Bab 4

Drama Series 954

Bandar Damansara menjadi sibuk dari pagi. Kereta BMW milik Mika berhenti di hadapan Sebuah Hotel lalu pembantu hotel mengangkat barang-barang yang ada dalam kereta Mika dan mengambil kunci dari Mika untuk di ‘Park’ ke tempat Parking. Mika menuju ke reception kaunter.
“Hai selamat datang ke Hotel Delight 5 Star , boleh saya bantu.” Kata salah seorang FO.
“Hai, boleh tengokkan tempahan bilik atas nama Mikael Nasution Bin Thom Gresution?” Balas Mika.
“Kejap ye encik... nahh ini kad bilik, encik perlu sign dekat sini.” Kata FO.
Mika menandatangani surat dan terus mengambil kad bilik.
“Encik.. boleh saya bergambar dengan encik?” Tegur salah seorang FO perempuan yang mengampiri Mika.
“Boleh je.” Balas Mika.
Lalu Mika terus bergerak dan menuju ke lif dan naik ke biliknya.
Selepas menyentuh kad pada sensor pintu, lampu hijau menyala di tumbul pintu bilik. Mika masuk dalam bilik dan merebahkan badannya di atas katil. Sedang membaring Mika tertidur di atas katil yang empuk.
Ting! Tong! Kedengaran bunyi loceng menandakan ada seseorang datang ke bilik Mika, Mika terjaga dan bangun sambil berleter, “sape pulak datang kacau ni, tengah sedap membaring, adoiii...”
Mika membuka pintu biliknya dengan perlahan-lahan, sambil berkata dalam hati, “minta-mintalah bukan fans yang datang.”
Ternyata tekaannya betul, seorang pembantu hotel datang memberi kunci kereta miliknya.
Lalu menutup semula pintu biliknya, dan terus kembali ke katil.
Tiba-tiba telefon berdering, “Arghhhh! Ape lagi la yang datang ni!” Jeritnya kepada telefon.
Melihat nama yang tertera di telefonnya adalah Dato Bazli. Mika pun menjawab panggilan.
“Hello Mika.. esok you takde scene tau, so you rest la or hafal skrip, and one morething, jap lagi turun dekat FO ambil buku skrip, i tinggalkan dekat receptionist, apa-apa tengok whatsapp group okay.” Kata Encik Bahar.
“Ye Baik Encik.” Balas Mika.
Mika menarik nafas lega, kerana tiada scene untuk esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience