KERNA KAU MILIK AKU EP5

Drama Series 12429

“Lepaskan aku. Lepaskan aku,” Bunga mula meracau lagi sekali dalam tidurnya.

 

“Sayang... Sayang bangun,” Fazrin mengoncang badan Bunga agar sedar dari mimpi ngeri yang di alami.

 

Melihat tindakannya tidak berhasil, Fazrin dudukan Bunga lalu di peluk erat. “Bie ada dengan sayang. Jangan takut sayang,” Fazrin cuba memujuk.

 

Bunga tersedar sendiri dengan keadaan nafas yang turun naik dengan laju. Wajah Fazrin yang rapat dengannya di pandang. Dia merasa lega tidak berseorangan.

 

 “Sayang mimpi apa?” Fazrin mengesat peluh di dahi Bunga dengan telapak tangannya.

 

Bunga membalas dengan mengeling kepala. Dia sendiri tak tahu apa yang di mimpikan. Macam kena kejar dengan hantu pun ada juga. “Hantu kot, tak jelas.”

 

“Bie tahu macam mana nak hilangkan rasa takut sayang,” Tiba-tiba muncul satu idea di fikiran Fazrin.

 

“Macam mana?” Tanya Bunga.

 

“Macam ni,” bibir Bunga di kucup dengan rakus sekali. Sampai tercungap Bunga dengan tindakan mengejut Fazrin.

 

“Gatal!” Bunga menolak badan Fazrin. Turun naik dadanya mencari nafas.

 

 

“Tengok sayang dah tak takut. Gatal Bie ni ada function okay,” Fazrin tersenyum bangga. Fazrin sendiri tak nafikan dia memang seorang yang gatal dan miang apabila bersama Bunga. Isteri sendiri apa kisah.

 

 

“Dah! Tidur!” Bunga baring semula dan menutup matanya. Malas hendak mencari gaduh dengan Fazrin pagi-pagi buta begini.

 

 

Tiba-tiba Bunga merasa ada tangan melingkari pinggangnya. Bunga hanya biarkan sahaja. Sekurangnya pelukan Fazrin dapat membuang rasa takut yang muncul dalam dirinya.

 

Fazrin dekatkan lagi badannya dengan Bunga hingga tiada jarak antara mereka berdua. “Sayang tahu tak sekarang ni baru pukul 3 pagi. Sayang tahu juga tak, sayang dah kacau tidur Bie 3 kali. Kalau lagi sekali sayang kacau. Bie memang tak akan lepaskan sayang,” Fazrin memberi amaran pada Bunga tapi tidak di hiraukan oleh isterinya itu.

 

 

..

 

 

Bunga memberi jelingan maut pada Fazrin yang sedang tersenyum gembira memandikanya. “Nanti sayang tak boleh tidur bagitahu Bie. Bie bagi ubat tidur macam semalam. Nyenyak Sayang tidur. Bie pun sama.”

 

Dasar laki miang!

 

Kata Rin miang, gatal la tu. Memang Rin miang pun. Hahahaha. Dengan sayang je, isteri Rin sendiri. Bukan dengan orang lain. Kalau Rin tak miang tak dapatlah Rin bersama dengan isteri Rin.

 

“Sayang tahu tak. Sayang muka masam macam ni lagi buat Bie geram,” pipi tembam Bunga di cium dan di hidu dengan lama sekali. Tidak pernah puas dan sentiasa ketagih dengan bauan dari badan isterinya.

 

Bunga sudah malas hendak halang lagi apabila Fazrin mahu ciumnya kerana Fazrin tidak henti berikan kucupan walaupun dah berkali dia halang.

 

“Tepi! Saya masih ada kaki tangan untuk mandi sendiri,” Bunga menolak Fazrin ke tepi. Terasa rimas dengan perilaku suaminya itu. Kalau tak berkepit tak boleh agaknya.

 

“Mandi bersama boleh mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri. Sebab sayang masih tak suka Bie. Sebab tu kita kena mandi bersama,” Fazrin cuba berdalih.

 

“Kita....” Tidak sempat Bunga bersuara, Fazrin menyumbat berus gigi di mulut Bunga.

 

“Sayang berut gigi. Dah tak yah banyak membebel. Dengar sayang membebel boleh terlepas subuh nanti.”

 

“Masalahnya, awak tu yang membebel lagi tadi. Bukan saya,” naik geram Bunga dengan Fazrin.

 

“Yeke! Sebab Bie selesa dengan sayang. Tu Bie nak bercakap je dengan sayang.”

 

 

..

 

 

SEMINGGU KEMUDIAN.

 

 

“Lagu ku akui pula. Saya nak dengar awak nyanyi lagu tu.”

 

“Lagu apa tu? Macam tak pernah dengar je.”

 

“Ada. Lagu Hafiz. Jap saya cari lirik lagu ni.” Laju tangan Bunga menekan skrin telefon pintar. “Awak dengar lepas tu awak ikut nyanyi.”

 

“Okay – okay,” Fazrin turutkan sahaja kehendak Bunga. Sayang punya pasal, semuanya boleh.

 

“Awak ikut nyanyi tau,” butang main di tekan.

 

“Katakan padaku kekasih, kesilapan yang pernah ku lakukan dulu. Ternyata aku yang harus di persalahkan. Ku akui” Kening Fazrin terangkat sebelah sebaik sahaja lirik pertama dia nyanyikan. Macam terkena batang hidung sendiri.

 

“Aku leka dengan kerjayaku. Mengejar kekayaan di dunia ini.” Ni Sayang betul-betul nak perli Rin ke. Jelingan pada Bunga diberi. Tetapi wajah Bunga yang ceria membuatkan Fazrin terbantut untuk menegur. Bunga tidak pernah tahu akan apa yang dia lakukan saat dia menghilang. “Betapa hancurnya hatimu laluinya. Ku akui.”

 

“Jika dapatku mengulangi, perjalanan cintaku bersamamu lagi. Akan ku jaga, sebaik baik cinta ini” Ni betul. Rin tak akan lepaskan sayang lagi. Rin akan jaga sayang lebih dari nyawa Rin sendiri.

 

“Kini ku rasa kehilangan, Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi” Ni yang Rin rasa setiap hari masa Rin larikan diri dari sayang. Rin tak nak kehilangan sayang lagi. Rin tak sanggup.

 

“Yang selalu ada, yang selalu rindu. Terhadap diriku” Rin nak sayang juga rasa yang sama seperti Rin rasa. Rin akan buat sayang setiap saat rindukan Rin.

 

“Tak sangka suara awak sedap, ingat muka je kacak. Nak lagu lain. Tapi ikut awak nak nyanyi lagu apa.”

 

Berbunga hati Fazrin apabila di puji. Pujiaan pertama dari isteri sendiri. “Untuk sayang boleh. Sepanjang jalan Bie boleh nyanyikan untuk sayang.”

 

 

..

 

 

Tuk! Tuk! Tuk!

 

“Bagi aku keluar!” Bunga melurut jatuh ke bawah setelah penat cuba berkali-kali buka pintu rumah yang berkunci dari luar “Bagi aku keluar...”

 

“Ish... Ish... Mak... Bunga nak kluar Mak... Tolong Bunga Mak...” Kedua tangan di takup pada kedua belah telinga. Badan mula mengigil.

 

Kau kena kuat Bunga, Kau kena keluar dari sini. Jangan biarkan dia ingat kau bodoh! Lemah!. Pantas Bunga mengesat air mata yang mengalir di pipi selepas berusaha menaikan semangat sendiri. Mata mula melilau melihat sekeliling rumah. Pasti ada kunci lain yang Fazrin tinggalkan. Dia kena cari sampai jumpa.

 

Sini Fazrin sangkut kunci semalam, pasti kunci pendua ada dekat sini juga. Pintu laci di tarik hingga tercabut semuanya. Di tuang segala isi ke lantai dan di cari satu persatu dengan teliti. Satu lagi laci di tarik dan perkara sama di lakukan.

 

“Tak ada dekat sini.” Bunga berdiam seketika seperti berfikir sebelum melangkah ke dapur. Pisau di ambil dan di pegang erat untuk di jadikan senjata.

 

Pintu cabinet di buka satu persatu dan setiap barang di tarik keluar untuk dia mudah mencari kunci pintu utama.  Apabila kunci yang di cari tidak di temui, Bunga berpindah ke tempat lain untuk mencari.

 

 

..

 

 

Raut wajah yang sangat berbeza terukir di wajah Fazrin. Tiada senyuman terukir walaupun sedikit. Berbeza sekali bila dia berhadapan dengan Bunga. Tiada sesiapa berani bersuara untuk menegur atau membela diri atas kesalahan yang mereka telah lakukan.

 

“Ni baru sikit untuk pengkhianat macam kau. Tapi jangan risau geng kau yang lain akan dapat balasan yang sama macam kau dapat.” Fazrin tersenyum jahat melihat tikus-tikus makmalnya.

 

“Terima kasih.” Tuala yang di hulur oleh orang suruhannya di ambil. Tangan yang mempunya kesan darah di kesat hingga bersih sebelum melangkah keluar meninggalkan bilik sejuk beku.

 

“Seminggu kau hilang porak semua. Kau pergi mana?”

 

“Kawin.”

 

“Dengan siapa? Perempuan gila tu? Atau...”

 

Pandangan tajam Fazrin telah memberi jawapan pada persoalan yang di beri. “Kau gila apa! Kalau dia serang balik wife kau macam dulu macam mana? Kalau kau sayangkan Bunga kau. Kau tak akan kawin dengan dia.”

 

Fazrin tidak membalas sepatah pun, kakinya terus melangkah memasuki pejabat peribadinya.

 

“Kau dengar tak apa aku cakap FAZRIN!”

 

“Aku tak pekak lagi! Tahulah aku jaga wife aku!” balas Fazrin dengan tegas.

 

“Ye, tahu. Tapi kau ingat apa yang terjadi dulu. Jaga kau bawa bala dalam keluarga wife kau.”

 

Fazrin duduk di kerusi dan memejamkan matanya untuk merehatkan diri. Apa yang sahabatnya katanya bagai angin lalu. Dulu lain sekarang lain.

 

 

 

Flashback...

 

Setahun yang lalu.

 

“Rin!” sepantas kilat badan Fazrin di hempap seseorang.

 

“Abah. Abah!.” Pantas Fazrin memangkuk badan Armada yang berkurang darah. “Abah mengucap abah. Allah.”

 

“Allah.” Tersekat-sekat suara Armada  cuba untuk mengikut Fazrin mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir.

 

“Innalillah. Maafkan Rin abah.” Kepala Armada yang di pangku di letakan ke bawah. Fazrin pantas berlari mencari Bunga. “Bunga! Bunga!” pintu bilik pertama di buka tetapi tiada sesiapa.

 

Pintu bilik kedua di buka. Dapat dilihat dengan jelas Bunga di ikat kedua belah kaki dan tangan. Mulutnya juga di sumbat dengan segumpal kain. “Maafkan Rin.” Ikatan di buka dengan pantas.

 

“Mak, Abah mana?!” Soalan diberi sebaik sahaja kain yang menutup mulut Bunga terlerai.

 

Wajah Fazrin semerta berubah. “Abah dah tak ada.”

 

“Tak mungkin! Tak.” Bunga berlari keluar untuk mencari orang tuanya. Dan kakinya semerta terkaku sebaik sahaja melihat sekujur tubuh terbaring di lantai.

 

Perlahan-lahan kaki Bunga melangkah ke arah Armada. “Abah... Abah jangan main-main. Bangun Abah,” Badan Armada di goncang.

 

“Sayang. Sabar,” Fazrin cuba memujuk.

 

“Siapa sayang kau!?” Bunga menepis tangan Fazrin yang sedang menyentuh bahunya. “Sebab kau Abah aku mati!”

 

“Bunga cuba bertenang. Bawa mengucap Bunga.” Fazrin lagi sekali cuba memujuk Bunga.

 

“Kau jangan dekat dengan Aku. Aku jijik dengan kau!.” Air mata Bunga berjujuran keluar. Fazrin di tolak dengan kuat untuk jauhkan darinya. “Jangan dekat, jangan sentuh aku!”

 

“Bunga!” Suara Fazrin naik senokta kerana hilang sabar dengan baran Bunga. “Ifthifar Bunga.” Badan Bunga di peluk secara paksa.

 

“Lepaskan Aku jantan tak guna. Lepaskan Aku!” Bunga mula memberontak. Sebaik sahaja berjaya melepaskan diri, Bunga terus menjarakan diri dari Fazrin. Kakinya melangkah jauh.

 

Satu langkah Fazrin dekati dirinya. Dua langkah Bunga cuba mengelak. “Bunga kena dengar penjelasan Rin, jangan percayakan sebelah pihak saja.”

 

“Aku jijik dengan kau! Jijik!” Bunga berlari laju dan melompat terjun ke bawah.

 

“SAYANG!!...” Tersentak Fazrin dari lenanya.

 

 

“Astrafiruallah...” Tangan kanan mengusap dada yang turun naik dengan laju.

 

Setelah tenang Fazrin mencapai telefon pintar yang di simpan di dalam laci. “Sayang!” Fazrin pantas berlari apabila melihat jam di telefonya menjejak ke malam hari dan berpuluh panggilan Bunga tidak di jawab.

 

 

..

 

 

Sebaik sahaja pintu di buka Fazrin terkejut apabila melihat segala isi rumah bagaikan di badai taufan. Tak mungkin dia muncul kembali.

 

“Sayang!”

 

“Sayang!”

 

Fazrin melangkah masuk mencari Bunga. Setiap bilik Fazrin masuk tetapi tiada kelibat isterinya. Fazrin mula merasa tidak sedap hati. Peristiwa setahun yang lepas semerta bermain di fikirannya.

 

PANG!

 

Fazrin terus menoleh sebaik sahaja terdengar barang jatuh dan satu kelibat laju lalu di hadapanya.

 

“Sayang!” Fazrin mengejar bayang yang melintasi dirinya.

 

“Ye Sayang...” Suara dari belakang menyahut. Fazrin menoleh dan riak wajahnya bertukar terkejut. “Kalau aku tak dapat kau, bermakna tiada sesiapa boleh miliki KAU.” Pisau yang berlumuran darah bermain di pipi Fazrin.

 

 

“Mana wife aku?”

 

 

“Kau milik ku seorang,” Senyuman sinis yang menakutkan terpancar di wajahnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience