.. papa.” Kata Luna.
“Papa dan mama dah nak kena pergi ni sebab ada hal dekat luar negara, kami minta maaf dekat you guys nanti wedding both of you mama and papa tak dapat hadir, i’m so sorry, tapi jangan risau, papa and mama akan bagi special present dekat Luna and Mika.” Kata dato.
“It’s okay pa.. ma.. dah restu hubungan kami pun dah cukup.” Balas Mika.
Luna dan Mika bersalaman dengan Dato dan Datin.
“Mama and papa pergi dulu ye, Mika jaga Luna baik-baik, even mama baru kenal Luna, mama tahu Luna adalah wanita yang terbaik untuk Mika. Assalamualaikum.”
Dato dan Datin masuk ke dalam kereta mewah mereka sambil diiringi pengawal peribadi.
“So bila kita nak pergi beli barang hantaran? Nak fitting baju?” Tanya Mika.
“Eiyyy gataii nak menikah sungguh dia ni!”
“Saya gatal sebab awak juga, awak yang tawan hati saya kenapa.” Balas Mika.
“Encik Mika, soal jodoh dan maut di tangan Allah tau, saya taktau pun yang jodoh saya ni seorang selebriti.” Kata Luna.
“Ye la.. saya mengaku saya yang tergoda dengan awak..”
Share this novel